23 Sept 2021

Kesihatan Lelaki Kebahagiaan Wanita

 Assalamualaikum
 
Sebagai seorang perempuan, qaseh sering menitikberatkan tentang kesihatan diri sendiri dan selalu membaca tentang penjagaan kesihatan wanita supaya qaseh dapat alert dengan kesihatan diri sendiri, tapi bagaimana pula dengan kesihatan seorang lelaki ? Bila menjadi seorang isteri dan juga ibu, punyai suami dan anak lelaki, kesihatan lelaki juga sangat penting bagi qaseh supaya mereka juga kekal sihat dari penyakit berbahaya
 

Tapi tak semua lelaki menitik berat kesihatan mereka berbanding perempuan, mungkin sibuk atau malu ? Kalau nak dibincangkan, kesihatan lelaki ni sangat luas ya yang merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang kadang nampak kecil tapi sebenarnya sangat besar bukan kepada lelaki sahaja tapi ia boleh jadi bawa satu masalah kepada pasangan dan rumah tangga contohnya tentang lemahnya kesihatan seksual seorang lelaki dan ianya adalah punca terbesar kepada kes penceraian
 
Boleh jadi punca itu adalah kurangnya bersenam di zaman sekarang, yelah kan sekarang ni zaman teknologi, semuanya boleh dapat melalui hujung jari sahaja, kalau dulu lainlah, untuk membeli barangan kena keluar rumah, berjalan jauh, angkat barang dan sebagainya tapi sekarang hanya goyang kaki sahaja di rumah semua nya sudah tersedia. 
 
Tambahan pula dunia sekarang dilanda wabak COVID-19, terpaksa meluangkan lebih banyak masa di rumah dan mengakibatkan badan jadi lemau dan malas. Akhirnya aktiviti-aktiviti yang sihat terkubur dan lagi memberi masalah kepada kesihatan bila pemakanan seimbang juga tidak terjaga. 

Kesihatan Seksual Bukan Sesuatu Yang ‘Taboo’


Bila bercerita tentang penjagaan kesihatan lelaki ni terutamanya kesihatan seksual, ia bukanlah sesuatu yang ‘taboo’, bukan sesuatu yang aib dan memalukan, ia bukan hanya berkisar tentang besar panjang, ataupun cerita tentang ubat kuat semata tapi ia lebih dari itu, kesihatan seksual juga berkait dengan mental dan fizikal, bila kesihatan diri dan mental tidak dijaga, kesihatan seksual juga terganggu dan akhirnya memberi kesan pada rumahtangga
 
Dalam sesebuah rumahtangga, lelaki memainkan peranan yang sangat penting sebagai ketua keluarga, untuk mendidik, menjaga dan wajib memberi nafkah zahir dan batin. Ada sesetengah lelaki tidak dapat menyeimbangkan antara nafkah zahir dan batin, malah ada yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada pasangan tapi tidak mencari jalan penyelesaian

Nafkah zahir terdiri daripada keperluan asasi manusia seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Nafkah ini wajib dipenuhi oleh pihak suami mengikut kadar kemampuan suami tersebut berpandukan kepada syariat yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari  dalil dari al-Quran dalam surah al-Talak ayat 7:
 
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ
 Maksudnya : Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
 
Nafkah batin merujuk kepada cara muamalah yang baik antara suami isteri dan begitu juga kebersamaan hubungan kelamin yang baik antara suami isteri tersebut. Suami wajib menunaikan nafkah batin terhadap isterinya selagi mampu. 
 
Ini berdasarkan kepada dalil dalam alQuran dalam Surah al-Baqarah ayat 187:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Maksudnya : Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. - ( Surah alBaqarah ayat 187)
 
Statistik Kesuburan Lelaki Makin Meningkat
 
Sebab itu pentingnya kesihatan seksual kerana ia melibatkan kesuburan lelaki,  jangan tuding kepada sebelah pihak sahaja, bukan hanya perempuan yang punyai masalah kesuburan tapi lelaki juga mempunyai masalah sama dengan melihat statistik kesuburan lelaki di Malaysia yang semakin meningkat 
 
Ketua Unit Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy berkata, ia berdasarkan data LPPKN dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2019.


 
Lelaki Pendek Umur ?
 
Pendek umur atau panjang umur semuanya dari Allah, tapi tentang kesihatan diri kita yang harus menjaganya kan? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu kajian perihal jangka hayat lelaki. Sebenarnya, ia hanya sekadar penemuan. Terpulang kepada kita untuk menilainya.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan kematian dicatatkan lebih tinggi bagi kaum lelaki iaitu 16 peratus berbanding wanita (10.5 peratus) bagi tahun 2017.
 


Mana taknya semakin kurang orang yang ada kesedaran bersenam, tidak menjaga pemakanan, bermula 40-an mula timbul penyakit kencing manis, libido kurang,mati pucuk,sakit jantung dan lain-lain. Baru-baru ni qaseh banyak terbaca kes kematian secara mengejut dalam kalangan umur yang masih muda dan rata-rata penyebab adalah disebabkan sakit jantung.
 
Penyakit jantung sangat bahaya, ia dikenali juga sebagai penyakit kardiovaskular yang boleh berlaku kepada semua peringkat umur.
 
Bagaimana kita nak tahu samaada kita mempunyai sakit jatung atau tidak? Of course lah dengan pemeriksaan di hospital tapi sebelum tu kita boleh kenal pasti tanda-tanda sakit jantung , mungkin korang pernah merasa sakit dibahagian dada, atau tercungap-cungap, so jangan ambil mudah dan biarkan sahaja.

Tapi tanda-tanda sakit jantung itu juga berbeza bergantung kepada jenis penyakit jantung  yang dihidapi seperti penyakit jantung koronari, Arhythmia dan banyak lagi. Sebelum ni qaseh ingatkan penyakit jantung hanya ada satu jenis je, rupanya banyak juga ya, jadi tolong alert dengan kesihatan diri terutamanya lelaki yang selalu mengabaikan kesihatan sehingga tidak sedar hinggalah tiba satu waktu yang mana penyakit itu sudah teruk
 
SuamiSihat.com.my Untuk Para Lelaki 
 

Untuk pengetahuan lebih mendalam, qaseh nak kongsikan satu laman website yang berinformasi yang mendidik dan memberi kesedaran kepada suami/bakal suami yang prihatin untuk menitik beratkan kesihatan diri, bukan hanya untuk orang lain tapi untuk diri sendiri, betapa nikmat kesihatan itu tidak dapat di beli dengan wang ringgit, korang boleh dapat segala ilmu dan maklumat tentang kesihatan lelaki di https://suamisihat.com.my
 

Dan korang boleh juga join group telegram mereka di ‘Komuniti Suami Sihat’ untuk sama-sama berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki secara direct dan profesional. 
 
Giveaway !!!


Oh ya lastly, SuamiSihat ada buat satu giveaway percuma sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Hadiahnya adalah Ebook Suami Maulana yang mana di dalam Ebook ini ada perkongsian step by step dalam memperbaiki komunikasi dalam rumahtangga. Boleh join di sini - https://suamisihat.com.my/suami-maulana/
 
 
umminani said...

nak bahagia, kita kena bg suami sihat supaya panjang ummurnya, kita juga yang ada teman sehidup semati kan.. :)