Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s 2021 | Cikgu Mohd Khairul Izzuddin

 Assalamualaikum

25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 | Tahniah buat kesemua 25 orang guru yang telah menerima Anugerah Guru Inspirasi dibawah anjuran McDonald’s pada tahun 2021! , Tapi bagi yang tidak memenangi anugerah ini, semua guru adalah yang terbaik kerana telah melakukan pengorbanan yang besar dalam mendidik anak-anak murid mereka. 
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 adalah edisi yang ke-lima dan telah menerima lebih daripada 4000 pencalonan dari rakyat Malaysia bermula  2 April hingga 18 April 2021, fuhh ramai ya calon-calon Anugerah Guru Inspirasi ni, seperti yang sebelum ni qaseh pernah kongsikan 3 calon guru yang hebat dan luar biasa iaitu Cikgu Julia, Cikgu Che Zulaini dan Cikgu Adila.


Mesti korang terfikir bagaimana pemilihan yang dibuat kan? Yelah lebih dari 4000 calon yang hebat-hebat, pening juga nak pilih kan haaa. Penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri dari wakil-wakil McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan media. Kriteria pemilihan pula adalah dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui panggilan tugas untuk membantu pelajar, dan yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, adalah kesan positif guru mempunyai pada pelajar.


Setiap daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil pengiktirafan, sementara penama menerima baucar hadiah McDonald bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. Terbaik ! 


Pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s 2021- Cikgu Mohd Khairul Izzuddin Bin Shaari
Hari ni qaseh nak kongsikan salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi untuk tahun 2021 iaitu Cikgu Mohd Khairul. Tahniah buat cikgu Khairul, qaseh baca segala pengalaman beliau pun kagum dan sememangnya beliau sangat layak menerima anugerah ini yang telah dicalonkan oleh Nur Afifah Binti Ahmad. Jom baca serba sedikit latar belakang Cikgu Mohd Khairul ni, apa yang membuatkan beliau mampu menarik hati panel hakim ? Haaa meh baca okay.


Nama penuh beliau adalah Mohd Khairul Izzuddin bin Shaari, berumur 32 tahun yang berasal dari Terenganu, dan telah berkahwin. Wahh sama negeri dengan qaseh, orang Terengganu rupanya, tapi jauh merantau nun di Sarawak sana, cikgu Khairul mula berkhidmat sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak iaitu Ulu Baram di Sekolah Long Palai dari tahun 2013 - 2019, dan sekarang telah berpindah dan berkhidmat di Sekolah Kuala Geris, Kuala Krai, Kelantan sejak 2019 hingga sekarang dan merupakan sekolah pedalaman juga. 


Kalau korang nak tahu, Sekolah Long Palai sememangnya sekolah pedalaman, cuba korang bayangkan ye untuk sampai ke sekolah itu memerlukan perjalan yang panjang iaitu mengambil masa sehingga 8 jam dan hanya boleh menggunakan kenderaan 4x4 dan juga perahu. Fuhhh agak-agak pukul berapa kena bertolak dari rumah untuk sampai ke sekolah awal pagi. Hanya orang yang tabah je mampu kan dan banyak pengalaman pahit manis dikongsikan oleh cikgu Khairul.



Cikgu Khairul telah banyak membuka mata orang luar dan diri beliau sendiri bila berkhidmat di bumi pedalaman yang mana jauh berbeza dengan realiti kehidupan di bandar. Betapa situasi pendidikan sekolah-sekolah pedalaman sangat jauh ketinggalan, anak-anak pedalaman sememangnya ketinggalan dalam bidang pendidikan disebabkan pelbagai faktor seperti kemudahan asas, akses dan sebagainya 

Pernah suatu ketika beliau terputus hubungan dari dunia luar selama 21 hari kerana bekalan elektrik terputus, dan semestinya tiada capain internet kerana akses internet ke dunia luar hanya melalui internet yang dibekalkan melalui 1Bestarinet. Allahu, bersyukurlah anak-anak kita disini dalam dunia yang penuh moden dan cukup serba serbi, sedangkan mereka di sana penuh dengan cabaran untuk belajar. 

Disebabkan itu Cikgu Khairul telah melakukan beberapa projek untuk membantu anak-anak pedalaman dalam meningkatkan taraf hidup dan pendidikan mereka. Alhamdulillah, bagusnya cikgu Khairul, betapa semangat seorang guru dan juga insan yang berhati mulia itu ada dalam diri beliau. Qaseh rasa macam sebak pula baca, ada lagi insan yang baik-baik yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menolong insan-insan yang tidak berkemampuan. 


Projek Kutipan Dana Untuk Pakaian Seragam Sekolah 

Antaranya adalah projek kutipan dana untuk mendapatkan pakaian seragam sekolah, cikgu Khairul telah banyak membuka mata semua pihak dan orang luar dengan membuat perkongsian di laman social media twitter yang mana beliau menceritakan realiti sebenar kehidupan anak-anak di pedalaman Sarawak, yang sebelum ini jarang sangat dikongsikan oleh mana-mana pihak, dan projek itu mendapat sambutan dari orang ramai. Alhamdulillah 
Melalui projek itu jugalah beliau dapat menolong para guru dan anak-anak di pedalaman, dan beliau juga memperjuangkan hak anak-anak pedalaman terutamanya melibatkan kemudahan asas seperti kemudahan air, elektrik dan internet. Disebabkan kekurangan kemudahan asas ini lah para guru mengalami masalah untuk mengajar dan anak-anak murid susah untuk belajar dan akhirnya ketinggalan jauh. 

Cikgu Khairul tidak berputus asa dan berusaha sehabis baik hinggalah beliau dapat membawa isu ini kepada peringkat tertinggi. Dan akhirnya, ia membuahkan hasil apabila pihak Kementerian ketika itu telah menyalurkan dana untuk melakukan baikpulih dan menambah baik kemudahan asas di sekolah pedalaman


Projek CSR Dengan Kerjasama PETRONAS


Cikgu Khairul juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak PETRONAS untuk melaksanakan Pojek CSR di Sekolah Kebangsaan Long Palai. Pihak PETRONAS telah menyumbangkan seragam baru untuk anak-anak Long Palai serta kemudahan-kemudahan lain seperti Projektor, LCD dan peralatan sukan untuk digunakan oleh warga sekolah.

Projek Pusat Sumber Sk Long Palai


Cikgu Khairul juga telah menjayakan satu Projek Pusat Sumber SK Long Palai dan projek ini mendapat bantuan seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia menyumbang dari segi kewangan dan sumbangan buku-buku untuk sama-sama menjayakan projek ini demi mewujudkan satu pusat sumber yang lebih kondusif untuk kegunaan anak-anak SK Long Palai. Projek ini telah dijayakan dengan baik oleh beliau dengan bantuan dan sokongan seluruh rakyat Malaysia.
Sebelum makeover


Selepas makeover





Pada pertengahan tahun 2019, Cikgu Khairul telah berpindah ke SK Kuala Geris, Dabong , Kelantan. Masih lagi sekolah yang berstatus sekolah pedalaman. Di sini, kebanyakan anak-anak murid datang dari keluarga susah. Ibu bapa bekerja sebagai penoreh getah. Pengangkutan utama anak-anak murid untuk ke sekolah adalah kereta api dan traktor yang disediakan oleh pihak ladang getah. 

Projek Pusat Sumber SK Kuala Geris 

Sama seperti di SK Long Palai, beliau telah mengusahakan #SKKualaGerisLibraryProjectSepanjang 2 tahun beliau disana sehingga kini, apa yang dikongsikan oleh beliau mengenai program-program yang dilaksanakan oleh beliau untuk membantu anak-anak Kuala Geris amat membuka mata mengenai kesungguhan beliau dalam usaha mendidik anak murid. 
Sebelum Makeover 


Selepas Makeover 




Beliau percaya, Pusat Sumber merupakan nadi sekolah. Pusat yang melambangkan kemenjadian murid di sekolah. Sekali lagi, projek ini mendapat sambutan dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia. Apa yang lebih membanggakan, projek pusat sumber ini telah berjaya dicalonkan untuk ke Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat Negeri Kelantan untuk Tahun 2021. 


Cikgu Khairul jugak berjaya untuk mendapatkan sumbangan Tablet Peribadi untuk kegunaan anak-anak SK KUALA GERIS dan tablet ini diserahkan kepada anak-anak yang tidak berkemampuan. Projek tablet ini juga mendapat perhatian pihak Istana Negeri Kelantan. Melalui kerjasama yang dijalankan, pihak istana juga telah mengurniakan tablet untuk diserahkan kepada anak-anak yang tidak berkemampuan. 


Kemuncak kepada perkhidmatan Cikgu Khairul apabila beliau telah dipilih sebagai salah seorang duta untuk Program Duta Guru Nadi Negara yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2019. Program ini membariskan guru-guru hebat seluruh negara yang telah berusaha untuk meningkatkan martabat profesyen perguruan dan meningkatkan mutu pendidikan negara dalam semua aspek

Harapan Cikgu Mohd Khairul


Harapan beliau semoga anak-anak di sekolah pedalaman tidak dipinggirkan lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik ini dan beliau berharap hak sama rata anak-anak di pedalaman dipenuhi.


Hebat kan pengorbanan beliau walaupun bukan di tempat sendiri, jauh di rantauan, beliau boleh je tutup mata dan teruskan pekerjaan seperti biasa. Dengan sifat tanggungjawab yang ada dalam diri beliau sebagai seorang guru yang berdedikasi, memang layak lah cikgu Mohd Khairul menjadi pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s pada tahun 2021 . Oh yee jangan lupa korang untuk baca kisah - kisah 24 lagi pemenang anugerah inspirasi






20 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Tahniah kepada pemenang yang terpilih

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada cikgu.. Mesti seorang oengemasni.. Sebab tgk dia deko2 tu.. Hehhee..

    BalasPadam
  3. Tahniah Cikgu Khairul..bukan senang nak mengajar di sekolah pedalaman ni. Syabas Cikgu. Memang selayaknya dipilih menjadi pemenang.

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu Khairul.. Semoga terus berkhidmat cemerlang utk anak bangsa.. Suka yengok inisiatif yang Cikgu Khairul ni buat utk anak2 murid beliau... Saya pastj kita ada banyak lagi cikgu seperti beliau

    BalasPadam
  5. Terbaca bahagian yang pengalaman di pedalaman turut membuka mata beliau, ini saya rasa perlu dikongsikan agar semua faham, sangat berbeza pengalaman mengajar di pedalaman dan bandar.

    Tahniah Cikgu di atas kejayaan. Keep on giving ye.

    BalasPadam
  6. Betul la orang kata, ‘Cikgu Umpama Pelita’.
    Tahniah dan terima kasih pada Cikgu Khairul kerana menerangi hidup kanak-kanak di pedalaman. Salute!

    BalasPadam
  7. Tahniah buat cikgu Khairul on his efforts. Bagus dapat cikgu yang ada wawasan macam ni..bagus utk karier dia dan bagus untuk nusa serta bangsa..bukan senang nak berjaya kan tapi beliau dh buktikan...

    BalasPadam
  8. Kenal dia ni sebab femes dekat twitter. Cerita dia gn anak murid pun best. Pernah Mengalir air mata baca perkongsian dia. Well deserved. Tahniah cikgu!

    BalasPadam
  9. tahniah cikgu. moga terus memberi inspirasi dan manfaat untuk murid2. tahniah mcdonald

    BalasPadam
  10. pengalaman cikgu ni kat sana mesti mahal. orang orang kental je boleh lalui pengalaman macam ni

    BalasPadam
  11. Tahniah kita ucapkan kepada cikgu-cikgu muda sekarang ni muda-muda dah dapat anugerah yang peringkat tinggi dan dihargai lagi sebab semua orang tahu pengobanan guru atau cikgu ni macam mana tambah sekarang masa PDPR lagi mencabar..

    BalasPadam
  12. Wow congratulation Cikgu Khairul.. He deserved this ya! Not an easy task but he did it really well especially dalam kawasan pendalaman kat Sarawak! Bravo!

    BalasPadam
  13. cikgu khairul is so inspiring. really loved reading about his contribution and stories throughout his teaching years!

    BalasPadam
  14. Tahniah cikgu!! Bestnya anugerah ini dari Mekdi, ia memberi seribu satu pengalaman sepanjang pencalonan dan semua kisah jerih perih perjalanan karier seorang guru diketahui umum. Tahniah juga kepada Mekdi.

    BalasPadam
  15. Tahniah buat Cikgu Khairul.. kemain segakkk Cikgu, mesti ramai peminat hehehe.. MOga menjadi inspirasi buat semua cikgu cekgi di luar sana... tahniah buat semua..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama