Photoshoot Raya di Studio CVS Production Cheras Balakong | Cipta Kenangan Waktu Pandemik

 Assalamualaikum 


Photoshoot Raya di CVS Production Cheras Balakong | Raya tahun 2021 dalam PKP, dah dua tahu dah ni kita beraya dalam rumah kan, tahun lepas dah sendu tapi boleh jugak ziarah-menziarahi, ingatkan tahun ni ada lah cahaya kegembiraan boleh balik kampung jenguk orang tua dekat kampung tapi rupanya lagi sendu ahahaha sedih! 


Tapi takpelah bukan kita sorang je merasa semua ni, sama-sama lah kita berdoa semoga Malaysia makin pulih dan jangan asyik tuding jari dekat orang lain, kita pulak kena jaga S.O.P betul-betul. Disebabkan itu untuk raya tahun ni qaseh dah photoshoot awal-awal di studio. Sebelum ni qaseh tak pernah terasa nak shoot di studio tapi kali ni nak cipta kenangan,  nak jugak ada gambar kenangan waktu raya


Photoshoot raya kali ni qaseh memilih  studio CVS PRODUCTION di Cheras Balakong, nasib baik sempat pergi sebelum PKP diumumkan, tapi kalau korang dalam daerah yang sama still boleh lagi nak photoshoot, S.O.P memang terjaga, tak kisah la lepas rasa pun okay, cipta kenangan bergambar dengan keluarga, nanti boleh frame haaa gitu

Alhamdulillah puas hati sangat dengan hasil gambar dari CVS Production ni, staff peramah so kitorang pun takde la rasa kekok, almaklumlah nak posing pun macam kayu haha so kitorang ikut je la kata photoghrapher hihi. 


Photoshoot Raya Tahun Ke-6 

Buat pengetahuan korang, setiap tahun CVS Production Studio adakan promosi photoshoot di studio diorang, dan tahun ni dah masuk tahun ke-6, memang harga berbaloi dan berpatutan, tak rugi gais, gambar pun cantik dan berkualiti. 

Untuk harga ni terhad kepad 30 keluarga sahaja, rasa macam dah cukup kuota sebab ramai yang dah booking haritu, tapi kalau tengok harga tak promosi pun masih berbaloi, bawah RM100, tak boleh balik raya takpe janji ada kenangan raya juga kan, nanti bila dah tua2 tengok balik masih ada kenagan untuk dikenang.


Disebalik Tabir 


Dalam studio ni ada kemudahan toilet dan  bilik changing room untuk korang salin baju, yelah takmau lah datang photoshoot dengan baju kedut-kedut kan, gosok je baju awal-awal dari rumah kemudian salin je disini, so baju raya korang tetap OHSEM ! Parking pun banyak kat sini, kawasan tak padat, mudah untuk parking masa qaseh pergi hari tu. 




Nasib baik lah Rayyan nak bagi kerjasama tempoh hari, kalau tak jenuh la Umi nak memujuk,hehe dah nak jadi abang long kan dah matang sikit. Masa qaseh pergi tu ada satu keluarga tengah photoshoot tapi dah nak siap pun, kitorang pun tak perlu tunggu lama sebab dah booking masa awal-awal, sampai-sampai je bersiap dulu apa yang patut bagi cantik dan hensem dulu. 


4 Konsep Studio 

Kat sini korang boleh pilih  nak konsep macamana, sini ada 4 konsep termasuk konsep studio putih, so qaseh shoot 3 konsep, studio putih qaseh tak shoot tempoh hari, kita shoot konsep raya lah gitu. Photoshoot tak  mengambil masa yang lama ye, so anak-anak tak sempat buat hal, haha

Konsep latar belakang macam ni

Konsep ala-ala dirumah, family kan

Konsep latar belakang wall, dah macam YB hencik kyle, sesuai buat pengumuman raya :p


Kenapa Korang Perlu Photoshoot di CVS Production ?


Korang sebolehnya jangan walkin ye, elok booking dulu sebab risau slot penuh so boleh whatsapp dan booking di  contact : https://go.wasap.my/PhotoshootTahunKe6
.
🔴 𝗥𝗠𝟴𝟵 (𝟯𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝗹!)
- 15-30 minit
- Studio Putih
- 10-15 keping gambar akan diedit
- Terhad kepada 4 orang
- 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 : 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟎/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟓/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚)
.
🔴𝗥𝗠𝟭𝟬𝟵 (𝟯𝟬 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝗹!)
- 15-30 minit
- Konsep Studio
- 10-15 keping gambar akan diedit
- Terhad kepada 4 orang
- 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 : 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟎/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟓/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚)
.
🔴𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 (𝗢𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿)
- 40-60 minit
- 20-30 keping gambar akan diedit
- Terhad kepada 10 orang
- 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 : 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟎/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟓/𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐁𝐚𝐲𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚)
- 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐨𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧
.
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐅𝐑𝐀𝐌𝐄
10” x 12” = RM69
12” x 18” = RM89

Hasil Gambar Photoshoot Raya di CVS Production

Jeng jeng jeng, nak tengok ke hasil gambar photoshoot kami, cantik sangat dari ambil gambar sendiri memang caca marba, tahun ni tema warna merah uols, pakaian dari Pusat Pakaian Hari-Hari aaa sempat bagitau, Rayyan dengan abah dia muka sepeseng je kan, susah naw nak senyum,  nak buat macamana, lahir-lahir dah macam tu hiks. So jom kita tengok gambar yang ohsem !  Ni antara gambar favourite qaseh










More Info : 


𝐉𝐨𝐦 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐈𝐒𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧
.
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐤𝐨𝐧𝐠 (𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐋) :
B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.
.
𝐖𝐚𝐳𝐞
C180 Cheras Selatan / CVS Production. (Atas Dr Voon Clinic & One Print Ads)
.
#CVSproduction
#PhotoshootRaya2021

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. It's always good to have family portraits especially during festivals.

    BalasPadam
  2. cantik2 gambar yang cvs shoot. ke model yang cantik2 ni. hehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama