8 May 2021

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s : Cikgu Adila Fazleen Born To Be Bold and Brave

Assalamualaikum 

Bila cerita tentang Anugerah Guru Inspirasi, ramai yang sudah sedia maklum bahawa anugerah ini adalah inisiatif dari McDonalds Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang tak ternilai dan tak mampu dibayar dengan wang ringgit, rasa sebak juga bila dikenang kembali zaman persekolahan yang penuh dengan kenangan bersama cikgu-cikgu yang tak pernah jemu memberi didikan kepada qaseh. Tq cikgu-cikgu, jasamu sentiasa dikenang. 


Guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi kegelapan” Selalu kita dengar ungkapan begini kan, begitulah diri guru untuk memberi cahaya kepada anak didikan mereka. Sanggup memberanikan diri tidak mengira penat dan lelah walaupun pada awalnya tiada pengalaman. 


Sempena sambutan Hari Guru tak lama lagi, hari ini qaseh ingin kongsikan tentang salah seorang calon Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 iaitu seorang cikgu luar biasa yang berani menyahut cabaran dengan tagline “Born To Be Bold And Brave - Dare To Take Challenge ”, Cikgu Adila Fazleen Binti Che Manan dari Sekolah Tun Syed Ahmad Shahbudin, Melaka. Karier hakikinya sekarang sebagai Cikgu Bahasa Inggeris. 

 

Bila qaseh baca pencapaian beliau memang luar biasa bukan sekadar dalam akademik tapi Cikgu Adila Fazleen sangat komited dalam bidang kesukanan walau pada awalnya tiada pengalaman dalam bidang sukan. Cikgu Adila merupakan anak ke 2 dari 3 orang adik beradik, seorang yang sangat berdikari dan bersemangat tinggi dari kecil kerana dibesarkan oleh bapa yang mana seorang askar dan ibu beliau juga seorang guru. No wonder lah beliau seorang yang berani dan luar biasa. 

Pencapaian dalam akademik pula, beliau pemegang Pingat Perak untuk Hari Inovasi Fakulti Pendidikan UKM dan Presenter  in The  Second  International Conference on Education and Regional Development 2017. Pada tahun 2019, setelah menamatkan Ijazah Sarjana, beliau menjadi Presenter in International Conference on Creative Teaching, Assessment and Research in English Language. 

Silver Medal Hari Inovasi
 

Selain itu, Cikgu Adila merupakan Master Trainer Daerah untuk CEFR tahun 4 dan memimpin pasukan sekolahnya sehingga memperoleh nombor tiga dalam pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Melaka, beliau juga pengarang dalam jurnal pendidikan untuk tahun 2020 dan calon Hadiah Latihan Persekutuan Ijazah Kedoktoran 2021.

First Class Degree

 

Minat Mendalam Dalam Sukan Hoki


Pada 2016, Cikgu Adila memulakan kariernya di Sekolah Jalan Datuk Palembang, minatnya yang mendalam dalam bidang sukan membuatkan beliau memohon untuk  menghadiri kursus jurulatih hoki tahap 1, walaupun tiada pengalaman langsung tapi Cikgu Adila tidak berputus asa dan menganggap itu satu cabaran dan akhirnya beliau lulus dengan jayanya. 

Kursus Jurulatih Tahap 1

 

Tidak berhenti setakat disitu, Cikgu Adila meneruskan minatnya dengan mengambil exam Umpire pada Oktober 2016 kerana merasakan ilmu dalam bidang sukan hoki masih belum cukup, alhamdulillah sekali lagi Cikgu Adila berjaya dan seterusnya beliau menghadiri kursus untuk menjadi Pegawai Teknikal di Sultan Johor Cup dan lulus dalam ujian, alhamdulillah dengan segala pengalaman itulah membantu beliau memahami sukan hoki dengan lebih mendalam. 

Tournament Pertama - Kedah Open ditempat ke-4


Berkongsi kejayaan dan penyuntik semangat buat beliau dan pelajar-pelajarnya, team beliau telah memenangi tempat ke-empat dalam tournament pertamanya sewaktu Kedah Open pada tahun 2016 dan ia terus melonjakkan semangat untuk lebih komited dan ingin membawa team beliau ke peringkat lebih tinggi  untuk lebih berjaya dan mendapat kedudukan yang terbaik. 

 

Pencapaian Dalam Bidang Sukan Hoki


Dengan segala pengalaman, latihan dan ilmu yang Cikgu Adila perolehi, banyak pencapaian yang telah beliau raih dalam sukan hoki dan ia sangat luar biasa dan betul-betul memberi semangat yang mana jika kita betul-betul komited, kita akan mendapat hasilnya.

 

2017 

  • Dilantik menjadi AJK dalam Persatuan Hoki Melaka
  • Menjadi Pengurus Pasukan Razak Cup Wanita 


2018

  • Pengurus Pasukan SUKMA (penyertaan)
  • Pengurus Pasukan MSSM (top 8)
  • Pengurus Sukan U16 (tempat ke-3)
  • Pengurus Sukan U14 (tempat ke-2)
  • Pengurus Pasukan Razak Cup Wanita

 

2019

  • Pengurus Pasukan MSSM (tempat ke-3)
  • Pengurus Pasukan MSSM ke SIPMA 8 (johan)
  • Naib Setiausaha Persatuan Hoki Melaka


2020
  • Pengurus Pasukan Razak Cup Wanita

Sepanjang menceburi bidang sukan hoki, Cikgu Adila mengatakan terlalu banyak pengalaman manis dan pahit yang beliau simpan dan kenang sepanjang hidup dan secara tak langsung mematangkan beliau sebagai seorang guru. 


Selain itu, Cikgu Adila juga menceburi sukan lain juga seperti sukan bola jaring bagi Pasukan Gabungan 10briged para, pemain bola jaring bagi Pasukan PSKPP Melaka Tengah dan mendapat johan pada tahun 2017 dan naib johan pada tahun 2019 dan juga untuk Pasukan Melaka

 

Diuji Dengan Penyakit Adjustment Disorder Dan Major Depressive Disorder  

Setiap manusia pasti diuji dengan ujian berat mahupun kecil, tak terlepas juga buat insan hebat ini, Cikgu Adila pernah diuji dengan penyakit mental iaitu Adjustment Disorder dan Major Depressive Disorder pada tahun 2019.

Qaseh selalu juga baca cerita dan pengalaman orang yang ada  penyakit sebegini, sesungguhnya orang yang kuat sahaja yang mampu mengatasinya. Menurut Cikgu Adila, kehidupannya gelap ketika itu tapi alhamdulillah beliau sememangnya insan yang sangat kuat dan mampu lagi menggalas segala tugas yang diberikan dan syukur alhamdulillah beliau telah pulih sepenuhnya pada tahun 2021

 

Hasil dorongan dan sokongan fizikal dan mental dari keluarga dan suami, alhamdulillah Cikgu Adila telah sembuh sepenuhnya.Semoga cikgu terus kuat semangat dan dijauhi dari semua itu. 


Akhir sekali, harapan Cikgu Adila, walaupun negara dan dunia tengah berdepan dengan wabak Covid19, beliau harap agar semangat anak murid dalam bidan sukan tidak pernah luntur walaupun banyak halangan dan kekurangan tournament pada masa kini. Selain itu juga, beliau berharap pelajar yang terlibat dalam bidang sukan dapat seimbangkan pelajaran akademik dan juga bidang sukan. 



Dicalonkan oleh rakannya, Mohamad Kamel Hafiz Bin Salim untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021, jika berpeluang bekerja dengan Cikgu Adila, anda akan perasan budaya dan sikap beliau bekerja seperti orang Jepun, tepat pada masanya, strict tapi pada masa yang sama sangat memahami, boleh dilihat melalui matanya. Bagi Mohamed Kamel dia berkata “ tidak mustahil suatu hari nanti Cikgu Adila Fazleen dapat menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia disebabkan perjuangan, motivasi dan peribadinya yang sangat memberi inspirasi.”

Qaseh pun turut rasa terinspirasi dengan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Cikgu Adila Fazleen ni, bukan sahaja cantik tapi penuh berwibawa, bak kata orang putih “beauty with brain” semoga korang diluar sana yang baca kisah Cikgu Adila Fazleen, ambillah sebagai inspirasi, jika korang minat dengan sesuatu bidang tu, teruskan hingga akhir garisan! Jangan pernah mengalah dan terus pertingkatkan diri. 

 

Terbaik Cikgu Adila Fazleen, terima kasih kerana berkongsi sedikit pengalaman dan pencapaian sepanjang menjadi guru. Semoga cikgu terus berjaya. 




umminani said...

Betul beauty with brain.. cantik , hebat dan yang penting kerja tak berkira masa demi minat dan niat dia nak lihat anak2 berjaya.

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Tahniah cikgu. Semoga tetap terus bersemangat mendidik anak bangsa walau dalam apa keadaan sekalipun..

Nadia Johari said...

Pergh aktif dalam sukan. Terbaik, dahla lawa. Banyak pencapaian dia. Bagus jenis ikut macam orang jepun ye.

Marina Bashah said...

Cantik cikgunya.semoga cikgu terus semangat mendidik anak2 murid

Sue Izza said...

sangat memberi inspirasi,kental melawan sakit tu...semoga dia terus sukses...

Tekkaus said...

Congratulations to the deserving winner. Indeed this is a beauty with a brain to back it up. :)

Aisya Ismail said...

Teringat dulu cita-cita Ai nak jadi guru. Tapi takda rezeki.

Mimin Adam said...

cantiknya cikgu ni, hehehe