Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk 21 Ramadhan hari ni, yaAllah sekejapnya rasa kan, lagi seminggu lebih, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi, semoga Ramadhan kita kali ni lebih baik dari sebelumnya. Yang pasti bila masuk bulan Ramadhan jangan lupa untuk menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu menunaikan zakat.
Sebelum tu bagi yang masih berat dan mengambil ringan tentang pembayaran zakat, qaseh menyeru bayarlah zakat, zakat anda manfaat buat lapan asnaf, ramai sangat yang memerlukan bantuan, yang hidup serba kekurangan hingga kemudahan asas pun terpaksa bercatu, ketahuilah bahawa bila kita memberi kita takkan pernah jatuh miskin malah dapat rezeki yang tidak disangka-sangka
Dari duit zakat kita pelbagai inisiatif yang telah Lembaga Zakat lakukan untuk membantu pihak yang kurang berkemampuan, sempena bulan Ramadhan, Dapur Ramadan Asnaf Selangor 2021 atau DRAS 2021 telah dilancarkan pada 1 Ramadan 1442H bersamaan 13 April 2021.Ia merupakan program tahunan yang kedua dilakukan selepas tahun lepas tahun 2020 .
Insiatif program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Lembaga Zakat Selangor dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan rentetan dari penularan wabak COVID19.Program ini melibatkan asnaf fakir miskin yang bukan penerima makanan bulanan. Bekalan yang diagihkan adalah berbentuk makanan asasi.
Tapi dalam masa yang sama ada juga yang mempertikaikan mana hilangnya duit zakat, haihh rajin-rajinkan lah tengok page Lemabaga Zakat betapa segala sumbangan telah disalurkan pada pihak yang betul-betul memerlukan.
Apa Itu Zakat Fitrah ?
Jom kita ulangkaji balik ye anak-anak, apakah itu zakat fitrah? Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Syarat Wajib Zakat Fitrah
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
- Waktu Wajib
- Waktu Afdal
- Waktu Sunat
- Waktu Makruh
- Waktu Haram
- Langkah 1,klik pada butang ‘PAY BILLS’ dibawah bahagian ‘quick action’ setelah masuk ke akaun M2U korang
- Langkah 2 , kemudian klik ‘ZAKAT’
- Langkah 3, pilih ‘BADAN ZAKAT’ , so korang boleh pilih badan zakat negeri masing-masing dan zakat apa yang ingin dibayar, untuk bulan Ramadhan ni pilih je zakat fitrah
- Langkah 4, pilih jenis beras yang korang selalu makan dan jumlah tanggungan, sama ada seorang atau dah berkeluarga, kira lah bilangan ahli yang cukup syarat untuk dibayar
- Langkah 5, masukkan nombor telefon bimbit korang
- Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM machine, atau e-Wallet yang penting pastikan cashless
- Imbas QR atau korang boleh terus isi borang di https://bit.ly/zakatcashless2021
- Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my
Comments
Post a Comment