Resepi Mudah Menggunakan Produk F&N | Guna Aplikasi F&N Life

 Assalamualaikum

Hai korang, tempoh hari qaseh ada share dan ajak korang beramai-ramai menggunakan aplikasi F&N Life untuk memudahkan korang order secara online je kan, so qaseh pun dah beli berbotol-botol air minuman dari F&N hihi masalahnya sekarang qaseh blank nak buat apa dengan air banyak-banyak tu haaaa

Tapi... 

Bila qaseh godek-godek dalam aplikasi F&N Life tu rupanya banyak resepi, tips, sahur, berbuka dan info yang ada. Eyyy mudah sangat nak cari info, so kalau korang tak sempat nak google segala resepi bila guna produk F&N haaa cari je dalam aplikasi tu, siap resepi lengkap lagi. Korang ikut je step by step yang penting jangan derhaka resepi hehe 

Bila masuk dalam aplikasi F&N Life —> klik pada bahagian —> Inspiration, then korang akan jumpa pelbagai resepi yang menarik dan semestinya membuatkan daku rasa lapar, resepi untuk raya ada, untuk berbuka puasa, bersahur dan sebagainya dan korang boleh pilih apa jenis masakan yang korang nak masak

Pelbagai Resepi Menarik Dalam Aplikasi F&N Life  



Yang lagi best, dalam senarai tersebut dah disertakan siap-siap produk F&N yang digunakan, so korang boleh terus tekan buy je haaa, senang kan sambil-sambil tengok resepi, terus add to cart bahan yang diperlukan, macam contoh qaseh kasi dekat bawah ni 




Haaa terus add to cart je, tak perlu susah-susah untuk keluar rumah 

Resepi Air Bandung Soda 

Hari ni qaseh buat air bandung aiskrim soda untuk berbuka puasa, ni memang favourite kitorang, sedap dan mudah sangat nak buat! Untuk hari ni qaseh kongsikan resepi ni dulu lah ye, next-next qaseh nak cuba buat air lain pulak, nanti tengok lah di instagram sis, selalu suka upate kat sana ehehehe

Nak buat air bandung soda ni tak guna banyak bahan pun, hanya 3 bahan sahaja. 

Bahan-bahan 
  • Sirap 
  • Susu pekat F&N
  • Air aiskrim soda F&N 
Cara-cara 
  • Bancuh sirap dan susu pekat f&n
  • Tuang dalam jag berisi ais
  • Kemudian masukkan air aiskrim soda F&N 
  • Siap ! 
Ada orang guna susu cair tapi qaseh suka guna susu pekat, tak perlu letak gula dah dalam sirap, memang ngam rasa dia dengan air aiskrim soda tu. Sedap dan mudah kan !

Nah banyak lagi minuman yang qaseh nak cuba nanti, sebab resepi dah ada, so tinggal order je bahan-bahan yang takde lagi. Selamat mencuba korang dan jangan lupa download aplikasi F&N Life ye. Selain tu korang boleh bagi hadiah untuk keluarga yang jauh di kampung, untuk kawan-kawan dan sesiapa sahaja lah, nak bagi sendiri pun banyak kekangan sekarang, apakata korang tolong orderkan sahaja dan selebihnya biar pihak F&N hantarkan untuk korang. 

Baca juga : Resepi Sotong masak kicap {alertInfo}

Keberkatan Plus + Plus 
Selain tu juga, korang boleh memberi sumbangan secara atas talian juga melalui aplikasi F&N Life ni, sama ada nak memberi sumbangan kepada golongan rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, dan golongan yang memerlukan hanya dengan jumlah RM25 sahaja, tapi pek yang diberikan adalah bernilai RM44.

Boleh sumbangkan di kategori yang korang nak, ada 3 kategori



If korang masih blur dan tak tahu cara nak order macamana boleh rujuk balik entry qaseh sebelum ni disini, https://www.qasehdalia.com/2021/04/mudahnya-dengan-aplikasi-fn-life-jom-order-atas-talian-sahaja.html 







1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Good that this app has so many good and simple recipe. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama