Mudahnya Dengan Aplikasi F&N Life | Jom Order Atas Talian Sahaja

Assalamualaikum, amacam Ramadhan korang tahun ni, walaupun kita dilanda pandemik tapi Ramadhan tetap onz dan semangat tau. Teringat dulu waktu kecik-kecik bila berbuka puasa teringin minum air gas walaupun kena marah sebab ye lah kecik lagi kan alah bukan selalu pun :p


Bila dah besar pun masih ada habit sama, dan kesukaan sepanjang masa adalah brand F&N. Siapa je tak kenal brand ni, dari dulu lagi memang pilihan ramai orang dan makin banyak bahan / minuman keluaran F&N yang mudah untuk dibuat. 


Bagi korang yang belum tahu (qaseh pun baru tahu hihi) sekarang boleh beli atas talian/online sahaja, semua hanya di hujung jari. Tambah-tambah nak masuk bulan Syawal ni banyak la stok barang habis dekat kedai, so jalan selamat baik lah beli online je dan boleh kurangkan kesesakan 


Download Aplikasi F&N Life (android & ios)

First thing korang kena download aplikasi F&N Life di playstore / google play dan register atau sign up macam biasa lah, mudah je guna smartfon canggih korang tu je haaa, qaseh apa-apa pun memang suka bila ada aplikasi, sebab mudah berbanding website,ia macam mesra pengguna dan laju,  nak beli apa-apa pun tak banyak step. 


Bila dah sign up semua macam biasa korang boleh pilih apa yang korang nak, hari ni qaseh nak share tentang set bundle yang ada dalam aplikasi F&N LIFE, untuk Ramadhan dan Syawal tau, so korang boleh klik banner macam dibawah ni, klik dalam apps la yee



Sekarang ada bundle Ramadhan dan juga Syawal, murah weh harga dia, beza banyak jugak lah bila dah ditolak diskaun, so memang jimat. Qaseh dah beli dah 12 botol air F&N haha banyak-banyak nak menjual ke sis :p alaa beli banyak terus simpan stok, benda tak basi kan boleh untuk raya sekali heheh, qaseh kadang beli banyak suka bagi dekat orang lain jugak, berkongsi gitu


Ikut pengalaman qaseh sendiri, penghantaran memang laju, then pihak courier akan call dulu lah, senang kita nak bujet masa kan.So meh qaseh tunjuk promosi yang korang boleh pilih untuk Ramadhan dan juga Syawal nanti, yang pasti berbaloi dari korang beli di kedai. 


F&N Life Ramadhan Bundle 



Kat kedai takde la bundle-bundle ni kan, ada 6 pilihan dengan pelbagai jenis minuman yang korang boleh pilih, dan Qaseh baru perasan ada minuman F&N berperisa bandung,black currant dan buah-buahan, alaaa nyesal tak beli yang tu sebab qaseh tak pernah cuba lagi, tapi takpe boleh beli lagi, just add to cart dan tinggal bayor ajeee 


F&N Life Raya Bundle 

Bundle untuk raya best gila dan memang menyenangkan korang untuk masak juadah raya sebab dia dah macam setkan la untuk korang masak, contoh untuk “ Masak- Masak Raya Bundle “ siap dah ada lemang, ketupat, susu, serbuk kari, rendang dan sebagainya, sebelum add to cart tu ada senarai apa yang ada dalam set tu okay


Baca betui-betui tau, so far ada 5 pilihan tapi ada yang coming soon lagi, bersedia tau ! Simpan untuk stok raya awal-awal pun takde masalah. 


Bila dah ada app F&N Life tu banyak lagi la promo-promo lain yang korang boleh beli. 

Nak unboxing lah sikit apa yang qaseh dah beli untuk Ramadhan ni, rasanya memang sampai raya, senang nak hidang pada tetamu dan boleh bagi untuk hadiah juga, sharing is caring kan. 


Unboxing F&N Raya Ria Bundle 


Mula-mula fikir eh dapat 4 je ke, tapi rupanya setiap perisa dapat 3, so 4x3 dapatla 12 botol, hah siap buat kira-kira hehe. Dalam set ni ada perisa F&N Ice Cream Soda, F&N Sarsi, F&N Orange, dan F&N Strawberry. Semua 1.5L botol besar tau. Untuk bukak puasa nanti boleh lah buat bandung soda, my husband favourite ! 

So korang jangan lupa download aplikasi F&N Life di smartfon masing-masing, dekat-dekat raya nanti mana tau lagi banyak promosi best yang ada so jangan lepaskan peluang ni yeeee. Eh pergi download sekarang, jangan lupa bagitau mak : p 

  • Download F&N Life App di playstore & google play
  • Sign Up 
  • Verified di email 
  • Add to cart
  • Checkout & pay
  • Siap ! 


For more info : 


Facebook : https://www.facebook.com/FNlife.my

Instagram : htpps://www.instagram.com/fn.life

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Senang sekarang ni naaa semua beli di hujung jari tau2 sampai je , tersedia untuk di hidang. sampul raya dia lawa

    BalasPadam
  2. Wow lebih senang nak beli kan minuman untuk raya ni. :)

    BalasPadam
  3. Order je tup-tup dah sampai kat rumah. Pantas penghantaran.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama