Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s : Cikgu Che Zulaini Tidak Mengira Waktu Demi Anak Syurga SESMA

Assalamualaikum

Jika korang ingat balik waktu persekolahan dulu, apa yang paling korang rindukan? Qaseh banyak kenangan suka dan duka waktu sekolah dan semestinya kenakalan tu tak dapat nak di elakkan hihi  kadang-kadang pernah didenda tapi kesabaran cikgu tiada tolak bandingnya. 

 

Kali ini qaseh ingin kongsikan tentang seorang cikgu yang telah menganggap kesemua muridnya umpama anak sendiri, salah seorang cikgu yang tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021, terima kasih McDonald kerana membuat inisiatif sebegini, qaseh suka baca kisah-kisah cikgu yang sangat memberi inspirasi dan semestinya para pelajar sangat beruntung dan bertuah mendapat cikgu sebegini

Cikgu Che Zulaini Binti Ali yang kini merupakan Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, bila cerita tentang kaunseling ni mesti cikgu ni sangat penyayang orangnya, jom qaseh share latar belakang cikgu Che Zulaini yang mana sekarang berumur 41 tahun, mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Gong Tok Nasek (1986-1992) kemudian sekolah menengah di SMK Panji Alam ( 1993-1995) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (1996-1997).

 

Di peringkat lebih tinggi, Cikgu Che Zulaini meneruskan pengajiannya di peringkat Diploma dalam jurusan Bahasa Arab dengan Pendidikan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1998-2001 dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2001 - 2005. 

 

Bila kita dengar je tentang perihal kaunseling ni mesti terlintas dalam fikiran dengan pelbagai luahan, masalah, dan perangai pelajar. Sebagai Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, cikgu Che Zulaini sentiasa menitikberatkan pengurusan bimbingan, sokongan dan motivasi serta kebajikan dan mempunyai hubungan yang akrab dengan pelajar khususnya dalam menjaga kebajikan para pelajar 

 

Dan sememangnya tanggungjawab yang dipikul oleh cikgu Che Zulaini sangat besar, korang kalau nak tahu, cikgu kaunselor ni bukan sekadar dengar luahan hati pelajar je ye, antara tugas dan tanggungjawab seperti : 

  • Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa @ Kaunselor Kanan
  • Ahli Pengurusan Sekolah (Tonggak Kepimpinan Sekolah)
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa (PIBG)
  • Pen. SU Projek Kecemerlangan SPM (Bimbingan dan Kebajikan) 

Pengurusan Kebajikan Pelajar 

 

  • Penyelaras Bantuan & Kebajikan - Projek Khas SBP (Menguruskan kebajikan pelajar sepanjang masa terutama daripada keluarga B40 pelajar asnaf dan miskin yang meliputi aspek kewangan, pencapaian akademik dll).
  • Penyelaras Bantuan Awal Persekolahan (BAP)  peruntukan RM100 kepada pelajar yang datang daripada latarbelakang berpendapatan RM3000 ke bawah.
  • Penyelaras Bantuan dan Kebajikan Anak-Anak Yatim (meliputi semua kebajikan pelajar seperti kewangan dan semua aspek).
  • Penyelaras Bantuan Zakat untuk pelajar asnaf dan miskin (B40) khususnya daripada Alumni, NGO, MAIDAM, Masjid, Bank Rakyat dan juga zakat daripada bekas guru-guru.
  • Penyelaras Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Geliga dan sentiasa membimbing pemegang biasiswa untuk sentiasa memacu kecemerlangan akademik.
  • Penyelaras Biasiswa Yayasan Khazanah (Elaun Geran Bestari) kepada 2 orang pelajar ting.3 yang terpilih dan sentiasa memantau perkembangan pembelajaran khususnya pencapaian akademik pemegang biasiswa tersebut.
  • Penyelaras Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) pelajar-pelajar tingkatan 1 2021.
  • Penyelaras Tabung Kebajikan SESMA (tabung sumbangan kewangan guru-guru untuk membantu anak-anak syurga B40 SESMA yang memerlukan).
  • Penyelaras Program Cakna Prihatin untuk Anak-Anak Syurga B40 (membeli keperluan persekolahan pelajar seperti cermin mata, kasut, pakaian sekolah, kupon makan anak yatim dll).
  • Penyelaras Program Ziarah Cakna (PZC) dan sentiasa turun padang bersama pihak pengurusan sekolah  melihat sendiri keadaan keluarga pelajar dengan kunjung cakna ke rumah pelajar yang mempunyai sebarang permasalahan khususnya anak-anak pelajar B40 dan seterusnya mengeratkan hubungan warga sekolah dengan keluarga pelajar.

Melibatkan Diri Dalam Program Kerjasama Alumni

Fuhh memang banyak tugas dan tanggungjawab cikgu Che Zulaini ni, selain itu juga beliau merupakan Penyelaras Program ‘SABEEL’ SESMA-ALUMNI, iaitu satu program di mana kerjasama Unit Bantuan dan Kebajikan sekolah yang diterajui oleh pegawai ini dengan kerjasama Persatuan Bekas pelajar SESMA. Matlamat program ini ialah untuk membantu pelajar B40 yang kurang berkemampuan dalam meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih baik dan efektif tanpa memikirkan permasalahan yang dihadapi khususnya bantuan dari segi kewangan. Penyaluran bantuan kewangan secara tetap dan motivasi daripada alumni sekolah disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada golongan berpendapatan B40.

 

Cikgu Che Zulaini juga menguruskan bantuan dan kebajikan secara bulanan kepada 77 orang pelajar B40 (kebanyakan terdiri daripada pelajar asnaf, anak yatim piatu dan yatim) yang terpilih menjadi anak angkat kepada ALUMNI yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan negara.

 

Program SABEEL ini telah bermula sejak tahun 2014 hingga sekarang, yang mana ia telah memberi impak yang sangat tinggi kepada penerima bantuan tersebut iaitu sebahagian daripada mereka (penerima tajaan alumni ini) telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Ireland, Kanada, US, UK, Jepun, Perancis dll serta universiti tempatan juga.


Cikgu Che Zulaini juga giat melaksanakan program dengan kerjasama Alumni dalam membantu menaikkan nama sekolah dan melestarikan kecemerlangan ilmu untuk adik-adik Junior seperti  program ‘Smart Sharing Session’ bersama Alumni yang berjaya dalam bidang kerjaya yang diceburi khususnya memberi titipan motivasi kepada pelajar  yang akan menduduki penting seperti peperiksaan SPM serta perancangan halatuju kerjaya dan masa depan adik-adik junior.

 

Jalinan Bersama Ibu-Bapa & PIBG 

 

Bukan hanya dengan pelajar sahaja, Cikgu Che Zulaini juga menjalin ukhwah yang erat dengan ibubapa dan membolehkan pelbagai program dijalankan dengan mudah, beliau juga memang cakna tentang pelajar dengan menyelesaikan masalah, bukan sahaja pada pelajar tersebut tapi juga kepada keluarga pelajar yang punya masalah emosi dan kewangan

Sebab tu lah, Cikgu Che Zulaini sememangnya disenangi dan pandangannya sangat dihormati bukan sahaja dari ibu-bapa yang terlibat, malah dari semua ibu-bapa pelajar SESMA. Beliau sanggup luangkan masa dan menyumbang tenaga melawat ibu-bapa/penjaga pelajar yang menghadapi masalah bagi memastikan pelajar-pelajarnya tidak runsing dengan keadaan keluarga mereka 

 

No wonder, keakraban cikgu Che Zulaini dengan ibu-bapa sangat utuh walaupun anak-anak mereka sudah habis belajar dan telah melanjutkan pelajaran ke universiti, beliau masih saling hubung-menghubungi. Selain itu, cikgu Che Zulaini yang juga merupakan AJK PIBG sentiasa membantu pihak PIBG dan pihak sekolah dalam memastikan aspek kemenjadian murid diutamakan khususnya dalam menjaga kebajikan para pelajar khususnya anak-anak syurga B40

 

Membimbing Pelajar Secara Menyeluruh dan Hubungan Erat Sesama Guru


Bila qaseh baca semua ni rasa macam fuhhh cukup ke masa cikgu Che Zulaini ni dalam memberi tugas dan tanggungjawab yang besar, tapi beliau sememangnya seorang cikgu yang sangat komited dan bertanggungjawab mana tak nya beliau memberi bimbingan menyeluruh kepada semua pelajar tak kira siang atau malam, di sekolah mahupun di asrama

Untuk pelajar bermasalah, cikgu Che Zulaini mengurus program motivasi kepada semua pelajar sepanjang tahun supaya masalah dapat diatasi dengan cemerlang, dan disebabkan itu beliau berjaya membawa banyak pencapaian murid dan sekolah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa 

 

Cikgu Che Zulaini juga mengadakan PLC dan juga perkongsian pintar bersama rakan-rakan guru di sekolah dan sekolah lain dan beliau telah menjadi role model kepada rakan sekerja dalam kerja buat di sekolah termasuk menjadi rujukan kepada guru-guru SESMA dan SBP lain. 

 

Pengalaman Manis Sepanjang Menjadi Guru

 

Sebagai seorang guru dan kaunselor, cikgu Che Zulaini berkata hampir 12 jam beliau berada di sekolah sebagai seorang guru dan mendidik, bertugas di sekolah yang menjadi kebanggaan negara @ School Of Global Excellence yang memberikan fokus kepada kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid menjadikan beliau sentiasa sibuk dengan urusan seharian, ini kerana pelajar berada sepenuh masa di asrama, siang dan malam guru disekolah. 

 

Cikgu Che Zulaini mendapat kepuasan kerana dapat berbakti kepada anak-anak syurga SESMA, khususnya B40 dalam menjaga kebajikan mereka. Walaupun kadang-kadang waktu hampir senja, tidak kira masa menyelesaikan masalah pelajar sehingga pernah sehingga jam 11.30 malam.

Dalam masa yang sama, beliau rasa seronok bila dapat membimbing pelajar ke arah perlakuan yang positif khususnya pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar ke sekolah asrama penuh. 

 

Pernah ditanya oleh ibu-bapa pelajar kerana anaknya ingin berpindah sekolah, “ apa yang telah cikgu Che Zulaini lakukan sehingga anaknya berubah fikiran dan tak ingin berpindah” , beliau hanya menjawab melalui bimbingan sahaja dan beliau bangga dapat membimbing ke arah yang lebih baik. Cikgu Che Zulaini memang sangat menjaga kebajikan pelajar dan selalu turun padang memberi bantuan kewangan dan menziarahi keluarga mereka 

 

Anak-anak Syurga SESMA Seperti Anak Sendiri

 


Mempunyai anak syurga seramai 579 di asrama sudah dianggap sebagai anak sendiri, jiwa beliau untuk mereka yang menerapkan konsep empati, beliau sayang anak-anak syurga SESMA dan terlalu dekat dihati, nampak begitu sayangnya cikgu Che Zulaini pada pelajar-pelajarnya dan sesuai dengan jiwa beliau sebagai seorang kaunselor dan beliau juga tidak pernah berkira dengan waktu demi menjadi guru terbaik supaya anak didik beliau sempurna didikannya.

 

Harapan Cikgu Che Zulaini 

 

Harapan beliau, walaupun tugas guru pada hari ini penuh cabaran dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi dalam diri seorang guru, beliau berharap beliau akan terus membantu anak-anak syurga beliau dalam membentuk sahsiah, akhlak, peribadi dan semuanya yang baik-baik dalam diri mereka. 

 

Antara Pencapaian Cikgu Che Zulaini 

 


 


10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Semoga Cikgu akan terus berbakti penuh dedikasi uat anak bangsa. InsyaAllah aamin2 ya mujib.

    BalasPadam
  2. besar jasa dan pengorbanan guru. Selamat Hari Guru ya.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Guru buat semua guru²!

    BalasPadam
  4. Insipired sangat usaha2 cikgu ni. Semoga jadi teladan utk guru2 lain.

    BalasPadam
  5. bila ada guru2 yang sanggup lakukan apa sahaja demi pelajar, meremmg terbaik.. menjiwai spenuhnya tugas dan tanggungjawab sebagai guru

    BalasPadam
  6. It is heart-warming to learn that there are so many dedicated teachers.

    BalasPadam
  7. Ai rindu nak lepak kat kantin bergosip dengan kawan-kawan. Tahniah cikgu tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021.

    BalasPadam
  8. fuhh ! demi kebajikan pelajar. cikgu sanggup keluarkan dana untuk pelajarnya. terbaik! selamat hari guru

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama