Assalamualaikum
Sebenarnya ni pertama kali qaseh cuba dessert di My Kori Cafe, baru jugak lah bukak cawangan di Bukit Beruntung ni. Dulu bila tengok ada cawangan di Putrajaya rasa jugak nak makan sebab tengok dessert yang ada memang tempting betul, tapi jauh nawww so hajat nak cuba tu hilang begitu sahaja
By the way lama gila kot qaseh berkurung dalam rumah, naik tepu gak lah kepala otak ni, bila ada kelonggaran sikit dah boleh lebih 2 orang dalam 1 kereta yaAllah lega sangat, akhirnya boleh keluar tapi still kena jaga S.O.P.
Waktu qaseh datang pun tak ramai sangat orang, sebab hari bekerja kan so sangat lengang. Ada la beberapa orang tapi tak padat. So apa menu best di My Kory ni ? Qaseh pun blank jugak sebenarnya sebab banyak jugak menu-menu yang ada disini, yang pasti semua dessert ye, takde nasi ke pasta ke semua takde, banyaknya aiskrim, ada juga waffle dan kek.
Disebabkan blank untuk percubaan pertama kali ni, qaseh tanya je staff apa yang best haaa mudah kan, so qaseh order Kaki Gori Red Melon dan Kenko Kaki Gori, yang ni boleh custom sendiri buah, kacang, ice flavour (milk or yogurt). Sebelum tu meh kita tengok dekorasi di My Kori Dessert Cafe di Bukit Beruntung
Sebab dah lama gila tak bergambar dan ootd mari lah kita haha :p






















