Kelebihan AVCO D’Aura Untuk Kecantikan Kulit dan Rambut

Korang tahu tak banyak sangat khasiat minyak kelapa dara kepada kita, boleh dijadikan sebagai supplement dan juga dalam kecantikan. Waktu mengandung dulu qaseh amalkan minyak kelapa dara sebagai supplement sebab orang kata ia bagus untuk ibu dan juga bayi,dan alhamdulillah takde kesan sampingan pun

Sebenarnya ramai dah mula sedar betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup yang sihat kan, bukan hanya dalam pemakanan tapi dalam kecantikan juga. So far qaseh memang elakkan skincare yang ada bahan-bahan kimia yang boleh buatkan kulit qaseh breakout. Ngeri sebenarnya bila baca kesan buruk bahan kimia pada kulit ni.

Apa Itu AVCO dan kelebihan AVCO dalam kecantikan


So hari ni qaseh nak share tentang AVCO dari D’Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil. Qaseh suka sebab AVCO ni multi funtion tau. Avco ni khas untuk sapuan luaran sahaja ye, teksturnya adalah cecair. Macam yang qaseh bagitau ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk rambut boleh, untuk kulit lagi lah boleh.

Avco ni hanya di tambah aroma je, sebab tu namanya Aromatic Virgin Coconut Oil dan hanya ada dua aroma iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Qaseh cuba yang floral fresh.Bau dia tak kuat sangat tau ~ harum tapi still lagi bau minyak kelapa dara, sebab ia hanya menggunakan 1% natural plant extract fragrance dan 99% adalah minyak kelapa dara asli. Langsung tiada bahan kimia tau.

 Sebenarnya hari ni qaseh nak kongsi cara qaseh menggunakan AVCO dalam kehidupan harian qaseh.

1. Makeup Remover

Kebiasaannya memang qaseh lebih selesa menanggalkan mekap menggunakan oil cleanser sebab memang berbeza bila hanya mencuci dengan cleanser biasa yang mana ia tak sepenuhnya menanggalkan mekap. Bila menggunakan AVCO ni dia bukan hanya dapat mencuci mekap kita tapi memberi protein kepada kulit



2. Masalah Rambut

Okay, untuk rambut pulak qaseh apply juga untuk Rayyan, rambut kitorang ni jenis halus lurus so kadang-kadang rambut jadi mudah kering. Cara yang mudah hanya apply je AVCO ni so rambut jadi lebih lembut dan lembab. Selain tu, bagus untuk kulit kepala dan juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut. Hope masalah rambut gugur qaseh makin berkurang !

3. Pelembab Muka


Serious jimat duit qaseh bila guna AVCO ni haha, semua boleh tau. Korang tahu kan pelembab muka dipasaran memang agak pricey lah harga dia, dengan AVCO ni korang ambil sikit je dah mampu memberi kelembapan pada kulit. Bagus tau sebab ia boleh kurangkan kedutan pada muka, memudarkan parut jerawat, anti - penuaan , menghalang pori-pori kulit tersumbat dan kulit qaseh rasa lebih lembab dan sihat.

Psst : Qaseh pun ada buat serum sendiri tau guna AVCO ni, just campur dengan essential oils fav qaseh. So qaseh dilute dengan AVCO, tak payah dah nak beli serum mahal-mahal.

4. Pelembab Bibir

Selain tu qaseh gunakan sebagai pelembab bibir. Sebelum tidur qaseh memang letak di meja sisi katil, haaa senang kot-kot terlupa sambil baring pun boleh apply. Kulit qaseh memang selalu kering (jenis tak suka minum air masak :p ) so cara paling mudah adalah sapu je AVCO ni, bibir lebih lembab dan masalah bibir kering selesai.

5. Body Oil / Losyen

Korang juga boleh apply AVCO ni di bahagian kulit yang selalu kering, biasanya di bahagian siku, tumit, lutut, kaki dan sebagainya. Boleh juga sapu di perut, sebab qaseh ada stretch mark :( so ia juga membantu mengurangkan stretch mark yang ada. 

Itu antara tips yang korang boleh cuba juga dirumah, sebenarnya banyak lagi manfaat AVCO ni kepada kita dan ianya boleh digunakan seisi keluarga. Kalau korang ada masalah kulit sensitif lagi lah sesuai sebab ia langsung tak menggunakan bahan kimia yang boleh buatkan kulit korang triggered.

Boleh tengok video tutorial bagaimana qaseh apply AVCO ni dalam kehidupan harian qaseh, happy watching !

 


AVCO ni bagus untuk kecantikan sebab ia kaya dengan Antioksidan yang menghindar atau melambatkan proses kerosakan sel dan mampu menjadikan kulit, kuku, rambut sihat. Kulit kering pun jadi lebih lembab dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit disamping menganjalkan kulit. Toink-toink kulit korang tau !

Tapi yang paling best bagi qaseh tentang AVCO D’Aura ni, ia cepat menyerap dalam kulit, hampa janganlah apply banyak sangat nohhh, sikit je dah memadai. So jangan lah risau, muka korang takkan berminyak punya lah!

Mana nak dapatkan AVCO D’Aura ni ?

Korang boleh dapatkan di www.daura.com.my . Oh ye harga AVCO sangat murah ye tapi boleh pelbagai guna, hanyan RM22.90 je - 50ml. Sumpah berbaloi-baloi !

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama