Pengalaman Bercuti di Swiss Garden Hotel & Residence, Genting Highland | Best Tak?

3 ulasan:
Assalamualaikum

Hey korang~ sihat ke ? Kekok pulak rasa bila mood berblog hilang tiba-tiba, tapi im not give up yet, kadang-kadang bila kita rasa kita mula down dan berputus asa, cara terbaik adalah buat sesuatu dan lari dari apa yang selalu kita buat, and tadaaa aku kembali. Cukup-cukup lah down ye dok ?



Pengalaman stay di Swiss Garden Hotel & Residence, Genting Highland | Entry kali ni, aku nak share staycation singkat di hotel baru di Genting tempoh hari iaitu di Hotel Swiss Garden Genting, hotel ni baru lagi dibuka iaitu bulan Julai dan nak berterima kasih kepada KelabBloggerBenAshaari sebab staycation kali ni di taja oleh KBBA sempena anniversary ke 10 tahun. Semoga KBBA terus sukses dan bertabah haha

Kalau korang nak release tension, or nak larikan diri dari kesibukan bandar, hotel ni best untuk menginap untuk beberapa hari, luas, selesa, bersih cuma maybe akan bau bangunan baru dan beberapa spot masih dalam pembinaan di tempat parking tapi lobby hotel ni cantik dan penyambut tetamu peramah.

So meh kita check in dulu, aku booking untuk Deluxe Room .Oh ye, kadang-kadang Swiss Garden Genting selalu buat promo tau, boleh dapat harga yang aku stay ni hanya RM100 je, boleh follow ig Swiss Garden Genting Highland and also ada contest best jugak.

Sesetengah hotel akan ambil deposit tapi kat sini no need deposit, just bayar harga yang korang book by cash or debit/cc 

Lobi sangat-sangat cantik, bersih dan selesa. Banyak spot OOTD juga, ops !

Jom aku bawak korang masuk bilik, check in macam biasa pukul 3pm, eh meh tengok bilik lah, room tour gitu. So, kitorang book Deluxe Room. Cukuplah untuk kami 3 beranak, bilik ni agak luas sebab ia jenis memanjang. So far, bilik bersih dan selesa sangat, takde bau yang kurang menyenangkan dan kami dapat bilik di tingkat 15

DELUXE ROOM SWISS GARDEN GENTING 

Kemudahan yang ada dalam bilik, macam biasa ada TV LED, (astro tak silap), aircond, electric keetle + mineral water + tea + coffee , towels, hair dryer, working desk, room slipper, iron takde dalam bilik (kena call request) , mini fridge, security box, wifi. So far lengkap lah semua. 


Kitorang dapat yang 2 single beds, takpe boleh alih dan satukan jadi queen bed, Tapi lepas tu alih balik k :p

 Deko bilik dia tema putih, simple but nice, janji selesa dan luas, memang satu kepuasan untuk Rayyan berlari-lari -_-

 Tapi tak berani bagi Rayyan duduk tepi tingkap ni, sebab risau kalau dia bukak tingkap ( mak-mak paranoid) Tingkat 15 weh!

 Cermin besar ada kat luar satu and dalam toilet of course, dekat desk working takde cermin, nak cermin banyak2 buat apa kan :p


Toiletries ada tapi berus gigi dan ubat gigi sila bawak sendiri k, ada air panas juga. Toilet just nice dan bersih, yang penting tak bau kepam.

Tapi kan, malam masa aku tidur tu yaAllah sumpah sejuk gila, sampai kena tutup aircond. Ayoyo Genting dah lah sejuk, tingkat 15 pulak tu, lepastu pasang aircond pulak. Perghh heaven betul tapi tak tahan sejuk, kitorang keluar bilik pergi cari masakan panas haha. Yang best nya keluar je dari kawasan hotel ni ada kedai jual masakan panas, satay dan macam-macam lagi. 

So , tak susah untuk cari makanan di malam hari. 

Nah dah setel bab bilik, aku nak kongsi facilities yang ada di Hotel Swiss Garden Genting ni, agak banyak facilities yang ada. Swimming Pool ? Of course lah ada, rooftop pool lagi. So antara facilities yang ada seperti Indoor Gym, Pool, Jacuzzi and Sauna, Gardens, Games Room, Playground, Squash Tennis Court & Lap and kids pool.

Tapi mula-mula nak pergi ke pool agak pening jugaklah sebab hotel dan pool di bangunan yang berbeza ( bersebelahan) so kena lalu lobby then jalan beberapa tapak akan nampak signboard facilities. Agak letih di situ sebab asyik kena tukar-tukar lif. Haha muka lalu lalang dekat lobby ajeee weh. Meh kita pergi swimming pool pula.


Yang aku paling suka, lepak di swimming pool hotel Swiss Garden ni sebab paling atas sekali (rooftop) tingkat 41, so kat sini, if korang tak mandi pun, just lepak tepi kolam dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati keindahan awan dan langit yang membiru, ia macam hadir satu perasaan ''ermmm tenangnya'' Can i stay here forever ~ gitu, ibarat beberapa jarak je kita dengan langit dan awan.

ROOFTOP POOL

Swimming pool kat sini sumpah luas gila, ada pool untuk dewasa dan kanak-kanak juga, dan pool besar guna AIR SUAM gais, jarang jumpa pool air suam ni, tapi bagus jugak sebab agak sejuk lah di rooftop ni bila angin sepoi-sepoi datang, towel tak disediakan disini ye, sila bawa towel dari bilik.

Kemudahan di swimmping pool, ada changing room dan juga sauna untuk lelaki dan perempuan. Kalau korang sejuk or nak keringkan badan boleh lepak dalam sauna jap, lepas tu sambung mandi heheh. Kalau korang taknak tukar pakaian pun boleh tapi pastikan kering dulu.

Oh ye, di pool ada guard juga yang mengawasi, tapi aku kurang senang sikit dengan guard yang ada disini, sebab macam selalu tengok so agak tak selesa untuk mandi, segan lah lelaki pulak tu haih.


 Dalam kawasan ni tak boleh mandi, untuk ambil gambar boleh la, then lepak dalam ni untuk relax dan cool. Ada sofa tapi agak panas dalam ni :p




 Yang macam pondok-pondok tu, untuk korang rehat dari kesejukan, or letak barang-barang tapi kena awasi sendiri lah. Ada kerusi dalam tu untuk lepak. 

 Tempat berjemur pun ada. 

 Pool untuk dewasa ni takdela dalam sangat, paras dada aku yang ketinggian 158 cm, pool sebelah sana ada untuk budak-budak dan tepi-tepi pun ada kolam kecil cuma sejuk amat kat situ, so Rayyan lepak pool dewasa sebab air suam idoklah sejuk sangat.



 Kesejukan ? Dont worry k, boleh lepak sauna :p








So far, pool di hotel ni sangat best.  Memandangkan aku stay weekday, tak ramai lah yang stay, aman banget ! Boleh buat macam pool sendiri ehehe tapi ada lah juga 2 3 family lain cuma tak pack. So selesa gais.

PLAYGROUND / GARDENS 

Kitorang sempat lah jugak melawat kawasan hotel ni, ada taman cantik, siap ada kolam jacuzzi lagi kat sini dan bawak Rayyan pergi playground, dan tak berapa siap lagi sebenarnya, sebab nampak beberapa pekerja tengah buat kerja.



Lastly sebelum balik, naik lagi lepak rooftop ambil gambar buat kenang-kenangan tapi Rayyan ngamuk nak mandi lagi ahaha sabo je la,cakap je la taknak balik. Sabo ye nak, next kita stay hotel lain pula.




Hati Berbicara : 
Bagi aku memang tak rugi tau korang stay sini, memang berbaloi, selesa, bersih, so far takde masalah apa pun. Rekomen kat korang yang tengah survey hotel best di Genting tu. 
Okay bye ! Tq again KBBA for sponsor us, love ya :)



3 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

serius nampak best gila hotel ni, teringin nak bawak fmily datang sini

fatihahfazlin berkata...

Lobi hotel cun giler.

Mama Kembar Tiga berkata...

Nak pi jugakkk! Nak merasa mandi pool kat tingkat 41 hehehe

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com