Rawatan e-Genki | Terapi Terbaik Untuk Kelesuan dan Sakit Badan

28 ulasan:
Assalamualaikum 

e-Genki Treatment di Healthland Setapak | Semalam qaseh berada di Healthland Setapak untuk memanjakan dan buat urutan badan , fuhhh sumpah syok gila bila dah lama tak rasa badan di urut ni , seingat qaseh , selepas bersalin je rajin buat urutan badan ni lepas tu hurmm kesian kat badan sendiri sebab makin hari makin terasa kelesuannya , sebab tu lah badan makin cepat penat.


Jadi , qaseh nak share pengalaman qaseh membuat rawatan e-Genki ni , oh ye untuk pengetahuan korang e-Genki ni strategik partner of Healthland so dia lain dengan brand Healthland yang lain cuma dalam bangunan yang sama. Pergi sana cakap je nak buat rawatan e-Genki okayh.



Mesti korang tertanya-tanya macamana pulak rawatan E-Genki dan apa kelebihannya untuk tubuh badan kita , qaseh pun first time cuba rawatan sebegini , memang lain dari yang lain , ia akan mengesan punca di mana korang sakit melalui alat dan urutan tradisional.

Apa itu Rawatan e-Genki ? 


Okay , untuk memberi penjelasan yang lebih detail buat korang , e-Genki ni adalah Biotelectric Theraphy + Tradisional Chinese Massage yang mana ia menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah untuk mengesan punca kesakitan yang kita alami dan merawatnya. Qaseh memang ada part-part di bahagian badan bila tekan dengan jari , rasa sakit , tak tahu lah kenapa , yang bestnya e-Genki ni dapat mengesan part yang qaseh sakit tu tanpa qaseh perlu bagitahu pun. Haa best kan ?

Qaseh nak share jugak lah step-step sewaktu buat rawatan e-Genki ni , tapi semasa rawatan takde lah gambar ai , aurat uols haha . Di sini ada ruang menunggu jugak , if bawa anak kecil memang tak boleh bawa masuk di ruangan rawatan sebab perlukan ketenangan dengan muzik yang tenang gitu hehe kalau bawak Rayyan huru hara jadinya.


 Sambil menunggu therapyst siapkan tempat moh lah bergambar dulu , tak perlu tunggu lama pun , sekejap je 

Kemudian qaseh di bawa ke bilik rawatan , macam biasalah bila bermassage ni kena pakai pakaian yang di beri dan perlu dalam posisi meniarap untuk rawatan e-Genki sambil di dendangkan dengan alunan melodi yang tenang , sumpah best sebab macam dah lama tak di manja-manja begini, therapyst pulak sangat profesional dan lembut je , rasa selesa sangat dengan servis oleh e-Genki ni







Antara alatan dan bahan yang di gunakan sewaktu rawatan e-Genki

Ini juga kali pertama qaseh merasa urutan tradisional China , urutan dia lembut je haaa  memula cuak jugak tapi lama-lama layan je ~ Apa rasa bila buat rawatan E-Genki ni ? Rasa macam kena renjatan elektrik + vibrate secara perlahan je , cuma akan rasa sedikit sakit bila terkena bahagian badan kita yang sememangnya bermasalah haaa dia boleh detect di situ , so therapyst akan merawat dan membuat urutan di bahagian yang dah di kesan tu berulang kali , lama kelamaan rasa sakit tu kian hilang ~


e-Genki ni bukan sekadar untuk relaxing tau tapi lebih kepada improve kesihatan badan kita , kadang kita pun tak tahu part mana yang bermasalah sebab tak nampak kan , so banyak kebaikan rawatan E-Genki ni untuk tubuh badan kita , fuhhh memang lega sangat semasa rawatan di jalankan , kalau korang selalu alami lesu-lesu badan , sakit sendi qaseh rekemen sangat untuk cuba rawatan e-Genki ni , lega weh lega


Rawatan e-Genki ni macam gambar di atas , alat tu akan di letakkan di badan sambil di urut oleh therapyst , melalu pergerakan tangan therapyst tu kita boleh rasa arus elektrik tu ikut sekali untuk rawat masalah tubuh badan kita dari leher sehingga kaki. 


Kebaikan Rawatan e-Genki Pada Kesihatan Tubuh Badan
  • Memulihkan peredaran darah dalam badan 
  • Memulihkan sel-sel badan dan juga saraf 
  • Meningkatkan sistem penghadaman 
  • Meningkatkan anti keradangan 
  • Menghilangkan keletihan badan 
  • Melegakan tekanan dan kesakitan 
  • Body detox 
Untuk rawatan E-Genki ni mengambil masa dalam 1 jam juga lah , then selepas selesai rawatan e-Genki , qaseh di beri rawatan Mud Spa pula. Apakah itu Mud Spa ? Kebaikannya adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan , so therapyst akan letakkan Mud Balm di belakang badan kita , ia sejenis herba dan agak kuat juga bau herbanya 



Bila di letakkan Mud Balm ni memang terasa badan agak panas ibarat korang berendam dalam hot spring gitu  tapi sumpah best , rasa badan tu tiba-tiba segar je , Mud Spa ni mengambil masa 1 jam jugak , bila di sapu dengan Mud Balm , therapyst akan tinggalkan korang sendirian so nak tido pun boleh hehe tapi memang sangat best ! Lepas habis sesi Mud Spa ni pun badan still rasa segar dan panas. 

Therapyst tu ada pesan , selalu lah buat urutan badan ~ mungkin badan aku betul-betul lesu dan banyak sakitnya  hehe badan kuat bekerja macam ni lah, tapi pengalaman qaseh lepas buat rawatan e-Genki ni memang betul-betul badan rasa sangat segar , sihat dan panas maybe peredaran darah makin lancar , part-part yang bermasalah pun makin kurang sakitnya  , memang terbaik ! 

Cawangan e-Genki yang korang boleh buat rawatan :
  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak 
  • Healthland Desa Park City 
  • Healthland Taman Segar 
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam 

FREE Voucher Diskaun Off RM100 !


Berita baik , jika korang berminat untuk mencuba rawatan e-Genki , qaseh ada 10 voucher diskaun RM100 untuk di beri haaa kalau korang berminat boleh email qaseh di dalia_adelia@yahoo.com atau dm di instagram qaseh @qasehdalia , serious lah bila cuba e-Genki treatment ni sedap je rasa badan , memang berbaloi-baloi , harganya pun sangat berbaloi haaa jika guna voucher kena bayar sikit je , jangan lepas peluang ini okayh



Facebook :

28 ulasan:

YB Shehan berkata...

Menariknya sis. Mesti bnda tu detect tgn ku klu pegi. Huuuu

Huda Halid berkata...

Wah best yer urut kat sini. Tak sabar nak pergi bulan depan

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata...

Kak Ti pun dah buat.. Pg sekali dengan husband.. Memang best sangat.. Nak repeat lagi..

mas saari berkata...

Bestnya dapat urutan camni.

Nina Mirza berkata...

Bestnya... Menarik laaa.. Belum pernah buat treatment gini. Kalau kak nina rasanya mau terlena masa depa letak mud black tu. Relaxing jerr

Nak voucher tu... Nak try laa

lisak berkata...

weihh nk jugak hahaha . best kena urut ..

Yaya Azura berkata...

Menariknya! hilang lenguh-lenguh badan kalau dapat massage macam ni.

Mymellythoughts.blogspot.com berkata...

Bestnyaaa.. Teringin nak cuba jugak Qaseh.

Mymellythoughts.blogspot.com berkata...

Bestnyaaa.. Teringin nak cuba jugak Qaseh.

airah syahirah berkata...

Bestnya dapat manjakan diri dekat sini. Tengok atmosphere dia pun cozy mesti best kan. Nak cuba jugak la nanti

Mama Kembar Tiga berkata...

Bestnya! Teringin nak try buat gak. Dah lama sangat tak pi urut badan ni, memang rasa sakit sakit sana sini huhu

Syamimi Saad berkata...

Bestnya dapat berurut. Tanpa gangguan dari anak.
Memnag syok la kan..
Kita lepaa operation ni ada juga rasa sakit sakit badan.
Tapi tak berani pula nak pergi berurut.
Rasanya kalau dapat berurut, hilang sikit kut sengal sengal kat badan ni kan..

Rawlins GLAM berkata...

Rawlins suka sangat kena urut sebegini.
Boleh tertidur tau kalau amik pakej sejam.
Tapi now Rawlins pergi ke pengamal perubatan Islam untuk rawatan seluruh badan sebab dah berusia hahaha

Mimie berkata...

Nampak menarik je rawatan e Genki. Saya pun ada juga bahagian dalam badan yang sakit sakit. Nak juga dapat urutan yang bagi keselesaan pada badan kan. Umur makin meningkatkan ni faham faham jelah banyak sangat sakit sana sengal sini. Bila dapat urut badan ni memang best sangat lah.

Zharif Azis berkata...

baru pertama kali dengar nama rawatan nie. comel je nama dia ! yelah, penat bekerja dan rutin harian memangs elalu dpt lenguh2 dan sakit badan. nak tidur pon x selesa. nanti nk dapatkan rawatan nie lah

penaberkala berkata...

Waah, macam best je dapat manjakan diri kat sini. Kadang-kadang sometimes kita perlukan me time macam ni. Lawa juga tempat dia kan? Ni kalau mengurut sambil dengar melodi, mau tertidur sampai berdengkur ni, hahahaha

Kayathre berkata...

Nampak best. Saya suka sangat pergi massage dan buat rawatan macam ini. I should try here too.

Nadia Johari berkata...

memang nampak best ni..aduhhh..badan kita pun tenagh lenguh2 ni..biasalah banyak buat kerja..nak qasehh..nak voucher tu..hahahaa

LizzaBella berkata...

Hehe siapa tak suka kena urut cuma selalunya ramai orang jadikan kesibukan sebagai alasan. Sebenarnya tak bagus juga kalau tunggu sampai badan dah sakit2 baru nak urut sebab tu maknanya dah ada masalah seperti muscle tense, urat sempit dan sebagainya. Not bad harga yang ditawarkan. Kalau ada rezeki mungkin Bella akan try kesini.

AlongMurni berkata...

Wah!!! AM pun nak cuba juga nie.. Sekali sekala berurut nie mmg Best.. Yelah, dah seharian badan penat bekerja kan.. Detox utk badan tue nmpk menarik.. Pakej pun berbaloi..

Hanny Abdullh berkata...

Badan tgh sakit2 ni..best betul kalau dapat buat rawatan macam ni. Dah lama tak berurut. Memang sis perlukan urutan kat tempat2 yg selalu cramo n lenguh kat badan ni. Bolehlah cuba nanti kat sini

Mek Onie berkata...

wahhhhh bagus juga ye rawatan e-Genki ni. Boleh kesan penyakit yang ada. Mesti rawatan dia sangat seronokkan. Onie pun ni haaa lama dah rasa tak me time kat spa ni,hehe

umminani berkata...

un nak pergi jugalah. maman lokasi terdekat ddengan kajang yer qaseh?

saidila berkata...

deko dia cantik , sedap mata memandang ..tempat camnilah kena datang untuk relakskan muscle dan urut2 apa yg patut biar rasa lega

HALIMAH BINTI MUHIDEN berkata...

Best dot6buat rawatsn ni, tentu lah telex lps tu sbb badan rasa segar kembali

Qisstiera berkata...

Dah lama tak berurut macam ni. Sedap juga kalau dapat urut gini. Bagus betul peralatan dia, tak perlu pun kita bagitau Kita sakit bahagian mana kan. Qis nak cuba juga sebab dah lama tak manjakan diri gini.

SuperMamy Syu berkata...

1st time dengar nama tempat ni. Rawatan macam ni emmang best kalau dapat
ber me time hujung minggu. Tapi sayangnya, cuma ada area selatan je. Belah perak sini xxde

Sunshine Kelly berkata...

Rawatan macam memang bagus untuk wanita, to destress and also buang toksin dalam badan kita ni.

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com