Assalamualaikum
Holla girls ~ penting tak penjagaan dalaman bagi korang ? Bagi yang masih belum berkahwin atau bersalin jangan pernah rasa penjagaan dalaman tak penting , sebab aku ada baca , sesetengah wanita beranggapan tak perlu pun basuh / jaga dalaman terutama part V kerana katanya lagi memudaratkan , hurm are you sure girls ?
For me , bila makin meningkat dewasa ni , penjagaan dalaman sangat-sangat penting dan orang dulu-dulu pun sangat menjaga kebersihan kelamin / dalaman sewaktu anak dara lagi dengan mengamalkan amalan tradisional seperti basuhan dengan sireh atau manjakani untuk penjagaan dalaman mereka ,
Di zaman teknologi canggih ni , mana nak cari bahan-bahan tradisional tu ? Lagipun aku ni sejenis pemalas haha so jalan terbaik adalah cari produk pencuci berasaskan bahan organik dan pilihan aku semestinya dari Cosmoderm iaitu Manjakani Hygiene Wash , sebab aku memang nak bahan kandungannya berasaskan Manjakani dan juga herba tradisional.
Bagi yang kata pencuci bahagian intim memudaratkan , sebenarnya atas pilihan produk , sebab ada sesetengah wanita hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci bahagian intim ~ what !! Tahukah korang , sabun mandi mempunyai PH yang berbeza dengan PH yang di perlukan di bahagian intim , thats why ia akan menyebabkan jangkitan kuman , keputihan teruk dan sebagainya ~
Manjakani Hygeine Wash Jadi Pilihan
Bila korang nak pilih sesuatu produk untuk penjagaan dalaman / bahagian intim firstly check bahan kandungan , untuk Manjakani Hygeine Wash dari Cosmoderm ni , 99% adalah Manjakani dan ekstrak herba tradisional , Oak Gall , Aloe Barbadensif Leaf , Labisia Pamila , dan Piper Betle (Kacip Fatimah dan Sireh ) , Zero Paraben , SLS dan SLES . Setiap bahan kandungan memberi khasiat tersendiri untuk kesihatan bahagian intim wanita.
So jangan pernah meremehkan penjagaan di bahagian intim ni , kerana faktor perubahan hormon dan peningkatan usia akan menyebabkan keseimbangan PH berubah. Oh ye , banyak juga faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan PH di bahagian intim seperti pemakanan yang tidak seimbang ~ haaa , adakah korang suka mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ? Gocthaaa !!
Kelebihan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm
Aku dah cuba sendiri dah Manjakani Hygiene Wash ni , ya ampun nyaman dan rasa segar je , macam bernafas gituh haha sebab ia rasa macam sejuk-sejuk gituh . Jadi , apa kelebihan Manjakani Hygiene Wash ni ? :
Kelebihan Manjakani Hygiene Wash :
- Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim
- Haruman yang lembut dan eksotik
- Menyeimbangkan PH di bahagian intim
- Membantu melegakan iritasi pada kulit
- Rasa harum dan nyaman sepanjang hari \
- Cerahkan kulit di celah peha bila di gunakan secara berterusan
- Zero Paraben , Sls dan Sles
Cara Penggunaan Manjakani Hygiene Wash
Nak guna pun senang je korang , sambil-sambil mandi tu , tak ambil masa yang lama pun aihh ~
- Hanya picit sedikit pencuci Manjakani ni di atas tangan yang lembab , bersihkan bahagian intim dan sapu lembut sahaja beberapa saat kemudian bilas dengan air , siap ! Bersih dan wangi ! Husband pun happy auch ~
Teksturnya pun likat macam ni , tak perlu nak ambil banyak-banyak ~ satu picit pun dah cukup . Baunya wangi tapi tak terlalu menusuk hidung , wangi yang macam tenang-tenang gitu . Bila aku pakai pencuci Manjakani ni memang rasa lebih bersih dan segar daripada pencucian hanya menggunakan air biasa . Nak solat pun rasa lebih bersih.
Jadi ugais yang rasa benda-benda macam ni remeh temeh , sebenarnya setiap inci kulit kita perlu di jaga dan di bersihkan , dari rambut sampai ke kaki tiada satu pun korang perlu ambil remeh , lagi-lagi bahagian intim , selepas period bagai haruslah di cuci dengan bersih tau ! Jangan malu-malu untuk membicarakan hal sebegini kerana malu boleh membawa kepada masalah yang besar
If ada masalah keputihan teruk , maknanya keseimbangan PH di bahagian intim sudah tidak normal dan penggunaan produk pencuci bahagian intim pun menjadi salah satu faktor kepada masalah itu :) Baik mencegah daripada merawat ya ! Nak mula kan bukan selepas berkahwin , tapi sewaktu anak dara lagi . Jangan sampai husband tak de selera gara-gara habit kita yang anggap bende ni remeh temeh heheh
Harga Mampu Milik !
Produk dari Cosmoderm ni rata-rata semua mampu milik , jangan la cari sembarangan produk yang kita tak tahu di uji kaji dengan betul atau pun tak , Cosmoderm pun dah lama bertapak so ia memang memberi kepercayaan penuh pada aku . Harganya pun murah je , untuk 150ml hanya RM12.90 , dan 375ml hanya RM18.90 , boleh pakai berbulan-bulan .
Jangan PM TEPI pulak , sebab aku tak jual tau , aku dapat kan di web Cosmoderm , so if korang nak jangan lupa dapatkan Manjakani dan Soothing Hygiene Wash Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di outlet Aeon Wellness , Caring , Watsons dan farmasi yang terdekat
For More Info :
Comments