BuyandShip Malaysia | Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah , Cepat dan Selamat

Assalamualaikum 

Hai korang , pernah tak korang teringin nak beli barangan dari luar negara ? Mungkin dah survey sebab kebanyakan barang di luar negara ni memang takde di Malaysia , tapi tiba-tiba tak jadi beli atau putus nafsu shopping bila tengok harga untuk penghantaran ke Malaysia mahal gila ! Kadang-kadang lebih mahal dari barang tu sendiri kahkah . 

Aku pun pernah survey barang-barang dari luar negara , tambah-tambah bila sale , memang rugi gila tak grab tapi kerisauan lebih tinggi dari nafsu shopping atas sebab harga penghantaran agak mahal , risau barang tu tak selamat sampai ke Malaysia dan sistem yang sangat leceh. Haaa tu sebelum aku tahu kewujudan servis penghantaran yang mudah dan murah dari BuyandShip (boleh sambung survey lepas ni :p) 



BuyandShip , Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah dan Mudah 

Apa itu BuyandShip ? Boleh di percayai ke servis dari BuyandShip ni ? Kat mana gudangnya ? Haa mungkin yang selalu shopping di oversea tertanya-tanya semua benda ni kan , ye lah walaupun zaman online , memang tak terlepas dari di tipu tapi uguys jangan risau , BuyandShip bukan scammer dan sangat di percayai.

BuyandShip ialah syarikat dari Hong Kong dan sebenarnya dah beroperasi dari tahun 2014 lagi , ia memang memberi satu kemudahan kepada korang yang ingin shopping barangan dari oversea , antara negara yang korang boleh shopping seperti Amerika Syarikat , United Kingdom , Jepun , Korea dan China  . Perghh barang mekap banyak tu di Korea , ehehehe :p 

Kalau dulu , jealous je tengok orang shopping di oversea , tapi sekarang , klik je haaa dan tunggu je barang sampai depan rumah , servis penghantaran BuyandShip pun cepat dan mudah.

Cara Menggunakan Servis BuyandShip Malaysia 



Hurmm macamana nak guna servis penghantaran dari BuyandShip ni ? Haaa meh aku bagitahu secara detail supaya korang mudah faham , jadi korang hanya ikut step-step yang aku nak kongsikan ni ye . Memang sangat mudah 



Step 1 : Daftar ahli untuk mendapatkan alamat gudang dari luar negara , boleh daftar di sini , setelah dah selesai mendaftar , korang akan dapat alamat gudang dari luar negara dan id keahlian 





Step 2 : Time to shopping ! Sebelum tu korang boleh klik di Pusat ahli : Alamat Gudang Luar Negara BuyandShip , kemudian isi alamat udang luar negara dalam maklumat penghantaran , nama penuh dan juga ID keahlian semasa checkout . Korang boleh isi alamat kad kredit sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout




Step 3 : Isytihar Bungkusan korang , setelah korang terima tracking number dan maklumat penghantaran dari laman  pembelian pilihan korang , korang perlu declare penghantaran korang di laman web BuyandShip.Caranya isi tracking number di tab Pengurusan Hantaran : deklarasi , penjejakan dan penghantaran pukal dan klik ''click here to add new shipment'' , sila buat sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip secepat mungkin tau 



Step 4 : Kaedah Pembayaran , barang korang akan di hantar ke gudang HK sebelum di hantar ke Malaysia , kemudian pihak BuyandShip akan emel korang , if status penghantaran korang belum bertukar sila hubungi BuyandShip walaupun sudah di hantar selama 48 jam , cas penghantaran akan di kira melalui jumlah berat sebenar. Bila korang dan bersedia untuk menerima hantaran , korang juga boleh menyatukan semua nya dalam satu penghantaran sahaja, then akan di balut semula tanpa cas , cara pembayaran boleh melalui mata ganjaran BuyandShip / kad kredit / kad debit dan segala cas hantaran perlu di langsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan HK , jika tidak hantaran korang tidak akan di hantar.


Step 5 : Masa Penghantaran , ke gudang Hong Kong US & UK dalam masa 4-6 hari bekerja / Jepun , Korea , China dalam masa 2-4 hari bekerja . BuyandShip akan menghantar pesanan korang dalam masa 1-2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permintaan korang dan bayaran. Penghantaran ke rumah korang akan mengambil masa 3-4 hari bekerja , kecuali melibatkan pemeriksaan kastam (tertunda).



Take Note : Masa Tamat Penghantaran
  • Bungkusan yang sampai di Gudang Luar Negara ,BuyandShip akan dihantar keluar secepat mungkin.
  • Status penghantaran akan ditukar kepada ‘Semak Keluar/Check Out’ apabila bungkusan anda sudah disahkan untuk penghantaran ke Gudang Hong Kong.
  • Masa ketibaan mungkin tergendala semasa cuti umum antarabangsa.
Tarikh Penghantaran adalah seperti berikut: 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu MYT
  • Gudang US : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu waktu, Malaysia
  • Gudang UK : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat waktu, Malaysia
  • Gudang Japan : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu, waktu Malaysia
  • Gudang Korea : 5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat, waktu Malaysia
Jadi korang hanya kena ikut 5 step yang di atas ni untuk proses penghantaran barang , mudah je kan ~ kena register dulu baru korang akan faham , lepas tu ikut je step yang mudah tu okay , eh macamana pulak dengan bayaran ?  Betul ke BuyandShip ni servis penghantaran yang murah ? Okay teruskan membaca ~ 

Yuran Bayaran BuyandShip , Keistimewaan dan Harga 


Yuran BuyandShip mengikut jumlah berat sebenar : 1 POUND = RM15 

Keistimewaan :
  • Bestnya BuyandShip korang boleh satukan semua pembelian korang yang di beli dari pelbagai gudang dalam satu parcel , BuyandShip akan simpan sehingga 30 hari
  • Yuran yang mengikut jumlah berat sebenar dan bukannya volumetrik
  •  Korang juga boleh mendapat mata ganjaran / rebat dari segala jenis promosi atau mata ganjaran pembelian dengan kadar diskaun yang boleh di gunakan untuk yuran bayaran 

Faedah Menggunakan Servis Penghantaran BuyandShip Malaysia 



Selain dari sistem yang mudah dan murah , ada banyak faedah yang korang dapat bila menggunakan servis BuyandShip ni yang mungkin tiada pada servis yang lain , antaranya : 
  1. Gudang di sediakan di Amerika Syarikat , Jepun dan Korea  - gudang yang terletak di serata dunia memudahkan urusan penghantaran dengan cepat dan di hantar dalam masa 5-10 hari 
  2. Gudang Operasi Sendiri / Gudang Khas BuyandShip - BuyandShip telah memantapkan gudang khusus untuk memastikan servis yang di berikan adalah efisyen dan teguh 
  3. Bayaran Melalui Kad Kredit bayaran boleh dibuat secara kad kredit – Visa, Mastercard dan American Express.
  4. Penghantaran Terus Ke Pintu 
  5. Menyatukan Beberapa Hantaran dalam Satu 
  6. Jejak dan Kesan Hantaran Korang - boleh di kesan di mana saja korang berada dan di inform melalui emel 
  7. Sistem Selamat - Yang penting selamat SSL untuk melindungi maklumat korang dari terdedah 
Baca juga : senarai cawangan Jnt Johor {alertInfo}

Pilihla BuyandShip Untuk Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah dan Selamat 



Nah , aku dah bagitahu secara detail untuk korang semua , jangan ragu-ragu lagi untuk memilih BuyandShip supaya urusan pembelian dan penghantaran korang lagi mudah dan cepat , boleh lah goyang kaki sambil shopping online dari luar negara , kadang-kadang banyak barang yang lagi murah dari Malaysia ops ! Bila yuran penghantaran pun murah , tak terasa sangat duit tu keluar , ye dak ? heheh 

One more thing , ada bahan larangan yang korang tak boleh shopping melalui BuyandShip ni tau , boleh tengok list di Katalog Barang Larangan , terutamanya cecair dan gas mampat .

For More Info :



Facebook : BuyandShip Malaysia
Instagram : buyandship.my


1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama