Farm In The City Sri Kembangan | Pengalaman Bawak Anak Tengok Haiwan

17 ulasan:
Assalamualaikum 


Holla guys , sempena Hari Malaysia baru-baru ni , KBBA ada buat program family day di Farm In The City di Sri Kembangan ni , fuhh hari public agak ramai jugak lah datang ke sini. Sebenarnya ini kali ke dua aku datang ke sini , dulu datang waktu bujang dan sekarang bawak anak lah pulak . Ternyata tempat - tempat macam ni lebih seronok bawak family dan anak-anak , sebab apa ? Diorang baru nak mengenal haiwan dan sangat lah excited ! Kita pun teruja nak kenalkan nama-nama binatang yang ada di sini 

Aku pun tak tahu sangat nama menatang di sini .... 


Semua berkumpul di depan pintu masuk , kedai ni pulak jual macam-macam toys adumak Rayyan dah mula meroyan masuk kedai ni , pastu grab mainan dalam ni , tak bagi meraung la .. grrrrr awal-awal dah buat perangai , sebab tak nampak lagi binatangnya ahaks sabar je la , then kami di bahagi kan ke dua kumpulan sebab ramai sangat , A & B , aku dalam kump B .

Parking kat sini percuma je , tapi tak banyak sangat la lebih-lebih lagi public holiday , so korang nak dapat parking sila datang awal-awal . Nak datang ke sini , best datang pagi-pagi sebab cuaca pun tak panas sangat , tengahari boleh lah balik bila da penat meround dan tempat ni agak luas jugak , ada bahagian-bahagian binatang yang dah di tempatkan ikut kategori 

Masuk-masuk je nampak makanan untuk haiwan kat sini , eh aku ni sekejap menatang , sekejap binatang haha kecelaruan minda , so haiwan je la comel sikit :p



Perlu ke beli makanan ni ? Wajib lah beli korang , baru lah dapat merasa pengalaman sendiri , takkan nak tengok je ~ Sambil-sambil bagi makanan tu boleh juga beri belaian kasih sayang percuma , haiwan pun macam kita jugak , nakkan perhatian haha tiber . 

Oh ye , Farm In The City ni konsepnya adalah Petting Zoo , dah namanya pet semua haiwan-haiwan ni comel-comel belaka , kita boleh pegang , bagi makanan dan sentuh dia kecuali binatang berbisa seperti ular sawa bapak besar gila wei ! So nak cari haiwan-haiwan yang ganas takdelah kat sini ye korang , macam rimau , singa dan lain-lain boleh lepak zoo sana :p 

Mmbekkkkkkkk House 




First datang lepak rumah kambing dulu , kambing tengah sedap melepak dan makan . Tak tahu pulak kambing dengan burung unta berkawan rapat haha apakah ini , uols ada skandal apa ni haaaa . Kalau korang selalu online di twitter korang akan nampak video burung unta ni yang dah viral sebab aksi dia yang acah-acah tengah makan , padahal takde orang bagi makan pun hihi

Dah kambing tu kenapa , alololo ngantok sangat tapi nak kena layan tetamu be like ~ hahaha 
Mood's Lake 
Kat sini korang boleh tengok kuda yang paling kecil , rendang , rendah and of course lah comel ! Diorang tengah lunch dalam kandang , malas nak kacau , sebab aku teringat pesanan , jangan kacau orang tengah makan , tapi ni haiwan so aku anggap je la sama , takut japgi kena tendang . Melawak je , kat sini haiwan-haiwan tak merbahaya asalkan korang pun baik-baik lah ye



 Gemuknya awak , senang hati ek ? 

 Ada burung helang juga 

 Haaaa tengah membawang apa la tu ! 

Rayyan eksited , tak layan pun Umi nak bergambar 
Burung Kakak Tua Show 
Di Farm In The City ni , selain dari tengok haiwan , ada juga pertunjukan / show , seperti show burung Kakak Tua , staff ni pandai berinteraksi , so anak-anak gembira dan eksited lah sambil buat lawak-lawak juga , aku pun terhibur kahkah , nak tau show apa , datang sendiri lewww 


 Yang ni pandai naik kan bendera 
 Yang ni boleh berinteraksi dengan kita 

 Yang ni paling drama dan suka berlakon , hari tu lama buat-buat pengsan sebab acah-acah kena tembak , hehe nakal tau awak ni ! 

Poney Ride
Nak anak korang lagi seronok ? Haaa bawak diorang naik Poney Ride ni , harga RM7 seorang . Rayyan tak boleh naik sebab kecik lagi dan ada had ketinggian nya . Poney Ride bawak pergi mana ? Dalam kandang ni je heheh tapi dapat lah pengalaman best untuk diorang .



Raccon Feeding 
Aku paling suka menatang Raccons ni haha sebab comel gila ! Walaupun mula-mula agak geli-geli jugak lah nak hulur tangan sebab takut kena gigit tapi sebenarnya dia tak gigit pun . Dia macam kais-kais tangan kita untuk ambil makanan . Geli-geli lak rasanya haha tapi spesies yang beradab lah , nak makanan menjulur cenggitu . Rasa nak pelok bawak balik ! Rayyan plak penakut haha surrender dia 


Macam muka serigala pun ada . 

Pet Village

Kat sini korang boleh jumpa arnab yang comel-comel dan boleh lah beri makanan , free je makanan , mintak dengan staff yang ada kat situ . Aku confuse arnab ni makan kangkung ni atau dah kenyang sebab dia takmau makan huh , aku syak dia dah kenyang kot sebab dah berapai ramai suap kat dia hihi . Takpe , bagi gemok-gemok tau .


Rabbit ni boleh je korang nak pegang dan bergambar , jangan kasar-kasar k .

Longkang Fishing
Depan Pet Village tadi  , korang akan jumpa Longkang Fishing ni . Boleh mancing ke ? Bukan mncing tau tapi tangkap guna net ni je . Ikan dia bapak laju , haha tak terkejar aku nak menangkap nya kakaka , tapi bila dah dapat jangan bawak balik pulak ikan tu , kena lepaskan balik lah . Ni untuk anak-anak rasa pengalaman menangkap ikan . Orang bandor lah katakan !


Fish Feeding 
Syok oooo tengok ikan -ikan kat sini sebab besar gila dan gemok-gemok semuanya . Mana tak gemoknya selalu makan je keje ek hihi tapi best la tengok dan bagi makan , Rayyan dua round jugak dia amik makanan ikan kat sini .

Percaya tak aku lempar terus masuk dalam mulut ikan tu haha , dah ternganga sangat kan :p

The World's Rarest Tortoises

Next , lepak dalam dunia Kura-Kura , yang paling otai kat sini dah berumur 35 tahun , bapak besau wei . So korang boleh bagi makanan jugak pada kura-kura ni haaa , sebelum masuk staff bagi makanan kat korang . Cumanya korang kena jaga-jaga la jari anak-anak waktu nak beri makanan sebab ia tak dapat bezakan mana makanan atau jari korang . Wuuu serammm ooo bila dia bukak mulut , dah ghupe dinasour ! 

 Besar gila kan ..
 Keliru nak ngap mana satu , amik yang bawah dulu lah .

 Close up sikit muka diaaa , haaa hensem rupanya gulppppp
Rehat Jap ! 
 Dalam ni tak boleh bawak makanan , tapi sebelum masuk dan dalam Farm In The City ni ada kedai jual makanan dan juga air . Rayyan dah lapar dan dahaga , so wait the minute ~ rehat jap sebelum meneruskan perjalanan 
Antara Haiwan Yang Ada di Farm In The City
Selebihnya korang tengok sendiri lah keletah dan telatah haiwan-haiwan yang ada di sini , sebenarnya banyak lagi tapi korang kena lah datang dan explore sendiri dalam dunia haiwan di The Farm In The City ni  , aku suka konsep Petting Zoo sebab dapat buat kanak-kanak mengenal , merasa , dan melihat sendiri haiwan depan mata tanpa rasa takut . 

 Mula-mula Rayyan ingat kan cicak ni toys , so suka hati dia pergi kelebek kepala cicak ni haha pastu lari terkejut 


 Kena cover muka takut campur geli-geli sebab bawah badan dia tu terasa agak lembab .. ewwwwwwww 
 Yang ni tak berani nak pegang sebab licin semacam je haha
 Ni bapak mereka , sukahati daku je ~

 korang jangan mengumpat tau depan dia , sebab tengok la telinga dia tu , dari jauh dah boleh dengar ahaha tapi comellah , laki aku cakap ni spesies musang . Ye ke ?
 Geli geleman weh . Tido je lah kat situ , jangan nak bergerak k .
 Biasa Rayyan tengok dalam kartun je crodile , dapat jugak tengok yang real punya 

 Yang ni lagi gila vavi besarnya hoiii , tapi kaler dia cantik ! 
 Pantang jumpa ayam !
 Aku tengah bagi burung merpati makan sebenarnya ni , Rayyan tak mau bagi sebab sakit sikit kot haha 

 Boleh belai-belai rusa sebab diorang lepas je , tapi kawasan ni hati-hati dengan sekor kambing ni , dia suka sangat naik atas badan orang haha pantang nampak pegang apa-apa , ingatkan makanan , jenuh bertempik 
 Alpaca ! Comelnya awak ! Bulu dia pun comel kan , nampak macam betina je ni , tempat dia je ada aircond tau huh kemahen ..tapi memang dia kena hidup dalam tempat sejuk 
 Kesunyian ke tu ~ 


Haaa banyak gila kan haiwan kat sini , eh banyak ke ramai ? :p tapi ni separuh je tau , tak larat nak hupload dah nanti berat blog den ahaks . Jangan lupa datang ! Walaupun sekali seumur hidup datang la ke sini tau . Nampak macam beshe-beshe je tapi bila masuk sini banyak benda boleh explore dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan . :)

Harga Tiket The Farm In The City
My Kad Dewasa- RM37.00
My Kad Kanak-Kanak & Warga Emas - RM30.00
Pakej Keeluarga - RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak + cenderamata + baucer diskaun
Harga normal Dewasa - RM55
Harga normal Kanak-Kanak /Warga Emas - RM45 

For More Info :

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City

17 ulasan:

shazillahsani.com berkata...

Bestkan dapat bwak anak2 ke sini.. Hihihi

shazillahsani.com berkata...

Bestkan dapat bwak anak2 ke sini.. Hihihi

Amanda Suria berkata...

Akak pun dah bawak anak-anak kat sini..semua suka dan kalai boleh x nak balik..banyak haiwan yg menarik dan tempat ni sgt sesuai utk family crowd

idayu nim berkata...

Baru tau ada tempat menarik camni kat seri kembangan. Bestnyerr tengok, anak2 saya mesti suka. Tapi tengok ularr..eee gelinye.

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Pernah bawa anak-anak ke sini satu masa dulu. Memang seronok sbb haiwan dia jinak dan mudah didekati. Banyak pula haiwan di puas bereksplorasi hehe

Hasif Hamsyari berkata...

Seronoknya sekali-sekali bawak famili ke sini! Anak kecil pun boleh belajar banyak benda dan mestinya mereka pun happy. Selalu dengar tempat ni tapi belum lagi berkesempatan untuk pergi sendiri. InsyaAllah suatu hari nanti lah!

adianiez AIDA berkata...

Lama da tau tempat ni.
Just tak pernah gi. Nice place utk dedahkan anak2 dgn haiwan.
Dunia haiwan adalah sgt best.
Kanak-kanak dan haiwan sgt rapat kan. Pupuk rasa kaaih syg sejak dari kecik.

Angel Poi Woon berkata...

i went to this Farm in the city long time before. Wish to go again if got opportunity. :)

mas saari berkata...

Akak dah pi 2 kali ke FITC ni, best sangat dan anak² pun seronok!

Kak Su @Kak Su berkata...

anak bongsu memang gemar ngan haiwan2,kalau bawak dia kesini mesti tak moh balik hihi.
Thanks for sharing those wonderful pics sis, terhibur hati akakCara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumahh

Dunia Farisya berkata...

Tengok racoon tu teringat rocket dalam infinity war tu hahaha.Ala comel weh haha.Lepas ni nak farm in the city laa

Ibu Syurga berkata...

Comel betul haiwan haiwan jinak di sana. dapat bagi makan sendiri lagi mengujakan hati anak anak kita kan. Maklumlah, dulu kita duduk kampung haiwan merata. Dah duduk bandar tak sama

Penulis Sambilan berkata...

Tempat yang menarik ni untk cuci mata tenangkn fikiran

Mamaleesyamiro berkata...

Sama laa...banyak2 haiwan kat sini akak paling suka raccoon. Comel sangatt

Mawardi Yunus berkata...

memang best pergi sini. aku dah dua kali ke sini. seronok betul layan haiwan yang comel-comel kat dalam ni. tak puas.

Sarah Amirudin berkata...

best kann. last time pergi sini dah lama dah. skrg makin lama makin famous so org pun makin ramai. hehe

Nadia Johari berkata...

best sangat datang sini..nanti nak pergi lagi

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com