Bangi Wonderland Theme Park , Best ke ?

7 ulasan:
Assalamualaikum

Mula-mula aku dengar tentang Bangi Wonderland Theme Park ni memang wow jugak lah sebab lokasi dia dekat jugak dan banyak permainan best-best yang ada , tapi baru hari ni dapat jejakkan kaki kat sini . Best ke tak best Bangi Wonderland ni ? Dia macam ni tau , ia akan jadi best bila kau bukan seorang penakut , dan tak best bila kau rendam-randam kaki je hak elaaaaa haha 

Bila kau dah masuk taman tema ni , kau kena jugak main sesuatu yang kau tak pernah buat , apa kess masuk tapi tak berani nak cuba (kata kat diri sendiri sebenarnya haha) tapi aku pun tak mampu nak cuba semua , cuma aku cuba jugak cabar diri sendiri padahal kena paksa dengan member-member ni , bersedia untuk memeritkan anak tekak dan telinga okay !Gila weh macam tak percaya aku boleh buat semua ni haha .  Jom , banyak benda nak cerita ni.


Mana Nak Parking di Bangi Wonderland ?
Bergambar kenang-kenangan di pintu masuk , mesti korang tertanya-tanya bab parking di Bangi Wonderland ni , jangan risau memang ada parking khas kat sini , di basement . Harga parking RM6 per entry , nice one tak perlu parking ikut jam . Datang sini lagi syiok dan best pergi ramai-ramai , datang dengan family ke kawan-kawan ke haa , sebab game kat sini ada yang kena naik 2 orang , ada yang kena naik 4 orang . Aku pergi ramai-ramai jugak dengan geng-geng blogger #kelabbloggerbenashaari . Diorang ni la paksa aku buat benda-benda gila ni haha rileksss , sekali cuak , dua kali ketagih , 3 kali sakit badan kahkah 

Dah setel parking kan ? Moh kita masuk tengok apa kemudahan yang ada dalam ni . Apa yang korang tak boleh buat ? Korang sama sekali tidak boleh bawak makanan , sebab masa nak masuk staff Bangi Wonderland akan check semua bag , scan ticket dan pakaikan tag , tapi kalau ada makanan baby tak pe , di benarkan . Bila dah pakai tag korang boleh keluar masuk dalam taman tema air ni . 

Kemudahan di Bangi Wonderland

Kemudahan kat sini memang lengkap , nak simpan barang-barang boleh sewa loker kat sini , harga dalam RM10-RM30 mengikut saiz loker . Yang bestnya kat sini ada di sediakan medic room dan ambulans juga , in case mana la kita tahu kan kot-kot terjadi kes yang tidak di ingini haa mudah dan korang juga boleh check tekanan darah dulu sebelum main game yang extreme kat sini . Cabana pun ada untuk di sewa , kalau tak nak sewa boleh lepak bawah public area tu 


Pelampung hanya di sediakan untuk orang dewasa sahaja tau , harga sewa untuk pelampung RM14 tapi korang kena bagi deposit RM10 , jangan risau korang akan dapat balik duit deposit lepas hantar pelampung nanti . Tolong jaga pelampung korang baik-baik supaya orang lain tidak mengambil dengan sesuka hati nya . Jadi untuk budak-budak korang boleh bawak sendiri dan juga ada kedai kat sini yang jual pelampung , baju mandi , jaket dan macam-macam lagi lah , sediakan duit je :p Aku beli pelampung yang macam jaket untuk Rayyan kat sini , harga RM34 .

Rides Yang Wajib Korang Cuba 


Sebenarnya ada 16 kesemuanya , dua lagi adalah The Surf Rider dan Typhoon River . Semua game best-best cuma takut dengan tak je . Tapi ada part-part memang pihak Bangi Wonderland kena bagi  more safety lebih sikit terutama part-part yang selalu ada problem , perbaiki apa yang patut untuk masa hadapan gitu.. Jadi apa je yang aku dah cuba ? Jeng jeng jeng .. Oh ye jangan lupa pakai SUNBLOCK sebab theme park ni open so cuaca agak panas , dari mengelakkan kulit korang terbakor sila apply sunblock naaaaa

Kids Adventure



Mula-mula kita sejukka badan di Kids Adventure ni , kat sini best untuk anak-anak , ada juga slide , gelongsor , tunggu air jatuh dari baldi besar kat atas , boleh tahan deras jugak air dia tapi kena tunggu air penuh dulu , dan bersedia lah duduk bawah tu .. hehehe kalah budak-budak si baju merah tu

Boomeriang

Video menjerit haha

Game pertama yang aku cuba ialah Boomeriang ni , weh nampak je macam biasa-biasa tapi bila sampai part curam tu mashaaAllah macam hilang jantung sekejap , siap ada orang tu berdoa kalau dia meninggal dia redha haha ngokngekkk Widaaa , tapi sumpah weh nasib tak terkencing hahaha korang wajib cuba ni , inshaaAllah selamat je cuma boleh lah rasa jantung takde jap kihkihkih , yang ni laki aku dengan laki kaksue sampai 3 kali diorang naik , cish ! Haa yang ni untuk 2 orang naik .

Spiralax 
 

Game ni aku naik dengan adik Kak sue , yang ni tak seram sangat cuma kat Spiralax ni kena pegang kuat-kuat sebab dia macam agak tersekat-sekat pelampung tu , better pegang kuat-kuat dan kawal pelampung korang  tambah-tambah bila dekat selekoh .. Haa kau dah macam naik kereta . Safety guard pun dah pesan awal-awal kat sini kena hati-hati jugak .. Alhamdulillah selamat dengan jayanya , cuak dia tak macam Boomeriang tadi

Pirates Bay 



Pirates Bay memang best untuk lepak - lepak santai dengan anak-anak , gunakan lah pelampung yang korang sewa tadi kat sini . Ada waktu-waktu tertentu , safeguard akan bunyikan siren , siren ni menandakan akan ada ombak besar yang akan melanda wuhuuuu so acah-acah kat dalam laut gitu 

Dah penat main mesti lapar gila kan , memandangkan tak boleh bawak makanan kat Bangi Wonderland ni , ada cafe di sediakan . Harga dia biasalah kan tak murah tak mahal , eh mahal sikit je la dari biasa haha tu standard lah mana-mana theme park memang cenggini . So aku pun pergi melantak dulu kemudian sambung main wuhuuuu .. 

Anaconda Trail 

Anaconda Trail ni tak cuak sangat , lebih kepada relax dan santai lah sebab slide dia pun takde curam sangat dan landai gitu haaa ..

Magic Funnel 

Syarat wajib naik Magic Funnel ni kena ada 4 orang , sebab pelampung pun memang khas untuk 4 orang jer , pelampung gini tak perlu sewa sebab di sediakan kat bawah , korang kena angkut pelampung ke atas tau , so agak penat lah di situ haha .. Sebelum sampai excited tau , tapi bila tengok dari atas fuhh berdebar dan cuak siot . Ingat nak turun balik tapi kena paksa jugak main haha

Apahal benda alah gini wujud kat dunia ni haha gila weh , silap duduk dalam pelampung tu dalam sangat tergesel montot duh hahaha. Nampak biasa kan , dari jauh jerit sebab turun dari terowong curam haha bapak laju. . . Antara berani dengan tak je ni , sebelum naik konfiden , tapi bila dah sampai atas tengok orang lain jerit & berpusing dalam ni haha terus aku fikir bukan2 .. Nak tarik diri kena marah dengan @tiramizue n kak @sueizza haha tapi aku rasa jeritan kaksue tu plg kuat dohh kakakaka tapi yeahhh best sebenarnya hahaha . . Plg tak tahan suara ngejek kak @fizafantagiro tp dia lg awal surrender siap doa kami semua selamat hahahaha ngeks! #bangiwonderland #magicfunnel #themepark  #bangiwonderlandthemepark #qasehdaliadotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #vsco #vscocam #art #travel #quote #igersmy #cepatlahlike #igersganu #instafemes #blogger
A post shared by qasehdaliadotcom ❤️ (@qasehdalia) on


Nah layan video kitorang heheh jerit kuat banget haha , apa rasa dia ? Kali kedua rasa takde jantung  , melayang-layang weh haha tapi nak ingatkan korang jika nak naik Magic Funnel ni , korang kena pegang kuat - kuat pelampung tu dan jangan duduk terlalu dalam , sebab masa turun masuk dalam funnel ni , hentakan agak kuat la , bila duduk terlalu dalam nanti punggung korang akan sakit macam aku , dahla sekeping haha sabo je la . Wajib cuba jugak tau Magic Funnel ni

Insane Racer 

Yang macam pelangi ni namanya Insane Racer tapi aku tak cuba , tak sempat lah uols (alasan sangat) , yang ni tak perlu pelampung , hanya guna something macam tikar tu then kena meniarap atas tu . Kepala dulu tau ! Then meluncur lah kome macam superhero haaa , nak jadi superman boleh cuba Insane Racer ni . Aku tengok budak-budak pun banyak kali repeat , weh syok sangat diorang ni .

The Fall 


The Fall ni memang aku surrender awal-awal haha , korang berani cuba lah . Okay je cuma macam terjun bangunan lah pulak haha tapi Widaaa ni memang berani weh , tengoklah video dia naik .. phewww merecikkkkk ! 

Aku share pengalaman yang aku dah cuba , macam rugi pulak tak cuba semua hahaha sebenarnya takde apa pun cuma kita yang tak pernah buat benda-benda yang extreme macam ni so agak cuak dan tak biasa  , bila naik tu cuak memang cuak lah tapi lepas dah turun dan setel semua okay je , hidup je engko haha cuma pastikan takde penyakit lemah jantung ke apa lah kan .. Dah tau sakit jangan cari penyakit tu je lah :p , ada hari tu ada mamat ni  asalnya patah tangan (bukan sebab Bangi Wonderland) tau tapi nak main game yang extreme memang lifeguard tak bagi naik, maka berhuhu la kamu 

Banyak lagi rides yang best-best korang wajib cuba seperti Water Cannon , oh ye ada Pirates Spa juga , aku tak nampak pulak pirates spa ni weh alaa rugi tak masuk sebab aku menghala tempat game yang extreme je acewah , Wonder Loop ( yang ni korang kena berat sekurang-kurangnya 70 kg sebab kalau keding sangat takut tersekat dalam tu ) dan lain-lain . Datang cuba sendiri okay ! 

Harga Tiket Terkini Bangi Wonderland Theme Park & Resort 
My Kad : Dewasa - RM55 ,
                Kanak-kanak bawah 130cm RM45
                Kanak-kanak bawah 90cm FREE
                OKU dewasa & kanak-kanak - RM28/RM22
                Warga Emas RM28 
Dress Code : Boleh je korang pakai baju selain swim suit tapi untuk naik rides semua tu seeloknya pakai baju dan seluar yang jenis licin untuk mengelakkan dari tersekat-sekat .
Hati Berbicara : 
Buat masa sekarang banyak promosi best-best dan juga event berlangsung , harga lagi murah korang boleh dapat tau tak . So for more info jangan lupa intai-intai di web , fb dan ig Bangi Wonderlang Theme Park okay ! 



7 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

nama je blakang rumah pun xdan nak singgah. one fine day nak pegila bawak anak buah. sejenis suka main air tapi takut jugak rides tu semua. nampak dari luar kecik tp pergh mcm2 choices rides..

emy pokden berkata...

dh lama teringin nak gi bangi wonderland ni..tapi asyik nama taman tema yg jauh skit dr kl ni..huhuhu

Mimin Adam berkata...

bestlah tuu kat Bangi Wonderland tuu, masakan boleh tidur sambil ambil pelampung. hahhahahaha . belum pernah pergi lagi. bila nak ajak ni ?

Izyan Balqis berkata...

IQ dah pernah try the fall tu, best even cuak ketar kaki..haha! rindu nak gi bangi wonderland.

Zie Azi berkata...

pernah pegi sekali.. ok la. tp tmpat2 macm ni biasala panas.. huhuuhhe

ai berkata...

Selesa dengan toilet dia sebab bersih..

aisyah elsa berkata...

teringin eprgi tapi takut air hahaha. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 3797

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com