
Annyeong haseyo ! First of all tahniah Althea dengan kehadiran new babies - Althea Bare Essentials , apa kah ini ? Haaa baca sampai habis tau sebab qaseh nak kongsikan kebaikan Bare Essentials ni kepada korang semua . Bagi korang mana yang paling utama untuk kulit muka ? Mekap atau skincare ? For me la kan , skincare paling utama sebab mekap hanya mampu cover kulit wajah , tapi skincare dapat merawat kulit wajah , then bila kulit wajah dah okay , mekap simple pun dah cukup menyerlah :)
Always fall in love with their packaging , so lets unboxing first ! Dalam box ni qaseh dapat beberapa hadiah comel , sample sachet dan of course lah new babies dari Althea iaitu Bare Essentials yang terdiri dari :
♡ The Contour Cleanser - 150g
♡ The Primer Water - 200ml
♡ The Fixer Cream - 50g
Bila tengok kulit wajah orang Korea lawa gila kan ? Putih cerah , glowing , dan bersih sangat muka diorang ni nampak macam natural beauty je . Eh lahir-lahir terus cantik ke apa ! Haaa hari tu ada terbaca kawan share 10 step skincare yang orang Korea amalkan , phewww ~ 10 step ntah bila qaseh mampu bertahan untuk terus kekal rajin hahah , tapi nak jugak nampak muka glowing-glowing gitu kan , so di sebabkan 10 step tu sangat complicated , Althea hadirkan Bare Essentials yang hanya mempunyai 3 step skincare mudah tapi sama fungsi dengan 10 step skincare tu , ni sayang sangat kat Althea sebab sangat memahami
Sebenarnya yang paling utama dalam penjagaan wajah adalah melalui step pembersihan , toning dan juga pelembab , so yang step-step lain itu hanyalah tambahan . Walaupun hanya menggunakan 3 step mudah , Bare Essentials memberi kelebihan berganda kepada kulit sebab ia menyihatkan kulit tapi dalam masa yang sama ia juga mencerahkan kulit . Effort mungkin nampak kecil tapi hasil yang dapat besar , gituh ! Okay jom qaseh tunjuk cara-cara dan fungsi Bare Essentials ni
3 Step Skincare Mudah dengan Althea Bare Essentials
Qaseh suka dengan packaging yang berkonsepkan warna putih dan simple je kan tapi nampak classy dan mahal , dapat hadiah cermin cute dan juga marmar yang tertulis nama Althea , also sample sachet , sape nak ? pm tepi k.
💙 The Contour Cleanser
First step , qaseh cuci muka dengan The Contour Cleanser ni , bagusnya pembersih muka ni sebab ia mengandungi bahan Ice Plant yang menenangkan so akan mengurangkan kesan kemerahan di kulit , dan juga ekstrak Lemon Myrtle untuk detoks , yang bestnya pembersih ni mempunyai mikro kapsul yang mana dapat membersihkan sel-sel kulit mati . Kenapa nama pembersih ni Contour Cleanser ? Haa untuk korang yang nak shape kan muka tu , pembersih ni membantu peredaran darah dan membuatkan muka berbentuk V - harga RM23.00
Bau seakan lemon , dan memberi kesan berangin / sejuk selepas di cuci . Cara guna macam biasa , basuh muka , ambil sedikit pembersih dan urut lembut di wajah kemudian bilas
💙 The Primer Water
Second step , The Primer Water . Kebiasaannya lepas cuci muka , mesti sapu toner kan ? Tapi kenapa primer ? Haaa kalau korang nak tahu , this one 2 dalam 1 tau ~ ada toner dan juga primer dalam ni , Primer Water ni berteknologi kan Macro Fluidic Dispersion yang akan mengisi ruang liang pori dan memberi lebih kelembapan kepada kulit
Mempunyai bahan ekstrak Snow Lotus , ia akan melembutkan kulit wajah , meningkatkan cahaya semulajadi kulit dan menyihatkan kulit . Cara guna , ambil sedikit Primer Water dan sapu ke seluruh wajah , tak perlu cuci tau ! Biarkan ia menyerap .. Qaseh suka tekstur dia , sangat mudah menyerap dan tak melekit bila di gunakan - Harga RM43.00
💙 The Fixer Cream
Last step , bila kulit dan menyerap Primer Water tadi sapukan pula The Fixer Cream . Jangan pernah tinggal step ketiga ni tau , sebab ini paling penting untuk melembabkan kulit wajah , dengan formula yang tidak berminyak , ia cepat menyerap dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam. Krim ni juga kaya dengan aktioksidan yang di peroleh dari minyak (green tea) yang mampu meningkatkan kolagen -Harga RM50.00
Tu diaa , mudah kan hanya dengan 3 langkah je uols , zup zap zup zap terus kulit lembut gebu persis bidadari haa gituh haha , tapi seriously qaseh dah cuba 3 step ni , memang kulit terasa lebih lembap dan juga lembut . Althea Bare Essentials ni sesuai untuk semua jenis kulit muka , fyi kulit qaseh jenis kering so sangat memerlukan kelembapan yang tinggi , tq Althea memudahkan rutin harian dalam penjagaan kulit wajah .
Dah dapat cermin cute ni , lepas pakai tu terus la belek-belek muka di cermin , cantik luaran cantik juga dalaman , terus terasa perfect gitu .haa . So dengan 3 langkah mudah ni korang boleh dapatkan hanya dengan hargaRM116 sahaja , murah dan berbaloi tau , nak jugak cermin ni ? Boleh sangat tapi kena cepat-cepat sebab ianya limited edition , jika korang dapatkan segera korang akan mendapat 10% diskaun , free shipping dan juga free limited edition mirror ni . Cepat-cepat jangan lambat-lambat hehe
More Info :
FB : Althea
Comments
salam dari umifuzy.com
follow sini #3796
My review will up soon!