Holla ! Assalamualaikum uols ... hurm aku tengah dengar lagu korea apa benda ni , sejak bila playlist lagu aku penuh dengan lagu korea ni ~ duh ! semoga Rayyan membesar bukan dalam persekitaran yang KPOP . Ok back to topic please ~ bila aku terdampar di tempat yang penuh keuntungan ni (Bukit Beruntung) takde apa pun yang menarik kat sini (padahal tak habis explore pun lagi)
Petang-petang bila boring dan saka lapar datang , aku suka makan rojak kat sini . Eh sebenarnya suami aku suka makan rojak ni , dan aku pun terikut sama .. mula-mula rasa macam ermm biasa je sebab waktu tu dah kenyang sangat .. alkisahnya hari tu mencari rojak demi melunaskan rasa mengidam beliau .. bluwerk !

Tahukah anda makanan tepi-tepi jalan sebenarnya lagi sedap dari hotel tau ! so bila tercari-cari terjumpa la satu gerai , (bukan gerai alaa yang jual menggunakan van tu ) lebih kurang macam tu lah , pakcik ni nampak dari raut muka macam ala-ala mamak , biasa rojak mamak ni sedap oih .. so apa lagi , try satu kali !
Kat sini pun ada cendol , cendol kat sini sama je macam kedai lain tapi bila pekena lepas makan rojak tu , memang tak angkat kepala dah , memang masuk kat alam sendiri . kah ! yang pasti cendol tu habis daku hirup .. untuk pertama kali order , kami order dua pinggan rojak .. almaklumlah nafsu lapar , ingat kan sikit lah kan sepinggan tu tapi mak oih limpah ! kuah merembes-rembes dan harga dia (RM4.50) cendol plak (RM2.00)
Bila rojak depan mata , ayoyoyo siapa mahu habiskan ini dey , alamak haha tapi serius sedap lah rojak kat sini .. kira berbaloi lah dengan harga tu , mee banyak , kuah pun banyak .. Rayyan tolong habiskan k .. haa tapi ni kat area rumah je .. kalau rasa nak try mai lah haha semata nak makan rojak kan , boleh kita mencendol dan merojak sebarang dua .
Rojak sedap ni di tapak pasar malam Bukit Beruntung .. heheh ini lah tempat melepaskan saka lapar sang laki-laki dan bini beliau , lepas tu lepak taman main kejar-kejar dengan anak teruna .. phewww lapar balik ! Ok terima kasih kerana sudi menjamu mata anda .. sila kelik iklan sebarang dua untuk tabung masa depan .. haha
Comments
Janji Kita