Kula Cakes Kuantan by Lila Wadi | Sedap Ke ?

20 ulasan:
Assalamualaikum semua , lama tak berfood review so lets start again ~ yeahh , heheh rindu ke ? hari tu kan aku ada Family Day Kbba di Cherating , selepas semua selesai kena pergi hospital melawat mak mentua sakit (mohon doakan untuk mak mertua aku ye , semoga di beri kesembuhan ) . Jadi , dah alang-alang di Kuantan teringat pulak Kula Cakes yang selalu di perkata orang ramai , katanya sedap gila namati wei kek kat situ .. ok kita tekak tak sama kan ? Jangan marah :p

Kula Cakes ni berdekatan je dengan HTAA , sempat lah singgah jap untuk merasai sendiri .. waze punya waze jumpa jugak kedai nya , hampir terlajak sebab kedai ni kecik  , dan sign boardnya  pun kecik tak berapa nak alert bila tercari-cari , dengan cari parking lagi kan .. but nevermind , iols nak pergi makan kek jewr ..


Masa datang tempoh hari fuh agak ramai jugak orang , di sebabkan kedai ni kecik so terpaksa beratur hingga ke luar pintu .. proses menunggu tu takdela makan masa yang lama sangat , sampai turn aku , staff tu tanya nak makan apa semua , yeahh staff semua peramah .. dan aku pun blur sangat that time , aku order pavlova dan air pandan cooler .. harga not bad , macam Secret Recipe je ..



Sedap ke kek di Kula Cakes ni ? di sebabkan aku order ni je , so aku review kek Pavlova ni je lah ye .. nak kata tak sedap tu tipulah , sedap je kek kat sini tapi takdela sangat-sangat sedap namati , bagi aku biasa je macam kek yang pernah aku makan sebelum ni .. cuma tekstur dan saiz dia besar sikit dan berbaloi lah dengan harga .. tapi aku suka dengan air pandan cooler kat sini , rasa sangat segar dan sedap.

Orang kata kat sini yang paling sedap adalah Mango Cheesecake , tapi that time tak silap aku dah habis , laku keras aih .. so tak sempat rasa ..


Yang menarik minat aku selain kek di sini adalah tempat makan / outdoor di sini , tadi kata kedai ni kecik kan so mana nak lepak makan ? haa sebelah kedai Kula Cakes ni kosong , so kat situ di jadikan tempat makan , kalau rasa nak makan kat dalam kedai pun boleh tapi agak terhad .. aku tak boleh makan dalam ruangan yang sesak ..  agak unik dengan hiasan mural di dinding dan ada arca basikal buruk di gantung .. menarik lah jugak untuk bergambar ..



Sempat lah sis mencipta kenangan kat sini , nak bergambar acah-acah hijabister malu lah pulak orang ramai , cenggini je la mampu .. kalau korang kebetulan datang lagi ke Kuantan dan terasa nak makan kek , datang lah ke Kula Cakes ni alright :) tapi kalau dari jauh semata datang nak makan kek kat sini , fikir panjang sis .. okbye .. macamana nak datang sini ? waze je Kula Cakes Kuantan,  nanti jumpa .. dunia dah canggih maaa .. Ok adios ! 

20 ulasan:

Shafyqah Azry berkata...

cantiknya tempat dia! kek mango cheesecake nampak menarikk sangat huwaaa

Scha Nazri berkata...

MEMANG KULA CAKES NI PUJAAN UNTUK DESSERT! HUWAA RINDUNYAA KUANTANN!

mas saari berkata...

Selalu sangat balik Kuantan tapi tak pernah makan kat Kula Cakes ni. Nanti nak cubalah.

Migha berkata...

Semoga mak mertua qaseh cepat sembuh. Tak pernah try lagi Kula Cakes nie. Tempat dia pun nampak cantik.

Normi Nieza berkata...

Belanjo la kita😀😀😀

Lynda Che Lah berkata...

Kita pergi hari yang sama sbnrnya Qaseh. Masa Lynda sampai baru buka so merasalah mango cheesecake.tak makan kt situ pun.makan dlm kete je. Semoga MIL cepat sembuh.

Shark Kay berkata...

cula cakes ni tempat dia memang cantik.
bila dah cantik rasa kek tu dah tak penting dh.
hehehe.
mango cheese kek tu kena rasa.

C i k R e n e x berkata...

Kalau pergi kuantan selalu tak sempat nak singgah sini. Teringin nak merasa jgk.

titan berkata...

pehh..

leh gi nanti kalau lalu kuantan.

Ainniah Zulkefli berkata...

sedapnya! saya pun peminat deserts. kalau ke kuantan wajib pegi ni.

Nik Khazami Nik aziz berkata...

mango cake kat sini sangat famous

Lisa Nurulain berkata...

macam pernah nampak tempat ini...

Emarieys berkata...

bolehlah singgah bila ke sana nanti..hari tu kejar masa nak balik...tak tersinggah.

Khir Khalid berkata...

Nampak best tu.. tengok pun dah berselera. :)

Dkna Abza berkata...

cantiknya tempat makan tu.. tapi kalau anak ku tengok, akan dibaling-baling batu-batuan tu hahahaha.. seram pulak nak bawak anak tempat cantik gini...kikii

aina amin berkata...

Nanti cuba pergi ke kedai ais krim dia pula. KRIM. Kat sini dia jual semua homemade ice cream. KRIM ni pun bawah lila wadi juga.

Adam berkata...

Saya baca habis ni sebab nak kesana. Ada hal sikit. Harap2 dapat singgah situ. So, kat situ nanti saya kena perrhatikan signboard kecik.
Thnks.

IQ = Izyan Balqis berkata...

macam sedap je, tapi selalu ada kawan promote beli kulacakes ni, dia jual dekat KL, boleh tahan jugak harga sebab kena beli sebiji terus.

Akif Imtiyaz berkata...

Dok Kuantan tapi dok penoh g sini.. nak wak guane anak2 dok berapa nak suka sgt bab2 makan kek ni jadi jalu g gak kena g jugok la tempat lain nak cari.makanan anak2 hahahha

Nadia Johari berkata...

kalau datang kuantan memang kena cuba ni nanti

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com