Assalamualaikum .. walaweh ! rasa macam nak lompat kegirangan je .. haha kabel internet dah sambung balik..yeahhhh masa untuk aktif berblog huhu.. tq pada nuffnang still bagi B.E walaupun tak aktif sgt ..ni sayang awak lebey ~ ni ... hope korang2 semua sihat .. n tq for evrything ..


wahai lelaki qaseh nak tahu apa ciri2 yang korang inginkan untuk jadikan isteri korang ? tapi seringkali lelaki2 buat kesilapan dalam memilih pasangan hidup ~ 
  • mengukur pada yg zahir cth : cantik ,mudah tertipu dgn luaran 
"brg siapa yg mengahwini wanita krna kecantikannya akan diharamkan keatasnya hartanya dan kecantikannya"
dah kalau cinta pandang pertama macamana ustazah eh !
ok cinta pandang pertama bukan tak boleh .. boleh tapi kurang sesuai jadikan ukuran dalam memilih pasangan ..
  • mudah berkenan pada public figure - suka memilih pasangan yg namanya disebut2 dikhalayak ramai 
dah tak boleh kahwin dengan siti nurhaliza , maya karin ke ustazah eh !
bukan tak boleh tapi jangan lah sebab dia tu artis atau glamer kita terpikat pada dia ... seboleh2nya periksa dulu kenapa seseorang tu glamer .. nabi melarang wanita mendedahkan suaranya , kecantikannya pd khalayak umum
  • suka berceloteh  dgn lelaki -kurang jaga maruah seolah2 semua lelaki ingin ditegur 
"barang siapa yg byk cakapnya ,banyaklah dosanya ..barang siapa yg banyak dosanya api neraka lah jawabnya''
mesra sesuatu perkara yg baik tapi kena lihat waktu dan tempat :)

ciri2 yang patut ada 
  • diasuh dan dibesarkan dalam suasana keagamaan..
perempuan yang membesar dlm baitulmuslim..asas utama utk menilai peribadi ..
"pilih tempat menyemai benih(zuriat)kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu''
(tak semua yg hidup dalam keluarga yg beragama akan turut beragama kerna iman tak dapat di warisi tapi kebanyakan ni digariskan oleh agama)
  • pilih yg rajin berkerja dan jarang berbual 
sebab perempuan akan banyak membantu lelaki menguruskan hal rumah tangga ..jika dia seorang yang rajin maka dia seorang yg amanah ..
ustazah eh ! camana dia nak ajar anak kalau dia tak pandai bercakap !
hehe tugas mengajar anak2 adalah tugas bapa .. tapi bapa sering sibuk mencari nafkah so si bapa bagitahu lah isteri dulu ..ajarkan pd isteri n then isteri akan ajar anak2 ..jika dia seoarng yg rajin dia pasti cepat belajar dan faham ..
  • pilih yang beragama ..
lebih2 lagi dalam soal halal dan haram .. sebab isteri yang akan menguruskan rumah tangga ..makan minum keluarga .. soal pembelian barang ,, ramai tak suri rumah yang cek dulu tanda logo halal atau tak ? tak semua ..ada yang ambil je n then bayar .. 

kenapa pilih yang rajin dulu baru pilih yang beragama sedangkan agama itu kunci segala kehidupan kita ?
kerana orang ramai belajar agama tapi malas praktikkan! lebih baik beramal sedikit tapi rajin mengamalkannya.. dan bukankah rajin itu ciri2 orang yg beragama ?

hati berbicara :
''wahai lelaki jadilah seperti lebah yang pandai menghisap madu tanpa merosakkan sarangnya''
sebenarnya semua ciri di atas berkaitan dengan agama .. yang tu dulu qaseh dapat berikan ..insyaAllah ada info qaseh bagitahu lagi .. yang buruk dtg dari qaseh .. yang baik itu semua dariNYA .. kalau niat kita betul untuk berubah ..kita lakukan jangan pandang kebelakang melihat masa2 silam kita yang dhaif .. pandang ke depan ..itu yang harus kita tempuh.. semoga kita semua terpilih untuk dijadikan isteri oleh lelaki yang baik .. lelaki yang mampu menjaga kita dan keluarga hingga ke akhir garisan ~