Aktiviti Menarik di Legend Resort Cherating | Family Day KBBA

7 ulasan:
Assalamualaikum , hiyarghhhhh menggeliat badan sikit nasib baik tak terlajak tidur selepas mengharungi Sungai Cherating melihat kelip-kelip semalam , bangun pagi selak langsir lepak beranda jap ralit pulak tengok pemandangan pantai , eh ! tak boleh buang masa ni sebab aktiviti pagi ni kena bangun awal-awal tengok sunrise ! dan aktiviti hari ke dua cukup padat ..

Tak payah siap sangat lah , nanti lepas tengok sunrise , then nak naik bilik lepas tu baru mandi , siap-siap then breakfast .. kalau mandi ni karang terlepas pulak sunrise " bermonolog dengan diri sendiri '' tai kantoi lak tak mandi pagi .. :p 

Antara aktiviti menarik  / Tentatif 3 hari 2 malam di Legend Resort Cherating
  • Melihat Kelip-Kelip di Sungai Cherating [Klik utk Link Penuh]
  • Melihat Sunrise di Pantai Cherating
  • Telematch KBBA9
  • Muck Dive Scuba
  • Melawat Warung Pemprosesan Keropok Lekor 
  • Melawat Pasar Ikan Segar di Kemamam
  • Melawat Pusat Santuari Penyu
  • Mangrove River Cruise
  • Melepaskan Anak Penyu ke Laut 
  • BBQ Dinner Tepi Pantai
  • Sea Rafting

19 Ogos 2017
Sunrise Watching

It's nice to wake up and watch the sunrise by yourself . You realize that the sun travels alone , but it still lights up the whole world 


Selamat pagi dunia , alhamdulillah lama tak menikmati pagi-pagi macam ni , tapi sekejap je boleh lihat pemandangan indah ni seperti juga embun yang akhirnya hilang dan menjadi wap , seperti kita juga manusia yang hanya di dunia ini sementara cuma , bila melihat indahnya sang suria .. hadir sifat syukur dalam diri dan yang pasti agungnya kuasa Dia tiada di tandingi 




Sarapan di Coffee House 


Sebelum buat apa-apa aktiviti set cosmoderm ni penyelamat dari rentung , heheh tq Cosmoderm

Sepanjang berada di Legend Resort ni kan makanan-makanan depa tak pernah mengecewakan , semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak .. maveles ! teringat pulak samosa lepas buat aktiviti melihat kelip-kelip , sedap gila siap menambah lagi hahaha dulik ape , sedap punya pasal kan :p
Nasi lemak kopi O ! sarapan aku pagi ni , heheh tak boleh lari dengan nasi .. 
Telematch 

Dah kenyang melantak semua , masa untuk menghapuskan segala lemak dari nasi lemak tadi , telematch ni sukaneka lah uols , kali ni best sebab semua dapat merasa , budak-budak pun join , suami / isteri blogger pun turut join serta , semua macam wonderpet ! apa yang penting ? kerjasama ! haha , walaupun panas terik tapi no hal lah sebab dah sapu cosmoderm kan , mana de rentung derrr ~ meh tengok suka apa yang kitorang main. Satu hal yang ada di wajah setiap orang adalah terpancar kegembiraan seperti tiada masalah yang pernah hinggap .. syukran ! 

Ala tomei-tomei semua , bersedia untuk lari dalam guni .. bila tengok gambar ni teringat kak Dy catwalk dalam guni , gosh ! u make my day haha takpe Kak Dy , memori sangat ! nanti bila tengok orang catwalk mesti teringat Kak Dy



Anak Kak Ummi Nani kagum tengok qaseh main macam pro hahah
Sementara Umi sibuk bersukan , anak-anak bermain sukan ni , eh pandai ke tu !
Muck Dive Scuba
Selesai aktiviti telematch , ada aktiviti best jugak bagi yang selalu travel ke pulau-pulau tuh haaa , dengan servis Muck Dive Scuba  ni kitorang dapat belajar tentang apakah itu scuba , mengenali peralatan scuba , cara penggunaan dan juga teknik-teknik menyelam dengan betul .. kat mana ? kitorang lakukan aktiviti ni di swimming pool 

Faizal dan Faizal jadi model ni .. haha kembar tapi tak serupa :p

Bila datang sini , fuhh macam-macam aktiviti hadooo siap scuba lagi , kalau korang berminat boleh follow insta https://www.instagram.com/hazrineshark/
 
Lawatan ke Warung Proses Keropok Lekor

Fuhhh padat gila kan aktiviti kitorang sepanjang berada kat sini , even padat dan penat tapi sangat enjoy ! eh bila lagi nak rasa kan ? sesetengah orang bila bercuti nak relak-relak lepak bilik je , tapi macam krik-krik je haha bagi aku , aku lebih suka yang banyak aktiviti sebab banyak kenangan tercipta dan dari situ dapat kenal banyak info dan pengalaman best macam aktiviti menguli keropok lekor ni haaa 
 


En Meor kata , sesiapa nak try boleh lah try .. Kak Tati salah seorang KBBA sedang menguli keropok lekor , eh jadi ke tu kak ? sempat lah jugak qaseh memborong keropok rebus cap intan dan sos homemade kat sini , qaseh suka sos dia ! sedap !!!

Melawat Pasar Ikan Segar di Kemamam

Seterusnya , En Meor bawa kami ke pasar ~ ayoyo adakah En Meor nak buat aktiviti masak-masak ? heheh idok lah begitu , sini antara salah satu pasar ikan di Kemamam yang segar-segar , nasib baik hari ke dua kalau tak borong  jugak ikan kat sini .. memang segar dan besar-besar belaka.. mesti pasor ni tempat favourite orang Kemamam beli ikang ye dok ? hihi


Lawatan ke Santuari Penyu 

Dah selesai melawat pasar ikan , kami terus menuju ke Pusat Santuari Penyu , kat sini bermacam-macam info tentang penyu korang boleh dapat , yang tak berpeluang nak join aktiviti lepaskan anak penyu or tak pernah tengok penyu secara live haaa korang boleh tengok anak-anak penyu kat sini , kecik cinonet je .. bukan anak penyu je ada , anak-beranak penyu semua berkumpul kat sini heheh 

Macam ni rupanya anak penyu menetas lepas tu cari jalan keluar sendiri

 
Dari jauh nampak macam kutu je haha tomei-tomei baby nyu ni , geram nak pelihara sekor kat rumah ..
Mangrove Cruise Tour di Sungai Cherating

Akhirnya selesai aktiviti kami bersama keluarga , now balik ke hotel sekejap dan terus menuju ke jeti untuk menyelusuri Sungai Cherating , by the way ini lah sungai yang kami datang untuk melihat kelip-kelip hari tu , siangnya pulak kami datang sekali lagi untuk melihat paya bakau ~ qaseh pernah tengok paya bakau di Kedah dan kali ni qaseh berpeluang sekali lagi tengok di Cherating pulak .. 

Masing-masing tengah buat 'live' kat facebook lettew ~

Hari tu tengok kelip-kelip di malam hari so tak nampak suasana nya , nah ! bila siang hari best tengok sekeliling dan suasana naik bot dengan angin sepoi-sepoi bahasa ~

Untuk Mangrove Cruise Tour ni qaseh akan buat entry khas , sebab nak hurai kat sini macam dah panjang sangat je hihi .. tunggu k ! kami jumpa bermacam binatang dan pokok-pokok bakau ..

Melepaskan Penyu ke Laut

Pulang je ke hotel selepas menyelusuri sungai , kami di arahkan untuk terus ke pantai bagi aktiviti melepaskan anak penyu .. yihaaaa ! akhirnya dapat jugak pegang anak penyu secara live depan mata .. aigooo comel banget ! Rayyan menangis-nangis nak pegang sendiri tapi anakku ni ganas sikit kang mampuih kejung baby nyu tu .. haha tak pepasal daku kena cop membunuh nanti kang hihi sebab baby Nyu ni masih lagi lembut , cengkerang pun tak kerasa lagi .. so sorry sayang ku Rayyan u can't touch it ! 
 

 
Sedih jugak nak lepaskan anak penyu ni pulang ke tempat asal mereka sebab peratus mereka untuk hidup tipis , tapi qaseh harap semua anak-anak penyu yang di lepaskan ni kuat semangat mengharungi apa pun dugaan di alam mereka .. dan bila ia dewasa , ia akan ingin tempat di mana ia di lepaskan .. so sweet !

BBQ Dinner  Pirate Night Theme Party

Lepas melepaskan anak penyu , sempat lagi lepak-lepak jap dan tengok diorang tengah setting dnner kami malam tu , fuh lawa gila ~ macam romantik je ! macam suwit je ! di sebakan sangat romantik terpaksa guna lampu suluh fon sebab takut tercekik tulang ikan .. dan makanan semua licin wei ~ sedap punya pasal .. !

 


 



20 Ogos 2017
Sea Rafting  

Rugi jugak lah aku tak dapat join sea rafting ni , mampu tengok je sebab sakit perut ! mungkin banyak sangat makan dinner tepi pantai semalam ... aaaaaa tapi tak pelah husband gantikan .. sea rafting ni best sebab aku pernah join dulu di PD , mudah ke ? haaa kalau pasukan tu kuat semangat kerjasama inshaaAllah senang je .. tapi memang lenguh la tangan ko sebab mendayung bagai kan haha rilek brader .. 



 

 

 

 




Penutup bicara , terima kasih atas layanan yang sangat baik , memang tak rugi bercuti di sini , aktiviti pun semua sanga best dan bagi kenangan yang sangat indah dan takkan di lupakan , inshaAllah ada rezeki dan panjang umur akan datang lagi ke sini .. macam tak cukup je 3 hari dua malam berada di sini , hihi yang pasti semua KBBA sporting dan havoc habis , maaf andai ada kesilapan dari pihak qaseh ! for sure uols best ! 
  

 Hati Berbicara :
Walaupun dah beberapa hari qaseh tinggalkan bumi Cherating tapi rasa macam tak boleh move in lagi ! haha bukan qaseh je k , semua yang join hari tu tak move on lagi , siap berhalusinasi kakaka , jangan annoying tau .. kenangan memang susah nak di lupakan lebih-lebih lagi kenangan tu semua manis-manis belaka .. 

Korang kalau teringin jugak nak buat aktiviti macam kami ! contact cepat-cepat pihak Legend Resort Cherating sebab laku keras , cuti-cuti sekolah ni haaa lagi lah kena cepat , so booking awal-awal ~

More Info :


7 ulasan:

  1. Sori qaseh. Tpksa scroll laju2. Jeles. Lols

    BalasPadam
  2. Best sangat. Walaupun tak dapat join semua aktiviti tapi tetap rasa seronok, berbaloi sangat family day kali ni.

    BalasPadam
  3. Bestnya.. Gambar pun cantik-cantik

    BalasPadam
  4. Bestnya macam2 aktiviti kita buat bersama..seronok sangat2 rasa nak g lagi hahhaa..

    BalasPadam
  5. Rasa macam tak puas 3 hari 2 malam kat sana kan.. Seronok sangat dapat join family day KBBA ni. Memang terbaikkk..

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com