facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Dalam sekelip mata, kita sudahpun memasuki bulan Ogos dan tak lama lagi bakal menyambut Hari Kemerdekaan. Harap-harap kita semua akan terus berjaga-jaga dalam menjaga jarak di antara satu sama lain. Sudah banyak susah senang dan rintangan sepanjang PKP yang telah kita harungi, jadi sama-samalah untuk terus menjaga diri masing-masing.

Bagi para pencinta menu burger, tidak kisahlah burger ayam, burger daging, burger ikan atau sebagainya, sebagai salah seorang pencinta burger kalian sudah tentu telah biasa dengan nama Burger King. Dan berita baik untuk semua, kerana di saat ini Burger King telah mula membawakan menu baru yang lebih hot! 


Flame grilled patties with BBQ sauce is the new smokey thing by Burger King! Bukan hanya satu tetapi dua burger baru di bawah siri Smokey Sensations terbaru mereka.

Sebagai salah seorang penggemar makanan western di Malaysia, terus terang makanan ala barat di Malaysia ini sangat banyak hinggakan kadangkala tak tahu nak makan menu yang mana satu. Mujurlah ada restoran cepat dan mudah macam Burger King ni. 

Sensasi Smokey Burger King Datang Menyerang Para Penggemar Burger Di Malaysia 

Seperti yang kita semua ketahui, Burger King telah lama ada di dalam pasaran Malaysia dan penggemar burger memang sudah sangat sinonim dengan jenama Burger King ini. Maka tidak hairanlah kenapa Burger King terus mengeluarkan item menu baru untuk memuaskan rasa cinta para pelanggannya terhadap burger. Dari Double Mushroom Swiss kepada Triple Cheese dan sehingga kesepakatan yang tidak dapat ditolak, semuanya ada di Burger King.

Untuk siri sensasi smokey ini juga, ia dilengkapi dengan roti ayam dan daging lembu yang disatukan dengan sos BBQ smokey. BBQ Tendergrill Chicken contohnya mengandingkan paha ayam panggang dengan sos BBQ pedas berasap. Daging yang berjus sememangnya dapat memberi rasa sensasi pada setiap gigitan dalam satu burger tersebut.


Jika mahu citarasa yang lebih mewah, anda boleh mencuba menu burger dengan nama Double BBQ Beefacon. Ia dilengkapi dengan dua roti daging panggang khas yang disertakan dengan keju cair, potongan daging lembu dan sos BBQ yang istimewa. Pengalaman makan burger dengan aroma smokey benar-benar terserlah untuk menu special ini.

Untuk mendapatkan menu dalam siri baru ini juga tidak susah kerana ia sudah tersedia di semua gerai Burger King di seluruh negara. Dan setiap set yang turut dipesan akan dilengkapi dengan fries (kentang goreng) dan juga minuman ringan dalam size M (saiz sederhana). 

Para Pengemar Burger King Boleh Nikmati Menu Yang Ada Tanpa Keluar Dari Rumah

Seperkara lagi, untuk semua para penggemar menu makanan barat terutama untuk Burger King ini, anda boleh menikmati makanan favourite masing-masing dengan cara yang amat mudah. Ini semua berkat kewujudan western food delivery dari pihak Foodpanda. 


Tak ada kenderaan, hari hujan, jalan jem, kurang sihat dan sebagainya, apa jua alasan yang anda ada termasuklah malas untuk pergi beli sendiri, Foodpanda sedia menjadi penghantar makanan untuk anda secara eksklusif. Bagaikan punya seorang teman lelaki sendiri yang setia, Foodpanda akan setia menghantar makanan sebagaimana yang anda pesan. 

Secara tak langsung, anda dan saya sendiri kini boleh memesan menu-menu yang ada di Burger King pada bila-bila masa dan di mana jua dengan FoodPanda. Jimat masa, jimat tenaga, jimat petrol, jimat tol dan jimat duit serta ruang parking juga. 

Cara untuk membuat pesanan melalui Burger King dengan penghantaran oleh pihak team Foodpanda ini juga ternyata sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan melayari laman web rasmi Foodpanda, pilih menu yang diinginkan dalam halaman khusus untuk Burger King di website Foodpanda kemudian bolehlah pilih cara pembayaran. 


Pelbagai jenis cara pembayaran disediakan seperti kad kredit, kad debit atau bayar saja pada waktu pesanan makanan diterima. Tapi jika nak bayar sewaktu pesanan di terima pastikan ada duit kecil yang secukupnya. 

Masih mencari dimanakah nak dapatkan menu burger yang best dan hot? Burger King kan ada dan jika tak tahu dimanakah lokasi terdekat atau mungkin malas nak keluar untuk makan tengah hari atau makan malam, pesan sendiri apa-apa burger dari Smokey Sensations dan biar Foodpanda tolong hantar hingga ke depan pintu premis atau rumah anda.
Assalamualaikum

Tempat Menarik k di Kuala Lipis, Pahang Yang Korang Perlu Tahu | Kuala Lipis ni tempat aku lalu lalang je bila nak balik ke Terengganu, memang selalu lalu tapi tak pernah terfikir untuk menerokai tempat ni, bila tengok dari dalam kereta ada banyak bangunan-bangunan yang dah usang tapi still megah berdiri, mesti ada kisah-kisah best disebaliknya. Suka sejarah ? Kadang-kadang bila dengar orang bercerita tentang asal usul sesebuah tempat tu jadi ralit dan mulut automatik teruss ooooo ooo macam tu ceritanya, kan ? hehe

Sebelum aku kongsikan apa yang menarik di pekan Kuala Lipis, aku nak kongsikan dulu satu tempat ni ibarat hidden gems yang jarang kita nak pergi, tapi aktiviti macam ni sebenarnya sangat-sangat best, yang sukakan aktiviti jungle trekking, lasak, masuk hutan dan sebagainya mesti suka aktiviti macam ni 

Taman Eko Rimba Kenong

Aku selalu jugak tengok ada beberapa tempat yang namanya Taman Eko Rimba tapi tak pernah terfikir apa yang ada didalamnya. Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong ni agak mencabar fizikal dan kelakar sebenarnya sebab kena gigit kerengga dalam trak hihi


Kami kesini dengan menaiki bas dan park di entrance Taman Eko Rimba Kenong, lepastu kena naik trak JPAM (kereta or van boleh je masuk) untuk masuk menuju Jeti Kenong untuk menaiki bot pula. Bas memang tak boleh masuk dalam ni ya sebab jalan sempit dan kiri kanan hutan. Sesampainya di jeti, kami naik bot untuk ke jeti Taman Rimba dan teruskan perjalanan untuk jungle trekking
Sebelum perjalanan makin jauh, sempat singgah di Kampung Dusun yang mana penduduk dalam ni hanya ada 8 keluarga sahaja, dan sempat melihat orang kampung tengah menyediakan masakan Tradisional iaitu Nasi Kebuli, then teruskan jungle trekking menuju 3 gua yang tersembunyi dalam hutan Kenong ni

Sepatutnya kitorang dapat menyelusuri dalam gua dengan menaiki bot tapi disebabkan hujan lebat semalaman, air sungai naik tinggi but sokay tetap best. Dalam hutan Kenong ni terdapat 3 gua, iaitu gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar. 

Baca juga : seronok berjalan di zoo negara {alertInfo}

Perjalanan ke gua-gua ni mengambil masa dalam 45 minit, jika secara santai pula mengambil masa kira-kira 1 jam jugaklah, trek tak terlalu extreme tapi agak mencabar juga sebab laluan agak berlopak dan licin disebabkan hujan but so far semua okay je haa, pastikan pakai kasut yang bersesuaianlah, aku pakai kasut getah je 

AKHIRNYA SAMPAI !




Onway balik pula sempatlah kami merasa Nasi Kebuli tadi, sedap dan unik rasanya, Nasi Kebuli ni memang dimakan tanpa kuah ye, yeah dapat juga makanan masakan tradisional orang Pahang. Jadi kalau korang suka masuk hutan, Taman Eko Rimba Kenong ni sangat best untuk diterokai, hidden gems yang cantik dan berbaloi untuk korang lawati. 


Tempat Menarik di Kuala Lipis

Pekan Kuala Lipis

Akhirnya dapat juga singgah pekan Kuala Lipis ni, takde dah lah perasaan curious dari dalam kereta je, so antara tempat-tempat yang korang boleh cipta kenangan, bergambar, melawat dan mengetahui beberapa kisah sejarah haa boleh lah bokkmark terus tempat yang aku nak share ni

Titik 0KM Pekan Lipis 
Rupanya ramai juga ye memburu titik 0KM ni, aku pun tak tahu tempat aku kat mana la titik 0KM ni, hihi nanti lah cari juga,so di Pekan Lipis ni , titik 0KM terletak di GPO ( General Post Office), boleh lah pergi bergambar nanti hee


Sekolah Menengah Clifford 

 Untuk info korang, hostel yang pertama ditubuhkan selepas Stesen Keretapi Malaysia (KTM) adalah di Sek Men Clifford ni dan inilah sekolah yang melahirkan ramai-ramai tokok ternama termasuk penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Aku suka tengok pintu kelas-kelas di sek. ni, sangat klasik. 


Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis

Masjid tertua di Pahang yang sudah lama terbina sejak tahun 1888 lagi, wow lama dah masjid ni, aku pun belum lahir lagi dan masjid ni juga masih kekalkan seni bina yang lama, pernah juga dijadikan sebagai Masjid Negeri dan ada kisah sejarah yang mana masjid ni tidak ditenggelami air sewaktu banjir besar di Pahang suatu ketika dahulu

Pejabat Daerah Lipis
Antara bangunan yang telah lama juga sejak tahun 1919 yang juga diisytiharkan sebagai bangunan Heritage yang akan terus dipelihara dan dijaga. Kalau tengok seni binannya memang nampak bersejarah kan. 

Bangunan Residensi 

Bangunan yang masih dikekalkan dan dipelihara sejak pemerintahan British, dibina sejak tahun 1922 dan menjadi tempat kediaman bagi residen Inggeris. Dalam bangunan ni ada sudut muzium dan bahan-bahan sejarah yang korang boleh lawat.

Muzium Warisan Lipis



Last but not least, kami melawat muzium, di Muzium lah kita boleh peroleh segala kisah dan bahan sejarah dari peninggalan zaman-zaman pemerintahan British dan macam-macam lagi yang tak pernah kita tahu. 

Lastly jangan lupa tonton video kami sepanjang 3 hari meroka tempat menarik di Pahang 

Assalamualaikum

Entry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong ,boleh baca di tempat menarik di Bentong kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang, iaitu Tanah Aina Fahad, merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping, yeahh. Aku selalu tertanya-tanya selesa ke tidur dalam glamping ? Korang rasa elesa tak? Haaa jom aku share apa yang bestnya glamping di Tanah Aina Fahad


Tanah Aina Fahad terletak di Sungai Dong dan sebenarnya ini kali pertama aku jejakkan kaki di Tanah Aina, menginap hanya semalaman disini, ia membuatkan aku jadi rindu dan mungkin akan kembali lagi sebab rasa tak puas untuk menikmatilagi suasana dalam hutan, angin malam, bunyi unggas-unggas hutan, air sungai yang sejuk, makanan yang sedap dan pelbagai perasaan yang bercampur baur



Selesa ke tidur dalam glamping ?

Bab keselesaan, aku sangat selesa tidur dalam glamping ni, gais bukannya kita tidur lambak kat bawah tau, tapi dalam ni ada 4 katil single, so boleh muatkan 4 orang dan dalam glamping ni tidakla terlalu sempit, ada ruang untuk solat, ada cermin solek untuk berhias,ada kipas juga, towel dan selimut pun disediakan.






Toilet disini memang berasingan, tapi jangan risau toilet pun dah macam hotel jugak gais, luas, ada syampoo dan body shower yang disediakan, sangat selesa lah bagi aku. Glamping di Tanah Aina ni juga banyak jenis sebenarnya, untuk queen ada, untuk vip, untuk family pun ada haaa so korang boleh pilih yang mana korang suka.  

Baca juga : Cherry blossom di Jeju {alertInfo}



Kalau korang tengah runsing atau tengah berfikir sesuai tak untuk bawa anak-anak,bagi aku sangat sesuai sebab tempat ni boleh bagi anak-anak rasa pengalaman baru, lebih-lebih lagi yang takde kampung dan tidak terlalu extreme, boleh santai-santai,ada beberapa game yang anak-anak boleh main dan ada kolam kecil juga untuk mandi manda
Tempat luas dan Makanan Yang Sedap 

Sesudah membersihkan diri, masa untuk makan ! Masing-masing dah kebuluran hiks, tempat makan sangat luas, makanan tak mengecewakan, sedap dan kekenyangan sangat, tapi jangan terkejut lah waktu makan tu korang akan dengar macam-macam bunyi unggas-unggas hutan, bawah tempat makan ni pulak adalah sungai, so boleh dengar air sungai mengalir deras. Best gilerrr. 


Kendurian ! Yeayyy malam tu jugak dapat makan-makan durian, haaa memang puas hati lah bagi peminat durian, hihihi sorry yaa bagi yang tak minat, memang kena jauhkan diri awal-awal dek kerana bau dia yang harum itu.



Sebelum masuk dewan makan ada beberapa aktiviti yang korang boleh main disini untuk hilangkan bosan, kami sempat lah panaskan badan dengan bermain pingpong, main karom dan siap boleh karaoke lagi, then lepak-lepak minum kopi dan jalan-jalan disekitar, ada walk in yang cantik dihiaskan dengan lampu led, tapi tak lama sebab hujan turun. 


So malam tu memang tidur dalam hujan, aku tidur selimut satu badan tau sebab sejuk dan aku ni sejenis penakut jugak haha lebih-lebih lagi dalam hutan, so far takde gangguan apa-apa pun, mana-mana tempat pastikan niat kita betul okay dan tempat ni selamat.
Aku mandi pukul 5.30 pagi kot haha gigil weh tapi segar sangat mandi pagi dengan air sejuk, then breakfast untuk teruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Nanti aku share apa benda best yang korang boleh nikmati di Kuala Lipis. 

Sebenarnya agak hampa sebab tak boleh nak mandi manda di sungai kat sini tapi aaa so happy bila selepas teroka Kuala Lipis, kami kembali lagi di Tanah Aina Fahad untuk mandi manda di sungai, yahoooo ! 
Apa lagi, jom lah kita terjun sungai, sempat juga buat aktiviti water confidence, untuk buat aktiviti air ni wajib kita pakai safety jacket okayh.Mula-mula takut sebab arus air sungai ni deras gila, dah lah aku ni jenis tak reti berenang tapi ada beberapa orang guard yang akan jaga kita. Mula-mula je takut tapi ehh nak buat lagi hehehe. Ada beberapa port yang korang boleh mandi manda, ni di bahagian bawah, sesuai untuk aktiviti air, bahagian atas untuk santai-santai mandi manda di area canopy walk. 


So korang yang mana tengah mencari tempat-tempat untuk menenangkan minda, jauh sangat dari hiruk pikuk bandar yang menyerabutkan, rasa nak santai-santai dengan keluarga, tinggalkan sekejap urusan kerja dan sebagainya ~ sangat-sangat berbaloi datang ke Tanah Aina Fahad ni, seriously korang akan rindu dengan banyak perkara. 



More Info :

Tanah Aina Fahad : http://www.tanahaina.com/fahad/
Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates