• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH) , kedai emas murah di Kedah | Bila berbicara soal emas ni , memang semua tahu dan pasti setiap seorang ingin memiliki emas kerana ia satu pelaburan yang tidak pernah merugikan dan boleh jadi akan membantu juga di saat kesempitan kerana ia tetap akan bernilai untuk di jual balik mahupun sebagai gadaian. 




KEHH Pilihan No 1 Rakyat Kedah 

Jika korang tengah survey kedai emas murah di Kedah , aku nak cadangkan korang beli emas di KEHH ni sebab kat sini harga dia memang lebih murah dari kedai-kedai emas yang lain dan sememangnya kedai emas pilihan no 1 di Kedah dan ada beberapa cawangan di Sungai Petani , Alor Setar , Jitra dan di Perlis , so boleh lah pergi di kedai berdekatan dengan tempat korang. 

Bila beli emas ni pasti lah ada tawar menawar jugak kan , jika korang nak diskaun atau pun ganjaran istimewa better korang daftar je sebagai ahli di KEHH ni haaa , bukan apa ~ bila  korang dah beli sekali emas kat sini dengan harga murah , design cantik dan banyak , ada ganjaran istimewa lagi memang berbaloi lah jadi ahli dan mesti akan beli lagi , then bila dah jadi ahli mesti lagi berbaloi dan korang akan dapat diskaun RM10/gm.


Lagi pula , owner kedai ni memang pemurah tau , setiap pelanggan kesayangan akan dapat hadiah istimewa lagi , orang kata ~ masuk kedai emas dengan senyuman manis , balik pun dengan senyuman manis siap dapat hadiah lagi , so raya dah nak dekat ni bolehlah melaram dengan emas baru. Katanya bila beli emas di sini siap percuma emas lagi , perghh tu korang kena pergi kedai KEHH okay

Boleh Trade In Dengan Nilai Tinggi dan Cuci Emas Percuma Je ???

Biasa kalau aku pergi ke kedai emas untuk cuci , al maklum lah bila selalu pakai cincin sambil buat kerja , emas akan jadi kusam kan , so bila nak cuci mesti di kenakan bayaran jugak walau pun beli  di tempat yang sama tapi jika korang pelanggan KEHH , cuci emas kat sini percuma je tau , nampak lah KEHH ni sangat menjaga pelanggan mereka. Tu yang best tu , bila pelanggan happy pasti akan datang lagi. 

Jika korang ada lebihan emas atau terdesak nak guna duit kan atau ada yang patah dan nak beli emas yang lain ,  kebiasaannya harga emas tu akan turun sedikit kan , malah banyak perbezaan nilai yang kita beli dan ingin di jual balik ,  tapi bila korang trade in di KEHH ni korang boleh trade in dengan harga yang tinggi , haa best kan ? Kalau tak percaya , boleh la singgah KEHH ni nanti alright. 

Harga Berpatutan dan Kualiti Terbaik 

Tadi aku dah survey dah pilihan emas yang ada di KEHH ni , tertarik pulak dengan design-design gelang emas yang ada di sini , lawa-lawa sangat design yang ada kat sini dan harga pun memang sangat berpatutan. Kualiti emas di KEHH ni korang tak perlu risau sebab emas kat sini memang berkualiti sejak 28 tahun lagi  






Cantik kan design-design yang ada di KEHH ni , selain design yang cantik , harga berpatutan , aku suka dengan konsep yang KEHH amalkan terhadap pelanggan depa (eh tiber cakap kedah haha) , diorang amalkan konsep saling menghargai pelanggan , contohnya pelanggan beli emas , depa pun bagi lah cenderahati jugak , nampak lah konsep saling menghargai tu haa , then harga pun mampu milik , kualiti terbaik , layanan staff pun baguih.

Sambil Membeli Sambil Gali Ilmu

Sebenarnya bila nak buat urusan pembelian emas dan penjualan emas ni kena ada ilmu jugak , kita kena tahu bila waktu yang tepat untuk membeli dan menyimpan emas , jika ada ilmu lagi berbaloi pelaburan yang kita nak buat .

So kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang ilmu emas , jangan lupa follow page facebook https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah , banyak promosi-promosi best jugak , dan KEHH ni jual beli online emas yang di percayai.

More Info :

Facebook 
Fb.com/KedaiEmasHajjahHalijah

Instagram 
@kedaiemashajjahhalijahsb

WHATSAPP
http://kehjhhalijah.wasap.my
http://kehhsdnbhd.wasap.my
http://kehhkangar.wasap.my
http://kedaiEmasHajjahHalijahSB.wasap.my

Telegram Dropship 
 https://t.me/joinchat/AAAAAEsPGYMVxQ9jr120nA

PM  atau Hubungi di talian

📞: 04-4212499 (Sg. Petani)
📞: 04-9174499 (Jitra)
📞: 04-9772399 (Kangar)
📞: 04-7329799 (Alor Setar)

Assalamualaikum :)

Menu Ramadhan McDonalds 2019 | Semalam Qaseh berpeluang untuk menghadirkan diri di majlis pelancaran Menu Baru di McDonalds sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi , happening event ! Wah tak sabar pulak nak sambut Ramadhan kali ni , bagi peminat McDonalds mesti korang rindu sangat dengan menu yang dah lama korang ternanti-nanti kan ? Jadi apa menu baru sempena Ramadhan 2019 ? 

 Puan Melati Abdul Hai , Vice President / Chief Marketing Officer unveils McDonald Ramadhan Menu 

Jadi untuk Ramadhan kali ni , McDonalds telah mengembalikan semula menu ekslusif iaitu Nasi McD dan Chicken Foldover . Yeah bulan puasa memang tak sah lah kan kalau tak makan nasi ? Eh qaseh la tu hehe dan mesti peminat-peminat Foldover teruja dengan kemunculannya kembali kan ? 


Nasi McD 

Bagi Nasi Mcd , ia di datangkan dengan set yang di hidangkan dengan sos kari baharu yang mana ianya sangat pekat dan sedap , korang juga boleh membuat pilihan samaada ingin seketul atau dua ketul ayam goreng McD dan ianya di hidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium . Qaseh makan satu set Nasi McD ni sumpah sangat mengenyangkan tau korang dan kari dia of course lah bukan kari segera. Bagi yang sukakan kepedasan , nah ini lah dia ~

Set McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD , Coleslaw dan Iced Lemon Tea = RM13.95
Set McD dengan 2 ketul Ayam Goreng McD , Coleslaw dan Iced Lemon Tea = RM16.95





Chicken Foldover 

Menu baharu ke dua , McDonald's telah membawa kembali Chicken Foldover kegemaran ramai , memang patutlah ia jadi kegemaran ramai sebab sangat lah mengenyangkan  dan of course lah sedap sebab di datangkan dengan sos istimewa yang terbaru , dua kepingan daging ayam lembut yang di bakar sempurna ditambah dengan daun salad dan tomato segar. 

Korang boleh pilih secara set yang di hidangkan dengan McDonald's French Fries dan Iced Lemon Tea. Mintak perhatian ia nya ayam sahaja tau dah namanya Chicken Foldover heheh.

Set Chicken Foldover dengan McD French Fries dan Iced Lemon Tea = RM16.95

Pencuci Mulut / Minuman Yang Menyegarkan di McD


Biasanya kita berbuka puasa mesti nak jugak pencuci mulut yang manis dan pelbagai rasa citarasa tempatan  kan ? Jangan risau kerana ada menu-menu pencuci mulut yang di tawarkan di McDonald's juga , dengan itu McD telah mengembalikan Banana Pie dan D24 Durian McFlurry . Banana Pie tu  kan rangup gila pastry nya dan initi pisang segar dan manis , so sesuai sangat la sebagai pelengkap hidangan buka puasa nanti ,

D24 Durian McFlurry memang berbaloi korang cuba , bukan selalu ada kan !  . Hari tu aku sempat merasa sekali je , ni bulan puasa ada lagi boleh lah cuba lagi . Memang boleh rasa durian nya , bukan aiskrim semata huhu lapar lah pulak :p 



McCafe pun telah mengeluarkan menu terbaru iaitu Sarsaparilla  Cones dan Ice Blended Ribena terbaru , so semalam qaseh dan cuba Ice Blended Ribena tu , omaigod sedap sangat weh ! Dah jatuh cinta dengan Ice Blended Ribena ni . Rasa segar je lepas minum , takde manis sangat dan sedap di tekak. Cuba tau ! 





Bagi hidangan Sahur , mulai 6 Mei hidangan menu yang biasa yang terpilih di McDonald's , korang boleh dapatkan seawal jam 6 pagi . Termasuk lah menu Nasi McD , Ayam Goreng McD , McChicken , Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets. Ada masa nya malas nak masak kan , McD pilihan terbaik hehe.

Tawaran menu Ramadhan McDonlad's ni korang dah boleh dapatkan di restoram-restoran McDonald's di seluruh negara sehingga 5 Jun 2019.

Promosi 30 Days of Ramadhan


Okay , untuk McD ni korang better download applikasi McD di smartfone masing-masing , sebab sebelum ni pun bila order melalui applikasi memang banyak tawaran yang McD kasi , dapat burger free dan sebagainya heheh membeli dengan bijak gitu . Jadi , untuk Ramadhan pula , McD telah melancarkan promosi 30 Days Of Ramadhan secara eklusif melalui applikasi 

Tawaran kupon diskaun istimewa 30 days , 30 deals ini akan di maklumkan di dalam applikasi , jadi korang kena lah download applikasi McD di playstore / appstore supaya tidak terlepas tawaran best ! 

Kalau korang nak tau , McD selalu membuat aktiviti tahunan , semua 270 restoran McDonald's di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjis - masjid , secara tak langsung inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim sesama komuniti setempat dan untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik juga tidak di lupakan . McDonald's juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim 

Puan Melati - Sepanjang 37 tahun di Malaysia , bulan Ramadhan sememangnya bulan yang terbaik dan ia merupakan perkara biasa bagi McDonald's untuk memainkan peranannya dalam masyarakat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mampu mengeratkan lagi silaturahim sesama anggota masyarakat


Congratulation McDonald's Malaysia 
www.mcdonalds.com.my


Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort(BGR) 2019 | Holla korang , lagi beberapa hari je Ramadhan akan tiba , dah boleh survey buffet Ramadhan untuk tahun 2019 , jadi aku nak mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia untuk Iftar Sesama insan-insan yang korang sayangi.Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman.


Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’,

Memang menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang di gunakan untuk nasi Kerabu,

Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, korang turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.



Menu Menambat Selera

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.





Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna.Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.





Masakan India 
Tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus. Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station).








Manisan Dan Pencuci Mulut 

Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.




Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme
Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese
Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse,
G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt
dan Oreo Cheese Cake.



Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya
Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan.
Iftar Sesama Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat disebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.


Berkongsi Pahala

Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). 

Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik. Makan seenaknya, elak membazir. Dalam usaha untuk memenuhi janji kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.

Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan
menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.

Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi kami menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.

Harga untuk tempahan dalam talian 


Website :  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/



Info lebih lanjut :
Facebook : Bangi Golf Resort
Instagram : @bangigolfresortofficial
Hashtag : #iftarBGR #ramadhanBGR #BGRbuffetramadhan #bukapuasa

Assalamualaikum 

Sasuke Premium Outlet ? Korang pernah pergi tak ? Haaa bagi peminat barangan preloved mesti dah jadi favourite place korang kan untuk cari barangan / pakaian murah tapi masih lagi berkualiti . Seingat aku , aku pernah pergi sekali ~ rambang mata jugak lah datang sini . Bagi yang belum tahu , Sasuka Premium Outlet ni merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan terpakai dari Jepun dan buti preloved pertama seumpamanya di Malaysia 



For now , Sasuka Premium Outlet dan buka 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur ~ lepas ni harap buka lah pulak di Rawang ye hihi

I.  SASUKE PREMIUM OUTLET, SETAPAK.
II.  SASUKE OUTLET, KG PANDAN.
III.  SASUKE OUTLET, CHERAS.
IV.  SASUKE PREMIUM OUTLET, BANGI.
V.  SASUKE PREMIUM OUTLET, KAJANG.

Sepanjang 4 tahun , Sasuke Premium Outlet sudah melakukan program CSR ini dengan beberapa agensi berlainan seperti NGO MYMAHU (program anak yatim) , 4 EPISOD TITIK SENTUHAN RTM (lawatan dan sumbangan ramadhan) dan juga bersama JABATAN KEBAJIKAN NEGARA (program gelandangan Anjung Singgah)

Kempen SASUCARE Bersama Pelanggan 

Tapi hari ni aku nak tekankan pada kempen yang dianjurkan oleh Sasuke Premium Outlet iaitu Kempen SASUCARE , kempen apakah ini ? 

SASUCARE merupakan gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN.Program amal ‘SASUCARE’ ini merupakan kempen kutipan amal yang julung kali diadakan di SASUKE OUTLET dengan kerjasama pelanggan 
Program amal kali ini akan berlangsung selama 3 bulan berturut bagi membantu rumah rumah kebajikan terpilih dalam memenuhi keperluan harian mereka. Program ini berlangsung selama 3 bulan dengan tujuan kutipan ini dapat disumbangkan kepada 3 rumah  kebajikan berbeza supaya sumbangan ini dapat meringankan bebanan pembelanjaan harian meraka.Sumbangan ini merupakan sumbangan tunai/cek terus ke rumah kebajikan terpilih.


Bagus kan kempen yang di anjurkan ni , dengan kempen macam ni kita sebagai pelanggan juga dapat mengambil tahu tentang kewujudan rumah-rumah kebajikan yang memerlukan bantuan  , dan kita juga dapat peluang menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan . Yang bagusnya kempen sebegini sebenarnya dapat memberi kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia . Tahniah Sasuke Premium Outlet berkongsi kempen sebegini yang sememangnya sangat bagus dan patut di puji.

Tentang SASUCARE Kempen 

Jadi , kempen ni sebenarnya telah bermula pada 1 Mac 2019 dan akan bermula pada 31 Mei 2019 11.59 pm . Penganjur berhak mengubah , melanjutkan , menggantung atau menamatkan kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika kempen tidak dapat di teruskan atas apa jua sebab . Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh peserta.

Program Amal      : Semua Sasuka Premium Outlet
Tempoh Kutipan   : Bulanan (30 hari)
Badan Keajikan    : Mac - Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia
                                April - *akan di update*
                                Mei - *akan di update*
Konsep                  : Beli dan derma
Jenis Sumbangan   : Tunai / Cheque 
  
Cara Menyertai Kempen Sasucare :

Pelanggan yang membeli mana-mana barangan di Sasuka Outlet Premium yang bernilai RM30 dalam satu resit , penganjur akan menderma RM1 daripada resit pembelian sepanjang kempen ini . Senarai rumah-rumah kebajikan terpilih akan di umumkan di lama sosial Sasuke Premium Outlet dan NGO yang bekerjasama dalam kempen amal ini . 


Kempen ini akan di uruskan oleh KINDNESS MALAYSIA , sebuah NGO berdaftar dan sumbangan ini seterusnya akan digunakan untuk membiayai keperluan rumah kebajikan terpilih.

Kesimpulannya , inisiatif yang di ambil oleh Sasuka Premium Outlet ini merupakan satu komitmen di dalam membantu golongan memerlukan dan meningkatkan kesedaran pelanggan Sasuka dalam melakukan amal sambil membeli . Harap kempen ini berjalan dengan lancar , inshaAllah dan semoga Sasuka Premium Outlet terus maju jaya . 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates