• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ,
Wohaaa nampak jakun di situ , pertama kali aku jejakkan kaki di Legoland , so aku nak ceritakan sikit la apa perasaan , pengalaman mahupun keindahan dan juga keselamatan yang terdapat di Legoland , btw Legoland mmg heaven la bagi kanak-kanak dan jugak orang dewasa , memang bagus bawak family bercuti kat sini , lagi pun banyak gila aktiviti-aktiviti menarik sampai kan xcukup masa ..mana nak main aktiviti kat theme park lagi , water theme park lagi , pergh thorbaik la ... so berbaloi la dengan tiket masuk !

Tapi sedeyh sikit la sebab takleh nak konker semua game yg ada sementelah tengah pregnant kan , so husband dah warning tak boleh main lasak-lasak sangat , so kelip-kelip mata putih aku tengok dia atas nunnnn di awan duk syok ber ''roller coaster'' haha tapi takpe inshaaAllah ade rezeki boleh bawak baby main water theme park kat sini , syok aihh ~

Ni antara yang sempat di terokai oleh kitorang , penat jugak tapi best ! sebab masa main game ni tak rasa penat pun haaa lepas tu baru rasa penat la , sakit kaki la haha .. jom layan gambar jap okey ~


pon pon ! keretapi nak lalu nanti kang kena langgar .. penat berjalan boleh naik ni rileks2 kan kaki 


Aktiviti pertama aku jom naik bot ! selamat memandu bot , haha yang lawak nya ada orang tu tak boleh nak kawal bot beliau , nasib tak terbalik je .. kui3x tapi takpe staff kat sini akan menyelamatkan anda bila di timpa kemalangan , hehe tak bahaya pun .. just relax-relax santai2 dalam tasik gitu .. 

setiap budak wajib kena pakai jaket keselamatan ni .. good girl and boy ! 

 

jangan nak kibas2 tangan dalam air , fefeeling titanic pulak 

Next kitorang singgah airport jap nak terbang ke Dubai , best jugak sampaikan ada orang tu dok repeat sampai pening , weee terbang pusing-pusing , tapi kita boleh control la sambil kapal terbang pusing2 tu boleh control bagi naik atas dan bawah .. haaa 


 
 Betapa best nya naik benda alah ni nak bagitau korang semua , boleh lah tengok muka bapak budak tu .. mana lebih seronok .. si anak ke si ayah ? haha .. 
next nya game ni , aku memang tak main la game ni , sebab sekali turun tu dia kasi hentakan padu gitu .. hehe syok je tengok diorang .. jangan risau setiap tempat yang terdapat di sini memang akan ada staff-staff legoland yang mengawal ~

game ni antara game yang best jugak .. masuk dari kiri then keluar ikut gelongsor air tu ha.. so memang akan basah la baju korang .. lagi ramai naik lagi basah , tapi dont worry be happy sebab ada tempat untuk keringkan badan bila dah turun dari sini .. 

dino island ~ 

Ni lebih kurang roller coaster , tinggi gila baq ang ~ kalau yang lemah jantung tu toksah naik lah ye karang pitam kat atas sana hehe .. yang suka lasak jangan ketinggalan cuba game ni okeh !

muka cuak sebenarnya ni ~ kehkehkeh











kat sini pon banyak kedai2 yang macam dekat funfair , adohaaa punya la susah nak dapat bebear satu  ! hehe yg terer boleh lah main benda alah ni .. sobssss



kalau dah penat berjalan boleh lepak dalam ni , Lego Academy , lagipun dalam ni sejuk sikit ade econ .. bagi anak2 main lego puas2 ... bukan anak2 je mak2 bapak2 pun boleh turut serta .. 





Water Theme Park 
Aku datang sini yang ni paling aku tunggu2 , yahoo ! main air yuk .. syok ohhh mandi kat sini .. guard pun ramai , dan bab safety memang takde masalah .. life jacket sume ade di sediakan untuk kanak2 dan jugak dewasa .. so tak pandai berenang tak pe .. pakai je life jacket tu haaa .. then terapung la sampai besok pagi hehe .. tapi water theme park tak di buka pada malam hari .. 





life jacket yang di sediakan ~

shoe rack pun ade , takdela nampak tak kemas kan ..










setiap tempat memang life guard ada .. yang mengawal semua , kalau kira memang ramai la depa2 ni .. thanc a lot .. keselematan pun sangat penting di tempat sebegini , so thorbaik la Legoland .. life guard pun peramah2 je sume .. jiwa kanak2 gitu 










haa selebihnya layan je la gambar , nak tulis banyak2 karang bosan plak hehe , apa-apapun memang berbaloi datang ke legoland ni .. ade rezeki boleh repeat lagi ~ yeahh .. thanx you so much buat pihak legoland ! 





Assalamualaikum ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana ~ 

MOMMA® Pregolact™ | Milk Booster Penggalak Susu Ibu , orang kata dalam hidup ni tak semua bernasib baik , dalam soal penyusuan anak ni pun sama , ibu mana yang tak mahu menyusukan anak dengan susu ibu kan ? aku .. sejak mengandung aku dah memang set mind , nak sangat nyusukan anak sendiri dengan susu ibu , bukan susu formula .. kalau boleh mestilah sampai 2 tahun kan ? tapi aku memang tak dapat , terpaksa jugak bagi susu formula sebab baby boy aku sangat kuat menyusu .. tapi dalam masa yang sama aku survey tentang milkbooster , orang kata milkbooster ni akan menambah penghasilan susu ibu.. ibu-ibu kat luar sana mesti sama macam aku kan , sedaya upaya berusaha untuk menambah susu ibu demi anak , so aku ada cuba milkbooster MOMMA® Pregolact™ 


By the way , kenapa aku memilih MOMMA® Pregolact™ ? ia adalah susu bernutrisi yang bukan saja dapat menambah penghasilan susu ibu tapi membuatkan ibu-ibu mengandung dan menyusu kekal cantik dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi lengkap untuk anak di dalam kandungan dan juga yang di susui .. satu lagi tentang MOMMA® Pregolact™ ia tak sama dengan produk lain yang berada di pasaran sebab di formulasi dengan Activ-4 Plus™ , kiranya susu ni di khaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan , kesihatan , tenaga extra , perkembangan bayi yang baik dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan.

MOMMA® Pregolact™ adalah susu kesihatan dan kecantikan 4 dalam 1 iaitu 

1. Cantik: Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat: Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga: Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.

4. Bijak: Mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi


Kelebihan MOMMA® Pregolact™

1.    Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2.    Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3.    Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4.    Memberi tenaga kepada ibu
5.    Baik untuk perkembangan otak bayi.6.    Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress

TESTIMONI IBU_IBU


 ni antara testimoni ibu-ibu yang memang berpuas hati dengan  MOMMA® Pregolact™
 Untuk testimonial lain korang boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA


Kandungan MOMMA® Pregolact™

MOMMA diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.. susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu
Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) dan Coklat.

5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.


Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat dan vanilla yang sedap,yang best susu ni tidak berbau hamis,

Halal Jakim. dan lulus KKM. 


Di datangkan dengan 2 perisa pilihan


 MOMMA® Pregolact™ ada dua perisa tau korang , dan dua-dua perisa ni sangatla sedap , but the most favourite aku adalah perisa Vanilla , sedap sangat susu ni sampai rasa nak minum banyak-banyak kali , tapi karang melimpah2 pulak susu keluar haha .. so far dua-dua perisa sedap , sukakan chocolate boleh pilih chocolate , sukakan vanilla boleh beli yang vanilla , suka dua-dua ? haa beli je dua2 terus lagi bagus .. 

Cara Bancuh
Mudah saja cara pengambilan susu ni , hanya bancuh 5 skoop susu Momma dengan air suam. Minum ketika sarapan atau sebelum tidur.
Oh ye kalau korang tengok kat kedai atau mana-mana , kalau dulu packaging dia yang sebelah kiri , dan yang terbaru sebelah kanan .. kot la korang fikir fake ke klon ke kan ? jangan risau packaging je berubah tapi susu tetap original ..

Khasiat MOMMA® Pregolact™ buat ibu hamil dan menyusu

1.   Menaikkan HB
2.    Kurang alahan (morning sickness)
3.    Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
4.    Anak cerdas dan bijak
5.    Meningkatkan perkembangan otak
6.    Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
7.    Merawat stress
8.    Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
9.    Meningkatkan imunisasi badan
10.  Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
11.  Penggalak susu ibu (Milk booster)
12.  Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
13.  Mengurangkan risiko demam kuning
14.  Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan


Lastly, mana laaa nak dapatkan susu MOMMA® Pregolact™ ni ? korang boleh dapatkan di info yang aku bagi kat bawah ni ok .. nak beli online boleh , nak pergi ke kedai pun boleh .. selamat menyusu ibu dengan hati gembira dengan Momma Milk Booster ni ok ..

INFO LANJUT
Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com


Atau terus ke kedai beralamat:

MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club



Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates