• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana ~ 

MOMMA® Pregolact™ | Milk Booster Penggalak Susu Ibu , orang kata dalam hidup ni tak semua bernasib baik , dalam soal penyusuan anak ni pun sama , ibu mana yang tak mahu menyusukan anak dengan susu ibu kan ? aku .. sejak mengandung aku dah memang set mind , nak sangat nyusukan anak sendiri dengan susu ibu , bukan susu formula .. kalau boleh mestilah sampai 2 tahun kan ? tapi aku memang tak dapat , terpaksa jugak bagi susu formula sebab baby boy aku sangat kuat menyusu .. tapi dalam masa yang sama aku survey tentang milkbooster , orang kata milkbooster ni akan menambah penghasilan susu ibu.. ibu-ibu kat luar sana mesti sama macam aku kan , sedaya upaya berusaha untuk menambah susu ibu demi anak , so aku ada cuba milkbooster MOMMA® Pregolact™ 


By the way , kenapa aku memilih MOMMA® Pregolact™ ? ia adalah susu bernutrisi yang bukan saja dapat menambah penghasilan susu ibu tapi membuatkan ibu-ibu mengandung dan menyusu kekal cantik dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi lengkap untuk anak di dalam kandungan dan juga yang di susui .. satu lagi tentang MOMMA® Pregolact™ ia tak sama dengan produk lain yang berada di pasaran sebab di formulasi dengan Activ-4 Plus™ , kiranya susu ni di khaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan , kesihatan , tenaga extra , perkembangan bayi yang baik dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan.

MOMMA® Pregolact™ adalah susu kesihatan dan kecantikan 4 dalam 1 iaitu 

1. Cantik: Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat: Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga: Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.

4. Bijak: Mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi


Kelebihan MOMMA® Pregolact™

1.    Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2.    Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3.    Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4.    Memberi tenaga kepada ibu
5.    Baik untuk perkembangan otak bayi.6.    Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress

TESTIMONI IBU_IBU


 ni antara testimoni ibu-ibu yang memang berpuas hati dengan  MOMMA® Pregolact™
 Untuk testimonial lain korang boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA


Kandungan MOMMA® Pregolact™

MOMMA diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.. susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu
Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) dan Coklat.

5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.


Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat dan vanilla yang sedap,yang best susu ni tidak berbau hamis,

Halal Jakim. dan lulus KKM. 


Di datangkan dengan 2 perisa pilihan


 MOMMA® Pregolact™ ada dua perisa tau korang , dan dua-dua perisa ni sangatla sedap , but the most favourite aku adalah perisa Vanilla , sedap sangat susu ni sampai rasa nak minum banyak-banyak kali , tapi karang melimpah2 pulak susu keluar haha .. so far dua-dua perisa sedap , sukakan chocolate boleh pilih chocolate , sukakan vanilla boleh beli yang vanilla , suka dua-dua ? haa beli je dua2 terus lagi bagus .. 

Cara Bancuh
Mudah saja cara pengambilan susu ni , hanya bancuh 5 skoop susu Momma dengan air suam. Minum ketika sarapan atau sebelum tidur.
Oh ye kalau korang tengok kat kedai atau mana-mana , kalau dulu packaging dia yang sebelah kiri , dan yang terbaru sebelah kanan .. kot la korang fikir fake ke klon ke kan ? jangan risau packaging je berubah tapi susu tetap original ..

Khasiat MOMMA® Pregolact™ buat ibu hamil dan menyusu

1.   Menaikkan HB
2.    Kurang alahan (morning sickness)
3.    Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
4.    Anak cerdas dan bijak
5.    Meningkatkan perkembangan otak
6.    Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
7.    Merawat stress
8.    Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
9.    Meningkatkan imunisasi badan
10.  Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
11.  Penggalak susu ibu (Milk booster)
12.  Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
13.  Mengurangkan risiko demam kuning
14.  Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan


Lastly, mana laaa nak dapatkan susu MOMMA® Pregolact™ ni ? korang boleh dapatkan di info yang aku bagi kat bawah ni ok .. nak beli online boleh , nak pergi ke kedai pun boleh .. selamat menyusu ibu dengan hati gembira dengan Momma Milk Booster ni ok ..

INFO LANJUT
Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com


Atau terus ke kedai beralamat:

MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club



Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™
Kelebihan MOMMA® Pregolact™

Assalamualaikum ~ betul la orang kata , benda kalau kita plan ni selalu tak jadi .. sebabnya selalu yang last minute tanpa plan tu la yg lagi havoc !

Hari tu balik cuti raya haji kat kampung aku pulak , sebab raya puasa dekat kg suami kan , setakat ni takde masalah lagi bab-bab balik cuti raya ni , haha kena gilir-gilir la .. amende la bab balik kg pun nak gaduh kan.. so kalau kg korang jauh tu jangan pentingkn diri ikutlah sistem giliran di alam rumahtangga kikiki , kalau kat kg aku Jerteh ni , raya haji meriah la bab2 kenduri kahwin , akikah semua kan ..  tapi kunjung mengunjung macam raya puasa memang takde .. suami first time raya haji kat sini , so dia agak pelik sebab katanya kalau kat Pahang , raya haji macam raya puasa jugak .. ada kuih raya , kunjung mengunjung gitu .. oooo aku pun baru tahu kekdahnya macam tu .. 


Alkisahnya sesaja beraya rumah kak ipar kat Kuala Ganu , sesaja nak ikut jalan pantai sebab tak pernah lagi sebenarnya lalu jalan pantai .. lalu punya lalu haha ternampak la kerusi pinky pinky kat tepi pantai , excited sebab nampak kerusi pinky , maka suruh la suami undur balik ke belakang sebab da terlepas 1km haha .. tak kira ! nak jugak duk kat kerusi pinky ni .. padahal saje nak lepak tepi pantai .. aku kan obses sikit dengan pantai ... tapi lupa pulak nama apa kedai ni ~ ada byk makanan gak tapi kebanyakannya makanan celup tepung gitu , selain tu mee celop pun hado ! 

yeyy Umi dapat duduk di kerusi pinky-pinky dengan Rayyan 

Dah duduk kerusi pinky takkan nak duduk sajo-sajo kan , banyak cantik muka lu , so aku oder mee celup dua , ikan celup tepung 2 ekor .. tak sure lah ikan apa , rasanya ikan kembong kot . Sekor ni RM8 . selain tu ada sotong Rm30 sekor , ketam rm10 sekor .. dll lagi kot .. haa aku baru ingat nama kedai ni NL Celup Tepung Bira Pata.. best tak kat sini ? tempat makan cun dah , cuma makanan kena tingkatkan sikit , ikan yg aku makan kurang segar sikit mungkin dah petang .. mee celop pulak bolehla biasa2 je  ..semua sekali kat atas nun campurdgn  air RM29.. haa lagi satu kena tambah baby chair sebab ada satu je baby chair kat sini sebab pelanggan pun agak ramai ..hari tu pun trpaksa tunggu cust lain selesai makan baru dpt baby chair huh .. ok ?

sebelum makan-makan haruslah bergambar dulu dengan adik , eh anak teruna .. sekarang ni punyala susah Rayyan nak tengok kamera , mungkin dan serabut sangat kot tengok Umi dia asyik bergambar , haha erm erm sejak bila Umi pakai shawl nampak anak tudung ni .. errrr

Hati berbicara :
Tak tahu lagi mana tempat best nak makan makanan2 celup tepung gini , kalau korang tahu bagitahu yawwwww ! 
Assalamualaikum semua , anak dah mentido baru lah umi bukak laptop slow2 seakan-akan slow motion gitu .. sebab setiap bunyi tu da macam gempa bumi bagi anak ensem umi Wan Muhammad Rayyan , hari ni nak cerita pasal anak je , almaklum lah status mak2 ni dah takde cerita single mingle lagi ~ 

Sekejap giler rasa masa berlalu , tup tup baby ayyan dah masuk sebulan .. hurm padahal umi rasa macam baru je lahirkan ayyan ensem , pandai , bijak lagi soleh ni .. jadi nya ape ek perubahan ayyan dalam masa sebulan ni , haaa berat dia la , of coz makin bertambah .. dari 3.45 kg masa lahir dan masa 10 hari 3.6 kg , dan dalam masa 20 hari berat dia 4kg , dan masa ayyan sebulan berat baby 4.3 kg .. alhamdulillah .. ada pertambahan berat kat situ .. so far bila umi tengok baby ayyan ni , dia jenis ''pongoh'' sikit haa kalau nak tahu pongoh ni macam tak boleh nak sabar sikit .. kalau nak susu tu tak boleh lambat haha ..aduhai anakku harap besar berubah la nak sebab umi pun ''pongoh'' jugak ! karang dua2 pongoh dedi ketuk kepala dua2 haha .. 

Satu lagi makin hari ke hari kuat betul baby boy ni menyusu , bagus la kan menyusu banyak , bagi cepat membesar cuma cuma cuma kadang2 susu tak sempat nak memenuhi ruang dah kering plak , so meh la produk2 yang mana bagus utk pertambahan susu utk di review , eh ! hihihi .. tapi xpe umi sado like son so still boleh lagi nyusu kan baby ayyan .. alhamdulillah setakat ni takde apa perubahan yang merisaukan umi dan dedi .. nangis pun time nak nyusu je takdela nangis melalak2 buat perangai ..

muka sebulan lepas kena inject , hurm umi tak boleh tengok la bila baby kena inject , rasa sakit n kesian sangat , umi kena inject pun umi rasa kesian kat diri sendiri apatah lagi baby kan , tapi dia nangis kejap je .. anak umi  ni kat strong ! 

Cerita bab tido plak , omaigodd sekarang ni susah sangat baby ayyan nak tido atas tilam dengan senang hati , maksudnya di sini dia nak tido atas riba je .. adehh bila letak atas tilam balik nangis , so kena pastikan baby ayyan betul2 lena dulu baru boleh letak kat bawah .. huhu sabo je la , lepas tu malam-malam suka sangat kena dakap time tido , memang menempel je la kejenya , tapi umi memang suka dakap baby pun , kalau boleh nak kunyah3 nyam3 je baby ni haaa .. ujian kecil buat umi haha..  so far ini je lah kisah sebulan anak umi Wan Muhammad Rayyan .. alhamdulillah 

hati berbicara :

Dulu aku ni bukan suka sangat kat budak , maksudnya tak suka tu , sekejap je la aku pegang2 dan riba2 budak .. sebab berat kan tapi sekarang ni semua berubah , yang tak suka tu dah jadi suka , kadang kena suka haha btw seronok sebenarnya dan naluri keibuan tu sebenarnya datang dengan sendiri , rasa tanggungjawab untuk jaga baby walaupun kadang letih tu ada .. so jangan risau bila rasa tak mampu .. semua nya kita akan mampu bila masa tu tiba .. dan segala kekuatan tu datang dariNYA..

Assalamualaikum..

Tengok orang ramai pergi umrah seronok je rasa kan , teringin sangat nak pergi ke sana , mesti rasa sebak dan kerdil nya diri ini , tapi InshaaAllah mula-mula kita niatkan , lepas tu doa banyak2 semoga satu hari kita juga dapat jejakkan kaki di sana .. ameen , dan tak payah risau dah nak cari pakej-pakej umrah yang berbaloi .. ni qaseh nak war-warkan kepada korang tentang Az Zuha Group Travel & Tours , mungkin dah ramai yang tahu tentang AzZuha ni dan juga mungkin korang baru tahu kan ? apa yang menarik tentang Az Zuha Group Travel ? sebelum tu qaseh nak ceritakan sedikit latar belakang Az Zuha ni .. 

Yang best nya ada pakej umarah ikon daie bersama Ustaz Don dan Ustaz Nushi tu .. lagi best bia dapat berdampingan dengan orang yang banyak ilmu .. 


Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapa lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).
Antara pakej - pakej di Az Zuha 

Ustaz Zamri pun ade .. 



Jika nak terus ke ibu pejabat Az Zuha , ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :


http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605
Assalamualaikum uols ~ masih belum terkubur lagi blog ai okeyh walapun dalam pantang , haaa gigih , lagipun dalam pantang xde pulak kabor takleh berblog kan hihi .. merepek je , 

Alhamdulillah saat ni baby ayyan dah masuk hari ke 19 , phewww pengsan umi , kali ni nak cerita sikit la bila dah bertukar status ni kan , kadang-kadang macam tak percaya lagi dah jadi seorang ibu , mama , umi , mummy , emak dan sebagainya tapi aku memilih umi sebab panggilan umi ni macam aku ni penyayang dan penyabar sangat padahal di sebaliknya haha .. pape je la kan , jiwa kalau rasa masih remaja ni susah jugak .. hurmm btw setiap orang akan mengalami fasa-fasa hidup mereka sendiri , dulu-dulu bila baru kawen rasa tak percaya dah jadi wife orang kan , sekarang bila baru jadi ibu perasaan sama jugak datang .. kau ingat kau mude lagi ke qaseh oiii .. lepas tu tua bangka pulak khenn .. hehe 

curik gambar kat fb , malam2 cenggini la baby ayyan nak menempel haaa 

Ok jangan nak merepek sangat , jadi nya bila aku dah jadi umi ni , banyak benda yang nak kena belajar .. sekarang masih di tahap baru lagi , masih berperang dengan emosi , penat , ngantok , nak berak susah , sakit tempat luka , kena bergantung kat orang , bab susu ibu dan byk lagi lah .. tapi dari hari ke hari sebenarnya semua ni mengajar aku jadi lebih sabar .. cuba buat sendiri , kena kuat , xboleh sgt manja2 , tak boleh give up .. bila tengok muka baby ayyan nangis nak susu alahai kesiannya so kena struggle bagi susu tengah2 malam , 2 3 pagi , walaupun ''puting'' (sory ayat tak tapis) sakit sangat sampai berdarah n melecet , ada satu malam tu genggam kuat tgn hencik somi dek kepedihan sgt bila baby menyusu tapi tengok muka sedey baby ayyan  tak sampai hati nak bagi susu formula .. walhal mula2 masa takde susu terpaksa bagi susu FM , masa tu susu memang takde , stress jugak la aku masa tu .. ! nangis2 gelepor atas lantai #oktipujehehe

Tapi alhamdulillah sekarang susu dah ade banyak tapi aku still rasa xckup je untuk baby atau baby boy memang kuat minum susu , then kena jugak pam .. hohoho pengalaman setakat ni pasal susu .. dan masuk hari ni alhamdulillah semua berjalan makin ok dan ok .. cuma baby ayyan kuat naawwwww merengek skang ni , nak tido pun susah .. maybe sebab hari tu ''kuning'' tahap tinggi buatkan baby selalu nak tido je .. skang nak tido malam susah jugak .. so terpaksa la umi amek batang mancis tongkat mata sambil layan lagu raggae haha .. baby pun makin membesar, lagi banyak dia perlukan susu , baby kan tu je la makanan dan minuman dia so umi kena kuat ! chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !

Hurmm hehe macam ni rupanya pengorbanan seorang ibu , kesian mak aku dulu jaga aku ngan adik beradik 6 orang plak tu .. fuhhh sado betul bila jadi mak2 ni kan.. kalau tak sado tak mampu nak bersalin la kan even sakit sangat2 ..tapi jangan risau sebenarnya kekuatan tu akan datang sendirik .. nampak je tak kuat tapi semangat tu akan datang lebih2 lagi tengok muka baby , cuma semangat ibu2 akan hilang bila suami tak menyokong , tak support wife dia , so bagi suami2 di luar sana tolonggggg sangat hargai isteri anda .. kerana mereka terlalu berharga cewahhh gitu ... stop jap .. baby jaga la pulek ... tutttt tutttt 

ok sambung balik , hihi so perasaan aku fuhhh mestilah gembira .. kdg2 emosi dtg tu dah rupe org meroyan gak la , nangis tu lumrah kehidupan umi .. haha tp tu mula2 la sbb sakit luka , sekarang alhamdulillah dah boleh jalan , pergi dapur , mandi sendiri , boleh urus diri sendiri , boleh riba baby syukur sangat .. cuma aku je tak sabar2 ... nak cepat sembuh hihihihi..  ok tu je lah kot setakat ni pengalaman manusia yang baru bergelar ibu .. haha jangan gelak okeyh

Hati Berbicara :


Hidup ni penuh dengan ujian , Allah takkan bebankan hambaNya di luar kemampuan , so bagi yang bakal bergelar ibu bertabahla .. ujian sedikit atas nikmat yang terindah dalam hidup yang tak mampu di beli dengan wang ringgit , jangan mengeluh dan berputus asa .. kerana segala2nya adalah doa dari kita .. so selamat menempuh segalanya dengan penuh kesabaran dari UMI yang kadang sabar dan tak sabar jugak haha .. btw baby ayyan pun dah ada IG ok , saje je buat2 untuk kenangan .. setiap detik akan umi simpan sebagai memori di masa akan datang .. doakan baby ayyan membesar dengan penuh rahmat :) 

Assalamualaikum semua , alhamdulillah qaseh dah jadi ummi , so blog mintak maaf la agak terabai sikit sebab qaseh dah ada kecintaan baru my baby hehe .. btw di saat ini qaseh dah masuk hari ke 11 dalam pantang .. fuhhh nak cerita pengalaman bersalin bagi kali pertama ni .. memang pengalaman manis dan pahit la , eh ada jugak pahit ? time sakit tu pahit time baby keluar tu saat-saat yang paling manis ... lain orang lain pengalaman nya kan , pengalaman qaseh plak haaa meh nak story mory sket ..

23 JANUARI 2016, 4.41 PM , HOSPITAL BESUT
Pada tarikh ni , aku mula rasa sakit-sakit perut sejak dari pukul 2 3 pagi lagi , tapi tahan dulu sebab sakit tu datang sekejap-sekejap dan tak terasa sangat kesakitan tu .. dan aku pun tak tahu apakah itu betul-betul yang di namakan contraction yang mana untuk membuka jalan baby nak keluar , so aku decide untuk tidur je dulu , alhamdulillah tido lena tak terasa dah sakit tu , paginya masih terasa sakit tu tapi still tahan dan tahan , masih boleh makan , berjalan , apatah lagi berlari haha .. so buat dunno je lah , ade jgk bagitau mak aku yang aku rasa sakit perut lain macam tapi boleh tahan lagi , mak aku ckp haaa nak brsalin la tu petang2 kang ni .. 

Aku just cakap dengan baby , baby dah nak keluar ke , due baby kan 14 Februari , baby jangan la keluar lagi yee .. haha sukahati je cakap dengan baby macam tu tapi betul aku tak bersedia lagi , lagi pun memang agak jauh jugak la dengan due yang doc bagi , tapi kita manusia kan hanya merancang ALLAH juga yang menentukan .. dalam pukul 4.41 pm akhirnya aku decide nak pergi hospital sebab contraction makin kerap dah dalam 5 minit sekali dia menyerang .. adohaaa time dia menyerang tu agak sakit jugak .. akhirnya masuk labour room di Hospital Besut untuk cek jantung baby dan jugak bukaan .. haaa orang kata kena seluk dari bawah , so first time aku merasa kena seluk .. eh tak de lah sakit sgt kan .. FIRST TIME mmg tak sakit lepas tu azab jugak laaa huwaaa  , then doc cakap bukaan dah 4cm so kena warded dulu dan tunggu hingga bukaan makin besar .. lepas tu sakit tu makin kerap dan kerap dan lagi bertambah sakit .. cuma masih mampu bertahan .. baring , makan , tengok tv , nsb baik ada tv kalau tak mati kutu la hehe ..

Contraction pun makin syok je datang , dan akhirnya aku decide nak pergi labour room lagi sebab rasa sakit , masa ni boleh tahan lagi cuma aku nak cek lagi bukaan , agak2 dah berapa cm .. tapi cek masih lagi 4cm .. dan masuk balik dalam ward sambung tido dalam kesakitan .. fuh tak lekang kat mulut dengan doa Nabi Yunus ,, semoga aku dan baby ok ok je , then lepas isya aku dah tak tahan dah , masuk lagi labour room kali ni nurse chek bukaan dah 6cm so aku decide nak stay je dalam labour room tu hingga bukaan 10 cm .. sakit ya amat , masa tu aku sengsorang , hencik suami masih dalam perjalanan dari KL , lagi pun bukaan 9cm barulah suami boleh masuk teman isteri .. 

Dan detik 10cm pun tiba , memang masa yang sesuai untuk meneran .. rasa nya memang macam nak berak tapi tekanan dari dalam perut tu sangat la kuat , aku plak yang takde pengalaman memang asyik putus nafas je .. tengah2 teran hencik suami tetiba muncul .. yaAllah lega rasa dan bila dia ada lagi lah aku rasa nak menangis .. time contraction menyerang , aku cakap kat dia ... sakit b .. sakit sangat sambil berjujuran air mata suci ku ini sampil peluk kuat2 hencik suami .. nurse masuk suruh teran betul2 .. proses meneran tu memang lama , tengok2 jam haa da pukul 2 pagi .. baby dah nampak rambut dah tapi baby still tak boleh keluar lagi .. aku pun dah letih gila , pucat semua , nurse masukkan air bagi tenaga .. then aku cakap tak boleh nurse rasa lembik dah ni , nurse nasihat jangan ckp tak boleh awak kena bolehkan jugak , baby dah nampak rambut dah tu bla3x .. hencik suami pun bagi semangat jugak tapi still tak boleh ... huhu apelah ummi ni kan ... 

Proses meneran masih lagi berjalan tapi jam pun macam bergerak laju , nurse cakap kalau awak still tak boleh keluarkan baby , kami kena hantar ke HUSM Kubang Kerian sebab kat sana byk doc pakar dan jugak alatan canggih sikit .. atau pun kena operate takut baby lemas , aku cuak jugak kalau dengar operate tapi aku dah buat yang terkuat dah .. akhirnya kena jugak hantar ke sana , naik wee woo wee woo ambulan laju nak arwah , aku yang tengah sakit ni lagi la sakit , dan masa tu ade nurse comei n baik sangat teman aku bersama dengan doc hensem jugak .. eh!

5.30 A.M , HUSM KUBANG KERIAN , KOTA BHARU 
Akhirnya dalam pukul 5 pagi lebih , aku pun tak tengok jam sangat sebenarnya , anggaran je lah , sampai sudah di Husm Kubang Kerian .. terus kena tolak ke labour room kat sini , kalau kat Hospital Besut katil dia mcm biasa je so kankang pun sndiri  tapi kat sini kena angkat kaki atas besi  dan berpegang pada besi jugak bukan pd kaki .. giler lah dan masa tu ramai gila manusia-manusia yang ada , aduii malu baq ang tapi dah sakit tolak ketepi , that time doc perempuan ..


Pengalaman kat sini lagi ngeri , dah sedia semua rasa kena seluk kat bawah dengan tangan doc bukan dua jari aku rasa dua2 tangan kot or sebelah je sebab dia nak tarik baby , tapi dek kesakitan yang amat sangat aku terturun kaki dan tertendang doc tu sambil cakap sakitttttttttttttttttttttttttttttttt , muahaha tapi kena marah ngan doc , 'eh awak tendang saya , saya nak tlg awak ni '' err sorry doc sebab sakit sangat .. then sambung lagi buat cenggitu ,, bertahan je laaaa , pastu yang lain macam tukang sorak dah rasanya haa teran lagi , sikit lagi sikit lagi , hencik suami masuk bagi semangat sekali .. dan aku sehabis daya dah akhirnya teran paling kuat keluar jugak kepala baby .. waaaa lega nya rasa , pastu dengar lagi teran lagi .. 



6.06 AM 
Dan segala2nya berakhir teran kedua kali tapi masa tu terasa kulit di gunting .. baby pun keluar dan doc letak atas dada , yaAllah hilang segala sakit even doc tengah tarik uri dan ape2 jelah dia buat .. waaaa nangis tengok baby atas dada , hilang segala kesakitan yaAllah syukur alhamdulillah .. memang lega amat tengok baby .. lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W .. then nurse amek baby terus rasa sakit balik , sakit kena jahit kat bawah pulak .. sakit gila weiiiiii dan lepas tu aku mengalami bengkak kat bawah , memang seminggu jugak baru boleh bergerak  , aku tengok je jarum tu naik turun ,  Allahu macam ni rupanya bersalin .. syukur la tak perlu operate , dan 3 hari berada dalam wad sebab aku asyik demam on off je , baby plak ada kuning tapi tak tinggi sangat .. apapun Alhamdulillah atasa segala nikmatmu yaAllah 

Hati Berbicara :
Putera hati Ummi dan Dedi , 
Wan Muhammad Rayyan Bin Wan Khairil Anuar  ,
24 Januari 2016 ,
3.45 Kg , 
Husm Kubang Kerian , Kelantan ..

Terima Kasih buat Suami Tercinta melayan karenah isterimu ini ,
Terima kasih buat family ,
Terima Kasih buat doc n nurse di Hospital Besut dan juga Husm Kubang Kerian ,

YaAllah jadikanlah anak ku anak yang soleh , berguna di dunia dan juga akhirat , sentiasa di lindungi di bawah payung rahmatmu , panjang umur , dan di perluaskan rezeki , sihat dari segala penyakit .. dan syurga tempat nya kelak ..
ILOVEU BABY .. 

ummi tak kisah putih ke gelap rupa mu ,
hensem or tidak wajahmu , 
yang ummi nak baby sihat2 selalu sebab kesakitan mu kesakitan ummi juga.. 
muahhhhh !!

Assalamualaikum  , 

Hello disember of 2015 , fuh sekejap je masa berlalu , hari ni dah 31 Disember , malam ni dah nak masuk tahun baru , hurmm dah siap persediaan untuk menghadapi tahun baru ? azam aku ntah lah .. sama mcm dulu2 nak jadi yang lebih baik dari sebelum2 ni .. penghujung 2015 ni kandungan dan masuk 33 weeks 4 day ! lagi sebulan lebih untuk bersalin .. walaweh ini lah yang qaseh perlu hadap pada tahun baru .. doakan yang baik2 buat qaseh dan baby ok .. :)

So dah masuk 3rd trimester ni , banyak sangat perubahan yang di rasai oleh tubuh badan ni haaa , memang sangat2 penat , kadang dalam seminggu tu ada lah separuh nya lembik , ada tu sihat je .. time sihat je lah boleh buat keje sikit2 , lain hari terpaksa baring je bagi rehat , rasa letih semacam , memang kadang tak larat nak buat apa .. kahak pun still ada , kadang jugak rasa nak pitam , tapi tak pe la ni kan ujian untuk jadi seorang ibu , yang penting ada yang sentiasa di sisi menemani dan memahami kesakitan ni ..

Rutin tidur pun sangat terganggu ,kadang satu malam tak dapat lelap kan mata .. sebab apa ? ermmm sebab peyot dah makin besau , ahaks dan kadang memang selalu senak dan mengeras je peyot , baby kan da makin besau so perut pun sangat berat , lebih2 lagi nak beralih posisi tido tuh pun kena pegang perut n then bergerak slow2 macam robot alih ke kiri dan ke kanan hihihi.. kelakar plak rasa , tapi tu lah nak cari posisi tido bukan senang , kena mengiring je , nak tido telentang memang tak boleh dah , sesak dada sebab tekanan kat perut kan ... apatah lagi meniarap sian kat baby ~ 

So far perubahan yang ketara itu je lah , bab makan alhamdulillah selera ok lagi cuma kadang2 masih ada muntah di pagi hari , bila makanan tak kena dengan tekak memang keluar balik , kaki pun takde bengkak2 , gatal2 perut pun tak ketara tapi dah de pecah lemak sobss habis perut ku yang cantik ini haha .. ni pun ngantok sangat , taip pun sambil mata dah nak tetutup .. huwarghhh nak sambung tido sat ~ oh ye hri tu checkup tetiba jantung baby berdegup laju selaju jantung umi .. nanti cerita kat next entry :) bye ~ 


                      


Assalamualaikum , 

Yeah food review again , beberapa hari lepas qaseh terima jemputan oleh FOOD INK ! Best jadi food inker member ni , hehe tq again food ink ..jadi kali ni food ink membawa qaseh di TEH TARIK PLACE yang terletak di SELAYANG , btw sebelum ni selalu je lepak di Teh Tarik Place area Putrajaya , kali ni di Selayang pulak .. apa yang best nye di Teh Tarik Place di Emerald Vanue Selayang ni ada menu tersembunyi yang sememangnya tiada di Teh Tarik Place yang lain .. haaa sebab tu kena datang jugak kat sini , menu unik dan sedap .. apa yang dihidangkan memang tidak mengecewakan , penuh perut makyong tau .. kenyang amat dan sangat berbaloi .. !  Tak percaya ? meh tengok apa yg qaseh makan .. jangan terliur sudah hehe tapi haruslah terliur dan terus terjah .. yang berdekatan tu sangatlah rugi kalau tak cuba makanan special di sini ~ 



o

First menu yang di ngap oleh qaseh haaa ini lah dia , ROTI SARDIN .. biasa makan dekat mamak ? eh tu kat mamak rasa lain macemmm .. yang ni lagi power , air tangan melayu kita .. roti nya lembut jeee , sekeping memang tak cukup ,sebab bila dah cuba sekeping memang akan nak lagi berkeping-keping .. dan kuah roti sardin ni pun sangat lah sedap , orang kata tak cicah dengan kuah memang tak terangkat la ,  kalau campur2 kuah tu lagi sodap ok ! 



Harga roti sardin  : Rm4.50 

Menu kedua pulak , KEROPOK LEKOR RAINBOW , btw apa yang menarik dengan keropok rainbow ni .. sos yang berwarna warni macam pelangi ni adalah sama dengan sos yang terdapat di subway , pernah makan subway ? haaa sos ni lah yang di gunakan .. asyik makan dengan subway je kan ? so kita makan bersama keropok lekor plak .. bosan jugak asyik makan dengan sos cili je kan .. btw kalau korang berminat untuk berniaga keropok lekor rainbow ni , korang boleh contact manager Teh Tarik Place ni .. sambil beliau berniaga , beliau pun nak menolong org lain jugak , lebih2 lagi yang minat berniaga ~
Harga Keropok Lekor Rainbow : RM6.00

Yang ni pulak ASAM LAKSA , kat sini pun ada asam laksa .. bagi yang tak mau makan nasi boleh lah cuba asam laksa ni .. pun sedap dan harga pun berpatutan .. standard harga , so kalau sesiapa rasa tak mampu nak lepak Teh Tarik Place sebab harga nya .. itu sangat tidak betul .. sebab harganya berpatutan berbaloi dengan kesedapan yang akan korang rasa .. yeahh masuk dulu , duduk dan cuba pelbagai makanan yang tidak merugikan ~ 
Harga Asam Laksa : Rm7.50


Next menu , KUEW TEAW CANTONESE , yang ni salah satu feveret qaseh kat sini , recommend sangat untuk korang .. sedap baq ang sebab kuah dia pekat .. lagi sedap makan dengan cili .. tapi hencik suami dia pegi asingkan cili sebab tak suka pedas , qaseh plak lagi pedas lagi sedap oik ! harus try ok .. korang kena gaul dengan yang warna putih tu , ntah apa nama .. keropok kot hihi .. gaul2 semua baru ngap ok ..


Harga Kuew Teaw Cantonese : Rm9.50 

Next one is KACANG POOL , menu ni pertama kali qaseh try , sebelum ni hanya dengar je orang cakap kacan pol sedap tapi tak pernah terlintas nak try , so lucky laa kat sini ada di sediakan .. orang kata kacang pool ni sangat glemer di Johor , dan manager pun sememangnya orang Johor .. so dari situ beliau ambil alternatif untuk lebih mengetengahkan masakan Johor .. haaa org2 johor mesti suka makan ni kan , first try not bad , bawah telur tu ade kuah , lagi sedap makan dengan roti .. kuah tu ade pelbagai bahan dan smestinya ada daging .. kena dtg try sendiri ok , susah nak describe rasa kacang pool ni , sebab lain dari yang lain ..

Harga Kacang Pool : Rm9.90 

Haa yang ni pun qaseh sangat recommend untuk korang semua , NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY , memang betullah semua menu yang ada di sini takde di Teh Tarik Place yang lain , btw  nasi lemak di sini menggunakan beras basmati , dan sambal strawberry hanya terdapat kat sini je , tak pernah try kan ? dah biasa sangat makan nasi lemak sambal yang selalu tu , kali ni try sambal strawberry rasa pun dah berubah .. rasa yang masam-masam manis , ada campuran ikan kering dan bahan lain , semestinya rahsia .. datang sini nanti wajib try this menu ok ! 

Harga Nasi Lemak Sambal Strawberry : Rm12.50 

Dan yang paling last sekali , NASI GORENG CAMPUR , perfect betul telur tu .. cucuk sikit je terus mengalir .. wahhh makan pulak dengan keropok keping .. hurmm memang mabeles ...

Harga Nasi Goreng Campur : Rm8.50 without egg , Rm10.50 with egg
So itulah sedikit sebanyak menu special yang terdapat di sini , wajib datang sini ye sebab kat Teh Tarik Place yang lain takde ...perghh 7 hidangan yang sangat-sangat berbaloi untuk korang cuba .. boleh bawak family datang makan ramai2 kat sini , sekali sekala harus lah hiburkan perut korang tu dengan masakan yang tak pernah korang try .. tapi jangan marah kalau lepas tu ketagih nak makan lagi .. hehe jom tengok deko kat sini plak .. ala-ala hipster gitu .. btw kat sini pun korang boleh sewa untuk buat event 

Catering for event :
Rental for event (2 hours) : RM1000 without food 
Rental for event (2 hours) : RM1500 with 20 pax food 
Add on additional pax : RM25 per  pax 



apa lagi jom ngeteh tarik dengan Qaseh , eheee dating kat sini pun lomantikkk maaaa


memang sesuai sangat nak buat event kat sini , deko pun menarik ! 

Lastly ! tq berbanyak-banyak buat Hencik Zikri sudi menjemput kami merasa makanan superb sedap di Teh Tarik Place beliau ni , makanan memang istimewa dan terima kasih sudi jugak mencurahkan ilmu niaga beliau .. so kalau korang rasa nak berniaga boleh contact beliau sebab beliau ada membuka peluang untuk korang yang berminat ok ! 

INFO :

Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
Facebook: Teh Tarik Place Selayang [klik]
Food Ink: Food Ink [klik]

Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888
Facebook: https://www.facebook.com/Teh-Tarik-Place-UOA-Bangsar-647623398717581/
Food Ink: https://www.foodink.com.my/listing/teh-tarik-place-menara-uoa-bangsar/



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates