• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Destinasi seterusnya selepas membekukan badan di Dongchuan Red Land yang super sejuk dan cantik tu , travel tour membawa kami ke Daguan Park .. Apa yang menarik kat sini ?





Daguan Park adalah sebuah taman tasik yang terletak di pinggir barat daya Kunming , kat sini ramai penduduk tempatan datang lepak-lepak , minum teh , main layang-layang dan banyak lagi aktiviti diorang , tumpuan kat sini adalah Daguan Ge iaitu sebuah pavilion tiga tingkay yang di bina untuk memeriahkan lagi kenangan Maharaja Kangxi dan kini merupakan sebuah gudang kaligrafi.




Patutlah kat sini jadi tumpuan ramai , sebab Daguan Park ni sangat cantik , selain dari tasik , banyak burung-burung yang berhijrah di sini , dan sambil-sambil tu korang boleh beri makanan kepada burung-burung yang ada .. yang minat dengan budaya , bangunan-bangunan yang cantik memang akan menarik perhatian korang.








Orang kata di Kunming ni sedap sate kambing , kat sini pun ada jual tapi qaseh tak sempat merasa sebab tour guide kami , Judy buat muka garang haha dia tak bagi kami beli ~ sobss tak dapat nak merasa , katanya makanan kat sini kurang bersih , tapi Aida Sue sempat jugak beli hak hak ! 

Dah puas meronda hingga ke petang , aktiviti kami seterusnya adalah menonton teater ! kagum gila qaseh dengan cara penyampaian mereka , terpegun tengok dengan segala aksi pementasan , yang pasti semua sado-sado hahah .. wei sempat lagi kan ! dah lah hensem nak mampoih .. tapi macam biasa bila dalam teater mana boleh snap gambar , jadi kenangan dalam hati hingga ke mati .. best moment ! 

Dynamic Yunnan Teater 

Dynamic Yunnan, juga dikenali sebagai Yunnan Impression Show, adalah lagu dan tarian yang luar biasa dan asli yang dianjurkan oleh penari terkenal China, Ms. Yang Liping. Dalam pameran itu, pelbagai jenis tarian dilakukan untuk menunjukkan ciri-ciri pelbagai puak minoriti di wilayah Yunnan. Dengan pencahayaan cahaya berwarna-warni di panggung, pertunjukan besar sangat terang dan cantik dengan penari-penari yang penuh semangat melakukan jenis tarian tradisional mereka.



Lokasi: 
Teater Seni Yunnan, No.132-134, Dongfeng West Road, Daerah Wuhua, Bandar Kunming, Wilayah Yunnan

Bagaimana untuk sampai ke sana? 
Pengunjung boleh mengambil bas 5, 10, 62, 66, 98, 26 ke perhimpunan Perhimpunan Kunming.

Harga Tiket: 
180Yuan / Orang

Waktu pembukaan: 
20:00 hingga 21:40 dari Isnin hingga Sabtu

Tamat aktiviti untuk hari ke empat di Kunming China , kami pun balik ke hotel dan rehat secukupnya sebab esoknya kami mendaki banyak tangga tapi berbaloi dengan keindahan yang sangat menarik ~ stay tune untuk hari ke lima .. ~ 

Assalamualaikum , 
sambungan dari cerita qaseh ke Kunming China by Air Asia , eh ingat kan dah habis , hehehe belum habis lagi qaseh ingin ceritakan tempat-tempat menarik di Yunnan Kunming China ni .. selepas kami dah kepenatan melawat Jinmabiji Square , kami di bawa ke satu tempat pergunungan .. yang sangat-sangat sangat sejuk iaitu Dongchuan Red Land , btw masa kami pergi tak kena sangat dengan musim so pemandangan agak kurang , tapi yg sebenarnya Dongchuan Red Land sangat cantik macam gambar kat bawah ni dan kat sini memang kegilaan photoghrapher .. memang xkan lepaskan peluang untuk dapatkan moment-moment indah kat sini 

Tips :
masa yg sesuai dna terbaik dari SEP-DIS , JAN-FEB , dan MEI-JUN
suhu : 3 darjah celcius 
wajib bawa baju tebal2 ! stoking ! sarung tangan ! sebab sangat2 sejuk...


Dan perjalanan pun bermula , qaseh ingatkan Dongchuan Red Land ni dekat-dekat je dengan Kunming tapi sebenarnya mengambil masa kira-kira 4 jam jugakla , haa sampai tertido-tido semua haha .. tapi perjalanan ke Donchuan sangat mencabar , gerun je tengok driver bas memandu dengan laluan yang sempit , lereng2 bukit .. fuh ... tanjat gigirl ! tapi tu satu pengalaman yang sangat best sebenarnya .. bravo uncle bas memandu dengan berhemah .. 

Disebabkan perjalanan yang sangat panjang , sila bawa hal-hal penting , wet tissue , mineral , atau apa2 makanan kot2 tetiba perut berbunyi .. atau boleh berhenti di stesyen minyak yang ada , kalau ada la ye .. dan toilet sangat2 teruk .. haha siap sedia bawak air , kat China ni jangan harap toilet ada air .. nanti qaseh tunjuk toilet yang paling rare ! memang daku tak masuk laa .. siap boleh jeling orang punya kat sebelah .. bluwerk ! 



Pemandangan sepanjang perjalanan , kawasan pergunungan .. dan ada juga penempatan2 di situ .

Berhenti seketika di petrol station , teringat pulak jajan jagung yang qaseh beli kat sini , sumpah sedap ! aduhhhhh masa ni jugak nak teringat kan , tapi jajan2 yang ada di sini memang xde kat Malaysia .. rugi tak bawak balik banyak , haa masa ni jugakla nak nyesal ! 



diorang pun borong banyak2 , tak sempat bawak balik umah , dah abis dalam bas ~

dan ini lah dia toilet rare tu ! ok skip ~ next !

 Btw Dongchuan Red Land terletak di bandar Xintian , 40 km sebelah barat daya Kunming , di sini memanga menarik beribu-ribu orang pelancong , mana taknya tempat ni sangat cantik dengan tanah yang berwarna merah , di tambah dengan pelbagai tanaman yang membangkitkan pelbagai warna .. Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan ciptaanNya .. oh ye , dalam perjalanan ke Dongchuan qaseh melihat rata-rata penduduk di sini ada yang menggunakan keldai .. mungkin salah satu cara pengankutan mereka utk membawa barang-barang seperti rumput dll.

Bercerita tentang keldai , nasib kami baik bila tak ditetak oleh seorang pakcik ni , haha sangat kelakar , btw pakcik ni kat atas pokok , maybe tengah ambil makanan untuk keldai dia , dan waktu tu memang kami dengar dia dah terjerit2 , manalah nak paham kan , trjerit2 pun dalam bahasa china , waktu tu kitorang berhenti jap tgk pemandangan dan konon2 nak selfie dengan keldai tu .. rupa2nya pakcik ni marah kitorg usik keldai dia , last-last dia turun dari pokok then kejar kitorang dengan sabit ! lintang punkang lari , nasib baik sempat masuk dalam bas ! wakakaka , tour guide kami cakap kadang-kadang kat China ni apa-apapun kena mintak izin ,, heee sory laaa pakcik kami mintak maap naaa ~










Baru berhenti sekali , gambar dah seribu dalam camera , hihik .. mestilah kena tinggal kenangan , dan perjalanan di teruskan ke rumah tumpangan.. kat sini maaf ye takde hotel-hotel mewah .. yang ada homestay biasa-biasa je atau pun rumah penduduk di sini haaa , tapi dah cukup cantik dah .. kami tido semalam pun dah cukupla lebih-lebih bagi aku yang tak cukup isi ni , sampai ke tulang sum sum dia punya sejuk tu gigit , heater kat dalam bilik pun macam nak tak nak berfungsi je sebab tak mampu nak lawan kesejukan di Dongchuan Red Land ni , tapi yang best makanan kat sini sedap !!!! hehehe 

tempat kami bermalam .. di sebabkan kami smpai dah waktu senja so , tak dapat nak bersiar-siar di kawasan ni , lagi pun malam hari sangat gelap .. tambah2 sejuk nak mati ! lepak dalam bilik khai tengok movie ramai2 ~ haha .. tips tak bagi sejuk bila dah berada dlm selimut , jgn nak bergerak2 kalau tak ia bertambah sejuk ! huhuhu

ni cara depa panaskan badan ooooo tak habaq pun , ni pun kitorg sibuk merayau pastu tengok penduduk sini duk syok bakar tangan haha apa lagi , join sekaki ..

walaupun sejuk , gigih duk kat luar sebab nak upload gambar kat instagram tapi hampeh , tak dapat langsung .. memang kat sini jangan mimpi nak online sangat ye , ni lah di namakan holiday tanpa gajet , yahuuuu lepastu semua tido tak hingat donia .. keesokan hari kami bertolak pulang ke Kunming ~




yeahh im hapyy2 girl in town ! hehe

dalam perjalanan pulang , berhenti sekali lagi untuk bergambar buat terakhir kali .. dan terjumpa pakcik ni , apa lagi bergambor je la .. btw bergambor pun hulur2 lah sikit kat pakcik ni ye .. 



hehe tu je lah cerita qaseh serba sedikit berada di sini , andai datang ke Kunming jangan lupa datang di Dongchuan Red Land ye , pless datang dan nikmati sendiri udara dan keindahan alam kat sini , tak kan menyesal punya .. dan kami pulang kembali ke Kunming Hotel . next destination tunggu ~ 


Assalamualaikum .. 
Lama sudah tak berupdate blog yang usang dan makin usang macam tuan blog ni jugak , ntah seusang mana mampu umur ni pergi dan terus berjalan .. entry agak geli-geli remaja sikit bagi menghidupkan kata-kata yang kian jauh tenggelam.. heheh lama sudah qaseh dalia tak berjiwang dan bermain kata , masih rindu ? rindu itu fitrah .. 

sedang mendengar lagu 'belaian jiwa' , tetiba terindu .. bila berbicara soal rindu ia tidak pernah menjadi satu kesalahan mahupun dosa lebih-lebih lagi rindu pada syurga kita sendiri , auch rindu tu kadang sakit , hingga menyesakkan dada .. walau pergi hospital tiada sakit lelah tapi seakan dada terasa sempit .. terfikir pasangan yang "PJJ" mesti kadang menangis kan , tapi kekuatan itu pasti ada pada jiwa-jiwa yang kuat .. sabar lah sayang , saat ini sebenarnya terasa maniss .. maniss yang disaluti hempedu .. tapi bila bertemu dunia milikmu ~ 



''bila sendiri , hati bagai langit berselimut kalbu ''

Saat kita terasa rindu pada seseorang jangan lupa sentiasa selitkan dengan doa , moga-moga seseorang itu sentiasa di bawah lindungan Ilahi , di jaga baik-baik , di hilangkan segala resah agar rindu itu sampai tanpa rasa sesak dan lelah .. rindu itu terlalu banyak bukan pada yang hidup shja tapi yang telah pergi .. hanya doa yang jadi penghubung .. bukan emosi semata , jangan bazirkan air mata dengan sia-sia .. tapi di sulami dengan seikhlas doa ~ inshaaAllah di sana turut merasai .. 

Hati berbicara :
Berjauhan itu tidak selamanya membawa keburukan .. jangan pernah ukur kebahagiaan dengan betapa jauh jarak yang menghalangi ion-ion cinta .. jujurnya ia membawa satu perasaan yang terdalam .. yang merasai pasti tahu .. jiwa-jiwa yang sabar dan kuat .. 


Jom kongsi raya bersama Zul Ariffin  | PROMOSI Senheng , entry kali qaseh ingin mengwar-warkan kepada reader tercinta bahawa Seng Heng sedang mengadakan promosi hebat ! OMG bukan korang je teruja , qaseh pun teruja sangat mana taknya selalu je survey barang-barang dekat Senheng ni , dan tambah teruja dapat berkongsi raya anda bersama abang sado hensem Zul Ariffin lagi , haa jangan lepaskan peluang promosi ni ok !






Btw , promosi ni telah lama bermula dari 15 JUN 2015 dan akan berakhir pada 31 JULAI 2015 , jadi masih ada sebulan untuk anda rebut peluang ni ok ! apa yang korang akan dapat ? haaa dengan promosi raya dari Senheng ni korang semua boleh menikmati banyak promosi-promosi yang sangat menarik seperti RM100 EZEN BIRDNEST VOUCHER , haa peminat sarang burung tu mesti teruja gilerr kan ? Selain itu korang dapat menikmati GIFT CARD REBATE sehingga RM200 , AEON CREDIT SERVICE faedah serendah 0.5% setiap bulan , CREDIT CARD dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan dan yang PALING PALING menarik sekali hadiah sehingga RM340000 untuk di menangi ! 





Qaseh nak cerita sedikit tentang RM100  VOUCHER  , berita baik untuk anda semua.. Sekarang, apabila korang membeli mana-mana produk yang diiklankan dalam surat khabar  , pelanggan akan secara automatik akan mendapat RM100 EZEN BIRDNEST VOUCHER dalam invoice yang sama .. (Voucher RM100 eZen adalah e-baucar dan hanya sah pada hari yang sama
pembelian)


Aduhai  bila tengok segala promosi raya Senheng bersama ZUL ARIFFIN kat atas tu memang sangat teruja kan , jadi apa tunggu lagi , moh la kita memeriahkan raya tahun ni bersama-sama abg sado dan Senheng, mana tahu berpeluang menangi hadiah lumayan dari SENG HENG , lagi pula kadar interest terendah dari yang lain ~ dan sebenarnya banyak lagi promosi hebat yang di tawarkan oleh pihak Senheng dan peraduan untuk di menangi .. kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web Senheng dan juga laman facebook Senheng  ok ..
MAKLUMAT LANJUT 
https://www.facebook.com/SenhengElectric
http://www.senheng.com.my


Antara peraduan yang menarik untuk anda semua ,
Jangan lupa sertai di http://www.senheng.com.my ok ! 


Assalamualaikum ,

KOLEKSI THERAPHY MOOD  AMBIPUR | Menimbulkan suasana romantik dan ketenangan dengan haruman yang sangat wangi hingga dapat mengubah mood menjadi lebih cool , dulu-dulu qaseh ada masalah dengan bau rumah sewa , sebab mungkin lama di tinggalkan , agak stress juga mencari cara menyelesaikan masalah bau hapak rumah , toilet dan sebagainya .. Memang bermacam cara qaseh cuba cari tapi bau haruman tu tak kekal lama dan mengubah mood menjadi lebih stress , tak di nafikan bau-bauan sangat penting lebih-lebih lagi dalam rumah , tempat yang selalu kita tenangkan fikiran , bersama suami mahupun anak-anak , bayangkan dalam rumah kita macam-macam bau ada terperap , confirm sakit kepala kan ? tu belum mak mentua atau sedara-sedara datang rumah .. mesti tak dapat jadi menantu pilihan .. mereputlah dalam bau busuk , hihihi

Tapi sekarang tak perlu risau lagi , kerana AMBI PUR yang terkenal dengan haruman-haruman yang semerbak dan menenangkan tampil sebagai HERO memperkenalkan KOLEKSI THERAPHY MOOD AMBIPUR , teruja sangat dengan koleksi sebegini , mana taknya segala masalah selesai dengan sekelip mata ! dan tak perlu mereput dalam bau busuk lagi , hehe .. 


ni adalah koleksi yang qaseh gunakan sekarang , memang wangi sangat-sangat .. suami pun asyik puji rumah makin wangi , mana tak nya bukak je pintu rumah terus semerbak bauan nya , memang aromatheraphy dalam kehidupan seharian , kalau melibatkan bau wangi ni tak dapat lari dengan suasana tenang dan romantik , sebab tu bau boleh memberi kesan yang sangat positif sebenarnya dan dalam tak sedar boleh psiko otak kita bagi lebih relaks dan bahagia ! 


satuu letak kat ruang tamu , febreeze tu sembur je dekat tilam , kasut dan mana2 yang hapak haaa padan muka bau busuk dah hilang yahooo ~ nak tido pun tenang setenang-tenangnya ~ 

Btw , AMBI PUR telah mencipta tiga mood dalam variasi berbeza , dengan Variasi LOVE'S BOUQUET (yang qaseh gunakan sekarang , sebab tu mood bercinta je sekarang ) , Variasi RELAX & UNWIND dan SPLASH OF REVIVAL 


Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang sangat mengasyikkan.



Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.


Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin

So apa tunggu lagi , jangan lupa dapatkan semua THERAPHY MOOD AMBI PUR ni , lebih-lebih lagi dah nak menyambut bulan syawal , haaaa lagi la bertambah mood raya dengan bau-bauan yang wangi , jangan sampai tetamu taknak balik rumah sendiri sudahla , haha! 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

Laman Facebook Ambi Pur Malaysia
Laman YouTube Ambi Pur Malaysia

Joon Wong percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.

“Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.

Harith dan Dr. Jezamine juga mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya ini juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk asmara dan bagaimana mereka melakukannya di rumah. 

Assalamualaikum , 

Sekejap waktu berlalu , semakin hari Ramadhan bakal meninggalkan kita , jadi jangan lupa rebut peluang meningkatkan segala amal di bulan yang mulia ini , by the way , bagi pembuat kuih raya , tentu tak sabar untuk membuat kek or kuih raya kan , tak best la kalau Syawal tanpa kuih raya , hari ni qaseh nak memperkenalkan mentega SCS yang tidak asing lagi dalam kalangan pembuat kuih-kuih raya kan , btw mentega SCS ni sejak dari 1905 lagi , haa lama sudah bertapak di dunia ,lebih2 lagi di Malaysia dan Singapura .. so memang terlaris di pasaran kan ..

Antara kuih-kuih yang glemer di pagi raya termasuklan kuih semperit atau Dahlia , haaaa sedap kan kuih ni , memang kegemaran ramai , dengan ini mentega SCS membawa kelainan dalam kuih kegemaran ramai ni , apa yang lain ? penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini – iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti

Ini adalah antara resipi eksklusif Mentega SCS yang memang thorbaik ~ 

Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Kejutan Oren
Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Kopi & Kacang
Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Mentega Kacang
Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

Amacam  nampak sedap kan ? eh bukan nampak sedap je tapi memang sedap ! Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari laman Facebook SCS atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web rasmi SCS: http://www.scsdairy.com
Laman Facebook SCS: https://www.facebook.com/scsdairymalaysia
Saluran YouTube SCS: http://www.youtube.com/user/SCSDairy
Laman web korporat APGL: http://www.auricgroup.com

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates