• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
Tempoh hari ada laaa kaksue izza mak tiri ku meng share satu video ni , kalau kaksue yang share mestila pasal masak - masak , jadi di sebabkan video tu comel sangat , try la buat hari ni , sebab bahan dia memang sangat mudah dan simple sgt .. 


Bahan - bahannya 
Roti sandwich - potong segi empat sama
Sos cili untuk bagi rasa 
Daging cincang / sosej 
Telur - masak separuh
Cheese 
Daun bawang 

Cara-cara 
Masuk kan roti dalam bekas comel2 tu lepastu bentukkan jadi bunga atau skreatif korang , masukkan daging cincang , masukkan telur separuh masak ke atas daging tu , lepastu tabur cheese , dan last sekali masukkan daun bawang ..





Haaa begini lah rupanya selepas di masukkan semua bahan tadi , tangan xde seni so nampak buruk je khennnsss , haha lantaklaaa ~ lepastu masukkan le dalam oven 150° selama 15 min , tunggu la iaaa masak dan naik dengan berserinyaaaaaaa ..


Tadaaaa beginilah hasilnya , boleh makan dengan sos , or black pepper , semestinya ni breakfast sihat punyeeee .. Amacam omeiii dan nampak sedap kan , yukkkkk try !
Assalamualaikum , semalam saje lepak damansara empire teman membe ade hal , so teman la dia , motif nya sebab qaseh lapar haha so dah keluar mestila cari makan , tapi empire damansara ni memang smart la tempat dia , qaseh suka betul tempat yg penuh dgn design dan art yg smart - smart 

Jadi disebabkan lapar , qaseh pilih restoran Metal Box , jenuh jugak mencari restoran sebab qaseh suka tengok design dulu baru tgk makanan , hahaha sebabnya of course laa nak masuk gambar dalam instagram okey 





Sape yang sukakan pasta , boleh la datang makan di sini , sedap jugak masakan dia , memang sedap la .. Perghhh meleleh qaseh oder ape ntah dah lupa la pulak nama nya , tengok je la gambar kat bawah ni yee

 Pasta Oglio Olio 


Qaseh oder beef ape la , alaaa lupa nama tapi sedap , betul2 rasa beef tu .. 

Deco di atas meja makan , haa air tu air masakk ye , comel dan cute je botol tu 



Ada jual cupcake yg comel2 jugak di kaunter pembayaran , smart je decoration nya , ai loike , suasana pun aman damai hehe papepun decoration setiap restoren penting jugak sebab itu akan menarik setiap pelanggan , tapi yang lagi penting masakan , dan servise harusla terbaik .. Haaaa datang la kat sini peminat2 pasta .. 

 Adios byeee
Assalamualaikum
Lagi beberapa hari , Kbba akan membuat aktiviti blogger's day di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 26 April 2015 , tak sabar rasanya sebab dah lama tak berkumpul ramai - ramai macam ni , tapi kenapa di Tasik Cyberjaya ? Haaa kat sini memang banyak kemudahan dan aktiviti yang ada ..


Qaseh tahu kewujudan KKTC ni masa main game paintball tempoh hari , haa rasanya ramai jugak tak tahu tempat ni padahal KKTC ni banyak aktiviti menarik yg korang boleh join , 



KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.
Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.
Tentang BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi game-game ni telah diubah konsepnye , haaaa mesti lagi menarik eee tak sabar plak , apa-apa pun ini aktiviti pertama dan trbesar bg KBBA jadi tidak di buka kpd umum , inshaaAllah next event akan trbukan kpd semua tapi sesiapa yg sudi datang untuk berkenalan dan bergather-gather , sangat2 di alu alukan ... 
Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my

Thanx semoga berjalan lancar dan anda semua dijemput hadir bg memeriahkan suasana.
Assalamualaikum , peminat steambot sila sediakan buku atau apa2 utk catit alamat maharaja steambot ni sebab rugi kalau tak pergi , sebab apaaa rugi tu ermmm ermm baca la sampai habis ok .. meletop letop gitu ..




Qaseh sememangnya penggemar steambot sangat-sangat, qaseh ni bukan la seorg yang kuat makan sangat pun , tapi kalau dengar je pasal steambot memang laju betul terbang ke sana .. kali ni qaseh try di Restoran Maharaja Steambot yang terletak di Selayang bersama geng #KELABBLOGGERBENASHAARI, btw restoran ni bukan hanya menekankan masakan steambot shj tetapi makanan ala carte yang sangat sedap , seperti Nasi Lemak , Roti Bakar yg menggiurkan , sup terangkat perghh meletop-letop , bihun sup, mee goreng , kambing panggang , perut pun hadoo dan banyak lagi lah .. meh tgk gmbr dulu , baru boleh membuktikan segala2nya ok

Dari segi harga haaa kat sini ada pakej untuk sarapan pagi , tengahari dan juga malam .. untuk pagi Rm9.90 satu kepala , tengahari Rm11.90 dan malam rm23.90 .. apa yg ada dlm pakej2 ni haaa tu kena datang sendiri okeh.


Antara nya ada nasi kuning bersama dengan Asam Pedas ikan Kembung , dan juga Gulai Ikan sembilang .. 

Ada nasi lemak comel-comel ni haaa ..

Ini sangat rekemenkan kepada anda semua , wajib try .. sup di restoran maharaja steambot ni sangat sedap , haaa makan je sampai buncit ok..


 Menu wajib lagi harus lah roti bakar ni , eh camne buat sampai rasa dia jd sedap cenggini .. eh eh bak resipi hehe .. thorbaik roti bakar nya haaa ..


Tuan punya kedai ni , hensem dok uishh perut tu hensemm sangat hehe .. sape suka perut boleh dtg sini , jarang ok nak jumpa perut ni haaaa kat mana2 .. 


Kemudian kita beralih ke pakej steambot kegemaran daku .. yummy2 , kalau korang tak tahan sangat mengidam steambot di petang hari .. boleh datang ke sini .. tapi waktu siang hanya ada bebola2 comel .. meee macam tu aje .. sebab tu harga nya berlainan di sblh malam ...



Waktu malam baru ada di sediakan makanan laut seperti ketam , lala , ayam , daging dan banyakk lagi ... satu kepala Rm23.90 






Ini lah owner restoran maharaja steambot .. aip2 artis pun datang ke sini ok .. so memang harus try ... rugi tak cuba .. 

Dan thanx all yang memeriahkan suasana bersama geng2 kelabbloggerbenashaari , apa2 pun makan la sampai lebam .. mana lagi nak dapatkan steambot murah macam ni ?? Haaaa datang jangan tak datang .. datang jangan tak datang !! 


Info harga steambot 
Kanak-kanak 7-12 tahun rm12
Dewasa single rm23.90
Set couple 2 orang rm22 , special ada seafood rm27
Set couple 4 orang rm37 special ada seafood rm47
Set big group 10 orang rm72 special ada seafood rm92 

Alamat: 
Lagenda Maharaja Steamboat , Lot 6 Jalan 2/10 , Dataran Templer , Bandar Baru Selayang , 68100 Batu Caves , Selangot 

Call : 0361386664 , 0107765089 , 0172796131 atau whatsapp 0182073973

Instagram @maharajasteamboat  
Facebook : maharajasteamboat

Assalamualaikum ,

Hari ni ringan je jari nak cerita pasal my pregnancy journey , walaupun belum habis lagi .. tapi just nak cerita untuk trimester pertama dulu lah .. 1-3 bulan , alhamdulillah dah melepasi fasa trimester pertama ni , syukur sangat .. btw lain orang lain ragamnya ye dak .. sejak preggy aku asyik duk baca kisah2 pregnant blogger-blogger yang lain .. adohaaaa seronok je baca , so aku pun tak nak lepaskan peluang untuk tulis kenangan di sini .. kita hanya merancang Allah juga yang menentukan .. lets start the story ..

Masa mula-mula tahu diri ni mengandung , di sebabkan oleh demam yang berpanjangan beserta kahak , batuk , selsema dan juga sumbat hidung .. lamaaaaa ~ tapi tak terdetik pun di hati untuk check UPT or jumpa doc , sebab aku susah sangat utk ke klinik melainkan badan dah tak mampu nak tahan sakit , ubat pun jarang amek .. hehe degil uolss ! Memang tak larat nak buat kerja tapi perut macam ada perubahan , rasa dia macam pelik je .. ada jugak terdetik takkan mengandung , sebab awal lagi kan .. masa tu 3 bulan kawen kalau tak silap .. sejak hari tu tak sihat2 .. nak wat kerja pun terbantut .. hurmmm


Satu hari , dah tak tahan sangat dan risau jugak kot-kot penyakit lain timbul , ada jugak whatsapp kawan-kawan tanya nape sakit macam ni kan , then ada yang suruh check UPT , masa tu aku tak tahu kejadahnya UPT tu haha looser giler rasa , dan tak pernah nak amek tahu kitaran haid sendiri .. then pergi lah jugak klinik ~ akhirnya ! muka pun pucat gila .. time ni ada jugak rasa loya-loya tapi sekali dua mcm tu je .. then di hari kejadian doc tanya dah kawen ke belum , haid datang tak .. then doc kira2 , aku dah lewat sebulan .. erk tetiba on the spot jugak kena marah dengan doc india , uwaa nak nangis jap kena bebel .. then doc suruh test urin ..


Alhamdulillah hasilnya positif , im pregnant .. gembira campur terkejut sebab macam tak percaya lagi , tapi dalam masa yg sama bersyukur , Allah berikan rezeki ni , hadiah hari jadi yang terindah ..btw orang cakap 1st trimester ni lah kena jaga-jaga sebab kandungan masih baru lagi ~ so tak boleh buat kerja lagsung , tido je lagipun memang tak larat .. masa ni lah pening kepala sangat teruk , muntah teruk smpai 2 3 pagi , selsema yg tak dapat di bendung .. Alhamdulillah lagi sebab suami banyak sangat membantu , masak , buat kerja , layan aku macam puteri .. Allah , terima kasih berikan suami yang brtanggungjawab .. 

Haaaa , tapi baca kisah2 orang lain lagi teruk sampai kena warded , termasuk mak dan kakak aku sendiri , diorg mmg agak teruk alahan , Alhamdulillah aku tak perlu sampai kena warded .. dan first checkup masa aku dah 3 bulan , marah jugak misi sebab lewat hehe .. dah org kata tggu 3 bulan , so aku tggu la .. first chekup memang semua ok .. hb aku paling tinggi masa ni la .. boleh baca kat sini http://www.qasehdalia.com/2015/08/buat-buku-pink-pengalaman-pertama.html

First trimester ni ada jugak balik kg , sebab bila kat kg aku rasa segar je .. takde alahan sangat , pening kepala pun hilang .. mungkin angin kg dan bandar lain .. dan kat kg ade mak yg always ada .. tak sunyi dan tak berperang sangat dengan emosi ... kalau duk sorang-sorang emosi sangat menggila ! Allah lebih teruk dr period .. sebab kesunyian tu boleh mendatangkan macam2 emosi lebih2 lagi bila husband pergi kerja .. hehek mengado je lebih ! 

Haaa tu lah sedikit sebanyak kisah aku dalam 1st trimester , alhamdulillah .. Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan , dan aku dah masuk fasa 2nd trimester .. yang ni nanti next story pulak ok .. tunggu habis fasa ke dua pulak ... panjang beno dah .. hehe apapun doakan qaseh ye .. perasaan cuak dan risau tu tak pernah hilang .. moga baby sihat , dan sempurna ~ ameen

Assalamualaikum ~

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Whitehead di Muka | Hai korang ~ hari ni aku nak kongsi salah satu sebab stress bila sentuh - sentuh muka kononnya nak rasa kulit muka lembut gebu dan flawless , tapi bila belai-belai muka rasa macam berpasir dan tajam-tajam ! adakah kulit muka aku ditumbuhi duri-duri durian sebab makan durian banyak ? ataupun nak bertukar jadi landak huwaaaa  itulah sebenarnya di namakan whitehead .. spesies apapun tak tahu , tapi cukup membuatkan mood gigirl macam aku ni down seminit dua 

Sebenarnya banyak je petua-petua untuk menghilangkan whitehead ni , cuma ermmm bagi aku yang memang rajin sangat nak cari bahan-bahan nya maka kita cari je jalan pintas lagi mudah dengan whitehead removal , semua benda sekarang boleh beli cuma bezanya ada duit ke takdok duit nak beli haha bak kata pepatah di facebook ''kita sebenarnya bukan tak cantik tapi tak mampu'' , jadi hari ni aku nak share seketol mask muka yang memang lepas guna , tangan tu asyik belai-belai muka je .. licin dah tak rasa bertar lagi ok ! 

SKIN FOOD - BLACK SUGAR MASK WASH OFF
tadaaa ! here we go , ni lah cara aku hilangkan whitehead .. by the way this is Korea Skincare Products , orang kata produk dari Korea ni bagus , so let me try first .. bila dah guna sekali memang nak guna lagi dan lagi tapi sayang pulak kalau guna hari-hari nanti cepat pulak habisnya oiii , nampak tak kedekut kat situ haha .. so seminggu sekali rasanya dah cukup untuk aku .. oh ye kaler dia takde lah hitam legam , sebenarnya warna macam gula perang gitu ,, dan memang wangi macam gula perang .. ok apa rasa bila dah apply kat muka , lepas cuci memang buatkan muka aku rasa lembut , hilang rasa berpasir kat muka tadi dan ia melembabkan kulit ... fuhh segar gila .. memang tangan automatik duk belai-belai muka je wa cakap lu ! 

 HOW TO USE 
Nak guna masker ni senang banget , basahkan muka korang dengan air , lepastu calit sikit mask tadi .. air bagi banyak sikit tau , lepas tu sapu-sapu kat muka dengan urutan yang lembut-lembut je tau ..blend sama rata dengan air bagi adil .. nanti dengki pulak haha  kalau korang tonyoh kasar-kasar mau rabak kulit muka nanti , bukan setakat whitehead hilang nanti haa iols tak bertanggungjawab ok .. sebabnya tekstur dia gula .. so lembut2 je tonyoh muka tu taw.. biar seketika and then cuci bersih , segala whitehead tadi dah menggelupas hilang .. (jangan seram tengok muka daku tu k ) 


Hati Berbicara :
Mana nak dapatkan Black Sugar Mask ni , korang boleh dapatkan di Althea , kat situ memang semua produk dari Korea dan harga tak mahal pun .. even pepatah fb tadi ''kita bukan tak cantik tapi tak mampu'' yang ni memang mampu milik sebab harga dia Rm20 something mcm tu je hikhik .. nak tunjuk jarak dekat muka lepas cuci  pun tak nampak .. so tepek gambar ni je la tapi memang tak tipu serious muka jadi licin and hilang whitehead daku, satu keje pulak nak kena pakai mikroskop semata tunjuk whitehead ... ahaks ok adios ! 






Assalamualaikum ,

Dengan penuh rasa hormat nya , qaseh ingin menjemput korang semu ke majlis sederhana qaseh , pada 14 Februari 2015 , doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat ... 


if you happy , i'm happy :)



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates