• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog



PNB ILHAM RESORT | HOTEL BAGUS DI PORT DICKSON | REVIEW HOTEL , bila melangkah di suatu tempat percutian semestinya penginapan paling penting , kali ni qaseh berada di Port Dickson , wahhhh katanya PD banyak tempat-tempat yang menarik , tapi tak tahu pulak mana nak menginap ? cari hotel mahupun resort yang bagus ? sememangnya PNB ILHAM RESORT salah satu penginapan yang terbaik dari segi kemudahan , landskap dan juga aktiviti yang ada di sini , tengok lah , cantik kan tempat ni , qaseh pun teruja bila pertama kali datang kat sini , even tempat ni agak terpencil tapi bagi satu ketenangan.. Program Sahabat Media kali ni memang memberi pengalaman yang sgt menarik buat qaseh , terima kasih #santaitravel tapi apa yg best ? haaa meh qaseh cerita.. baca smpai abis tau ~


kat sini terdapat sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel , kemudahan pulak memang tip top , tip top kat sini bukan la melebihi 5 bintang tapi cukup lengkap , korang nak apa ? tv , pengering rambut , seterika , aircond , bilik air , bilik yang selesa dan besar ? haaa semua ada , eh radio pun ada, peti ais dll.. 


satu benda yang menarik qaseh kat sini adalah pantai , sebab pantai adalah tempat feveret qaseh ! dan resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan  (Cape Rachado) , so sempat jugak kami jenguk-jenguk rumah api tu dengan menaiki kaki sendiri je , pergh jungle trekking beb ,  pemandangan kat situ memang cantik . terjojol bijik mata qaseh haaa , rasa  nak je lepak situ lama2 tapi ada je halangan , eh eh kena tinggal kan menangis pulak !

Oh ye , PNB ILHAM RESORT ni selalu menjadi tumpuan oleh syarikat-syarikat besar yg menjadikan resort ni sebagai tempat teambuilding , mana taknya kat sini memang banyak aktiviti-aktiviti menarik , contohnya abseiling , jungle trekking , rope course , water rifting , snorkelling dan banyak lg , jap lagi qaseh cite ye , jom tengok kemudahan di apartment yang terdapat kat sini , jom tengok bilik qaseh yang cantik 

ACCOMODATION
melompat kegirangan bila bilik kami berhadapan dengan kolam renang ,hohoho trip kali ni qaseh se apartment dengan izzati ghafur , hasya naurah , dan dua lagi setudent 

ada 3 buah bilik , dan setiap bilik mempunyai 2 katil , so boleh muat 2 orang 

 
 


hari tu aktiviti2 memasak kat apartment memang tidak disediakan , eh nak bercuti kan , masak2 kat rumah je uols , makan kat resort ni , semua masakan ade , berbaloi-baloi 


 
 bantal golek besar gedabak pun di sediakan , haa jangan nak bawak bantal golek dr rumah haha peluk je yg ni smpai lebam 

DINING 

Dah habis cerita pasal bilik , jom kita bersantap pula ,  Anjung adalah lobi resort ni , dan tempat untuk kita bersantap adalah di Serambi Coffee House berdekatan dengan lobi resort , suasana di Serambi Coffee House berlatarkan klasik campur moden , nak makan pun lagi selera .. di buka pada 7a.m - 11p.m


antara makanan yang qaseh sempat tangkap , yang lain dah masuk mulut , gearbox kari kambing pun hadoo , sedap semuanya .. 

AKTIVITIES

Aktiviti-aktiviti yang ada kat sini memang agak mencabar bagi yang xde keberanian macam qaseh , haaa abseiling dari ketinggian 10 tingkat bangunan , iaitu 108 kaki , cuak weh ! rope course , water rifting dan jungle trekking , team building telah di lakukan pada hari trsebut , jom layan gambar .. memang seronok ! 

ABSEILING






abseiling , bukan calang-calang boleh buat ni haaa , ececeh bangga diri jap padahal cuak nak mampus haha
10 tingkat okey ! 

JUNGLE TREKKING 

Hutan Rekreasi Taman Tuan utk jungle trekking
muka sebelum kepenatan , gembira la yee

 takkan dah penat kot abam haha , pancit yeee

tetiba ada perigi di dalam hutan ni , aiyokkk
ni pulak adalah perigi belanda 


yeyyy sampai sudah , berehat rehat kat pantai sekejap  
 sambung perjalanan ke rumah api , cantik 




 TEAM BUILDING ZONE , ROPE COURSE 
letih jungle trekking belum hilang , kena join aktiviti ni pulak , eh eh kata lasak kan ? haha layankan aje .. seronok jugak , memang lepas tu sakit2 badan la oihh



rope course ok sikit dari abseiling , ketinggian pun sedang2 saja 

 teambuilding , main rumah tupai haha , kena cari rumah , kena pindah2 la ape la , kelakar siot
sahabat media , enjoy with uols ! muahhh

WATER RIFTING




  dengar arahan sebelum aktiviti bermula , masing-masing di beri tugas dan di berikan kepada dua kumpulan , kena buat rakit sendiri , kena berlumba antara dua kumpulan , lenguh gila kot kayuh benda alah ni , pastu tak bergerak pulak huh memang kalah lah haha , tapi seronok ! 

main ngan monyet ni je tak lenguh haha , comel gila siap pakai pampers lagi , akhirnya berakhir sudah aktiviti kami , penat tu sangat penat tapi pengalaman tu menang sgt menyeronokkan ..

DEMO MASAKAN SECARA LIVE 
alhamdulillah berkesempatan melihat  chef  buat demo masakan , terbaik la chef , btw semua masakan kat resort ni memang sedap 

 ye tuan2 dan puan2 , tengok dan buat nantii boleh masak utk suami trcinta 


rendang burung puyuh ... 

Kalau nak di ceritakan memang banyak lagi lah ~ tapi tak best lah kan kalau tak rasai sendiri haaa so apa tunggu lagi , bungkus la kain baju , menginap kat sini semalam dua , seminggu dua dan rasa sendiri suasana dan kemudahan di sini , memang terbaik ... harga pulak macamana ye ? nah tengok je gambar kat bawah ni 


maklumat lanjut 
PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru,
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

berbanyak terima kasih buat santai travel , sahabat media , tourism dan semestinya pnb ilham resort .

















Assalamualaikum

First time aku menjoinkan diri untuk aktiviti macamni , mula-mula tengok dari atas ke bawah , ketar lutut , berdebar-debar , segala kemungkinan bermain dalam benak fikiran ,
kalau tali tu putus macamana ?
kalau aku mati macamana , mesti hancur .
aku takut .. tapi aku paksa diri dan letak segala-galanya hanya pada DIA 
alhamdulillah ..

begitu jugak dengan hati kita , sebenarnya kita boleh buat tapi kita kena paksa hati , paksa diri lebih-lebih lagi ke arah kebaikan , bila dah terlalu lama kita rasa kita ni jahat , tak mampu , kita selalu fikir Allah takkan terima aku dah , padahal Allah membuka seluas-luas pintu taubat , cuma DIA nak tengok usaha kita , ada tak kita berusaha ? ada tak kita ubah sesuatu yang buruk itu kepada yang baik ? ada tak kita terfikir betapa dinginnya hati kita dengan yang Maha Pemberi , ada tak kita rasa kita ni terlalu sombong sedangkan apa yang di bagi hanya pinjaman ~

Allahu ... 

Biarlah apa org nak cakap , dia nak cakap kau hipokrit ? dia nak cakap kau munafiq ? dia nak cakap kau hanya berilusi dengan bayang-bayang sementara ~ biarlah sayang , asalkan Allah tau apa sebenarnya hati kau mahu , apa sebenarnya yang terdetik hari-hari dalam hati mu , even kau tak luahkan tapi Allah tahu apa yang kau nak , cuma kau xde keberanian . kan ? kau malu ? kau takut perubahan yang kau buat takkan sampai penghujungnya ...

Aku pun tengah berusaha , kalau kau nak tahu , hari-hari aku jatuh , hari-hari aku tersungkur , dengan apa ? dengan nafsu sendiri .. nafsu dunia , aku dah niat tahu ? hari ni aku nak buat ni ~ hari esok aku nak buat tu  ~ tapi kau tahu apa ? aku jatuh lagi , aku lari dari niat asal aku .. menangis kau tahu ! tapi alhamdulillah , sedikit demi sedikit hati aku lebih kepada positif , bila aku nak buat something , hati aku sendiri yang akan cakap , tak baik sufura , tak baik tak baik tak baik ~ sampai lah aku tak buat , cuma kadang memang kita akan tersasar .. cuma jgn biar ia tersasar lama-lama .. sekurang2 nya kau menyesali dan bangun lagi cuba untuk paksa lagi .. Allah nampak sayang ~ 

satu benda yang paling aku benci waktu sekolah , aku benci pakai stoking dan handsocks sebab aku rasa itu hanya peraturan sekolah yang entah apa-apa , dulu ~ tapi sekarang baru aku tahu , kaki pun aurat ! sukahati hang je cakap itu hanya peraturan sekolah kan .. hurmm banyak sebenarnya lubang-lubang dalam diri aku yang masih belum terjaga , kesiah ayah aku .. nanti kalau aku kahwin takkan aku nak bebankan suami aku pulak ? kesian mereka yang tak bersalah ......... terpaksa menanggung dosa kerana erti sebuah 'kasih sayang'

semoga hari-hari aku membuatkan aku semakin kuat , terima kasih kawan yang sentiasa positif .. yang banyak melihatkan aku tentang ini semua , betapa penting ada kawan-kawan yang tak lokek dengan ilmu , semoga aku juga jadi seorang kawan sebegitu ..... in shaa Allah 

hati berbicara :

       

              حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Pada Dia terletak harapan. Pada Dia adanya kekuasaan.
"Allah knows while we know not."
Dan semuanya kerana Dia; Tuhan.








Assalamualaikum ,

mendail hati yang lama bekukan darah hingga cair tak berbau , hati itu telah pergi , dengan harapan darah-darah itu mengalir bersama kesakitan yang terlalu bodoh untuk di simpan 

pernah menghargai manusia yang tidak sepatutnya di hargai ? pernah rasa tidak di hargai oleh orang yang selalu kita hargai ? pernah mensia-sia kan orang yang selalu menghargai kita ,apa rasa kau ? rasa yang kau pilih jalan itu , rasa yang kau letakkan hati orang semacam sampah .. atau rasa kau sebenarnya sampah 

kadang-kadang bila kita terlalu di hargai , kita lupa untuk menghargai balik .. itu tidak kisah jika kau lupa , tapi kisah lah bila kau tidak nampak langsung pengorbanan itu , yang kau cari yang tak sepatut kau kejar , yang kau tonyoh sepatutnya kau dakap ~ apa hebat rasa bila di hargai , kau membunuh dalam diam , hingga satu hati terperosok sakit yang amat , lalu hati itu berkata , apa salah kah aku jika aku menghargai apa yang aku sayang ~ adakah aku terlalu bodoh kerana menghargai sesuatu yang sangat bernilai ....... 

sangat bernilai ................. hingga aku terperosok di sini ~ hilang ...

di suatu sudut kegelapan bila kehilangan , mencari-cari bagai orang gila , menangis , merintih , kelam ,hitam , balam ! kenapa kau suka mencari bila ia hilang ! kenapa bila hilang , baru terasa ingin putar kembali masa , sedangkan kau tahu , adaaa iaaa untuk di hargai ... tiada iaaaa usah lagi di sesali , kerana hati itu tak selalunya tabah untuk sentiasa di tonyoh-tonyoh , kerana hati itu tak semua kuat untuk setia mendengar kata herdik , kerana hati itu juga ingin rasa suatu apakah sebenarnya rasa bila di hargai kembali ~ tapi hampa ...

hati berbicara :


kalau hati mu kelam , jangan terlalu hidup bermalam .. siang-siang kan la hati itu untuk nampakkan yang jarang-jarang nampak , siang-siang kan lah hati itu bagi nampak lubang-lubang 
lumpuhkan lah ingatanku hapuskan tentang dia , hapuskan memori tentangnya , hilangkan lah ingatan ku jika itu ttg , ku inginku lupakannya -geisha
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates