• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...


mengalir dalam diri ku serupa dengan dirimu ,ia membara ~ membakar jiwa ..... relaku korbankan cinta agar dikau bahagia  pada dirimu ada diriku .... -korban cinta , ziana zain-
ku singkap tabir lama , ku intai dalam gelap .. ku tangisi dengan sia - sia .. hati bila teringat kadang menyakitkan .. bila mula susah untuk berakhir .. berhenti hati ~ tolong berhenti .. hati merayu ~ akal tak mampu berfikir .....

bila kenangan menjengah .. bila jiwa kian terusik melayan khayalan , walaupun sudah bertahun lama , ia seakan semadi dalam jiwa  ..bila melibatkan soal hati ..ya Allah sakit ! biarlah .. biarlah kamu mengingati segala apa yang pernah terjadi pd diri kamu .. sedih ? marah ? benci ! sakit .. siksa ~ semua terasa .. hati yang rasa seakan ingin berhenti berkata-kata .. seakan ingin keluar dari dada ..ingin bebas dari kesakitan ! tapi .......... ~ hati tetap berada di situ melawan segala rasa ..mencuba untuk kuat , meminjam kudrat akal .. menumpang kudrat iman .. 

sometimes rasa alangkah indahnya bila mana hati ni tak pernah rasa sakit , tak pernah rasa terluka .. alangkah indahnya andainya semua tu tak pernah kita rasa .. tapi setiap manusia pasti juga akan merasa sedih , sakit .. wpun bukan sebab cinta tapi mungkin sesuatu yang kita tak tahu .. bahagia kadang luaran , dalaman sedang berperang .. sayang ...~ tak salah untuk mengingati semuanya tapi biarlah sesuatu itu menguatkan kembali semangat , jangan ingat sayang dan kasih , tapi ingat juga luka yang di tinggalkan , bukan untuk memupuk benci tapi untuk jadikan ia satu pengajaran , ya kamu mampu ! mampu bangkit .. ingatlah ! tapi jangan hanyut ..... bila hanyut ia mampu melemahkan kembali ...............

hati berbicara :
kadang-kadang aku turut sama melayani kehendak hati , melayani ada ketikanya kesedihan menjalar , setitis demi setitis air mata mengalir , ntah kenapa pun tak tahu , kerana kecewakah , kerana bahagia kah , kerana sakit kah ~ hati pun kadang keliru .. kerana bila ingin membenci pernah saling menyayang , bila ingin marah , menatap wajahnya pun seakan cair .. bila ingin sayang teringat kembali luka yang dalam .. dendam ? jangan sayang ~ doakan saja kebahagiaan semua insan yang pernah singgah dalam hidupmu .. dan tengoklah segala hikmah ... Allah sudah berikan yang terbaik buat kamu ... bersyukur sekarang !


Assalamualaikum....

hati tengah terluka , terluka dengan keadaan terluka dengan seseorang .. teringat kata-kata seseorang , bila mana kita di tempat orang , berhati-hati bila berkawan .. jangan letak sampai kat perut ,kawan saje-saje ,jangan terlalu baik ... skang ni hati bersetuju , rindu nye kawan-kawan yang dulu .. yang masih terikat di hati , yang sentiasa menasihati ..yang kata-kata nya penuh sopan , tak pernah maki .. tak pernah biarkan hati ni terasa .. susahkan .... haihh nape pulak teringat kata-kata dia , rindukah ? hanya teringat .... =) 

tapi sekarang aku just ambil sikap diamkan diri , biarlah apa yang dia nak fikir , terserah pada dia , siapa aku untuk menasihati dia kan , dia pun cakap diri pun tak betul , nak nasihat orang.. biarlah  api mana boleh di simbah dengan minyak .. berlembut jalan terbaik .. sebelum ni pun lagi berat ujian bila di fitnah kacau husband orang kan .. hati kena kuat ye syg , Allah sayang hamba2nya yang sabar ... sabar ye sayang ,sabar ye.. tapi air mata sedang menitis .. yaAllah nape sentiasa aku yang kena .. sdgkan aku cuba buat yang terbaik .. =(

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” - susah nak cr kawan mcm korang , 12 tahun dah kte kawan ..


hurmmm ..terasa nak peluk seseorang nak lepaskan segala2nya .. tapi xpe lah , hidup ni bukan untuk bergembira , walau tiada manusia pun di sekeliling janji Allah sentiasa ada .. kuatkan iman untuk bersabar ,biarlah ~ janji jangan tiada Allah bilamana ramai manusia di sekeliling .. jauhkanlah ~ .. pasni aku buat je hal aku .. korang nak mengumpat ke nak mengata ke .. terserah lah .. aku hidup smentara je kat dunia ni , someday tempat sama jugak kita cari ... its ok my dear .. find your own happiness .. =)


hati berbicara :
photo

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. - rujukan





Assalamualaikum ...

eee jangan la desak2 suruh orang hupdate blog , xsuka la .. hehehe xde maknanya orang nak desak2 aku tulis entry ..saje je bagi kena ngan tajuk..kunun2nye ..sihat ? alhamdulillah,,qaseh dah sihat sepenuhnya .. 3 hari mc ..4hari demam ..huhuhu .. ujian =)

" apakah kau ingin lihat air mata ini berguguran ''

dalam prhubungan mendesak kadang-kadang akan menghancurkan hubungan kamu .. apa kau suka di desak ? tanya diri kamu sblum kamu ingin mendesak someone yang kamu syg ! apa kamu rasa bila hati mu sedang gembira tiba-tiba kamu sering di asak dgn soalan2 yang sama hingga satu saat hati yg gembira bertukar bengis ! bertukar hambar ~ bertukar sedih .. cuba kamu fikir letak kan hati mu di hati dia ,, dia sedang bersedih kerana sikap kamu yang bodoh .. hingga ada satu pertanyaan dalam diri dia yang akan mmbuatkan dirimu takut ! apakah aku sanggup hidup bersama kamu kelak ~ adakah engkau yg terbaik untuk aku ..... ? bila soalan ini di tanya .. mungkin kamu baru sedar hati dia sudah semakin tawar .............. hambar ........... tiada rasa ~
kalau kau betul2 sygkan seseorang , kau letaklah diri kau di tempat dia , kau buat apa yang salah dan kau tuju pada diri kau sendiri .. apa kau rasa ~ itulah yg dia rasa , apa kau fikir ! itulah apa yang dia fikir bila mana sikap kamu yang tidak bijak ... jika sesuatu perkara sudah di muktamadkan .. ia meninggalkan satu titik noktah .. tidak mampu untuk bersambung lagi .. ibarat perjalanan yang mati sudah temui titik noktah .. apa kau ada ? air mata ... apa yang kau mampu tagih dgn air mata ? sudah lunyai untuk difikirkan lagi .. so fikir2kan dan selamat beramal .... =)

hati berbicara :
apa yang kamu dapat ...''leave me alone ''
sayang andainya ada lagi peluang , jadikan lah pengalaman sebagai satu pengajaran .. dan andainya sekarang sedang berlaku .kawallah dan hentikan .. cinta tidak akan selamanya cinta ..sayang tidak akan selamanya syang .. andai disetiap hentian , ade kekeruhan dan jernihnya sangat sedikit ... cuba untuk melihat kejernihan tapi dikaburi dengan kekeruhan .... apa yang tinggal ? nothing hanya sebuah penyesalan ..dan air mata terus keguguran =) .. gotcha !

Assalamualaikum...

yaAllah lama dah tak demam teruk , rasanya masa form 6 dulu je demam plg teruk ,smpai cikgu hantar balik dari asrama .. now rasa mcm prmulaan nak ke arah tu , tapi mintak2 tak macam dulu .. sakit =( , batuk dan selsema .. tak suka keadaan ni .. tapi tu semua dari Dia , menerima dengan redha .. sakit kan pencuci dosa , banyak sangat dosa hingga Allah beri jalan ni untuk menghilangkannya .. alhamdulillah , doa kan kesihatan qaseh ye kawan2 .. ade tips2 gatal tekak n hilangkan selsema boleh lah bg ye ...

hari ni cuti , rest kan badan .. maybe sebab econ trlampau sejuk so badan pun jadi tak sihat kan , haihhh time-time mcm ni sgt prlukan prhatian .. nak mak .. nak b..eh tak lah gurau je hihihihi .. tapi xnak lah tdo je , kalau tdo kepala makin sakit .. so try jugak bangun2 , buat mcm biasa , bertahan saja .. kadang - kadang rasa macam berdenyut kat kepala tempat jahitan dulu .. hope takde ape =) 

boring sebenarnya nak update entry yg berfaedah pun xde idea , baru lepas tidokan baby comei si wafa tadi .. mujur lah wafa ni senang sikit , tak menangis .. bagi susu lepastu ulit2 sikit dah tdo .. kalau menangis lagi makin sakit kepala den ni haaa... skang ni pulak musim hujan , maybe sebab asyik kena hujan je .. rindu kat kawan-kawan dulu .. rindu sangat .. huhuhuhu .. why must kita besar dan dewasa .. haihh ..  mesti pernah rasa macam ni kan ? mesti punya ............ biarlah soalan tu tergantung sbb jawapan ada pd diri sendiri .. assalamualaikum.........


hati berbicara :
best nya duduk kat pantai sorang-sorang masa ni , hanya aku sorang xde sape yang kacau .. aku nak mandi kat situ ,nak berkhayal kat situ .. nak buat istana pasir sorang2 kat situ .. tengok keindahan alam kala senja .. merenung segalanya yang indah , subhanallah seakan keindahan alam meresap dalam diri buat kan hati turut tersenyum ... kadang-kadang bila kita rasa letih ,lelah ... berseorang melihat keindahan alam terapi yang sangat bagus .. ia bagi kekuatan .seakan kekuatan yang ada pada alam meresap dalam diri .. bangkit dan terus bangkit .. no need to worry coz Allah always di sisi kita ... =) 

Assalamualaikum .............

straight to the point..semalam keluar detim dengan hencik k , jarang jugak keluar dengan dia tapi takpe so semalam kitorang pergi nilai 3 , hari tu dah pergi sekali sebelum raya untuk cari baju raya n then hari ni pergi lagi coz lama sudah ku mencari jubah .. semalam dapat lah jugak beli sepasang jubah ... tapi tak pergi berdua saja .. dalia pun ikut sama , kesian dia keboringan kat rumah then ajak la .. nasib baik tak menangis ... tapi mengamuk jugak lah sebab nak mainan2 kat situ .. nak bola la ,nak kereta la ,nak beg la .. padahal semua tu dah ada kat rumah ...


hencik k datang rumah jap jumpa akak n wafa comei2 ni haaa .. wafa ni dengan orang memang dia tak nangis asalkan konyang 

mak sedara pun overdosee nak jugak interprem hihihihi

dalia nak ikut cik tak ? 
dalia : angguk2 .. angguk je keje dia 

ni masa dalam bilik den , orang duk pakai tudung belit2 .. ye pegi amek tudung dalam laci nak pakai jugak , tadaaaaaaa cute je , hope nanti besar always bertudung yaaaa .. tapi budak2 biasalah separuh jalan aja lekat .. dengan kenakalannya .. tuan ke mana tudung kemana ..

pastu sampai sana , misi utama untuk mencari jubah .. alaaaa semua saiz besar tension sudah , hencik k pun sudah letih maaa haha cian dia , aku bab memilih ni susah sikit ..uhuhuhu last2 amek lah satu .. sape2 nak cari baju2 raya ,jubah2 sila lah ke sana ..not bad la.. =) 
hihihihi ... akhirnya dapat jugak .. lepas shopping2 , terus balik .. yaAllah balik2 tu sampai putrajaya lebat gila hujan .. n then kat satu jalan ni tetiba jem .. apsal pulak kereta viva tu berhenti kan , ingatkan exciden or apa2 .. phewww tengok kat depan jalan banjirrrr , memang dalam gila lah ..nak tak nak redah jugak dengan gen2 kesayangan dia ..muka dah bengang hihihihi ... ok lah bai bai .. adiossss !



Assalamualaikum ......


''seseorang yang sentiasa kuat di hadapanmu ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah dihadapan penciptaNya ...''

yaAllah semalam aku mimpi sesuatu yang menakutkan , dasyat seolah-olah berada di alam lain ..aku takut nak cerita sebab aku tak ingin ia jadi kenyataan ..yaAllah andainya mimpi itu satu peringatan dariMu, aku terima yaAllah ,jauhkanlah aku dari mimpi tu , jauhilah ia dari jadi kenyataan .. aku tahu aku bukan muslimah sejati , aku bukan manusia yang mulia .. pernah aku tersasar ,pernah aku rasa aku malu untuk pandang diri aku tapi yaAllah sentiasa sayangkan aku ..aku tahu , andainya Allah bencikan aku mungkin hari ini aku bukan aku ..mungkin aku lagi jahat or kejam ..tapi tidak Allah masih sygkan aku ,masih jaga aku .. cuma aku yang tak pandai nak menghargai ..

aku try untuk bimbing diri aku sendiri sekarang , aku try dan try sedaya upaya , aku cuba untuk mengalah dengan situasi di sekeliling , aku cuba bersangka baik dengan semua orang , tapi terkadang aku tewas ,tewas di persinggahan !..aku try luangkan masa dengan ayat2Mu setiap malam ,sedikit demi sedikit .. tidak keseluruhan ..aku cuba turunkan hawa nafsu ..aku cuba untuk melakukan semua yang wajib ..aku cuba untuk tambahkan dengan segala yang sunat ..yaAllah bimbing aku ,yaAllah redhai jalanku .. aku rindu dengan hatiku yang dulu .. hati yang gembira , hati yang tak terjebak dgn lalainya dunya .. ~

hurmmm hati, sekejap ingin berubah tapi seringkali mengulangi kesilapan..kalaupun tak ulangi kesilapan ..menambah kesilapan yang baru .. tapi Allah tahu segala2 yang bermain di dalam hati ini .. semoga Allah permudahkan segala urusan ..aminn , 

hati berbicara :
dear my lovely blog .. terima kasih sebab sudi jadi tempat ku coretkan segala2nya .. bukan aku berpura-pura jauh sekali menunjuk-nunjuk ..aku bukan seorang yang mulia cuma aku cuba untuk jadi seorang yang mulia ..aku bukan seorang yang baik tapi berkali-kali aku cuba untuk jadi yang terbaik ..aku tahu aku bukan muslimah sejati ..tapi aku cuba untuk menginsafi diri ..setiap saat , minit , jam ,,aku akan terus menginsafi diri ..sekurang2nya pasti ada perubahan yang aku lakukan .antara aku dengan Dia ... kepada insan yang sayangi aku .. sama-sama kita berdoa kita dapat membimbing antara satu sama lain ..aku ingatkan kau , dan kau ingatkan aku ..











Assalamualaikum ....

wishlist yang ke dua ... belum setel lagi , sbb dah target hujung bulan 11 or awal bulan 12 ahahaha ... hari tu memang target nak beli nikon d3100 .. lepastu bincang dalam group whatsapp abg beng punye hihi ... abg beng pun sarankan pulak canon powershot g12 .. survey2 ok jugak n gambar dia pun cantek cuma canon ni dia just compact not dslr yang boleh tukar2 lens .. tapi dia kecik and rasanya tak membebankan n menyusahkan bila bawak kemana2 ... yang dslr kan besar n berat ..lagipun , im not photographer just nak suka2 bergambor cantik jadikan ia sebagai kenangan yang terindah ... jom kite mereview sikit




cute kan , n kecik je .. aku rasa aku amek yang ni lah .. tapi kyleril cakap nak tengok perbezaan harga dulu kalau hampir sama dia nak amek yg dslr tu .. tapi rasanya yang ni dah murah .. bawah 1.5k .. hihi function dia mcm dslr .. malas nak tulis everything about this ... kena ikut si dia jugak sebab penyumbang terbesar ahahaha

http://takingpictures101.blogspot.com/2011/12/canon-powershot-g12-honest-review-first.html
hasil gambardari powershot 12 ..

aduhaiii wokeylah baby wafa dok menangis , assalamualaikum ..
aku rembat yg ni je 




Assalamualaikum ..
kesian blog kesayangan di tinggal lama pergi , alhamdulillah selesai sudah menjalani kursus kahwin , persediaan .. alhamdulillah banyak ilmu yang lama kita tahu di update kembali .. ilmu baru yang kita dapat =)

andainya dia pergi dulu sebelummu .. bisikkan pada hatimu yang paling dalam , dia bukan milikmu , kamu bukan miliknya ... jangan rasa dimiliki , jangan pula rasa memiliki .. biarkan air matamu menitis tapi usaplah ia  sambil berfikir ... pasangan pertemuan pasti perpisahan =)

maaf andainya ada yang membaca sedikit coretan ini sedang bersedih , maaf kiranya kata-kata ini mengusik hati ... lebih-lebih lagi pada jiwanya masih rapuh , pada hatinya ada luka walaupun bibirnya semanis madu .. bersabar lah wahai hati .. andainya dia pergi dulu sebelummu , ingat lah dia lebih baik untuk bertemu Nya sebelum kita .. jika kita meratapi dan terus meratapi .. mana kan amalan yang kita ingin membawa untuk bertemuNya .. mungkin selepas dia ..kita pula mengikuti .........


saat ini hati tidak kuat bukan ? hati meredhai tapi air mata yang mengalir tidak berhenti seakan tidak merelakan ..oh tuhan , betapa rapuhnya iman untuk menghadapi sedikit ujian ... tetiba teringat pula segala nasihat , segala kenangan ..andainya dia masih di sampingmu .. mesti kamu sedang membayangkan kebahagiaan yang berpanjangan .. tapi kesedihan pula menghampiri .. hati tidak kuat yaAllah , hati sakit yaAllah ... jiwa lemah yaAllah ... kembalilah padaNYA ... merintihlah padaNya tapi yang pergi tidak akan pernah datang kembali .. jangan minta itu ... ia tidak mungkin....

betul orang kata kadang - kadang kematian , perpisahan boleh meragut bahagia , boleh hilangkan kegembiraan , cuba untuk gembira tapi hambar ... manisnya hilang , seakan madu bercampur air .. tapi kematian itu syarat untuk menemui cinta .. cinta hakiki .. jika hati tidak mampu juga menanggung rindu belajarlah dari Rasulullah s.a.w  yang menghadapi kematian secara berturut2 dalam hidupnya ... bersabar ye .. qada dan qadar Allah tiada siapa mampu menduga mahupun menghalang .... =)

hati berbicara :
perjalanan masih panjang ... manfaatkan dengan senyuman bukan hanya tangisan =)

hati ni pula tiba-tiba sebak .. kadang - kadang kita pasti berteduh di awan yang kian sarat ingin menumpahkan segala-galanya .. ia akan membasahi kita , pasti membasahi , sehingga suatu ketika kita terduduk .. merangkak mencari wuduk ketenangan .. bersujud seakan menemuinya ... biasalah lumrah kehidupan sementara :)
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates