• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Salam blogger tersayang semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNYA..

tiba - tiba rasa macam kekok pulak nak menulis kat blog ni , dah lama tak menaip so macam ni lah jadinya , papepun rasa macam nak luahkan perasaan je , nak tunjuk perasaan pun bukannya ada orang nampak ..

saat ni rasa macam nak putar balik masa , nak lalui saat - saat gembira je , taknak dah menangis ! tak nak berduka ! tak nak ada masalah ! nak jauhkan duka , rasa sedih dari hidup .. tapi kenapa still tak boleh ? hurm saat ni fikir ujian datang hampiri aku , semua ni ujian untuk ko kuat .. so jangan menangis , jangan mudah kalah , jangan pernah menyalahkan takdir ..... 

tapi...

hati aku ni bukan macam baru karang , walaupun ombak deras dtg sekalipun dia tetap teguh , hati aku macam rumpai laut , bergoyang- goyang ikut arus laut , arus air , tempat mainan ikan , tempat makanan ikan .. sekejap2 di usik .. entahlah , tak tahu dah macamana nak suruh hati ni kuat seteguh batu karang ! hanya doa kalian yang mampu dan hanya Dia yang mampu menguatkan hati yang sememangnya lemah .. ~

untuk orang yang selalu menyinggah dalam hidup aku ni , tq for everything .. maafkan lah salah silap yang selalu aku buat dalam sedar or tak sedar .. jika aku sayangkan seseorang aku akan jadi se emosi emosinya .. so jangan marah jika aku terasa , jangan marah jika aku menegur , jangan pernah marah jika aku tersasul .. maafkanlah , segala2nya untuk kebaikan mu wpun aku tahu aku bukan sebaik mungkin untuk menasihati kamu ..
n for my lovely sista that i really love..
maybe start tomorrow n forever .. kak su tak mampu bagi korang nasihat sebab kak sue bukan lah orang yang terbaik untuk menasihati korang , kak sue pun selalu buat something ikut perasaan tanpa fikirkan hati orang lain .. so just take care of urself ! please take care sebaik mungkin .. kak sue just mampu menadahkan telinga untuk mendengar apa - apa pun yang kamu mahu share tapi kak sue akan mengunci mulut kak sue .. untuk korang sendiri fikir .. maybe itu yang terbaik =) sayang ketat2 ..
Assalamualaikum..
qaseh dalia hidup lagi harap maklum hehehe 

bila bercinta mesti ada rasa sayang kan ? ada rasa rindu ... ada rasa cemburu ..dan aku tahu bila kau benar2 sayangkan seseorang kau takut bukan bila ada orang lain cuba ingin merampas hak kau ? cuba untuk mengambil tempat kau ... lalu tercetus lah rasa cemburu , aku tak pernah salah kan kau bila kau terlalu cemburu tapi jangan jadikan aku mangsa tercetusnya api cemburu itu .. aku tidak bersalah ..

bila berdepan dengan manusia macam ni kadang-kadang hidup menjadi serabut , aku tahu dan aku pernah rasai tapi jangan lah kau jadikan aku sebagai mangsa .. aku tak pernah terniat untuk mengambil hak kamu , dan tak pernah terniat sedetik pun di hati untun menyayangi hak kamu .. jangan tuduh aku , jangan cabar aku benda-benda yang tidak pernah aku lakukan ... kerana mungkin aku akan uji kesabaran kamu ... 

''yaAllah damaikan lah pertengkaran mereka jika sebabnya kerana aku , tautkan hati mereka dan tunjukkan mereka jalan2 keselamatan , selamatkan mereka dari kegelapan kepada cahaya , jauhkan mereka dari kejelikan yg tampak dan bersembunyi, yaAllah berkatilah pendengaran mereka , penglihatan mereka dan hati mereka''


iklan sebentar ...
apa - apa pun selamat hari lahir buat hencik kyle yang tersayang yang telah selamat menyambut hari lahir yang ke 26 , pada 30 january ~ hope semua impian kamu akan tercapai , always doakan yang terbaik buat kamu ...
Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…

Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…

Huuu…Huuu…Huuu…
Huuu…Huuu…Huuu…

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…

p/s : motif saya sayang dia ..doakan kami kawen cepat2x .. ngeeee



Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah masuk tahun baru , hepy new year buat semua , tapi kan semakin panjang usia dunia semakin takut pulak nak melangkah , setiap hari tanpa sedar terpalit dosa......=(

hidup penuh warna ... cinta juga bermain dengan warna-warna 

pernah tak dalam perhubungan kita bercakap soal kematian , kita tahu bukan kematian itu rahsia Allah tapi terkadang mulut kita sengaja tersasul bila perasaan sedang sensitif .. kita buat dialog tacing ''kalau abg pergi dulu bla3x abg harap syg akan sentiasa bahgia , memang tak lah !...=p

memang kita tak tahu ajal kita tapi kalau kita betul-betul sayangkan seseorang doakan lah kita akan panjang umur untuk sama-sama perbaiki hubungan , andai kematian itu jadi galang ganti , di mana letaknya bahagia ? hanya hadiahkan dia dengan penderitaan bukan ? tambahkan kelukaan dan kesakitan merindui ?

usah lah persoalkan rahsia Allah , andai ia belum hadir doakan yang terbaik supaya dapat sama-sama membahgiakan bukan saling meninggalkan walaupun Allah tahu apa yang tersurat dan tersirat di hati kita ... bila kita di tinggalkan kelukaan itu makin besar walaupun boleh di ubati tapi kesannya mendalam =)

hujan bawa air mata ku 
yang mengalir membasuh lukaku 
agar dia tahu ku tersiksa
tanpa cinta dia di hatiku ...♥

Assalamualaikum ..
sunyi je blog ni hehehe , maaf lah ada ketika di biarkan saja coretan itu bermain dengan perasaan , tidak mampu untuk mengungkapkan lagi ..hope korang semua sihat dan nikmatilah hidup ini dengan sekadar sahaja ..semoga Allah sentiasa melindungi kalian ..

hidup tidak boleh menentukan layak atau tidak kita bersama , walaupun tidak bersama sekiranya perasaan itu masih ada ,kelainan itu tetap akan wujud juga ..itulah yg dinamakan hati menjadi satu ...♥

kadang - kadang kita tak mampu menduga apa yang jadi milik kita dan apa yang tidak akan pernah jadi milik kita hingga suatu saat benda yang bukan milik kita jadi hak milik kita dan hak milik kita hilang dr pandangan mata ~ siapa mampu menduga perasaan kasih dan sayang boleh hilang dalam sekelip mata ..walaupun dia dah sah menjadi pelangi hati kita ..

seseorang pernah bertanya ...
benarkah lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik ? bagaimana jika perempuan yang tidak baik berusaha menjadi baik ? tiada peluangkah untuk dia mendapatkan pelangi hati yang terbaik buat dia untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan ?

dan jawapannya .... Allah itu maha penyayang , Allah tidak akan pernah menghukum hambaNya yang ingin bertaubat dan berubah ke jalan yang benar bukan ? 
tapi andainya apa yang di takdirkan buat kita itu adalah daripada kalangan yang baik-baik dan kita serba kekurangan , tak sama seperti mereka bermakna Allah menduga dan memberikan ujian buat mereka untuk melalui kehidupan agar mereka yang baik-baik mampu memimpin mereka yang tidak..sama-sama ke jalan keredaan tuhan , itulah kekuatan bagi mereka yang punya kelemahan , bakal di uji tuhan dengan ujian yang mampu di tanggung oleh mereka ..=)

di saat itu , di saat kita sedang mencari pelangi hati kita walaupun sering di landa kesakitan dan kepayahan kita akan berfikir 'jika Allah ingin memberikan sesuatu yang terbaik didatangkan ujian dalam hubungan tersebut ..ujian yang mematangkan , ujian yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t..

hati berbicara :
hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan .. saat itu , kita masih turut tersenyum memijak kaki di lantai rumput bumi tanpa rasa sendiri ♥
-sisa sebuah cinta-


Assalamualaikum .. 

Maaf bila ku tak sempurna .. aku juga manusia yang perlukan cinta dan aku juga manusia yang perlukan kawan , manusia yang terlalu rapuh bila bermain soal perasaan ... 

tapi kadang- kadang aku jadi heran dengan ragam manusia , salahkan kita bercinta dengan seseorang dan dalam masa yang sama kita berkawan dengan seseorang ? hanya sebagai seorang kawan tak lebih dari itu , tapi kenapa kawan itu ingin menjauhi bila kita sudah punya cinta ? kenapa mesti undurkan diri ? sedangkan berkawan tiada pilihan untuk ku pilih .. tak usah mengundurkan diri kerna aku tetap sayang kan kamu sebagai seorang kawan ... 

kadang - kadang manusia terlalu aneh dalam mainan perasaan nya sendiri hingga sesuatu yang mudah kian rumit serumit-rumitnya .. entah lah ~ adakah di sebalik hubungan kawan tu terselit rasa cinta ? andainya ada .. pergi lah menjauhi tiada apa yang dapat ku halang .. cuma terasa sedih .. adakah cinta ini terlalu jahat hinggakan kawan takut untuk mendekati ? adakah cinta itu ciptakan satu sempadan ? ataupun kawan itu yang ciptakan satu sempadan ? hurmmmm ... 

apa- apa pun yang bermain di minda mu .. selitkan perhubungan kwan itu dengan kejujuran dan keikhlasan bukan mengharapkan balasan .. aku senang dengan kamu tidak bermakna aku cinta kan kamu , aku happy dengan kamu bukan bermakna kamu sudah mewarisi hati ku .. cuma aku perlukan kawan ..kerna kawan berbeza dengan cinta .. fahamilah =)

just love yourself ...
n someone will love u .. 
terima ku seadanya .. andainya itu sudah keputusan mu , aku hanya mampu redha dalam sebuah senyuman =)
Assalamualaikum ....
lama tak menulis entry , rindu teramat sangat .. tapi biarlah kadang-kadang benda yang kita miliki pun boleh hilang dalam sekelip mata .. =) hope u all always happy

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran

dalam diri kita punya cahaya , cahaya yang terselit di celah2 kegelapan , jangan pernah rasa kita akan sentiasa hidup dalam kegelapan kerana satu titik hitam atau satu kesan mendalam .. bukankah Allah itu maha penyayang , Allah sangat sayang kan kita .. sangat2 sayangkan umatnya ~ tapi kenapa seringkali kita tidak menghargai kasih sayang yg Allah berikan ? sekali kita lakukan dosa ..adakah Allah itu terus menghukum kita ? tidak bukan ! Allah sentiasa berikan kita peluang ... 

tapi...

adakah kita masih nampak peluang yang kita ada ? atau biarkan saja lubang2 peluang tu berlalu ibarat angin bersama noda2 yang kian bertambah ? bukankah di hati mu masih ada cahaya ~ hidupkan lah sayang , biarkan cahaya tu menerangi segala kegelapan yang ada.. yakinlah cahaya itu akan terus marak menghilangkan kesan2 hitam .. marakkan lah agar ia membara ! dan cahaya itu lah yang akan membawa mu ke dunia yang sangat indah ... meninggalkan segala kekecewaan di dunia yang sementara .. hidupkanlah cahaya itu sayang .... 

hati berbicara :
walau orang kata kita teruk ..
walau orang kata kita jahat ...
walau orang kata kita jahil ..
24434 sentiasalah hubungi tuhan kita yang SATU .. agar arus rasa tidak putus ..
hanya dia mengetahui hati kita yang sebenar2nya .. insyaAllah kita mampu berubah =)




♥#################♥..................♥###♥
♥##################♥..........♥#########♥
♥#################♥......♥#############♥
♥################♥..♥###############♥
♥################♥################♥
♥###############################♥
♥############################♥
♥#########################♥
♥######################♥
♥###################♥
♥#################♥
♥##############♥
♥###########♥
♥#########♥
♥#######♥
♥#####♥
♥###♥
♥#♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
LOVE MALAYSIA !
ALHAMDULILLAH PINGAT EMAS MILIK KITA LAGI ..
CONGRATS MALAYSIA ...
AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
p/s : lama tak hupdate , tapi bab bola kena r hupdate ahaks ~ 
korang sihat tak ? qaseh masih sihat hehe ... 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates