• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum..

Bila izrail datang memanggil terkubur jasad di pembaringan , seluruh tubuh akan menggigil terbujur badan dan kedinginan , ~ saat ini aku biarkan lagu ni berkumandang di telefon , supaya aku dapat sabarkan diri melihat video budak yang digilis berulang2 kali , melihat manusia yang bangsat yang tidak mempedulikan budak yang sedang kesakitan ! 

fikiran menerewang memikirkan bayi-bayi yang di dera oleh manusia bertopengkan binatang , bayi yang dibuang , bayi yang di liwat , bayi yang di kelar leher , bayi yang tidak berdosa di ibaratkan patung tempat melampiaskan segala nafsu dan amarah , di saat tu aku berfikir di mana letaknya perikemanusiaan manusia ? yang patut di letakkan di akal , hati , jiwa dan perasaan telah tertukar tempat hanya di bontot ! 

aku sabarkan hati untuk mendoakan kesejahteraan semua umat manusia tapi aku tak mampu hingga aku mendoakan manusia yang bertopengkan binatang takkan mampu tenteram di dunia mahupun akhirat , aku doakan bayi-bayi menghantui sehingga manusia binatang itu jadi gila dan mati dengan penuh siksaan , tapi jahatkah aku ya Allah mendoakan hamba2 Mu sebegitu .. aku cuba sabarkan mulut  untuk tidak berikan hadiah sumpah seranah , tapi hati tidak mampu !!

hati berbicara :

aku hanya mampu doakan segala taubat kau di terima ,dan Allah itu maha adil .. !
jangan pernah putus perikemanusiaan di hati mu sayang ~ kerna bila ia putus kau bisa jadi manusia yang paling kejam !

Assalamualaikum ..

Pehhh kalu dengor ade perlawanang bola ganung lawang kelatang , tolok nasi ayam ,kefsi sume2 .. sedak duk ngadap depang tb , nop g stadium pung xdop orang nok ajop , kalu ade orang ajok sedak doh wase .. pape hal pung perlawanang malam ni hebat .. walaupun seri malam ni , dakpe ganung tetap menang .. sory lah red warriors demo xde luck malam nih , dakpe2 jangan duk sedih lagu tu lah deh . 

hok nop suke nye , mat yo ganah kali nop cekik tekok , lek r boh .. 
so keputusan-keputusan  nya ..


Keputusan Semasa Setakat ini
Kelantan (3) 2|2 (5) Terengganu
T-Team (4) 2|0 (1)
SabahPerak (1) 0|1 (4) Selangor
N.Sembilan (1) 1|1 (1) Felda Untd

so pasni teganung lawang ngan T-Team , so org ganung pakat2 keloh kat stadium shah alam deh... yahooooo hope ganung menang lagi .. !

hati berbicara :
dop caye ase ambe update pasal bola , rupa2nya ambe dalam hati ada bola ..kah3x


Assalamualaikum..

Ada surat untuk kaum hawa dari seorang hawa , 
dulu waktu zaman jahiliah , hak kita di cerobohi , antara kita sudah di tanam hidup - hidup , dulu kita hanya sampah di mata lelaki .. tiada nilai , sedih ! kadang - kadang jadi hamba nafsu sahaja ..tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam darjat kita di angkat , kita kian di hargai dan seakan dunia ini hanya tempat untuk wanita solehah ..

kaum hawa ,
kenapa seringkali kita tidak menghargai islam yg menghargai kita , kenapa kita masih kaku untuk ikuti ikutanNYA , kenapa kita masih segan mengamalkan isi kandunganNYA , kenapa hawa ~ kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNYA..

kaum hawa yang di sayangi ,
jangan kau goncang keimanan lelaki dengan lembut pertuturanmu , dengan alunan gerak tubuhmu , dengan keayuan wajahmu .. jangan kau hentak-hentak kakimu untuk menarik perhatian kaum adam , jangan kaum hawa ~ jangan kau buat begitu kerna aku takut ia mengundang kebencian Allah s.w.t


kaum hawa ....
andai kau masih remaja jadi lah anak solehah kepada kedua orang tua 
andai kau sudah bersuami jadilah insan yg meringankan beban suami mu 
andai engkau seorang ibu didiklan anak mu agar tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah 

hawa ...
andai kau masih belum bertemu jodoh , jangan pernah risau , ingatlah hawa akan janji2 Allah wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik ,, jangan gadaikan maruahmu hanya untuk seorang lelaki , jangan memakai pakaian yg menjolok mata hanya kerana ingin perhatian dari kaum adam , kerna kamu bukan memikat hatinya tapi kamu merangsang nafsunya ..

kaum hawa , 
lelaki yang baik tidak melihat rupamu , lelaki yg soleh tidak melihat keseksian mu , lelaki yg warak tidak menilai melalui keayuan wajahmu .. tetapi hawa , lelaki yg baik melihat akhlakmu ,peribadimu , ad-din mu . ingat hawa ..lelaki yg baik tidak menginginkan pertemuan dari kamu kerna takut syaitan menggodanya , lelaki yg warak tidak bermain cinta kerna dia tahu matlamat dlm antara lelaki dan perempuan .

 hati berbicara :
 duhai hawa ..
andai kata tiada cinta dari Adam untuk mu cukup lah cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu ,cukuplah cinta ke dua ibu bapa mu memberi kehangatan bahagia , cukuplah cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu .Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
just sharing ~






Assalamualaikum..

aku , kau punya kelebihan , aku , kau punya kelemahan .. tapi kelemahan boleh di ubah jadi satu kelebihan ,  kalau kita malas benda tu boleh ubah kan ? melainkan kita cacat or benda2 yang memang kita tak boleh nak ubah .. semua tu tanpa kawalan kita , redha .. senyum 

bila kita bercinta atau sayang kan seseorang , yang masam bisa jadi manis .. busuk bisa jadi wangi , yang kita nampak cuma kebaikannya , bukan senang meneka kebaikan seseorang walaupun dia taat dalam ibadatnya kerna ada satu cerita 

"Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.', “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." , sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan

sebab tu kita kena kenal betul2 hati budi seseorang , supaya kelak kita tak menyesal , kita tidak tertipu dari pandangan luar saja , tapi jika jodoh kita dengan orang yang teruk perangainya , kita lah yang berhak mengubahnya menjadi yang lebih baik .. perjalanan kita Allah yang tentukan walaupun jalan kita teruk , kita lah yang perlu mengubahnya .. =D

hati berbicara :
 jangan terlalu asik dalam memandang dunia  yang di liputi kain kepalsuan , kelak nanti bila mata itu sudah terbuka ,hidup pula dalam kegelapan ..
saya cuma tekankan di sini , proses mengenali hati budi itu sgt penting
Assalamualaikum..

Rata - rata semua orang kat donia ni dah pandai ada kawan donia maya , aku pun tak terkecuali .. dulu - dulu sebelum ada facebook , ada masuk mobile game station aka MGS , kat situ boleh main game , ada tempat berblog tapi dulu - dulu fon2 tertentu je leh masuk , dulu guna fon sabun (6600) ramai lah kawan-kawan maya kat situ , memang best gila tapi banyak sangat kenangan , sampai terkapel dalam tu sebelum kenal hencik kyle 

tapi kadang - kadang kawan maya yang jadi tak best bila mula persoalkan soal cinta , orang nak berkawan je dengan dia , lebih-lebih pulak , tak kawan terus kang majuk pulak ! eee  sape ya tolol  ngat neh , nyampah ! nak cakap terus terang kan rasa nak main tarik tali dulu hik2x.. so camana lah nak hapuskan orang- orang macam ni ha ? ok i give u olz tips tapi lepas ni sila bank in duit 10 hinggit sorg . bereh ?
  • xyah gatal-gatal nak respon 
  • jadi seorang yang menyakitkan hati hingga dia hilang minat kat kita
  • saya tak berminat , sekian terima kasih
  • saya nak cari yang kaya saja 
  • maaf , saya masih dalam pemerhatian doktor gila 
  • saya masih cintakan EX saya , tiada siapa dapat gantikan dia 
  • Saya bukan perempuan normal
  • Saya dah kahwin
  • Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat
  • Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
  • saya ada sakit sawan gila babi
  •  Maaf, saya ni sebenarnya lelaki
  • Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh
  • BLOCK je kan senang ! hihihi

tips2 ni khas untuk kawan-kawan maya yang korang benci je , jangan pulak bagi tips2 ni kat qaseh pulak , tampo laju2x jadi bisu kang haaaa , so pandai2 lah buat alasan .. hihihihihi , so sila bank in dengan kadar segera . bereh !
jangan hapuskan aku , kerna aku bisa jadi pengubat hati mu .. lalalala ~
Assalamualaikum ..

Aku qaseh dalia . 23 tahun ,Dulu waktu sekolah menengah , aku tak ada feel tentang cinta , dan aku tak pernah tahu apa itu cinta , apa rasa cinta ~ hebatkah cinta ? langsung tiada dalam otak fikiran ku .. aku belajar dan aku sayang kawan2 aku yang terbaik , itu sahaja .. tapi tak ku sangka selepas tamat tingkatan lima , aku jatuh cinta dalam sekelip mata .. sesaat kedipan mata Allah telah mengubah segalanya tanpa sedar ..

waktu tu aku tahu apa itu cinta , siapa yang memberi cinta itu biar saja ia jadi rahsia , dan terlalu asik dengan cinta aku tak fikir bahawa suatu saat ia pergi , tak pernah terfikir cinta itu terlepas dari tangan sedangkan kuat tangan ku mengenggam ..saat kemanisan dipuja2 oleh aku , kadang2x tersenyum seorang diri fikirkan dirinya , but that time aku ibarat anak kecil yang masih lagi perlukan susu , meraih kasih sayang ..


dalam sekelip mata aku jatuh cinta , dalam sekelip mata juga cinta itu hilang , sama sahaja semua dalam sekelip mata , tapi bezanya pertama aku rasa manis , dan kedua aku rasa kan sangat pahit ibarat hempedu , orang kata pahit itu penawar , aku tak peduli ! aku hanya mampu menangis .. tapi kawan ku penawar waktu itu ..

saat tu aku belajar dua perkara , aku belajar tentang bahagia dan aku belajar tentang kekecewaan, aku cuba menyabarkan diri sendiri , terkadang aku tewas dalam mainan perasaan , selalu aku tewas .. tapi aku tahu Allah sayangkan aku , dari saat itu aku kuatkan hati untuk redha .. dan aku tahu aku bukan untuknya dan dia bukan untukku , hari ke hari aku cuma mampu berdoa agar buangkan rasa cinta yang hadir untuk dia hilang juga dalam sekelip mata .. siapa yg pernah terluka tahu betapa peritnya .. aku hanya manusia biasa yg penuh dengan khilaf ..

hati berbicara :

ku coretkan segala memori biar ia jadi satu peringatan ..
dan hari ini aku temui cinta baru .. setelah 4 tahun berlalu , dan aku tidak terlalu berharap agar nanti jika Allah memberikan aku ujian yang sama , aku mampu bangun sendiri .. perancangan Allah itu sangat hebat , dan aku hanya lah insan kerdil yang hanya mampu ucapkan syukur di saat suka ataupun duka , benar kata orang cinta tak semestinya memiliki.. cuma aku mampu doakan yang terbaik , siapapun jodoh ku , aku hanya berharap dia mampu menerima diri aku seadanya dan menyayangiku sehingga nafas terakhir .. biarlah tidak kaya dan tiada rupa ,asalkan dia tahu apa tujuan dia hidup di dunia sementara,


Assalamualaikum..


Benar kata orang , susah ingin mencari seseorang yang benar-benar  serasi dengan kita .. seolah2 mencari separuh dari diri kita yang hilang dalam timbunan kaca , dalam pencarian kadang2 tanpa sedar kita terluka , berdarah , menangis .. diri sendiri tak lagi di kisahkan .. menunggu detik dari detik seseorang yang bisa jadi kegembiraan di sebalik kesedihan ,hidupku adalah hidupmu , hidupmu bisa jadi hidupku ..

''mencari yang serasi bukan bermakna mencari orang yang sempurna''

 kadang - kadang orang tertentu sahaja bisa membuatmu hangat , kadang - kadang orang tertentu sahaja yang bisa buat kamu ketawa dengan ikhlas tanpa penuh kepura-puraan , dan kadang - kadang ramai yang bercinta dengan kawan baik sendiri kerana keserasian itu ada , dan hanya dia sangat memahami kita ..dalam diam kita seolah sepi bila dia tiada..

tapi kita seringkali khilaf dalam pencarian , sesuatu yang bernilai seringkali berada di depan mata , cuma kita yang selalu mengejar benda yang terasa asing tapi mata di kaburkan dengan kepalsuan .. akhirnya apa yang kamu dakap di landasan terakhir ? cuma bayang-bayang yang jasadnya telah berlalu pergi kerana sebuah hadiah kekecewaan .. lihat ~ siapa yang selalu memahamimu ? lihat ~ siapa yang sering berada di saat dirimu gundah .. rasa ~ siapa yang sangat menenangkan hatimu ...

hati berbicara :

kita cuma manusia yang seringkali hidup dalam dunia kesilapan , adakalanya tersasar jauh dari realiti , tersembunyi di alam ghaib ciptaan .. tiada apa yang perlu di risaukan , cuma jangan terus - terusan hidup dalam dunia yang penuh kepura-puraan .. bercinta untuk bahagia bukan untuk derita , jangan pernah tipu diri sendiri untuk membahagiakan orang lain kerna itu sangat tidak adil bagi kamu dan juga dia .. 
stop it now dear ~ 
Assalamualaikum ..

Rasulullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ada dalam mangkuk tersebut

[credits foto]

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a berkata :
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". 


Umar r.a. berkata :
''kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

'Ali r.a. berkata:
 "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Fatimah r.ha.berkata :
 "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Rasulullah SAW berkata :
 "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Malaikat Jibril AS berkata :
 "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Allah SWT berfirman :
" Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”


hati berbicara :
[credits foto]
hurmm kadang2 kita hambaNYA yang penuh dengan kekurangan menganggap segala amal yang perlu kita lakukan sangat sulit dari meniti sehelai rambut .. tapi bila buat kejahatan sangat2 senang ... 
T_T
apakah ada kemanisan pada diri kita melebihi manisnya madu ?

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates