• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

 Assalamualaikum
Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.

"Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis."

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.
copy paste dari blog  SUNAH

qaseh nak ambil kesempatan kat sini , nak minta doa2 dari kalian supaya mendoakan  blogger iffah selamat semuanya , qaseh pun baru tahu , walaupun tak pernah bersua muka tapi dia selalu je jenguk blog qaseh ni , doakan lah keselamatan kawan2 kita , dalam kita bergembira kawan kita sedang di landa ujian ...

YaAllah YaRabbi , engkau maha mengetahui segala isi alam , kabulkan lah doa2 hamba2Mu, kembalikan lah kesihatan dan berikanlah kesembuhan kepada hambaMu ..sesungguhnya hanyaMU tempat kami mengadu , hanyaMU mengetahui segala yang tersurat dan tersirat .. aminnnnn .. semoga dirimu kuat menempuhi ujian ni ..

UPDATE : ALHAMDULILLAH IFFAH DAH SEDAR , SEKARANG KAT HOSPITAL SEREMBAN 
Assalamualaikum ...

first nak say thank you kat semua yang sudi bagi pendapat kat entry study tu , perasaan sekarang entahlah bercampur baur ,gembira tapi dalam kesedihan , keputusan sekarang terletak pada family , andainya jalan itu tertutup redha sahaja dengan segalanya , mungkin perancangan Allah lagi hebat , but now nak fikir raya je ,soal study tu biar masa yang menentukan kot2 ada keajaiban muncul di balik awan2 hitam ..

apa-apa pun qaseh nak ucapkan selamat hari raya buat semua bloggers , dan nak mintak maaf kat semua andainya entry2 qaseh ada yang menyedihkan hati , membuat terimbau balik kenangan2 lama , atau terguris perasaan , terasa hati yang tak sengaja atau pun dengan sengaja , maafkan kitaaa yeeee =) dan kepada semua berblog lah dengan berhemah jangan jadikan isu kecil or besar satu perselisihan faham , kita semua dah besar dah ,ada akal dan boleh fikir apa yang baik dan apa yang buruk ..

 
JEMPUT LAH MAGHI GHUMOH QASEH BELAKO DEHHH 
KALU DOP MARI GHUMOH DOPLEH LAH DUIT RAYOOOOO HIHIHIHIHI
RUMOH DEKAT2 NI JAH , JERTEH 
SAPO2 NOK MAGHI TU PM QASEH KAT FACEBOOK.. 
BULEH G NUSUK [SEMBUNYI] AWAL2 ..
0-0 DEH BELAKOOOOOO ...
KASUT RAYO NGAN BEG RAYO DOP BELI LAGI NI ..
XDOP SAPO NOK BELANJO KOOOO ~
[BAJU RAYO DI TAJO OLEH DATO' K [KYLERIL]
MUKA COMOT , MASA DAPAT BAJU NI CEPAT2 PAKAI HAHAKS ..


tension gilosss serowww...

tak tahu lah nak sambung ke tidak ni , dah berendam air mata dah aku ni , macam orang yang takleh balik beraya kampung selama 9 bulan dah , hurmm kos pengurusan ladang tu mende pulak dah .. siyes tak tahu nak sambung ke tak !


korang bagi lah pendapat kat qaseh sob3x tadi tanya abg beng pasal hal ni , dia sokong je mana2 tapi dia ada tanya nak ke jadi usahawan nanti , ntahlah blur sebenarnya ni ..helpppp , kalu tak sambung macamnilah rutin harian boringnyeee.. ya Allah ni lah orang kata belum dapat something tu terminta2 nak ! kalau dah dapat meragui pulak .. 

sakit nya kepala rasa macam beban kena tanggung sedozen anak yang nakal2.. kalau korang ada pengalaman rakan kepada rakan kepada rakan korang or nak bagi idea yang boleh mengurangkan beban ni sila lah ... jangan malu2 ,qaseh amat mengharapkannya .. tq yati ngan hencik kyle yang menyokong , family pun tak menyokong so macamana aku tak berendam air mata ..

lupa pulak nak bagitahu , kat UITM , JENGKA PAHANG


Assalamualaikum ...

tadi ondeway qaseh dtg kerja jalan kaki , ada sebuah lori berhenti kat simpang , qaseh ingatkan dia dok tengok peta kot2 tak jumpa jalan , tapi hampeh ! duk cucuh rokok selamba je isap rokok ! weiii tak macho langsung ! ingatkan qaseh sorg je tengok tapi 'pokloh' jiran qaseh pun tgk sekali ,dia laung kat qaseh tu tengok duk isap rokok.. menggeleng kepala beliau .. TERBUKA SANGAT LAH TU KONON!!
Open minded tak salah tapi terlebih open minded tu yang jadi kucar kacir , kadang2 dengan sifat terbuka tu lah timbulkan satu perbalahan , satu isu , satu kontorversi tapi tiada prestasi , sorry to say qaseh tak tujukan untuk sesiapa , lebih-lebih lagi sifat terbuka tu tanpa fikiran yang panjang ..banyak sebenarnya keterbukaan yang menyempitkan minda ni lebih2 lagi meletakkan agama kat belakang ..cth :
  • weii open minded lah sikit dalam bergaya tu .. macam budak kampung jerk
open minded ke kalau pakai baju ketat2 , free hair , bergaya tak salah ,macam budak kampung pun tak salah ! tak mati pun , biarlah cara kita tu tak memBODOHkan diri sendiri
  • salah kah aku meluahkan ketidakpuasan hati aku dengan cara yang terbuka ?
kalau lah kamu tak puas hati pada seseorang , bagitahu lah sendiri dengan tuan punya badan tapi kenapa harus meletakkan sesuatu tu di tempat umum ? pastu someone say ''lebih baik berterus terang dari bermuka2'' 

yup qaseh pun setuju ! lebih baik berterus terang tapi kenapa tak one by one ? sebab nya senang kalau sorang2 ni takde geng ! kalau ramai2 ni banyak geng! bolehlah tubuhkan gangstarrrrrrrrrrrrrrrrrr lepas ni ye ~ kalau ramai2 ni boleh lah kumpul banyak2 dosa sikit , ayat2 pedas mengata bagai ..

dan banyak lagi keterbukaan yg menyempitkan minda , maybe dari awal kita kata bukan niat kita untuk jatuhkan someone , tapi tengoklah balik PERBUATAN KAMU TU SUDAH MENJATUHKAN ORANG , ingatlah Allah tahu segala isi hati kamu , ALLAH tahu adakah hati kamu sedang ketawa terbahak2 ,ALLAH tahu tahap mana keikhlasan kamu , kata2 boleh membentuk sejuta patah perkataan tapi ALLAH maha tahu segalanya dalam hati kamu ..hitam ka! putih ka ! busuk ka ! wangi ka! .. dan malaikat sentiasa mencatit apa yg kamu buat ~

hati berbicara :
hati2 bila bersifat terbuka takut nanti Allah membuka segala2NYA .. jangan main2 dengan maha pencipta kita , hari ni kat dunia ni bolehlah kita gah punya geng ramai , tapi esok2 ko sorang je xde nye nak dapat geng , bogel pun xde orang nak tengok dah kat sana nanti , sebab semua orang takut menanti apa yang bakal terjadi ..~ 


Assalamualaikum...

''aku ingin mencari ketengan diri ,agar hidup ini bukanlah suatu mimpi''

cinta bukan mudah ,kadang berat hingga di bawa ke bahu , andai bahagia itu tiada penghujung pasti ku bawa hingga ke syurga tapi kau yang memutuskan lantas memberikan ku luka , kau jadikan aku dalam pelakon sandiwaramu , aku tahu tidak dinamakan cinta andai tidak sakit , andai tidak luka, oh tuhan berderai air mataku demi sebuah cinta yang hampa ..

hati yang dulu lembut kian keras ,senyuman yang dulu mekar kian tawar  , pandangan yang dulu bercahaya kian pudar kerana sebuah luka yang tiada wajah ,bukan aku membenci mu tapi aku kecewa denganmu tapi terima kasih atas bahagia yang dulu aku harapkan dan terima kasih atas luka yang tak pernah aku mimpikan

kadang2 tanpa kita sedar kita benci seseorang yang pernah membahagiakan kita , kita lupa kita jijik dengan orang yang mengajar kita erti rindu , erti kasih sayang ,erti pengorbanan ~ yang dulu kita puja , yang dulu kita sentiasa bermandikan dengan kata2 dari bibir yang tiada noktahnya , kini semua hilang sekelip mata ~ jangan ada benci di antara kita ..kita lupa sekali kita berjanji untuk bercinta sebenarnya kita sudah berikrar untuk menghadapi segala risiko .. so luka itu lah risikonya , pasrahlah ..selangkah kamu gagal selangkah kamu mendekati cinta yg sebenar , kerana pengalaman mendewasakan kita

hati berbicara :
awan mendung tidak bererti akan hujan , tidak selamanya awan2 hitam menghantui dirimu 
yakinlah semua itu suatu ujian dan dugaan dan masih banyak waktu untuk kita meraih cinta ..
masa lalu biarlah berlalu .. kerana masa lalu juga kita pernah bahagia walaupun akhirnya terluka 
terima kasih sahaja atas segalanya dan redha itu satu jalan yg terbaik 

Assalamualaikum..
alhamdulillah mendung je pagi ni ,semalam hujan ..

''hanya padaMu ku meminta syafaat''

Derhaka dalam taat pd Allah ? apa tu ye ? entry ni sebenarnya berkaitan dalam bulan2 islam lebih2 lagi lailatulqadar ! 

cuba tanya pada diri kita sendiri ! apakah malam yang paling mulia di sisi Allah ? kita pun menjawab malam lailatulqadar yaAllah ~ apakah malam yang mulia di sisi kita ? nisfu syaaban ! sedangkan malam lailatulqadar tu lebih mulia di sisi Allah tapi kita kadang2 lebih mengutamakan nisfu syaaban , menghidupkan masjid ,membaca quran ,surah yassin ! betul tak ? sedangkan malam lailatulqadar yang kita tak tahu , kita tak menghidupkan masjid seperti mana nisfu syaaban ! yang ada pun hanya segelintir rite ? itulah derhaka dlm taat ~

bagi orang arab , 10 ramadhan terakhir kalah musim haji ! mencari lailatulqadar ! sedangkan pd nisfu syaaban biasa2 je .. tapi malam tu masyaAllah semua orang sibuk mencari ~ membuat amal !sangat hebat ! dan malam lailatulqadar lah malaikat2 turun menziarahi masjid2 dan rumah2 , bilangannya WALLAHUALAM ..

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
The angels and Jibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,

Tanazzalul Malaaikatu War Ruuhu fiyhaa Bi Idhni Rabbihim Min Kulli Amr - ayat ni menunjukkan malaikat2 akan turun kebumi .. ye nak g tengok ! muka mana yang ada kat masjid2 ! ye nak tengok penghuni2 setiap rumah tu duk buat mende .. baca quran ke , solat ke , online fb ke .. macam2 ..dan jenis2 rumah yang malaikat pergi ..

1- Rumah yang bersih dan suci ..
ce try cek tengok umah kita gane .. bersih dop ? bersihh ! tapi suci dop ? bersih dan suci ni lain ye berbeza , kalau suci ni bebas dari najis2 atau kotoran2x.. 
contoh kalau rumah ada budak2 kecik ,adik2 kita ! mak tukar lampin pastu lepek lampin tu kat lantai ! u understand what is 'lepek', lepek ni letak lah , pastu kita tak basuh dengan air , mana lah tahu air kencing yang ada kat pampers or lampin tu dah kena lantai ..so tidak suci lagi ! ilang lah dara ..~ erk

2-ahli rumah yang sentiasa berzikir dengan lidah dan hati 
hati yang sentiasa berharap ,kalau nak wat mende2 pun hati duk sebut 'Allah Allah Allah~
ada ayat2 al-quran kat dinding yang bangla2 dok jual berlambak kat pasar2 tu .. tepek kat dinding ,kalau tengok je mesti lah kita baca kan ..

3-penghuni yg sentiasa menunaikan solat

4-penghuni yang makan hasil dari halal 
contoh yang kerja kerajaan ni , buat overtime konon2 or punch card tu , masuk pukul 11 tapi buat situ pukul 10 ,takut bos marohhh ! padahal bos besar kat atas duk tengok ..so halal dop yang sejam tu ? tak halal ! maknanya haram ! dapat gaji beri kat anak bini !

5-rumah yang sentiasa menghubungkan silaturahim 
ni jenis rumah yang peramah , dop suka gaduh dengan jiran2 , selalu buat baik 

6-penghuni yang sentiasa buat baik pd ibu bapa 

7- penghuninya suami isteri yang soleh dan solehah 

8-penghuni yang berbuat baik pada kaum kerabat , yang sentiasa memaafkan orang lain 

9-penghuni yang menjauhi perkara2 mungkar 
contohnya : ada penghuni tu buat rumah dia sebagai tempat buat ketupat, ketupat kat sini bukan ketupat nasi ngan pulut tu ! tapi [mengumpat] pastu ada lah orang ni kata ''ustazah eh ! ambe dop mengumpat pun tapi ambe dengar je ! samalah tu cik gayah oiiii ~ dua2 dapat dosa besar !

10-rumah yang ada patung2 , salib yang menyerupai rumah orang bukan islam
kita kena hati2 jugak jam yang ada loceng tu , ting tong ting tong , ada sama macam jam duk dekat gereja dop ? lebih kurang je kan ? sooo hati2 lah ..

hati berbicara :
setakat tu dulu lah qaseh sampaikan , panjang bebeno takdop orang nak  bace nanti kang ..
so kalau yang nak baca tu try mikir and tengok balik rumah2 kita lagumana , nak dop malaikat masuk umah kita ? kalu nok ! lepas ni cek umah kita tu ye ..
dan kalau yang takmo baca sebab ni pasal agama ~ orang ganung kata ! ikut mung lah ~ kalu mung ase mu nak ! mu baca amek mikir , kalu mung ase taknok .. terpulang pd diri mung ..
hehe untuk diri sendiri jugak ..kalau ada salah2 tu sila tegur ye ustad jiji
Assalamualaikum...

Jeng3x kelmarin qaseh dapat kad raya dari seseorang yang hensem ... nak tahu siapa
kad raya pertama dari Iz [sila terjah ] hensemm orangnya hik3x
kad raya dari iz ...

muka comot mesti ada haha ..

KAD RAYA KE DUA DARI sis anies [sila terjah] sis anies ni minat bola tauuu



hati berbicara :
tq buat  Iz dan jugak sis anies yang sudi bagi kad raya ni ..
qaseh tak sempat pun nak g cari kad raya apatah lagi nak p pejabat pos ..
semoga kalian terus sukses dalam berblog dan ampun maaf di pinta andainya terkasar bahasa ..
SELAMAT HARI RAYA .. muahhhhhh


Assalamualaikum..
dah nak masuk bulan syawal dah kita ye.. cepat nya masa berlalu , ramadhan pun akan meninggalkan kita terasa sekejap manisnya .. emm

''jangan hisap rokok tembakau cina ,tidak keluar asap berbunga2''

kadang - kadang tanpa kita sedar dalam meminta apa yang terbaik buat kita , kesihatan tiada dalam ranking pertama , biasanya pertama dalam list kita nak bahagia , nak beramal soleh ! sedangkan kesihatan yang patut jadi pertama ! kerana apa ? kerana kalau tidak sihat boleh kah kita bahagia ? kalau kita tidak sihat bolehkah kita beramal soleh dengan sempurna ? tidak bukan ~

dalam islam bila sesuatu yang di larang itu pasti kerana ada benda yang tidak elok , kita amek contoh 'merokok' kenapa islam melarang ? sebab mesti akan memudaratkan kesihatan kita rite ?tapi kenapa kita still buat jugak ?kadang2 bila sakit baru sedorrr , yang tak sempat nak sedor2 tu yang susah ! baru je nak sedor dah jalan dah ~ innalillah .. 

sebenarnya perokok ni bukan ketagih kan ? kalau ketagih kenapa bila puasa dia mampu tahan ? biasanya orang ketagih ni dia tak mampu nak tahan ! dan kenapa kita seringkali tak mengikut syariat ? contoh nabi kita berbuka puasa dengan buah kurma tapi sesetengah orang dengan rokok dulu .. nyandar tepi dinding fuh3x puass ! nak ke nanti kamu berpenyakit ? masa ni kamu gembira tapi esok2 kalau kamu terbaring je tak mampu nak buat apa2 .. kelip pah kelip pah ! berhentilah sayang sebelum terlambat .. 

hati berbicara :
iklan tett tett [terjumpa kembar hanis zalikha] tetttt
kita selalu cakap kat diri sendiri ,kita tak mampu nak buat sesuatu yang dah jadi tabiat tapi sebenarnya kita tak bersungguh pun untuk berhenti ! kita cakap dengan mulut kita tak mampu ! 
eh aku tak mampu ! tapi ada kau buat ? xde kan ..
kita rasa kita sihat waktu ni , kita boleh berjalan , kita boleh ketawa ~ tapi esok2 kalau kita masih tak mengamalkan cara yang sihat tak mustahil segala sendi ,paru2 berkarat ,
lama2 ia reput tanpa kita sedar last2 kita tak mampu menikmati kehidupan dengan sebaiknya ..
try your best ..sebelum kata tidak ~
chaiyok2!! qaseh xmo korang sakit =( dengar lah nasihat qaseh ni 
DAN YANG BUDAK2 BELUM BERSUNAT TU JGN GATAL2 NAK ISAP ROKOK! 
TAMPO JADI GILA KANG 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates