• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...

''aku ingin mencari ketengan diri ,agar hidup ini bukanlah suatu mimpi''

cinta bukan mudah ,kadang berat hingga di bawa ke bahu , andai bahagia itu tiada penghujung pasti ku bawa hingga ke syurga tapi kau yang memutuskan lantas memberikan ku luka , kau jadikan aku dalam pelakon sandiwaramu , aku tahu tidak dinamakan cinta andai tidak sakit , andai tidak luka, oh tuhan berderai air mataku demi sebuah cinta yang hampa ..

hati yang dulu lembut kian keras ,senyuman yang dulu mekar kian tawar  , pandangan yang dulu bercahaya kian pudar kerana sebuah luka yang tiada wajah ,bukan aku membenci mu tapi aku kecewa denganmu tapi terima kasih atas bahagia yang dulu aku harapkan dan terima kasih atas luka yang tak pernah aku mimpikan

kadang2 tanpa kita sedar kita benci seseorang yang pernah membahagiakan kita , kita lupa kita jijik dengan orang yang mengajar kita erti rindu , erti kasih sayang ,erti pengorbanan ~ yang dulu kita puja , yang dulu kita sentiasa bermandikan dengan kata2 dari bibir yang tiada noktahnya , kini semua hilang sekelip mata ~ jangan ada benci di antara kita ..kita lupa sekali kita berjanji untuk bercinta sebenarnya kita sudah berikrar untuk menghadapi segala risiko .. so luka itu lah risikonya , pasrahlah ..selangkah kamu gagal selangkah kamu mendekati cinta yg sebenar , kerana pengalaman mendewasakan kita

hati berbicara :
awan mendung tidak bererti akan hujan , tidak selamanya awan2 hitam menghantui dirimu 
yakinlah semua itu suatu ujian dan dugaan dan masih banyak waktu untuk kita meraih cinta ..
masa lalu biarlah berlalu .. kerana masa lalu juga kita pernah bahagia walaupun akhirnya terluka 
terima kasih sahaja atas segalanya dan redha itu satu jalan yg terbaik 

Assalamualaikum..
alhamdulillah mendung je pagi ni ,semalam hujan ..

''hanya padaMu ku meminta syafaat''

Derhaka dalam taat pd Allah ? apa tu ye ? entry ni sebenarnya berkaitan dalam bulan2 islam lebih2 lagi lailatulqadar ! 

cuba tanya pada diri kita sendiri ! apakah malam yang paling mulia di sisi Allah ? kita pun menjawab malam lailatulqadar yaAllah ~ apakah malam yang mulia di sisi kita ? nisfu syaaban ! sedangkan malam lailatulqadar tu lebih mulia di sisi Allah tapi kita kadang2 lebih mengutamakan nisfu syaaban , menghidupkan masjid ,membaca quran ,surah yassin ! betul tak ? sedangkan malam lailatulqadar yang kita tak tahu , kita tak menghidupkan masjid seperti mana nisfu syaaban ! yang ada pun hanya segelintir rite ? itulah derhaka dlm taat ~

bagi orang arab , 10 ramadhan terakhir kalah musim haji ! mencari lailatulqadar ! sedangkan pd nisfu syaaban biasa2 je .. tapi malam tu masyaAllah semua orang sibuk mencari ~ membuat amal !sangat hebat ! dan malam lailatulqadar lah malaikat2 turun menziarahi masjid2 dan rumah2 , bilangannya WALLAHUALAM ..

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
The angels and Jibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,

Tanazzalul Malaaikatu War Ruuhu fiyhaa Bi Idhni Rabbihim Min Kulli Amr - ayat ni menunjukkan malaikat2 akan turun kebumi .. ye nak g tengok ! muka mana yang ada kat masjid2 ! ye nak tengok penghuni2 setiap rumah tu duk buat mende .. baca quran ke , solat ke , online fb ke .. macam2 ..dan jenis2 rumah yang malaikat pergi ..

1- Rumah yang bersih dan suci ..
ce try cek tengok umah kita gane .. bersih dop ? bersihh ! tapi suci dop ? bersih dan suci ni lain ye berbeza , kalau suci ni bebas dari najis2 atau kotoran2x.. 
contoh kalau rumah ada budak2 kecik ,adik2 kita ! mak tukar lampin pastu lepek lampin tu kat lantai ! u understand what is 'lepek', lepek ni letak lah , pastu kita tak basuh dengan air , mana lah tahu air kencing yang ada kat pampers or lampin tu dah kena lantai ..so tidak suci lagi ! ilang lah dara ..~ erk

2-ahli rumah yang sentiasa berzikir dengan lidah dan hati 
hati yang sentiasa berharap ,kalau nak wat mende2 pun hati duk sebut 'Allah Allah Allah~
ada ayat2 al-quran kat dinding yang bangla2 dok jual berlambak kat pasar2 tu .. tepek kat dinding ,kalau tengok je mesti lah kita baca kan ..

3-penghuni yg sentiasa menunaikan solat

4-penghuni yang makan hasil dari halal 
contoh yang kerja kerajaan ni , buat overtime konon2 or punch card tu , masuk pukul 11 tapi buat situ pukul 10 ,takut bos marohhh ! padahal bos besar kat atas duk tengok ..so halal dop yang sejam tu ? tak halal ! maknanya haram ! dapat gaji beri kat anak bini !

5-rumah yang sentiasa menghubungkan silaturahim 
ni jenis rumah yang peramah , dop suka gaduh dengan jiran2 , selalu buat baik 

6-penghuni yang sentiasa buat baik pd ibu bapa 

7- penghuninya suami isteri yang soleh dan solehah 

8-penghuni yang berbuat baik pada kaum kerabat , yang sentiasa memaafkan orang lain 

9-penghuni yang menjauhi perkara2 mungkar 
contohnya : ada penghuni tu buat rumah dia sebagai tempat buat ketupat, ketupat kat sini bukan ketupat nasi ngan pulut tu ! tapi [mengumpat] pastu ada lah orang ni kata ''ustazah eh ! ambe dop mengumpat pun tapi ambe dengar je ! samalah tu cik gayah oiiii ~ dua2 dapat dosa besar !

10-rumah yang ada patung2 , salib yang menyerupai rumah orang bukan islam
kita kena hati2 jugak jam yang ada loceng tu , ting tong ting tong , ada sama macam jam duk dekat gereja dop ? lebih kurang je kan ? sooo hati2 lah ..

hati berbicara :
setakat tu dulu lah qaseh sampaikan , panjang bebeno takdop orang nak  bace nanti kang ..
so kalau yang nak baca tu try mikir and tengok balik rumah2 kita lagumana , nak dop malaikat masuk umah kita ? kalu nok ! lepas ni cek umah kita tu ye ..
dan kalau yang takmo baca sebab ni pasal agama ~ orang ganung kata ! ikut mung lah ~ kalu mung ase mu nak ! mu baca amek mikir , kalu mung ase taknok .. terpulang pd diri mung ..
hehe untuk diri sendiri jugak ..kalau ada salah2 tu sila tegur ye ustad jiji
Assalamualaikum...

Jeng3x kelmarin qaseh dapat kad raya dari seseorang yang hensem ... nak tahu siapa
kad raya pertama dari Iz [sila terjah ] hensemm orangnya hik3x
kad raya dari iz ...

muka comot mesti ada haha ..

KAD RAYA KE DUA DARI sis anies [sila terjah] sis anies ni minat bola tauuu



hati berbicara :
tq buat  Iz dan jugak sis anies yang sudi bagi kad raya ni ..
qaseh tak sempat pun nak g cari kad raya apatah lagi nak p pejabat pos ..
semoga kalian terus sukses dalam berblog dan ampun maaf di pinta andainya terkasar bahasa ..
SELAMAT HARI RAYA .. muahhhhhh


Assalamualaikum..
dah nak masuk bulan syawal dah kita ye.. cepat nya masa berlalu , ramadhan pun akan meninggalkan kita terasa sekejap manisnya .. emm

''jangan hisap rokok tembakau cina ,tidak keluar asap berbunga2''

kadang - kadang tanpa kita sedar dalam meminta apa yang terbaik buat kita , kesihatan tiada dalam ranking pertama , biasanya pertama dalam list kita nak bahagia , nak beramal soleh ! sedangkan kesihatan yang patut jadi pertama ! kerana apa ? kerana kalau tidak sihat boleh kah kita bahagia ? kalau kita tidak sihat bolehkah kita beramal soleh dengan sempurna ? tidak bukan ~

dalam islam bila sesuatu yang di larang itu pasti kerana ada benda yang tidak elok , kita amek contoh 'merokok' kenapa islam melarang ? sebab mesti akan memudaratkan kesihatan kita rite ?tapi kenapa kita still buat jugak ?kadang2 bila sakit baru sedorrr , yang tak sempat nak sedor2 tu yang susah ! baru je nak sedor dah jalan dah ~ innalillah .. 

sebenarnya perokok ni bukan ketagih kan ? kalau ketagih kenapa bila puasa dia mampu tahan ? biasanya orang ketagih ni dia tak mampu nak tahan ! dan kenapa kita seringkali tak mengikut syariat ? contoh nabi kita berbuka puasa dengan buah kurma tapi sesetengah orang dengan rokok dulu .. nyandar tepi dinding fuh3x puass ! nak ke nanti kamu berpenyakit ? masa ni kamu gembira tapi esok2 kalau kamu terbaring je tak mampu nak buat apa2 .. kelip pah kelip pah ! berhentilah sayang sebelum terlambat .. 

hati berbicara :
iklan tett tett [terjumpa kembar hanis zalikha] tetttt
kita selalu cakap kat diri sendiri ,kita tak mampu nak buat sesuatu yang dah jadi tabiat tapi sebenarnya kita tak bersungguh pun untuk berhenti ! kita cakap dengan mulut kita tak mampu ! 
eh aku tak mampu ! tapi ada kau buat ? xde kan ..
kita rasa kita sihat waktu ni , kita boleh berjalan , kita boleh ketawa ~ tapi esok2 kalau kita masih tak mengamalkan cara yang sihat tak mustahil segala sendi ,paru2 berkarat ,
lama2 ia reput tanpa kita sedar last2 kita tak mampu menikmati kehidupan dengan sebaiknya ..
try your best ..sebelum kata tidak ~
chaiyok2!! qaseh xmo korang sakit =( dengar lah nasihat qaseh ni 
DAN YANG BUDAK2 BELUM BERSUNAT TU JGN GATAL2 NAK ISAP ROKOK! 
TAMPO JADI GILA KANG 
Assalamualaikum ..
disebabkan ketandusan idea , so qaseh buat entry berdasarkan kata kekunci hari ini , teristimewa buat mu insan misteri ...
ni mesti sebab nebes tahap melampau ni kan bak kata cik adik manis kita ,
''mula2 sembunyi celah dinding lepas tu buak aksi nak merompak sambil bagi bunga '

tentang nak cakap dengan perempuan ni , sebenarnya senang saja asalkan tak bercakap macam perompak ,penjahat , pendusta , pensil bla3x .. perempuan ni suka pada kelembutan , budi bahasa , penuh tertib ! tak bermakna kelembutan ni ko kena jadi pondan ! tidak ~ cuma kena pandai berbahasa contohnya 

aroon aziz : assalamualaikum 
qaseh dalia : waalaikumsalam 
aroon aziz : saya dah lama tengok awak , lemah lembut je orgnya entah lah tiap kali pandang awak manis je , saya tak kisah awak nak cakap saya bermain dengan kata2 atau apa ,yang pasti saya nak berkenalan dengan awak .. kalau tak boleh its ok =)
qaseh dalia : err , saya tak kisah kalau awak ikhlas bla3x 

(contoh sahaja) its better dari 

si polan : peeweeetttt , hoi comeinyo mung ! lamo doh aku tengok mung , tapi mung ni jual mahal sangat lah , jange lah jual mahal sangat nanti dop laku lah mung , aku nok kenal dengan mung ni ! mung nak kenal dop dengan aku weh !
si bunga : opocot mak engkau , ni orang ke rimau ! cabuttttttttttt ~

haha .. itu lah dikenali sebagai budi bahasa budaya kita , bukan budu sedap sengoti cap limau ketereh ! so jangan takut2 nak bercakap dengan perempuan cuma jangan bercakap macam kita ni tak ada agama , be a gentleman dan yang paling penting jangan memperlihatkan kamu tu seorang yang terlalu memaksa ! dan tergopoh gapah .. perempuan suka lelaki yang misteri , sombong2 sikit .. makin misteri makin perempuan nak dekat .. ''i love it when i catch you looking at me , then you smile and look away =) ''

hati berbicara :
kalau kita ada adik perempuan pasti kita nak mereka di kasihi oleh seseorang yang baik , bertanggungjawab ,beriman ! so kita pun kena jadi macam tu jugak ..
kalau kita nak adik or kakak kita sentiasa di cintai so kita juga perlu mencintai orang dengan seikhlas hati ..=) 
''sama ada kau sayang atau tidak , rindu atau tidak tapi dalam hati ini ada dirimu , dalam tiap getar rasaku terukir namamu, marahmu, gelak tawamu''

Assalamualaikum...

Talking about responsibility , sebenarnya ia bukan mudah , sangat2 berat for me as a girl , for men ? i dont know ~ 

aku tak tahu kenapa aku takut dengan perkataan 'marriage' walaupun hati ni nak jugak kahwin bila time fius gatal tu datang..its so so so so scary for me! it freaks me out !  maybe because i need to be prepared mentally and physically for the responsibility , which ain't all breeze ! its so Scary with a big capital S..!its not some kind of game yang kita boleh main aci tak aci , it's all about building a family a future .. 

hurmm but responsibilty is always really heavy to bear ! if im your wife ~ i want to be a devoted wife , a good mother , beloved by my in-laws and a lady who manages her family well .. which is not easy ! tapi kalau nak ikutkan memang banyak tanggungjawab dan rasa2nya lelaki yang lagi banyak tanggungjawab ni kan , kalau nak ikutkan sedia or tak sampai bila2 pun rasanya takkan sedia sehingga kita sendiri yang masuk dalam dunia itu !
hati berbicara :
apa-apa pun semoga kita semua dapat pikul tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA sebaik mungkin kerana tanggungjawab juga boleh mengheret kita ke dalam neraka .. lebih2 lagi kaum adam bila masuk dalam alam rumahtangga 
''it is not mere relationship between a man and lady ,it's actually the time when the man take over the responsibility about someone's daughter , to love ,cherish,guide and protect her ~ fulfill all her needs !''
3 ceritera dalam sebuah pelangi ~
 Assalamualaikum...


BILA KAU MULA SAYANGKAN SESEORANG
                 

bila kau asyik tersenyum dan malu2 kambeng waktu sebut nama dia


bila bibir kata tidak tapi hati kata ya ..


bila tanpa alasan dia saja yang kau mahu 




bila kau tutup mata walau dalam gelap , wajah dia masih kau bayangkan


dan bila kata2 dia boleh kau hafal 



BILA KAU PERLU LEPASKAN SESEORANG

bila kau rasa dia lebih bahagia tanpa kau di sisi 

bila kau pasti dia tak mungkin jadi milik kau walau sejauh mana pun tangan menjangkau 



BILA KAU PERLU HARGAI SESEORANG

bila dia sanggup terima dirimu seadanya 

bila seseorang yang kau lukai masih terima dan cintakan kamu, itulah yang terbaik dan jangan pernah lepaskannya buat kali ke dua ..

hati berbicara :
aku tahu entry kali ni macam budak2 tadika suka minum air ribena .. T_T tapi itulah hakikatnya hehek jangan mare naaa.. nak rilexkan minda yang berserabut , nampak comei je smiley tu korek idung ..
dalam hidup kita pasti kita akan terluka ,mahu tak mahu adakalanya kita memang akan tempuhi luka itu walaupun sebaik mungkin kita memilih untuk melalui jalan yang tiada rintangan ,dan hidup kita bukan macam filem setelah tamat semua pelakon boleh kembali pada asalnya ~ walaupun hakikatnya kita memang pelakon di dunia realiti .. 
''oh dimanakah lelaki yg dapat menyelimut tubuhku disaat ku kedinginan  , memeluk erat disaatku kepayahan ,pelukannya memberitahu aku yang aku wujud di dunia ini''

Assalamualaikum...

ku semai benih cinta ,
ku peluk bayang malam ,
kau tusuk sembilu bisa ,
tinggalkanku dalam diam ..
ku himpun suara duka ,
ku selam angin senja ,
biarpun retak lara ,
ku pasrah segalanya..


jika kau dah semai benih cinta , jika kau dah siram embun kasih ! namun andainya tidak bertunas kasih sayang dan cinta , kau pasrah dan redhalah dengan segalanya ~ kau redhalah dengan segala yang terjadi , kau bukan miliknya yang abadi bukan di dunia mahupun di akhirat , siapa kau untuk jadi bayangan hidupnya ?berbanding kuasaNYA yang menjadikan semesta alam ,bulan dan bintang

cukuplah kau berteleku sambil menangisi wasiat cinta yang tidak berpenghujung , cukuplah kau sia2kan air mata yang mengalir tanpa keredhaanNya , cukuplah hati mu yang sepi tidak berpenghuni di hiasi dengan kesedihan dan harapan yang takkan pernah ada jawapan .. cukuplah sayang !! cukuplah .. warghhhhhhhh

hati berbicara :
andainya ada antara kamu yang masih mengharap cinta lalu .. hentikanlah sekarang sebelum aku pergi letak bom di rumah kamu .. ini bukan cobaan , ini benda serius ..! 
salam nuzul al-quran buat semua , dalam kita duk berjiwang jangan di lupakan pada yang telah pergi , antara kita dan mereka hanya doa yang menyambungkan ~ 
dan yang masih hidup dalam janji2 lalu bukalah mata , yang kamu sedang di perbodohkan .. 
pasrah lah dengan segalanya 
menangislah menangis tak malu !
''lepaskan genggaman tanganmu , pergilah ~ dia sedang menantimu''
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates