• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

2008

2011

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa letak apa-apa penjelasan..,wiki.answer.com
Assalamualaikum .. tadi nak cari ketenangan tapi tak tenang2 agy hahahaks ..


''listen to ur heart''

teringat kata2 seorang ustaz  tentang pendapat , beliau mengatakan bahawa sebenarnya pendapat kita semua ni betul ! betul bagi diri sendiri or ada jugak betul pada individu2 lain ~ cuma yang kita cari sebenarnya adalah pendapat terbaik di antara yang terbaik ~

qaseh setuju sangat , kadang2 kita rasa pendapat kita betul ! ego lah kunun2nya ~ lepastu ada pula orang kat sana melaungkan eh ! aku rasa pendapat aku lagi betul .. pastu yang lain pun masing2 nak tegakkan pendapat masing2 .. hingga membawa kepada persengketaan .. ada yang guna kata2 makian ~ hebatkah caramu ! hebatkah pendapat mu dengan segala caci maki ! hebatkah sayang ~.... kalau tak tahu cara nak bagi pendapat tak payah melaungkan pendapat kamu betul jika cara mu sudah salah ! baik kamu laungkan ALLAHUAKBAR! TAKBIR !

hati berbicara :
jika kita nak pendapat kita di terima orang , gunakanlah perkataan sebaik2 perkataan ..
perkataan yang tidak mampu mewujudkan rasa marah pada orang ~
ayat yang tidak membenamkan rasa tidak puas hati pada orang ~
bukan pendapat di sertai dengan emosi ~ bukan pendapat di turuti dengan kata benci ! 
pendapat yang seikhlas2 dari hati ... ~ tapi ada isi ada kebenaran dan ada juga kata2 nasihat ~ 
so apa pendapat korang tentang pendapat ? eceh !
ku seru ~ 
LINE TENAT GUWA PUN SUDAH PENAT~
Assalamualaikum ,

awak ~ boleh tak awak kembalikan kebahagiaan yang telah hilang ~ 
 boleh tak awak basuh luka yang pernah awak tinggalkan ~
 boleh tak awak sapu air mata yg mengalir kerna awak ~ 
awak ... saya benci tapi saya rindu ~ dendam tapi sayang ! awak jahat !

luka di lukai tanpa di minta ia menjengah , tanpa di undang ia mendatang , perit ! pedih ! sakit ~ derita ...saat itu tak pernah terfikir kebahagiaan yang selama ini kuat hancur berderai ibarat kristal terhempas ,lalu air mata murahan mengalir bersama rintihan menyalahkan segala takdir !kadang2 aku boleh terima cinta tapi aku tidak boleh menerima takdir , keluhan tanpa keimanan ~

bila diri dalam dunia kesedihan , terkadang kita merayu ingin mendapatkan masa lalu sedangkan masa lalu telah lama berlalu , yakinlah sebenarnya pandangan kita terbatas sedangkan pandangan Allah itu maha luas ~ jangan pernah mengatakan kenapa aku yang kena ! jangan labelkan kenapa aku yang malang ! tapi katakan sebenarnya aku yang terpilih ! terpilih untuk putus cinta tapi bersambung cinta dengan Allah kerna DIA memutuskan untuk menyambungkan ~ fahamilah ........

hati berbicara :
filosof barat -hendrick - ''mencintai orang yg tidak mencintai kamu adalah sia2 ,menyia2kan orang yang mencintai kamu adalah berbahaya ''
dari ayat tu kita mula berfikir , putus cinta satu rahmat yang tersirat , Allah tahu !Allah lebih mengetahui dari kita ~ ''Allah menjemput aku untuk mencintai DIA '' ..sedarlah Allah yang mencintai kita tapi kita yang menyia2kanNYA .. itu lah yang bahaya ~ dan kamu di luar sana yang sedang berduka kerana menangisi kebahagiaan yang hilang ~ biarkan ia hilang kelak nanti ada pegganti yang lebih baik ! dan jangan pernah rasa bila kita hilang cinta ~ kita bukan tersisih ! tapi sebenarnya kita yang terpilih ~..percayalah ..
qaseh pun pernah terluka ..mula2 mmg lah perit lepas tu alhamdulillah syukur Allah munculkan pelangi yang cantikkk (hik3x gelak gatai)



Assalamualaikum ...

dah lama jari berehat menyuarakan isi hati .. ni line punya pasallah , selalu je buat mama macam ni tau ! eceh tetiba jadi mama  keh3x ..btw bukan sebab line , ingin ku berehat di syurga nan indah tapi ku sedang mencari kunci2nya ~ agypun takde sape pun yang rindu ~  xpelah suatu masa nanti pasti ku pergi jua ~ mencari ketenangan jap dan biarkan saja bicara rindu itu berlalu .. usahlah di persembahkan kerana tiada bicara dapat ku balas .. semoga ketenangan dapat mengubat segala rindu .. adios ~ jangan tanya kenapa kerana tiada jawapan dapat ku beri ~ jangan suruh bersabar kerana tiada emosi yang terdampar ~ aku bukan burung tapi aku juga perlukan sayap untuk bawa ku terbang ......... assalamualaikum
Assalamualaikum.. semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kita..amin =)
''bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam - imam ghazali''

ramai nya keluhan lelaki2 di luar sana ye ''susahnya mencari perempuan yg solehah'' tapi lupa pulak jadikan diri sebagai lelaki yg soleh ! hanya yang soleh mengenal solehah ~ sebenarnya bukan susah nak cari yg solehah tapi caranya jadikan diri kita dahulu calon suami yg soleh , time free2 duduk sendirian di tepi jendela sambil merenung keindahan alam tanya diri sendiri ~ adakah aku seorg yg soleh ? ataupun dah berusaha kah aku untuk menjadi yg soleh ! jawab dgn jujur jgn tipu diri sendiri ~ susah kan ? tapi susah lagi nak meneropong iman di hati org lain ~ lalalala

kadang2 lucu dengar jawapan2 mat2 rempit , kaki botol ! aku nak cari isteri yg solehah sambil merempit lak tuh ! apa kejadahnya ~ pastu mereka kata wanita yg jahat mana boleh buat isteri ! buat bini bolehlah ~ sedangkan mereka sebenarnya tidak layak buat suami hanya boleh buat laki !hahahaks tapi tu lah fitrah tabi'e manusia kan ~ mesti ada yang akan cakap (alaaa lepas kawen nanti didiklah ) ingat senang ke nak didik kalau dah bertahun hidup dalam kejahatan ? macam ayat imam ghazali kat atas tuh ! so apa lagi jomlah kita baiki diri baru kita cari yg terbaik !

hati berbicara :
untuk lelaki ~ 
jangan pernah mengukur kesolehahan isteri dengan tali yang panjang sedangkan kesolehan diri sendiri dikukur dengan tali yang pendek ~ jika kita menjadi yang soleh , maka yang solehah akan muncul dengan sendirinya ..so hentikanlah penantian solehah itu tapi percepatkan pembinaan soleh pada diri sendiri ~ seperti ungkapan ''jadilah kawan bukan carilah kawan''
''perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik '' (- An-Nur 24 : 26)
jangan terlalu cepat hingga tersadung ~ jangan terlalu perlahan hingga terlambat - rujukan buku tentang cinta 
dan sebaliknya , nak cari soleh kena jadi solehah dulu ..qaseh pun sama gak , masih jauh lagi ~
wordless wednesday


Assalamualaikum , lmbat hupdate sebab blackout tadi .. xpe alhamdulillah  ujian ada hikmah , balik keje awal hahahaks
''tidak ada wanita yang hodoh , hanya kecantikan yang berbeza''

sukakan kecantikan tidak salah , kdg2 ia dah jadi satu fitrah rite , kita semua sukakan kecantikan dan tuhan kita pun sangat cantik.. kamal, jamal , jalal itu mmg sifat tuhan (sempurna,cantik,agung), kita semua suka cantik islam juga suka cantik, jika ada yang mengatakan islam itu tidak indah maknanya hati mereka sebenarnya tidak indah , macam kelawar yg tidak dapat melihat siang , bukan kerana siang itu gelap tapi mata kelawar yg tidak mampu menatap terangnya siang ..

wanita cantik pulak ! kalau kita sebagai manusia , kalau berjumpa dgn org jujur , semua sepakat sayangkan org yg jujur tapi pada rupa berbeza pada setiap org , sebab tu ada ungkapan ''beauty is in the eye of beholder'' ..kecantikan sebenarnya bermula dari dalam ke luar , so tanamkan iman di dalam hati kita dan susuli dengan perbuatan yg baik , bila iman dah di tanam ! syariat ditegakkan akan berbuahlah akhlak yg mulia ~ ini lah kecantikan yang hakiki ! apa gunanya mulut yg cantik kalau digunakan utk mengumpat ? apa gunanya wajah yang cantik jika mendedahkan aurat ? ini lah kecantikan sejati ....

hati berbicara :
''ada ungkapan berbunyi , kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasakan dirinya cantik dan berbangga dengan kecantikannya '' wallahualam !
tapi yg pasti jika kecantikan tidak di sertai dengan iman yg kuat , maka pemiliknya akan hilang kawalan , kdg2 bila kita tengok di sekelililng kita wanita yg cantik selalu di peralatkan , di gunakan oleh media , mereka rasa bangga ! tapi sebenarnya mereka cuma barang permainan kepada dalang2 kepentingan ! 
cantik tidak salah , tp salah menggunakan kecantikan tu yg sebenarnya salah ! kata org wanita cantik jrg berakhlak umpama bunga tanpa wangian tapi kalau cantik dan berakhlak pula hebat ! umpama cantiknya wanita solehah pd zaman Rasulullah =)



Assalamualaikum....

''bila aku pakai seluar mereka pandang , aku rasa macam di bogelkan , bila aku pakai baju kurung mereka masih memandang , apa yang tidak kena sebenarnya , perlukah aku berkurung untuk menutup pandangan mereka2 .. lalu aku berpakaian muslimah menutup segala aurat tapi ~ mereka still memandang ..kalau aku pakai purdah aku rasa mereka masih memandang apatah lagi kalau aku pakai guni !!!!! pastu aku nak pakai apa weh !''

hai koram , sebenarnya kita tak boleh menyekat pandangan orang pada kita , sebab kita pun sama kadang2 bila melihat someone di depan pasti kita akan melihatnya samaada dia seksi , atau dia menutup segala aurat ! kita pasti melihat melainkan kita buta .. pastu kita nak buat macamana ustazah eh ! ok sebenarnya kita memang tak boleh menyekat pandangan mereka tapi kita boleh menyekat rasa melalui pandangan mereka ! haaa contohnya :

a) si A dia pakai baju ketat2 , legging (betul tak eja) memang mantop seksi ! 
orang pandang tapi timbul satu rasa terutama kaum adam , kaum adam kan cepat sensitif , bila dia pandang tiba2 dia rasa bernafsu  tahap merah ! kalau banjir tahap merah ni kena pindah dah ! kalau lelaki tahap merah maknonyo kenolah kawen ... so pandangan mereka tu pada kita bernafsu .. pandang sekali tak pe pandang 2 kali dgn nafsu .. so kita dosa , dia pun dosa ..

b) si B pakai baju menutup aurat , pakaian longgar ..tgk pun tak lalu 
orang tetap pandang tapi bukan bernafsu , so kita dah buat benda baik tak hadirkan rasa nafsu pada kaum adam yg melihat ,mereka cuma melihat ,maybe dalam perasaan diorang juz berkata sejuk mata memandang , kaum adam pun tak lah tersiksa ... cian kan kaum adam duk merintih katanya siksa seh ! poyo je haha 

hati berbicara :
kalau kita dah tak tahu nak pakai apa dah .. qaseh sarankan mula2 kita pakai otak , otak tu ada akal , bila ada akal mestilah pandai berfikir so secara automatik kita tahu apa yang perlu kita pakai ...
kita yang menghadirkan rasa dan kita juga yg perlu membuangkan rasa itu ,
adakalanya kita saling salah menyalahi antara sesama kita 
''hey kaulah pakai seksi '', ''hey kau tengok pasai apa ''
sebenarnya kita semua salah kerana asik bergaduh dan alpa , sepatutnya kita baiki kelemahan yang ada pada kita .. bila semuanya berubah dari buruk ke jahat , orang pun takkan mampu menyalahkan kita lagi ... =) 
assalamualaikum ?

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates