• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ..
 u know wat im bored !!!!!!!!!!!!!!!!!!
kadang2 bosan dengan hidup ni..bila lah nak kawen haha...
haisyyy fikiran org muda pk nak kawen je kan...tapi tak tahu nanti lagi banyak tanggungjawab...
entry membebel je petang2 hari ni..di sebabkan kebosanan yang agak melampau..
semalam kan cuti so menghabiskan masa di depan tb...
tengoklah satu drama ni menusuk sanubari betull..
hurmmm tapi bukan nak cerita pasal 'drama' tu juz nak story tentang anak luar nikah..
maksudnya .. belum kahwin dah dapat anak kan..

hurmmm kenapa suka sangat mencemuh orang2 macam ni ..diorang tak salah pun yang salah mak ayah dia yang tak tahan sangat menahan nafsu gelora di jiwa..
so why lepaskan marah kat anak pulak..jangan fikir kalau kita anak bukan luar nikah kita fikir kita bersih ..
tak semestinya anak luar nikah ni jahat.. biarkan lah dia hidup macam kita jugak..
hidup tenang dan gembira..tanpa fikirkan kisah lampau dia..
dunia sekarang dah moden so modenkan jugak pemikiran tu..
tapi jangan pulak modenkan pemikiran ke arah negatif..
setiap orang perlukan bimbingan...setiap orang perlukan nasihat dan kasih sayang..
masyarakat jangan terlalu memandang serong dengan kedudukan taraf..macam zaman p ramlee pulak ye..huhuhu...
adakalanya anak luar nikah tu lebih baik jauh dari anak yang bersih...yang hidup dalam kekotoran..
jangan lupa walau sekotor mana pun seseorang tu.. jiwa dan hatinya masih boleh di cuci dengan keizinanNYA..kalau kita berbuat sesuatu kesilapan n then kita menginsafi kesilapan kita maknanya hati kita masih ada iman...so jangan pandang serong pada diorang okeyh..lainlah kalau diorang buat silap yg sama macam mak ayah dia...
pandang dulu diri kita..sempurnakah kita untuk menilai orang lain sebelum kita menilai seseorang tu tanpa ketahui apa yang dia lalui....open ur mind n teach ur heart untuk merasa simpati pada org2 macam ni.. mereka tidak berdosa.. sama jugak yang membuang bayi ... biarkanlah dia hidup dari terus menyiksa jasadnya..haissyy langsung tak ada belas.. grrr dodol punye orang hurmmm .. 
bila tengok baby di buang ase macam nak menitik je air mata..mmg dah menitik pun..yang xde naluri keibuan pun menitik air mata inikan pulak yang mengandung n melahirkan..langsung tiada sifat naluri keibuan ke?hingga sggup membunuh bayi yang tidak bersalah..biarkanlah mereka hidup.even kamu tidak mampu untuk menjaga sekalipun..sedarlah dan bangunlah..jgn terus di buai dosa2 yang hanya memakan diri kamu setiap masa.. bangunlah wahai manusia..huk2..tulis dengan keadaan sedih n tiada mud..

suatu masa kelak kamu akan merasa balik apa yang kamu lakukan atas dunia ni..kalau kamu terlepas di dunia sekalipun ..pasti kelak kamu terima balasann dr yang maha kuasa..yg menjadikan sekalian alam dan makhluk..di saat kamu gembira membuat perkara yang terkutuk di saat itu lah malaikat mencatit segala2nya.. hurmm dalia pun bukannya baik sangat tapi tak sanggup buat benda2 macam tu semua.. mintak2 di jauhkan dr semua tu.. so bukak mata lihat alam sekeliling.. dunia ni dah cukup sempurna..tapi kesempurnaan dunia ni dikotori dgn segelintir orang yg meninggikan darjat nafsu semata2..nauzubillah.. :) tengah fikirkan baby2 yang di buang..setiap hari ada je bayi yang dibuang.. biarkan lah mereka hidup ..Allah dah bentukkan segumpal daging itu untuk dia lahir ke dunia ni..T_T whyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! really hate that people !

hati berbicara:
suka bunga ni ~ cantek !
cukuplah untuk hari ni..mud mmg blur dah... kpd semua n diri sndiri.. fikir dulu sbelum buat ape2..tuhan nak balas sekejap je kan..huhu :( sebelum terkena baik beringat bila dah terkena langsung tak boleh di tolong dah..nasi dah jadi bubur.. bubur tu pun dah xsanggup nak makan lagi.. ~


Assalamualaikum semua...
hurmmm takde mud sekarang ni..rasa macam nak marah orang je..
dah ada dah mangsa 2 orang anak saudara ku yang banyak sangat mulut...tapi dah marah pun still tanya lagi..huwaaa sabarkanlah hati ku ni...blah dr diorang .. nanti kan kene pelempang lak haha gurau je..
syg2 anak2 buah cik..muah3x..
hurmm~
wanita : siapakah orang yang paling kamu cintai di dunia ini
lelaki : kamu !
wanita : aku bagi kamu siapa ?
lelaki : (berfikir sekejap) kamu tulang rusukku 

Kerana Allah menyedari Adam kesepian..saat adam tidur lena Allah menagmbil rusuk adam dan mencipta hawa ..semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat bertemu dengan wanita untuknya..tiada lagi kesakitan yang dirasainya...

Setelah berkahwin pasangan itu merasa sangat2 indah dan manis tapi itu semua hanyalah sementara .. pasangan muda ini mulai tenggelam dengan kesibukan dan keletihan masing2..hidup mereka mula membosankan..hidup yang kejam mula menyisihkan cinta yang ada .. yang suatu ketika dulu sangat indah ..pertengkaran mereka mulai panas..dan saat akhir pertengkaran itu wanita itu lari lalu berkata "kamu sudah tidak cintakan saya lagi "..

Lelaki itu sangat membenci ketidak matangan wanita itu lalu berkata "saya menyesali perkahwinan ini dan berkata "kamu bukan tulang rusukku"

Tiba2 wanita itu terdiam kaku..untuk beberapa saat ..lelaki itu menyesali dengan apa yang telah di lafazkan ..tapi semua tu dah tak bermakna lagi spt air yg telah tumpah takkan mampu untuk di cedok kembali..dengan air mata yang berlinang ,wanita itu kembali ke rumah dan mengambil barang2 nya lalu berlalu pergi dengan sebuah kekecewaan..lalu berkata " andainya saya bukan tulang rusukmu biarlah saya berlalu pergi dan mencari cinta sejati msg2"

Lima tahun berlalu ~ lelaki itu masih belum berkahwin tapi cuba mencari wanita..tapi lelaki mndapat tahu wanita itu sudah berkahwin lain tapi sudah bercerai..lelaki itu kecewa kerana wanita tidak menunggu seperti dirinya..
Dan di tengah malam yang sunyi lelaki itu meneguk kopinya dan merasa sakit di hatinya..tetapi lelaki itu tidak mengakui bahawa lelaki itu merindui wanita..

Suatu hari mereka bertemu di airport..tempat dimana berlakunya pertemuan dan perpisahan..mereka di pisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas

lelaki : apa khabar 
wanita : baik..kamu sudah menemui tulang rusukmu belum?
lelaki : belum 
wanita : saya akan terbang ke new york sebentar lagi..kalau berkesempatan telefon lah saya..
wanita itu tersenyum manis ..lalu berkata "selamat tinggal"

Satu minggu kemudian lelaki itu mendengar berita wanita adlh salah seorang korban menara wtc..malam itu lagi sekali lelaki itu meneguk kopinya dan berasa sangat sakit di hatinya..akhirnya dia sedar..rasa sakit itu kerana wanita..wanita yang telah di patahkan oleh dirinya sendiri..
sob3x sedihnya ..hurmmmmmmmmmmm

hati berbicara :

kadang2 kita sering melepaskan marah pada orang yang kita amat cintai ..sehinggakan meninggalkan kesan luka pada hati mereka.. dan akhirnya timbul penyesalan..tapi kadang2 penyesalan itu sudah terlambat untuk di tebus kembali...kadang2 penyesalan itu datang kemudian dan disaat itu kita sudah terlambat untuk menyesal ..
pengajarannya berfikirlah dahulu sebelum menyatakan apa2.. lebih2 lagi pada orang yang kita cintai..apakah perkataan itu akan menyakiti orang kita cintai ?kalau kita merasakan kata2 kita tu akan menyakitinya .. jgn pernah lafazkannya kerana mungkin kita akan kehilangan orang yang kita cintai ~


Assalamualaikum... 
selamat tengahari hurmmm kejap je masa berlalu..dah pukul doblas..
rasa macam baru je masuk kerja..ho liauuuu betullah..dah makin banyak tanda2 kiamat ..huk2
hari ni nak join segmen abg ben lak..
sebelum kita teruskan dengan lebih lanjut ..jom layan lagu 'masihkah kau ingat ' ahahaha..tadi jadi dokterrr skang jadi penyampah radio..ehehe


layan lagu atas ni ye sambil2 bace..bagi lebih tacinggg lagi haha

http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-ben-ashaari-masihkah-kau-ingat.html
Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan  dengan  mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog .. Pahit getir korang buat blog .. Susah senang ... Suka duka ... Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen .. Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang .. Dan macam macam lagi

ok syarat2 ada kat sana yang penting story mory lah berdasarkan point yang abg ben dah bg tu ye..sob3x nak mengimbas balik mula2 buat blog lah ni ye..

okeyh nak start cerita..jari2 dah mula menari di papan keyboard .. first buat blog dulu2 juz suke n hilangkan boring n then mula lah menjelajah blog2 orang lain..tegok2 folower2 diorang n entry2 diorang fuh gempak giler..n disaat itu masihkah kau ingat aku seperti anak kecil yang hanya meraih simpati untuk menumpang di sudut blog ni hahaha ayat sastera dah keluar...so meraih2 simpati ..mula2 biasalah kan nothing much yang tahu sal blog ni.. n then brdasarkan pemerhatin n pertanyaan2 kat blogger2 yang dah berpengalaman.. so ambil sedikit2 pengalaman dr diorang .. n then kacukkan pastu mulakan slow demi slow kat blog sendiri.. termasuk nuffnang dulu2.. first dapat nuff seronok sangat wpun sikit je,,excited .. timbullah semangat sedikit demi sedikit..pasal nuffnang ni sis ellen yang banyak bantu..n then kenal abg ben dr blogger2 lain apa lah yg hebat sgt sal dia ni hingga sume org tergiler2 termasuk diri sendiri eheh... so dah kenal abg ben..banyak main psychology menaikkan semangat2 blogger baru berblog thanx for sharing everything abg .. :) u r so nice nice nice man ..nasib baik dah kahwen haha kalau belum pun belum tentu dapat haha..mengarut je .. cukup sbgai abg yg always bg advise.. pastu mula buat contest .. my first contest edit foto contest .. banyak sambutan hangat tq so much.. :) ingatkan tak de org yang nak join my contest ... nanti dalia buat contest gempak lagi ye..n kepada kyleril.blogspot.com thans kerana sentiasa menyokong

kenangan manis ..
ok dari berblog dalia dapat domain free tajaan dari bro roy .. tq so much coz menang jawab soalan2 abg ben.. hargai sgt n sgt2x happy .. domain ni di taja 2 tahun oleh bro roy .. ingatkan setahun je hehe.. papepun thats meaning for me,,n then dapat shawl dari siapa (biarlah rahsia) haha kan keluar entry panas pulak..pastu menang segmen sis ellen... kikiki .. n dapat follower2 yang peramah n baik2 hati sume..cantek2 ensem..semoga hepy berblogging ..with niat yg ikhlas

kenangan pahit 
haha first di kutuk oleh ntah sape2 lah .. tapi dalia dah maafkan sume2 tu biasalah .. kita tak mampu nak bagi kehendak orang lain semuanya.. m juz still anak kecil yang meraih simpati untuk di terima di dunia blog ni.. kutuk2 xpe lah janji bahagia ..hehehe.. dalia dapa pahala free kan..maafkan dalia :) mereka yang datang dan pergi ..masihkah kau ingat follower kejap bertambah kejap berkurang hehe xpelah..xpaksa diorang utk memfolow nak un folow pun xpe .. :) kalau itu dapat buatkan dia bhgia kan...

inspirasi 
tentulah from my love yg byk support ... even kdg2 blog mendahului dirinya hehe... tapi u know me.. only u in my heart eceh..yang byk menaikkan semangat .. semua orang .. n yg the most important person orang yg menganjurkan segmen ni lah .. tak lain tak bukan abg ben ... hehehe .. byk yang nak di luahkan tapi hanya terima kasih n appreciate what u do in this world..hehehe ...
so tq for everything

blogger baru 
jangan di runtuh semangat yang ada andainya belum mencuba.. bila kita sampai di satu tahap yang membanggakan kita akan terus membuat apa yang kita suka tanpa menoleh kebelakang even banyak lalat yang menghampiri kuatkan semangat .. n bersabar :) tidak dinamakan hidup andainya tiada dugaan ..jadilah seperti anak kecil yang cuba untuk menjadi dewasa..kutip pengalaman2 org lain dan semaikan dalam diri ..pasti akan membuahkan hasil yang baik

hati berbicara :
panjang pulak aku bebel..ade orang nak baca ke tak..ahahaha..tak kisah lah.. dah lebih 200 dah ni ha.. :)bila kita mula suka menulis sometimes jari dan fikiran sama pendapat..gerak laju menaip apa yang terbuku lalu membuahkan apa yang terhasil sekarang..jangan di banding dengan orang lain tapi try cuba untuk jadi seperti nya :) life must be go on even many haters.. 

Assalamualaikum semua..
selamat pagi woahhhhh rindu sama ini blog haa...
masuk2 opiz bukak blog hehe.....bankrup tokey .. ~
oh ye hari besday sis ellen jom kite ramai2 wish besday sis...
semoga sis bahagia forever... love u so much n thanx for everything sis!

okeyh hari ni nak kongsi tips penjagaan kulit ..weee ~ macam pakar kulit lak..hehe mana tahu dapat membantu sedikit sebanyak ye ...

KETAHUI LIMA TANDA ANDA DALAM BAHAYA!!!!
Garis merah di pipi
Garis yang tiba2 muncul  dipipi disebab kan oleh satu jenis bahan kimia yang di rembes oleh tubuh selepas anda memakan sejumlan makanan yg tertentu spt coklat,tomato, dan beri ..ia dipanggil sebagai 'histamine' ..ia bukan petanda alahan tapi amaran anda TERLEBIH mengambil makanan tersebut...pencegahan nya jgn makan byk2 makan sikit dah .. (tadi bangun pagi tengok abes merah kat muka..budak buas tido biasalah macam baby suka cakar muka grrr nasib baik hilang haha..ini lagi bahaya)
Kedutan di mulut dan mata
 ini disebabkan oleh kekurangan air @ lemak ..tanpa bekalan yg cukup ini akan menyebabkan sel kulit paling nipis di bahagian mata dan mulut mudah menunjukkan kesannya..sebab itu mata dan mulut mudah berkedut..so kalau xmo kedut2 gandakan pengambilan air n lemak tidak tepu seperti ikan salmon or kekacang( pasni g tangkap ikan salmon eh)
Bintik putih pada kuku
haaaa dalia penah gak ada bintik putih kat kuku...atau dikenali sebagai bunga kuku ..tapi dalia dulu2 kalau ada bintik putih kat kuku ni dalia fikir orang yang kita kapel..maknanya kalau 2 bintik ada so ada 2 orang skandal lah..haha..rupanya2 disebabkan oleh kekurangan protein atau zat besi ..so ambil lah pemakanan yg kaya dgn zat besi n protein (jgn makan besi pulak ye) cth tofu,mknn laut, keju dan telur.. kuku lambat panjang sbb makan masa jugak tuk menghilangkan bintik putih ni..!
Urat bersimpul di betis
sbb suka sgt silang kaki bila duduk..gaya ni mmg mengancam tapi sbenarnya tak sihat ,,ia menyebabkan tekanan pd bwh kaki  sehingga urat kecil dan tisu penyambung mulai longgar dan urat mulai pecah..kalau xleh ubah sila bergilir2 silangkan kaki n selalu luruskan kaki supaya tekanan darah tu lancarrrrrr
Tompok coklat di wajah 
atau dikenali sebagai 'chloasma' kerap berlaku bila tahap estrogen terganggu..cthnya bila ambilpil pencegah kehamilan..n boleh diatasi dgn teknik laser n pengelupasan kulit..

hati berbicara:
sekian dulu ceramah doktor pada hari ini..eceh tukar profession pulak ye..



Assalamualaikum readers...
oh ye esok dalia cuti ye..so tak dapat nak beramah mesra lah esok n blog ni pun akan kesunyian ...hehe 
apa2 pun tq sudi masuk blog dalia...pasti diriku merinduimu eceh (blog je) haha
nak share one story .. boleh di jadikan iktibar dan banyak pengajaran nya...
papepun kita layan ~

warna warni kehidupan..pelangi yang merupakan harapan untuk hari esok ~
disuatu ketika dahulu..warna2 bergaduh menunjukkan kelebihan masing2..

Hijau berkata "aku lah yang terperting,aku adalah petanda kehidupan dan harapan..aku di pilih untuk mewarnai rumput ,pepohon dan dedaun ..tanpa aku semua haiwan akan mati ..lihat lah kampung itu aku lah yang mewarnai kehidupan mereka "

Biru menyampuk "kamu hanya berfikir tentang bumi ,pertimbangkan lah langit dan lautan yang luas..air lah yang menjadi dasar kehidupan dan awan ialah  kekuatan dari kedamaian dan ketenangan ..tanpa kedamaian kamu tidak akan merasa apa2

kuning pula bersuara .. apa yang serius sangat ni " aku membawa tawa,kesenangan dan kehangatan pada dunia .. matahari berwarna kuning dan bintang2 berwarna kuning..setiap kali kau melihat bunga matahari seluruh dunia tersenyum..aku lah yang bagi kesenangan

oren menyusul " aku adalah warna kesihatan dan kekuatan ..aku jarang2 kelihatan tapi aku berharga ..kerana aku mengisi keperluan manusia ..aku membawa vitamin2 penting ..aku tidak ada dimana2 tiap saat ..aku mengisi di saat fajar menjelma dan matahari terbenam.. keindahan ku sangat menakjubkan .. hingga tidak seorang pun terdetik mampu melakukan spt aku..

merah tidak boleh berdiam diri lalu berteriak " aku adlh pemimpin ! aku adlh darah2 kehidupan !aku adlh warna keberanian aku berani bertempur demi satu kuasa aku memberi api di dalam darah tanpa aku bumi akan kosong laksana bulan

ungu bangkit dengan setinggi2 yang mampu lalu berkata aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan ..aku adlh raja ..pemimpin memilih aku sbgai pemimpin tidak seorang pun mampu menentangku ..dengan angkuhnya ungu berkata 

biru gelap bersuara dgn suara perlahan .."fikirkanlah aku..aku warna diam ..korang tidak memerhatikan aku..tapi aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi , matahari tebenam dan kedalaman laut aku diperlukan untuk keseimbangan dan perbezaan,utk doa dan ketenteraman batin

mereka terus bergaduh dan mementingkan diri sendiri ..tiba2 halilintar memancar dan hujan mulai turun ..guruh2 menggegar warna2 terkedu dan ketakutan ..berdekatan antara satu sama lain mencari ketenangan ..

di tengah suara gemuruh hujan berkata " hai warna2 yang tolol !kamu bertengkar antara satu sama lain! tahu tak kalian punya keistimewaan yang berbeza dan unik dan tujuan yg khas..berpegang tangan lah dan dekati lah aku.
mereka pun berpegangan tangan lalu mendekati hujan..
mulai sekarang tiap kali hujan turun kalian membusurkan diri sepanjang langit dan busurkan warna  sebagai memperingatkan bahwa kalian dapat bersama2 dalam kedamaian ..terciptalah pelangi yang merupakan harapan untuk hari esok..

hati berbicara :

setiap kali hujan turun membasahi bumi ... pasti pelangi akan muncul  yang memberi harapan untuk hari esok..pelangi itu lah warna warni kehidupan..bersama2 dalam ketenagan dan kedamaian..
so sekiranya kita melihat pelangi sesudah hujan ..jangan hanya memuji keindahan yg ada padanya tapi ingat lah supaya kita menghargai antara satu sama lain..masing2 punyai kelebihan yang unik untuk buat perubahan di dunia even dalam dunia blog sekalipun..dan saat kita menyedari kebolehan itu kita akan punyai kekuatan untuk mencorakkan masa hadapan ~ 
salam sayang dr qaseh dalia adelia ... 

Assalamualaikum..
hurmmm banyak betul isu panas kat blog sekarang ni ye..
pasal shawl lah,pasal ciplak lah,pasal anugerah juara lagu lah..
pasal itu,pasal ini,,jalan2 cari pasal...hehe

try pergi laman web ni n then letak ler url korang...
ne tahu ada org tiru entry korang ke hehehe..
selamat mencobaa ~

http://copyscape.com/
Assalamualaikum dear2 sekalian...
muahhhh sikit (gurl only limited edition) hehe gurau je..
pe kabar hari ni ye? hope semua sihat2 je..dalia biasalah ting tong aka pening sikit tak boleh kena panas ..
hari ni macam hari2 sebelumnya .. tiada yang istimewa.. yang istimewa still bernafas lagi alhamdulillah syukur ~ 
setiap hari ada suka dan ada juga duka.. suka duka itu lah yang mewarnai kehidupan kita..
di kala suka kita melupaka duka..di kala duka .. kita di lupakan oleh suka..hehe berbelit je kan...
whatever happen life must go on.. suka duka kehidupan yang takkan putus... ~

warna warni yang selalu menghiasi kehidupan kita ~
warna warni juga memceriakan hidup kita..andai kita memili pelbagai warna untuk dicorakkan pasti keceriaan itu wujud..tapi andainya kita memilih warna hitam saja dalam hidup kita .. apakah erti hidup itu?


DUKA
wahai tawa..mengapa telaga kebahagiaan itu sukar untuk di timba.. walaupun timba itu besar dan boleh dimasuki ~ 

TAWA
wahai duka..kerana penimba itu terlalu cetek dengan hujan2 kesetiaan..

TAWA
wahai duka..kenapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun tercemar dengan seribu kekecewaan dan kelukaan...

DUKA
wahai tawa ... kerana kasih sayang tidak akan dikebumikan walaupun di lamar oleh maut 

DUKA
wahai tawa..masih banyakkah lagi rumput kecurangan yang masih bertapak di tanah kesetiaan 

TAWA
wahai duka ..selagi rumput kecurangan masih disimbah oleh hujan kehipokritan,hujan dendam,hujan pembohongan ia akan tetap subur di tanah setia ~

TAWA
wahai duka..andainya telah pupus puisi tawa ...adakah syair sendu akan bergema 

DUKA
Selagi ada senyum dalam tawa..dan selagi ada tangis dalam sendu ..maka puisi dan syair akan berlagu,akan mendayu akan merintih syahdu hingga selamanya ...

hati berbicara:
andai di pisah lagu dan irama ..
tiada berjiwa hampa...~
lapooo nak g lunch jap 



Assalamualaikum semua..
selamat petang lagi...entry last sebelum balik keje..
haisyyy banyak pulak entry hari ni...
bila kerajinan melandai hati yang suci eceh suci ke?whatever lah kikiki..

hurmmm nak tanya sikit ye...
blog kita memang lah hak kita untuk menulis apa saja kan..
janji tak kacau orang lain tapi  tanpa orang lain tiada lah pembaca..
patutkan gedik2 dalam blog?
kadang2 dalia pun gedik jugak tapi bukan bermaksud gedik tu mengada2 .. dalia seorang yang peramah ngan sape2 pun..cuma sekarang malas nak bw..hehehe.. xtau nape..tapi kalau yg dtg komen2 tu dalia bls balik hehe..gedik sikit2 je kadang2 tapi tak lupa diri hinggakan orang lain menyampah ...or dah ada yang menyampah dengan dalia..dalia juz dapat mintak maaf...

kadang2 kelakuan di salah erti.. bila kita peramah sangat pun orang cakap kita gedik..
huhu sebenarnya gedik tak sama dengan peramah ..haisyy ape aku mengarut pun entah lah..
juz nak cakap kat sini.. rasanya biar lah berpada2 ... hehe sometimes tak perlu guna "blog aku sukati aku lah" sebab orang lain pun akan cakap "ko ni gedik lah , n sukati aku jari aku nak taip ape pun"
2 benda yang berbeza tapi maknanya lebih kurang je kan ~
so hidup ni perlu ingat mengingati kan ..jangan cepat melatah andainya teguran tu betul ~
jangan cepat terasa andai nya teguran2 tu untuk memperbaiki diri kita sendiri...
macam lagu juara ajl kita.."tolong ingatkan aku"
hehe so siape2 yang rasa menyampah dengan dalia..tegurlah dalia dengan baik supaya hati ni tak terasa malah lebih bersemangat..dan janganlah tegur dengan kata2 yang mengguris hati ... kerna tu langsung tak dapat masuk ke dalam hati...dalia ok je kalau nak tegur2 tapi kutuk2 xboleh pergi derrr.. eh xboleh blah derrr..hehe so tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..

bila kita semakin naik ke atas...ramai di luar sana cuba mencari kelemahan kita ..even benda kecik sekalipun..diorang fikir apa yang hebat sangat ttg kita ..tak kisah lah dalam dunia blog or dunia luar sekalipun.. andai hati kita cepat melatah ..perasaan tu terus tidak akan tenang...andainya kita fikir positif n terdapat kebenaran dalam teguran tu..ambil lah manfaat di sebaliknya.. someday we will know what the important dalam hidup kita ni..
ok cuba pilih nak keseorangan atau nak beramai2 ? bila keseorangan mesti lah tak ada siapa2 di sekeliling kita ..hati sunyi je kan..tak ada siapa nak tolong ingatkan kita..tapi bila ramai2 kita ada org yg bagi kita ksh syg,nasihat or byk lagi..cuma kita kena pndai pilih dalam ramai2 tu kita nak ikut org yg salu nasihat kita ataupun kutuk kita dgn baik or jahat  ataupun tikam kita... kalau yg kutuk2 kita tu kalau kita abaikan tentu akan diam jugak .. kalau kita still layan layan dan layan ..haaa berpanjangan lah kan..first dalia kena kutuk pun terasa sangat2 geram n sedih tapi dalia akan dgr nasihat otai blog hehe yg always bg nasihat ..
(nasihat dr abg ben) hehe tq abg :) so lepas ni xperlu emosional sangat ...macam pantun abg ben..lalat ooo lalat tu hehe ~

hati berbicara :
apa yang penting kita mampu fikir apa yang terbaik dan apa yang tak baik..sometimes kena fahami disebalaik kutukan itu..sometimes per;u abaikan kutukan yg langsung xmembawa apa2 kebaikan atau pun dikenali sebagai pendengki...n sometimes kamu jangan ingat orang yang selalu sanjung2 kamu tak boleh tikam kamu dari belakang..dan sebaliknya..jgn ingat org yang kutuk2 kamu tak mampu jadi sahabat yang terbaik :) 
fikir2kan ... 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates