• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum semua..
selamat pagi woahhhhh rindu sama ini blog haa...
masuk2 opiz bukak blog hehe.....bankrup tokey .. ~
oh ye hari besday sis ellen jom kite ramai2 wish besday sis...
semoga sis bahagia forever... love u so much n thanx for everything sis!

okeyh hari ni nak kongsi tips penjagaan kulit ..weee ~ macam pakar kulit lak..hehe mana tahu dapat membantu sedikit sebanyak ye ...

KETAHUI LIMA TANDA ANDA DALAM BAHAYA!!!!
Garis merah di pipi
Garis yang tiba2 muncul  dipipi disebab kan oleh satu jenis bahan kimia yang di rembes oleh tubuh selepas anda memakan sejumlan makanan yg tertentu spt coklat,tomato, dan beri ..ia dipanggil sebagai 'histamine' ..ia bukan petanda alahan tapi amaran anda TERLEBIH mengambil makanan tersebut...pencegahan nya jgn makan byk2 makan sikit dah .. (tadi bangun pagi tengok abes merah kat muka..budak buas tido biasalah macam baby suka cakar muka grrr nasib baik hilang haha..ini lagi bahaya)
Kedutan di mulut dan mata
 ini disebabkan oleh kekurangan air @ lemak ..tanpa bekalan yg cukup ini akan menyebabkan sel kulit paling nipis di bahagian mata dan mulut mudah menunjukkan kesannya..sebab itu mata dan mulut mudah berkedut..so kalau xmo kedut2 gandakan pengambilan air n lemak tidak tepu seperti ikan salmon or kekacang( pasni g tangkap ikan salmon eh)
Bintik putih pada kuku
haaaa dalia penah gak ada bintik putih kat kuku...atau dikenali sebagai bunga kuku ..tapi dalia dulu2 kalau ada bintik putih kat kuku ni dalia fikir orang yang kita kapel..maknanya kalau 2 bintik ada so ada 2 orang skandal lah..haha..rupanya2 disebabkan oleh kekurangan protein atau zat besi ..so ambil lah pemakanan yg kaya dgn zat besi n protein (jgn makan besi pulak ye) cth tofu,mknn laut, keju dan telur.. kuku lambat panjang sbb makan masa jugak tuk menghilangkan bintik putih ni..!
Urat bersimpul di betis
sbb suka sgt silang kaki bila duduk..gaya ni mmg mengancam tapi sbenarnya tak sihat ,,ia menyebabkan tekanan pd bwh kaki  sehingga urat kecil dan tisu penyambung mulai longgar dan urat mulai pecah..kalau xleh ubah sila bergilir2 silangkan kaki n selalu luruskan kaki supaya tekanan darah tu lancarrrrrr
Tompok coklat di wajah 
atau dikenali sebagai 'chloasma' kerap berlaku bila tahap estrogen terganggu..cthnya bila ambilpil pencegah kehamilan..n boleh diatasi dgn teknik laser n pengelupasan kulit..

hati berbicara:
sekian dulu ceramah doktor pada hari ini..eceh tukar profession pulak ye..



Assalamualaikum readers...
oh ye esok dalia cuti ye..so tak dapat nak beramah mesra lah esok n blog ni pun akan kesunyian ...hehe 
apa2 pun tq sudi masuk blog dalia...pasti diriku merinduimu eceh (blog je) haha
nak share one story .. boleh di jadikan iktibar dan banyak pengajaran nya...
papepun kita layan ~

warna warni kehidupan..pelangi yang merupakan harapan untuk hari esok ~
disuatu ketika dahulu..warna2 bergaduh menunjukkan kelebihan masing2..

Hijau berkata "aku lah yang terperting,aku adalah petanda kehidupan dan harapan..aku di pilih untuk mewarnai rumput ,pepohon dan dedaun ..tanpa aku semua haiwan akan mati ..lihat lah kampung itu aku lah yang mewarnai kehidupan mereka "

Biru menyampuk "kamu hanya berfikir tentang bumi ,pertimbangkan lah langit dan lautan yang luas..air lah yang menjadi dasar kehidupan dan awan ialah  kekuatan dari kedamaian dan ketenangan ..tanpa kedamaian kamu tidak akan merasa apa2

kuning pula bersuara .. apa yang serius sangat ni " aku membawa tawa,kesenangan dan kehangatan pada dunia .. matahari berwarna kuning dan bintang2 berwarna kuning..setiap kali kau melihat bunga matahari seluruh dunia tersenyum..aku lah yang bagi kesenangan

oren menyusul " aku adalah warna kesihatan dan kekuatan ..aku jarang2 kelihatan tapi aku berharga ..kerana aku mengisi keperluan manusia ..aku membawa vitamin2 penting ..aku tidak ada dimana2 tiap saat ..aku mengisi di saat fajar menjelma dan matahari terbenam.. keindahan ku sangat menakjubkan .. hingga tidak seorang pun terdetik mampu melakukan spt aku..

merah tidak boleh berdiam diri lalu berteriak " aku adlh pemimpin ! aku adlh darah2 kehidupan !aku adlh warna keberanian aku berani bertempur demi satu kuasa aku memberi api di dalam darah tanpa aku bumi akan kosong laksana bulan

ungu bangkit dengan setinggi2 yang mampu lalu berkata aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan ..aku adlh raja ..pemimpin memilih aku sbgai pemimpin tidak seorang pun mampu menentangku ..dengan angkuhnya ungu berkata 

biru gelap bersuara dgn suara perlahan .."fikirkanlah aku..aku warna diam ..korang tidak memerhatikan aku..tapi aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi , matahari tebenam dan kedalaman laut aku diperlukan untuk keseimbangan dan perbezaan,utk doa dan ketenteraman batin

mereka terus bergaduh dan mementingkan diri sendiri ..tiba2 halilintar memancar dan hujan mulai turun ..guruh2 menggegar warna2 terkedu dan ketakutan ..berdekatan antara satu sama lain mencari ketenangan ..

di tengah suara gemuruh hujan berkata " hai warna2 yang tolol !kamu bertengkar antara satu sama lain! tahu tak kalian punya keistimewaan yang berbeza dan unik dan tujuan yg khas..berpegang tangan lah dan dekati lah aku.
mereka pun berpegangan tangan lalu mendekati hujan..
mulai sekarang tiap kali hujan turun kalian membusurkan diri sepanjang langit dan busurkan warna  sebagai memperingatkan bahwa kalian dapat bersama2 dalam kedamaian ..terciptalah pelangi yang merupakan harapan untuk hari esok..

hati berbicara :

setiap kali hujan turun membasahi bumi ... pasti pelangi akan muncul  yang memberi harapan untuk hari esok..pelangi itu lah warna warni kehidupan..bersama2 dalam ketenagan dan kedamaian..
so sekiranya kita melihat pelangi sesudah hujan ..jangan hanya memuji keindahan yg ada padanya tapi ingat lah supaya kita menghargai antara satu sama lain..masing2 punyai kelebihan yang unik untuk buat perubahan di dunia even dalam dunia blog sekalipun..dan saat kita menyedari kebolehan itu kita akan punyai kekuatan untuk mencorakkan masa hadapan ~ 
salam sayang dr qaseh dalia adelia ... 

Assalamualaikum..
hurmmm banyak betul isu panas kat blog sekarang ni ye..
pasal shawl lah,pasal ciplak lah,pasal anugerah juara lagu lah..
pasal itu,pasal ini,,jalan2 cari pasal...hehe

try pergi laman web ni n then letak ler url korang...
ne tahu ada org tiru entry korang ke hehehe..
selamat mencobaa ~

http://copyscape.com/
Assalamualaikum dear2 sekalian...
muahhhh sikit (gurl only limited edition) hehe gurau je..
pe kabar hari ni ye? hope semua sihat2 je..dalia biasalah ting tong aka pening sikit tak boleh kena panas ..
hari ni macam hari2 sebelumnya .. tiada yang istimewa.. yang istimewa still bernafas lagi alhamdulillah syukur ~ 
setiap hari ada suka dan ada juga duka.. suka duka itu lah yang mewarnai kehidupan kita..
di kala suka kita melupaka duka..di kala duka .. kita di lupakan oleh suka..hehe berbelit je kan...
whatever happen life must go on.. suka duka kehidupan yang takkan putus... ~

warna warni yang selalu menghiasi kehidupan kita ~
warna warni juga memceriakan hidup kita..andai kita memili pelbagai warna untuk dicorakkan pasti keceriaan itu wujud..tapi andainya kita memilih warna hitam saja dalam hidup kita .. apakah erti hidup itu?


DUKA
wahai tawa..mengapa telaga kebahagiaan itu sukar untuk di timba.. walaupun timba itu besar dan boleh dimasuki ~ 

TAWA
wahai duka..kerana penimba itu terlalu cetek dengan hujan2 kesetiaan..

TAWA
wahai duka..kenapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun tercemar dengan seribu kekecewaan dan kelukaan...

DUKA
wahai tawa ... kerana kasih sayang tidak akan dikebumikan walaupun di lamar oleh maut 

DUKA
wahai tawa..masih banyakkah lagi rumput kecurangan yang masih bertapak di tanah kesetiaan 

TAWA
wahai duka ..selagi rumput kecurangan masih disimbah oleh hujan kehipokritan,hujan dendam,hujan pembohongan ia akan tetap subur di tanah setia ~

TAWA
wahai duka..andainya telah pupus puisi tawa ...adakah syair sendu akan bergema 

DUKA
Selagi ada senyum dalam tawa..dan selagi ada tangis dalam sendu ..maka puisi dan syair akan berlagu,akan mendayu akan merintih syahdu hingga selamanya ...

hati berbicara:
andai di pisah lagu dan irama ..
tiada berjiwa hampa...~
lapooo nak g lunch jap 



Assalamualaikum semua..
selamat petang lagi...entry last sebelum balik keje..
haisyyy banyak pulak entry hari ni...
bila kerajinan melandai hati yang suci eceh suci ke?whatever lah kikiki..

hurmmm nak tanya sikit ye...
blog kita memang lah hak kita untuk menulis apa saja kan..
janji tak kacau orang lain tapi  tanpa orang lain tiada lah pembaca..
patutkan gedik2 dalam blog?
kadang2 dalia pun gedik jugak tapi bukan bermaksud gedik tu mengada2 .. dalia seorang yang peramah ngan sape2 pun..cuma sekarang malas nak bw..hehehe.. xtau nape..tapi kalau yg dtg komen2 tu dalia bls balik hehe..gedik sikit2 je kadang2 tapi tak lupa diri hinggakan orang lain menyampah ...or dah ada yang menyampah dengan dalia..dalia juz dapat mintak maaf...

kadang2 kelakuan di salah erti.. bila kita peramah sangat pun orang cakap kita gedik..
huhu sebenarnya gedik tak sama dengan peramah ..haisyy ape aku mengarut pun entah lah..
juz nak cakap kat sini.. rasanya biar lah berpada2 ... hehe sometimes tak perlu guna "blog aku sukati aku lah" sebab orang lain pun akan cakap "ko ni gedik lah , n sukati aku jari aku nak taip ape pun"
2 benda yang berbeza tapi maknanya lebih kurang je kan ~
so hidup ni perlu ingat mengingati kan ..jangan cepat melatah andainya teguran tu betul ~
jangan cepat terasa andai nya teguran2 tu untuk memperbaiki diri kita sendiri...
macam lagu juara ajl kita.."tolong ingatkan aku"
hehe so siape2 yang rasa menyampah dengan dalia..tegurlah dalia dengan baik supaya hati ni tak terasa malah lebih bersemangat..dan janganlah tegur dengan kata2 yang mengguris hati ... kerna tu langsung tak dapat masuk ke dalam hati...dalia ok je kalau nak tegur2 tapi kutuk2 xboleh pergi derrr.. eh xboleh blah derrr..hehe so tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..

bila kita semakin naik ke atas...ramai di luar sana cuba mencari kelemahan kita ..even benda kecik sekalipun..diorang fikir apa yang hebat sangat ttg kita ..tak kisah lah dalam dunia blog or dunia luar sekalipun.. andai hati kita cepat melatah ..perasaan tu terus tidak akan tenang...andainya kita fikir positif n terdapat kebenaran dalam teguran tu..ambil lah manfaat di sebaliknya.. someday we will know what the important dalam hidup kita ni..
ok cuba pilih nak keseorangan atau nak beramai2 ? bila keseorangan mesti lah tak ada siapa2 di sekeliling kita ..hati sunyi je kan..tak ada siapa nak tolong ingatkan kita..tapi bila ramai2 kita ada org yg bagi kita ksh syg,nasihat or byk lagi..cuma kita kena pndai pilih dalam ramai2 tu kita nak ikut org yg salu nasihat kita ataupun kutuk kita dgn baik or jahat  ataupun tikam kita... kalau yg kutuk2 kita tu kalau kita abaikan tentu akan diam jugak .. kalau kita still layan layan dan layan ..haaa berpanjangan lah kan..first dalia kena kutuk pun terasa sangat2 geram n sedih tapi dalia akan dgr nasihat otai blog hehe yg always bg nasihat ..
(nasihat dr abg ben) hehe tq abg :) so lepas ni xperlu emosional sangat ...macam pantun abg ben..lalat ooo lalat tu hehe ~

hati berbicara :
apa yang penting kita mampu fikir apa yang terbaik dan apa yang tak baik..sometimes kena fahami disebalaik kutukan itu..sometimes per;u abaikan kutukan yg langsung xmembawa apa2 kebaikan atau pun dikenali sebagai pendengki...n sometimes kamu jangan ingat orang yang selalu sanjung2 kamu tak boleh tikam kamu dari belakang..dan sebaliknya..jgn ingat org yang kutuk2 kamu tak mampu jadi sahabat yang terbaik :) 
fikir2kan ... 
Assalamualaikum....
selamat petang adinda dan kekanda ~ 
sihat tak petang ni... ? yang tak sihat tu jangan degil2 haaaa..makan ubat !
tapi kesembuhan tu hanya milik Allah s.w.t .. andainya Allah s.w.t tidak mengizinkan kita sihat ubat tu takkanmampu menyembuhkan... cuma kita berusaha dan bertawakal semoga di sembuhkan.setuju ? gud2..
hurmmm wanita ~ bersyukur jadi wanita byk keistimewaanya..melebihi lelaki..

wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah...sometimes wanita tu ibarat bunga kalau tak di jaga dengan baik ..ia akan layu jua.. sometimes bunga yang cantik tak semestinya wangi..sometimes bunga yang hodoh itu sangat wangi... spt wanita  yang penuh mulia ~ penuh sifat malu ...

Cantiknya seorang wanita bukan kerana lipstik yang dipakai yang menghiasi bibir yang mengukir ..bukan jugak kerana mekap yang menghias raut wajah 
Cantik seorang wanita,sebagai remaja bukan pada kegebuan kulitnya yang terdedah 
Cantik seorang wanita,sebagai isteri yang menempuh badai bersama2 suami yang sentiasa di sisi suami 
Cantik seorang wanita,sebagai hawa bukan kerana meruntuh iman kaum2 adam 
Cantik seorang wanita,sebagai anak tidak terjerat dengan kederhakaan pada ibu dan ayah'
Cantik seorang wanita,sebagai menantu menjauhi pergaduhan antara ipar dan duai
Cantik seorang wanita,sebagai ibu..membuai anak di kala suami diulit mimpi 
Cantik seorang wanita,sebagai mentua berusaha memberi kasih sayang dengan sama rata kepada semua 
Cantik seorang wanita,sebagai nenek memberi teladan kepada cucu cicit 
Cantik seorang wanita,sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar kemaafan 
Cantiknya wanita itu sebagai akidah , mengandam rindu kekasih di atas tikar sejadah ~

hati berbicara :
tak mampu nak jadi wanita macam kat atas tu ..hurmmm :(




Assalamualakum semua...
nak share something lak...sekarang ni kat supermarket banyak sangat makanan2 segera kan..
tapi jangan main beli je..tengok lah ingredients nye ye.. sebab sekarang ni banyak pihak cuba menjatuhkan islam..
macam2 cara dah dunia hari ni..termasuk dalam makanan sekali pun..
tapi siapa yang patut di persalahkan ? hurmmmm
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain     (Hadis riwayat Al-Qudhi) 
 (E471- lemak babi) 




E100,   E110,  E120,  E140,  

   
E141    E153,  E210,  E213, 


      
E214,   E216,  E234,  E252, 



E270    E280        E325,  E326,  


   
E327    E334   E335,  E336  



E337    E422,  E430,  E431, 



E432,   E433,  E434,  E435, 


    
E436,   E440,  E470,  E471,      


 
E472,   E473,  E474,  E475, 



E476,   E477,  E478,  E481,  


   
E482,   E483,  E491,  E492,   


    
E493,   E494,  E495,  E542,   



E570,   E572,  E631,  E635,     


 
E904.    

hati berbicara:
tapi masalahnya kenapa masih letak logo halal? 

Assalamualaikum...
heh2 selamat pagi eberibodi ..
hati ni nak join GA lama dah tak menjoin apa2 contest huhu bukan malas tapi kerajinan tu masih di tahap darjah 6 ...so now nak join GA dari cik puan bunga... dalia suka tengok blog dia.. kdg2 dapat baca2 tak drop komen hehe...sory ye sis... ni blog sis cantek .. psstt anak dia cute sgt ngeee nnt nak anak cute jugak opsss gatai ! sis berbunga2 minat pink


ok jom baca syarat2nya 
join kat sini





  • Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya





  • Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.





  • Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"





  • Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.





  • Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.





  • Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.





  • Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.



  • ok dah baca kan syarat2nya ... so baca pulak pendapat dalia ekekeke... yang paling cantik semestinya saya ! hahaha oh tidakkkk gurau2 je ... yang paling cantik ialah semestinya mak saya !jap2 cari pendrive nak cari pic mak..mane ni mane ni ..apsal gmbar kekasih je byk haha..gurau je ~


    mak xsuka bergambar uhuk2.. yg dalam bulatan tu my mother n yang lain dayang2 di raja ..keh2x..

    takde pulak pic mak masa muda .. mengancammm wooo mcm anak ye ah haha..kenapa mak cantik? jap2 nak tanya siapa yang tak sayang mak ? siapa yang selalu mengasari mak? dia adalah orang yang paling kejam n bodoh.. mak yang melahirkan kita .. 9 bulan membawa kandungan .. bersabar dengan kita dari dalam kandungan lagi ... yelah kita duk tendang2 perut mak.. hehe tapi kita pun membawa kebahagiaan pada mak jugak... :) so dari kita kecikkk .. jaga kita , mandikan, susu kan kita dengan penuh kasih sayang .. its a wonderful moment n beautiful of life... tak cantik ke? nanti suatu saat kita akan jadi ibu kita akan tahu betapa susah payahnya menjaga anak... hehe dengan kedegilan n sume2 lah... dalam kelurga dalia sume 6 orang adek beradik.. 2 perempuan dalia n my sis... 4 boy tapi seorang dah meninggal time baby... insyaAllah 'dia' akan menarik mak ke syurga kelak :) .. 
    tq for everything coz menjaga dari kecik , bagi makan pakai sekolah semua cukup tapi sometimes mak bebel2 ade jugak merungut hihihi ampunnn.. tapi tak selalu dah besar kan dah tahu mana baik dan mana buruk... apa2 pun u r beautiful woman in my life ever after... love u so much.. nobody boleh tanding mak di mata dalia selama2nya... tq melahirkan dalia n ikut kecantikan mak jugak hahahaha... so tak cantik lagi ke? cantikkk sgt2x u know.. banyak agy nak tulis tapi nanti kan sayu pulak hati ni..so pada yang masih ada mak juz take care of her sebaik mungkin .. jgn menyesal bila kehilangan ... kerana dah tak ada gunanya lagi ~

    DEFINISI CANTIK
    ok definisi cantik pulak ye... for me tak perlu cantik paras rupa andainya akhlak entah kemana.. tak perlu hidung yang mancung andai nya sombong dan meninggi diri..tak perlu rambut yang cantik lurus guna jari pun boleh andainya mahkota itu menjadi tatapan orang lain..tak perlu bibir yang mungil andainya huha2 kesana sini..mengumpat bagai .. berkata tak senonoh ... tak perlu mata yang cantik andainya mata itu hanya untuk menggoda orang2 yang tak sepatutnya... tak perlu tubuh yang liuk lentok andainya susuk itu menjadi segenap ruang mata2 lelaki yang bukan muhrim.. tak perlu betis yang cantik andainya pakai kain yang terbelah..tak perlu dada yang seksi jika hanya untuk menarik nafsu lelaki... so cantik luaran tiada gunanya andainya dalaman tidak di dalami...andai kata hari ini kita cantik .. suatu masa kelak kita akan kehilangan.. tapi andai kata akhlak kita cantik hingga ke syurga pun ia akan kekal ... ~ andainya kita punya akhlak yang baik.. di tambah dengan luaran yang cantik bersyukur lah dan sentiasa ingatkan pada diri jangan alpa walaupun seketika.. walaupun kita hanya duduk di bangku kosong ada benda yang sentiasa merasuk hati kita :)
    so sekian time kasih..hehehe ...


    hati berbicara :
     tak perlu bermekap untuk cantik...mekap hanya lah boleh menutupi kekurangan yang ada,,, basuhlah muka mu dengan wuduk pasti seri itu akan datang....:) insyaAllah untuk diri sendiri juga...

    nak tag 4 org 
    http://hidayahanif.blogspot.com
    http://pqahcool.blogspot.com/
    http://miszalina.blogspot.com/
    http://sayangku-lover.blogspot.com/



    Newer Posts
    Older Posts

    Cari Blog Ini

    Jumlah Paparan Halaman

    Tuan Tanah

    Tuan Tanah
    Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

    Catatan Popular

    Label

    Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

    Arkib Blog

    Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates