• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

andainya hari esok masih ada...
ingatilah diri ini...
andai diri ini masih lagi bernyawa,,
tatapilah diri ini..
berikanlah senyuman yang paling manis..
agar kesedihan itu hilang .. ~
andainya hari ini aqu jatuh..
papah lah aku untuk bangun semula,,
andainya aku telah bangun kembali,,
ingati lah aku sewaktu aku jatuh dahulu..
masa silih berganti..
aqu tetap disini..
berapa lama kah lagi aku pun xpasti..
yang aku tahu..aku hanya lah insan yang hanya mampu bersyukur dengan apa yg aku ada..
seandainya hadirku di sini hanya membebankan,,.
tolak lah aku jauh2 sehingga bayang2ku pun xmampu kamu lihat lagi..
dan kalau itu yang menggembirakan hati..
aku akan pergi buat selama2nya...
salam qaseh dalia...
jumpe esok hahaha.. (giler)

senyum lah xperlu kata apa2~ 


Assalamualaikum...
blog dalia dah makin tenggelam hehehe sejak2 akhir ni dah timbul satu hasad malas bukan hasad dengki ye..
hihihihi dah putus semangat ke nak berblog ?
hurmmmm ntahlah... sometimes ok sometimes not ok..
hangat2 tahi ayam? ewwwwwwwww ntahlah ~
tinggalkan dulu perasaan malas menguasai diri tu ...
naikkan semangat .. malaysia boleh !

xtahu nak membahasakan diri dengan panggilan apa.. "dalia" or "aqu"
bila membahasakan diri dgn panggilan aqu terasa mcm hilang keayuan...hehe
menggunakan panggilan "dalia" not my true name...emm whateverlah...
this is qasehdalia blog ... sometimes aqu sometimes dalia ok kan..hehehe

tamat lah riwayatku tanpa seorang lelaki dalam hidupku..


pentingkah lelaki dalm hidup kita wahai wanita di luar sana?hurmmm sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain..saling bertaut untuk melengkapkan sebuah kehidupan..bukankah adam dicipta untuk hawa..dan hawa diciptakan untuk adam ? yes thats true...tapi bukan semudah memetik jari untuk mendapatkan seorang lelaki..lelaki yang pandai memimpin bukan lelaki yang pandai mengarah..sometimes hidup ni memerlukan dugaan yang perit untuk mendapatkan sesuatu yang baik...dapatkah kita seorang lelaki dengan hanya jatuh cinta?
atau dapatkah kita seorang lelaki dengan pilihan orang tua kita..yup maybe kita akan dapat seorang lelaki tu..tapi pastikah kita lelaki itu adalah lelaki ataupun jantan yang penuh dengan nafsu.. ~ 
semua orang mendambakan lelaki yang baik kan...
tapi lelaki yang baik tu tak semestinya berkopiah , memegang al-Quran sentiasa masa.. mulut nya yang sering bertasbih mengingat Allah s.w.t... lelaki yang baik adalah hatinya yang penuh dengan keikhlasan .. tak menunjukkan diri nya warak dengan memakai baju seperti tok imam...cukuplah sekadar mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah dan mengingati mati..cukuplah mempunyai hati yang suci yang dipenuhi dengan keimanan .. biarpun bibirnya tidak mengungkap kan zikir ataupun tangannya yang selalu memegang tasbih,,, ~


lelaki yang baik tidak akan jatuh dari langit...toinkkk ada di depan kita menghulurkan tangan lalu naik ke langit semula...kita xkan mampu tahu adakah lelaki yang baik itu akan hadir dalam hidup kita... tapi "dia akn datang bila tiba masanya lambat tau cepat hanya Allah yang mengetahui "so bersabarlah wahai wanita...dan berdoa lah semoga lelaki itu akan hadir dalm hidup kita kelak..maybe di saat kita di ijabkabulkan .. itulah lelaki yang terbaik buat kita,,meneruskan hidup kita sepanjang hayat dengannya..
wahhhhh bahagia kan?tapi lelaki juga mendatangkan sengsara ...~ 
kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira secantek mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
 Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
 Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
hati berbicara:
 semoga kita semua mendapat jodoh yang baik...bahagia di dalam dakapannya..dunia dan akhirat kelak...jangan pernah menangisi kekecewaan itu..tapi menagisilah kebahagiaan yang pernah kita dapat..maybe someday kita akan mendapat kebahagiaanyang tak mampu diluahkan dengan kata2 mahupun air mata yang mengalir ~
Assalamualaikum semua
wah3x bez gilerrr bercuti kan...blog pun dah berhabuk dah,.~
haisyyy blur nak tulis pe pun xtau hehehehe...
so semalam dah pilih 2 pemenang..
tapi still xdapat maklumat dari pemenang lagi harap dapat tinggalkan jejak sebelum hari khamis ni okeyh...
now 2 pemenang lagi akan diumumkan jeng3x...
sape sape ?
xyah cakap banyak ....
tengok je lah ye :)
tahniah pada pemenang okeyh..

agak2 ni header sape ye...jeng3x...
http://yellowyipyip.blogspot.com/2010/12/edit-foto-contest.html
jeng3x pemenang ke 3 ialah awatif azizi 

 sebelum editing
 after editing
katanya using cs5 lawa kan?

dear awatif..tq tau join contest dalia...nice editing first tengok pic awatif terpegun jap..dalia ni suka tengok keindahan alam..so yang suram tu nampak lebih cntek kan3x.. xtau nak ulas ape..bg dalia mmg cantik like it so much..tahniah ye...pandai main dengan tona warna...awatif menggunakan cs5 bukan game cs tu ye..hehehehe...so tahniah from dalia..u win dear !


pemenang ke empat jeng3x 
http://mieracoklet.blogspot.com/2010/12/edit-foto-contest.html
nurul amiera 

before editing 
 after editing


cantik tak..huhu rambang mata lah nak pilih pemenang ...sob3x...dalia pilih yang ni sebagai pemenang yang keempat...suka tengok langit tu ... ade perubahan ketara jugak kan dengan yang sebelum edit tu ..kikiki papepun rezeki nur amiera ... tahniah dear,... u winnn !

hati berbicara :
sila tinggalkan email kat komen ye ...
sebelu hari khamis ni...
Assalamualaikum..
aiyooo sape makan b.a.b.i opssss...
haram okeyh bagi yang beragama islam...
makan lembu sudah ~ 

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir
http://www.wvdhhr.org/labservices/shared/images/virology/influenza_projections.jpg


Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi diAmerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York , 1998 )
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
The image “http://www.healthytomorrow.com/Parasi7.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.The image “http://www.ars.usda.gov/is/graphics/photos/aug00/k4702-6i.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(source : Washington Post , 31 Mei 1952)
Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.

hati berbicara :
copy paste..sekian time kaseh
Assalamualaikum...
selamat pagi semua...
tahun baru ni amacam ?
ade semangat baru x..heheheehehe..
oh ye...
hari ni nak gtau tentang tutorial2 button2 comel kat atas tu..
nampak tak yang bulat2 tu bawah header..
hehehehehe sebenarnya xpndai nak buatkan tutorial tu..
tapi ada jugak blogger lain mintak tolong buat..
so dalam blog dalia ni..
my hubby yang buatkan semua..
dalia sepatah haram pun tak pandai hahaha..
so kalau nak tau klik link tu ye..
kalau tak paham pergi tanya dia..
jangan tanya dalia coz dalia tak kan tahu macamana heheheehhe

tutorial button2 comel

sekian time kaseh !
Assalamualaikum ...
selamat pagi semua..
wah2 hari ni dah 1january 2011...
dalia nak wish hepy new years to allz bloggers~
hehehehe orang wish pukul 12 semalam lah dalia..kekekeke..
malam2 xboleh online..
so pagi ni dapat wish ye...
hehehe excited gilerrr je wish new year...
selamat tinggal 2010..
selamat datang 2011...!

hurmmmm korang sambut tahun baru ke semalam?hehehe dalia xsambut pun...sambut kroh3x.. belum pukul 12 pun dah tido hehehe..hope tahun baru semalam xmenaikkan tahap "sosial" huhuhuhu ~
semalam cuti ..hari ni rasa macam kekok lak nak menaip haha..macam lah baru masuk sekolah kan..oh ye..tahun baru so sekolah mula beroperasi balik..heh2x.... selamat bersekolah balik ye..bez wooo sekolah tu..jgn kroh3x atas meja lak time cikgu mengajar ye..piat telinga kan !

selamat tinggal tahun 2010 yang banyak melakar sejarah2...jangan dilupakan sejarah itu sometimes sejarah tu mungkin berulang kembali..macam lagu newboyz lah pulak ye...so kenangan2 yang ada tu jangan terus dilupankan..ada kenangan yang boleh diambil pengajaran..dan pengalaman2 dulu mendewasakan kita...~

tapi jangan pulak kita lupa bersyukur...alhamdulillah still bernafas lagi dan dapat menikmati tahun baru dengan keadaan sihat walafiat..dan sempurna pancaindera,,so lepas ni jangan mudah berputus asa dengan ujian2 dari Allah s.w.t semakin lama kita bernywa semakin banyak ujian yang menghampiri...selamat berjuang !! kadang2 Allah s.w.t sengaja menurunkan ujian pada kita kerana DIA hendak mendengar rayuan2 kita dan doa2 agar kita tidak terus melupakanNYA...betul x anak2?hehehe..

sejuta kemaafan dari dalia...sepanjang perkenalan ..sepanjang blog qasehdalia ni wujud.. sepanjang jalan tahun 2010 andainya banyak kesilapan2 dari qasehdalia harap di maafkan .. samaada terkasar gurauan... tak terlawat blog.. gurauan melampau..musuh2 ketat sume2 tu ..maafkan kite ye..maaf zahir batin..hehehe..n semua yang dalia pernah guriskan hati samaada sengaja or tak...
my best wish is ur life's happiness ~

banyak lagi nak gtau macam perdana menteri pulak..hehehe ape2 pun..tahun baru ni mulakan hidup baru dengan penuh kematangan...tinggalkan benda2 yang buruk..baiki kekurangan2 diri..dan sentiasa berbuat baik.... ajal kita pun kita xtahu kan..dan xkan mampu meneka bila kita akan berenti bernafas... so

pagi2 pergi ke kedai pakleh..penuhi tahun baru dengan amal soleh..
salam qaseh sayang dari qaseh dalia sempena tahun baru..semoga tangan persahabatan kita tererat dengan ikatan yang ikhlas...disamping ukhwah yang berpanjangan..apa yang tertulis itulah yang terniat di hati..
so kita enjoyyyyyyyyyyy ~ hehehehehe ..kepada semua xkira otai blog or bukan otai..kita hanyalah manusia yang xpernah sempurna..yang tercari2 keredhaanNYA,....yang sentiasa melakukan kesilapan2 kecil dan besar...sam2 muhasabah diri..dan semoga azam yang tertanam dan tersemat dalam diri tu akan tercapai dengan penuh semangat...yeahhhhhhhhhhhhh chaiyok2!

hati berbicara:
azam tahun baru...insyaAllah nak lupakan2 kenangan2 pahit dan mulakan hidup baru dengan penuh ketenanga..dan semoga kite semua sentiasa dibawah peliharaan Allah s.w.t ..
dan nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik...bukan hanya terbaik di mata manusia tapi dimataNYA juga..insyaAllah...~
Assalamualaikum semua...
selamat petang..
nak beritahu ni contest edit foto contest dah ditutup !
dalia kate 31 disember kan?
esok dalia cuti so dalia tutup hari ni ye...
n ade lagi yang masuk dalam komen yang hantar entry..
yang tu dalia terima lagi..
cukuplah masuk hahaha..sebab dah penat sangat nak pilih pemenang..
setakt ni dah 542 penyertaan..
giler babas,,,banyak tu...



pemenang dalia akan umumkan ahad nanti..
tapi hari ahad nanti dalia akan umumkan 2 pemenang..
hari isnin 2 pemenang..
hari selasa 2 pemenang ..
n last hari rabu 1 pemenang (yang paling kreatif)
n pemenang2 ni akan dalia review blog dia..insyaAllah ..
semua yang join dalia akan masukkan dlm bloglist nanti okeyh...


pemenang2 ni dipilih oleh my hubby n dalia sendiri..
sponsor jugak dari dia n dalia...
so tunggu ahad nanti ye :)
bez tak contest ni?
kalau bez nak buat lagi hahahahahaha..
gurau je!
tahun depan maybe contest akan lebih menarik...
nak tahu ape?
jeng3x..tungguuuuuu ~ hehehe


hati berbicara:
esok offline ye..basuh baju j elah esok xkuar g mane2..hehehe..mesin basuh rosak alamak putus tangan lah esok kuwang2x.. dobi kan ade hahaha 
assalamualaikum
Assalamualaikum selamat petang semua..
hurmmm hari ni pun still cuaca redup lagi kat terengganu..
alhamdulillah nikmat Allah s.w.t lagi ~
so korang macamane?
ada sihat ke?hehehe hope always sihat2 je ..
hahaha punye susah soalan abg ben petang ni bagi klue pun otak ni dah xberfungsi dengan warasnya..
so tggu je lah siapakah pemenang itu..
harap2 xde dah muka ujang n naz kah3x..
kejam sikit petang2 ni...
hurmmmmmmmmmmmmmm ~ hati diselubungi kesedihan ..
kenapa?ntahlah...langit pun menangis apatah lagi hati ni ...

gambar 2010 tinggal kenangan ~ heh2x

kenangan oh kenangan...bukan sedih teringatkan kenangan
tapi...tahun 2010 ni akan menjadi kenangan yang terindah ~
kita dah hampir ke penghujung tahun 2010 kan?
n akan melangkah masuk ke pintu 2011..
alhamdulillah masih lagi bernyawa ..dapat lagi melihat kehijauan pokok2..
tapi nanti still ada kah kehijauan pokok ni ataupun akan musnah di rosakkan ~
dari kita lahir hinggalah sekarang,,
banyak dah kenangan2 yang kita ada kan.?
kenangan manis...pahit ..sedih... hurmmm semua ada...
hidup ni pun xkan indah jika tiada kenangan..
yelah dapat ke kite tersenyum sendiri ingat kenangan2 lalu yang menggelikan hati..
dapat ke kita menitis air mata ingat kembali kenangan2 yang sedih...~
bez kan..siapa yang xde kenangan?tipu lah tu kot...
kelmarin pun dah jadi kenangan..hari ini jadikan pedoman dan hari esok kita lalui dengan penuh ketenangan...

tapi sometimes ada juga kenangan2 yang xperlu kita ingat2 kan lagi..
jika kenangan itu hanyalh buatkan hati kite berdarah kembali ~
juz lupakan dan biarkan ia dibawa oleh masa...dan angin lalu..
xusah lagi memandang ke belakang sdgkan kita sudah kedepan..
xusah lagi mengejar bayang2 yang dah berlalu pergi...
hendak digapai pun xdapat apatah lagi untuk menyentuhnya..
so tahun 2011 yang akan datang ni kita bukak buku baru..
corakkan lah dengan warna2 kebaikan ~
jangan terus hidup dalam kegelapan... ~
dalia pun nak jadi yang terbaik...insyaAllah..
dan kita hanyalah hamba Allah yang hanya mampu merancang hanya Dia yang menentukan ~

selamat tahun baru kepada all bloggers..
jangan ada hasad dengki di antara kita ye..
jadikan blog ni sebagai kenangan terindah dlm hidup kita..
maybe org2 lain xkan dapat merasa betapa indahnya..
tapi hanya jiwa kita yang merasainya ~
muka mengade pakai spec haha

hati berbicara :
semoga kita sentiasa dilindungiNYA dan buat yang terbaik ...
ajal maut pertemuan dan perpisahan di tangan Allah s.w.t 
andai blog ni menyatukan kita..biarkan lah ia terus berpanjangan ~
assalamualaikum
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates