• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum..
selamat petang semua..
wahhh alhamdulillah dah  kenyang..
balik2 umah makan tgahari..
bukak tudung saji..
wah de sup ayam..
feberet..cyg mak...! 
(anak dare masak lew sendiri huh)
keje nak masak macamane..(alasan) 
hahaha ampun mak...!

ok tadi qaseh jumpa artikel ni yg di tulis oleh kevin zahri..
kira cikgu fitness ..n terkenal sbgai fitness selebriti malaysia..
jom bace ...

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat
Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.
Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak
Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.
Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)
Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja
Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.
Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan
Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).
Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!

hati berbicara :
kalau nak berfitness boleh tapi dengan cara yg betul ye..nnt lain yg jadi ..ekekeke
Assalamualaikum semua..
selamat petang..
yeyyyy alhamdulillah demam qaseh dah kebah..
so boleh lah kite huha2 ..haha..
ek...
urmmm nanti kawen kan (budak kecik psg angan2 nak kawen daaa)
which one better..
bekerja or jadi suri rumah sepenuh masa...?
qaseh jenis xleh buat 2 kerja dalam satu mase...
nnt salah satu akan terabai..
emmm mak pesan suruh cr kerja jangan harapkan duit laki je..
susah nanti !
ye ke mak?
ayah bagi je duit tu...hik2..
pang kan dah kene cubit..
(cubit bunyi pang ke)
uwhhh xkisah lah kan...
haisyy bila lah nak pgg bunga ni ye...hik gatai2
gmbar ni donlod n edit bg warne dia nmpak mcm ni ha..
cntik x editing kite..(perasan)

so bagi korang..
yg mana korang pilih?
still kerja ke jadi suri rumah...
suri rumah leh goyang kaki mintak laptop ngan laki satu cari duit ngan blog 
ok gak tuh kan?????
jadi mcm bro ben..
wah2 apsal keluar sal bro lak neh..
heeee nothing...
juz kagum dengan dia..
xsombong , peramah , salu bg tips2 ..
kembang idung beliau kalau die membacenye kan ngeee ampun ye..
so nnt kalau qaseh kawen qaseh nak jd suri rumah je lah..
maybe sebelum dpt baby...kerja kot kalau de kerja..
kalau xde kerja ..
tido je kerja hik2..
membesarkan badan...yeahh like it..!
lepas dpt baby..
nak uruskan kelurga dgn baik..
insyaAllah..
sbb tgk org2 kerja ni mcm xde masa jerk..
rumah pun xterurus...
tmbah2 lau balik lewat2...penat2 tido..
mane nak layan anak2.
mane nak layan husben (ehem)
hehehe..
tapi setiap individu lain pndangan kan..


hati berbicara :
biarlah diri ini setia disisi suami mengikut segala perintahNYA..amin..
oh mama saya mau kawen ... kawen dgn siapa ..
dengan siapa saja...ooo mama ....lalalala

Assalamualaikum,,
haiya xsihat pun still buat entry ye..
ikut ku diri ku xperlu mu tahu...
hehe ..saje je tgh keboringan..
xleh tgk lappy ni kat depan mate..!
syhhh online snyap2 je...jgn gtau my hubby okeyh ..!
shut up !

aiyak ..
ape ni main kacau2 ni..
gwa xsuka org kacau my relationship..
kalau nak bhgia cari lah sendiri kbhgiaan tu ..
cuba jgn tidak mencampuri hal org lain okeyh..!
u tooo if u love me dont try2 nak layan2 org lain lebih dr ur love okeyh..!
opss qaseh nape jd camni ?
nothing dear juz berlakon...
nanti kan nak jadi pelakon terkenal hehehe..
so pe korang rase bila someone cuba dtg dalam hubungan yg korang bina,.
n buatkan hubungan tu makin lama makin retak..
pastu yeahhh break up..!
oooo emmmm geeee !
really hate this situasi..
but dont try hate he/she ..
because lau psgn kite xlayan..
hubungan tu akan still forever rite babeh!
kalau hubungan suami isteri agy teruk kan..
hgga bercerai berai..
omg !
so org2 diluar sane mahupun di dalam..
kalau nak jadi seorang yg baik..
jgn kacau hubungan seseorang tu..
kalau nak bg advise boleh tapi jgn ade udang di sebalik mee pulak ye..
kdg2 org ke 3 lebih bhye dr pertame..
miahahaha...yes dont be like this pic ok...!
cute lol...but danger !
huh...

oh ya ..
maybe tomorrow qaseh  xonline..
sebab nak bercuti ...bagi demam ni kebah..
n lepas tu eh lah berblogging dgn hati yg tenang.
huhuhuhu...

hati berbicara :
igt tau..jgn jadi perampas..jadi peramah xpe...hik2
Assalamualaikum..
selamat petang semua...
huhuhu demam qaseh belum kebah lagi..
macamana nak kebah kalau xmakan ubat !
susah untuk meminta pertolongan di kala kesusahan ~
haisyyy..
maybe when i gone...baru nak appreciate kot..
so petang kang terpaksa lah berjalan2 seorg diri menuju kekedai..
huurmmm sad rite?
its ok..my love always support me...
sekuarang2nya itu dah cukup buatkan ht ni sgt2 gumbira !
n esok dah tekda xmo pergi kerja,..
bos kepale saye sudah hampir meletup ni...!
harap maklum ye...

ahhh kdg2 hati merintih sakit..
jiwa meratap hiba..
dengan ujian2 yg datang..
tanpa ketahui sakit itu lah mencuci dosa2,,
welll dah lame xsakit..
so qaseh terima dgn redha wpun merintih sayu dalam kesakitann,...ouchhh !
kadang2 kita terpaksa hadapi ujian2 itu sendirian..
tanpa siape2 yg menyokong..
tanpa kawan2 mahupun keluarga ..
dan bila kite keseorangan kita akn jadi seekor rame2 yg akan bertukar seekor hulk..
dan menyalahkan takdir..
menyalahkan maha pencipta 
atas segala2 kesusahan2 yg kita alami..
ya Allah...lemah nya diri ni..
sehinggakan budak kecil mentertawakan kita..
kerana menangis bila di landa kesakitan
hey budak ! ape yg ko tahu..
grrrr !
sehinggakan syaitan mula merasuk jiwa dan fikiran
sekali gus membisikkan kata2 indah di dunia mereka..
tapi kata2 busuk di dunia islam !

tapi pernahkah mendengar pepatah2 ini

mengapa Allah ciptakan pelangi selepas hujan?
mengapa Allah tumbuhkan tanaman dan bunga2 selepas tanah yg kering kontang?
mengapa ku sangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari ?
mengapa?mengapa dan mengapa ?
owh soalan2 yg xpernah ade dalam dewan peperiksaan,,,
hurm kalau soalan ni ade..
mesti aqu sekarang duduk di kerusi besar..berjawatan tinggi...
:p

the answer is so easy 
 Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

hati berbicara: 
jgn cepat mengeluh andainya belum mencuba..jgn cepat berputus asa jika jalan2 untuk menyelesaikan sgt panjang...jgn terburu2 buat keputusan andainya keputusan itu merugikan..
juz think rasional..
sabar itu ada pada setiap org2 bertaqwa..
wallahualam 
indahnye menjadi bunga...tapi nanti suatu saat bunga pun akan layu ~
Assalamualaikum 
last entry for today...
qaseh ingin memberhentikan penulisan qaseh hari ni..
dengan renungan2 yang sangat indah...
semoga esok hari kita akan bertemu...
dan saling bertanya khabar seperti kita pernah menjadi seorang sahabat yg sgt setia...
setia pada kesetiaan ....

perasan x...
entry hari ni semua tentang syurga kan....
why ?
sebab qaseh pun ingin melangkah kesana dengan harapan menjadi insan yg sentiasa disayangi olehNya
bersama korang2 semua...
sebelum tu...
qaseh nak tanye korang ade musuh x?
musuh lama ?musuh dalam diam ?org yg kita anggap musuh padahal dia adlh sahabat?
qaseh ade musuh ..ntah lah knape permusuhan tu terjadi...
tapi qaseh dah memafkan segala kesalahan2 yg musuh2 qaseh lakukan..
memaafkan segala kesalahan2 yg org lakukan pd qaseh..
walaupun kdg2 kesalahan tu sgt2 perit dan terkesan di hati...hurmm
tapi qaseh juz redha n maafkan segala2nya
sebab qaseh ingin ke syurga Allah s.w.t ...
ape kaitan musuh ? memaafkan dan syurga ?
sbb kemaafan tu salah satu cara untuk kita dapat melangkah ke syurga Allah s.w.t
thats the story..
juz read n think dengan hati kamu yg paling dalam....:)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku." 
hati berbicara :
so malam ni nak tido..or sekarang juz maafkan semua kesalahan2 org2 yang berbuat salah ngan kite..org yg kite xtahu samaada dia buat salah ngan kita n semua org ...so nnt rasulullah s.a.w akan berkata juga mcm tu kpd kite ... wallahualam ...
balik keje dulu..
salam semua...
maafkan segalan kesilapan semua...:)
peace no war babeh

Assalamualaikum semua...
buat ape tu...im not the rite moody right now...
why ?
i dont know ...
maybe i need pils of love to bring back my moOd..

i need this...somebody help me...
sape ade jual eh...hehehehe 

syurga Allah s.w.t patut dimegahi..
bila kau menjejakkan kaki di syurga Allah s.w.t baru kau dtg jumpa aku n berlagak !
jgn kau berlagak di dunia ciptaan kOsong manusia2 yg bertopengkan syaitan !

sharing is caring...
qaseh jumpe this article jom kite same2 bace n bayang kan..
betapa indahnya syurga wpun imaginasi kita xkan mampu untuk membayangkan sesuatu yg indah ini
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
 "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
 "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
 "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
 "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
 "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
 "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
 "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
 "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
 "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
 "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

hati berbicara :
sungguh indah syurga Allah itu hingga tidak terjangkau oleh minda dan imaginasi...rase mcm mahu menangis dgn segala kekuasaanNya...hope kite semua dapat menikmati keindahan ni kelak..amin :)

Assalamualaikum..
juin segmen kempen bersame abg ben lak...
thanx to him..sudi jugak membuat kempen ye.. 
:)

http://www.benashaari.com/2010/12/kempen-blog-pilihan-malaysia.html

kenapa anda sertai contest ini blog pilihan malaysia
ok first thanx coz buat kempen ni..first sertai ni ingat kan saje2 je xtahu lah pulak kene mengundi..pastu dia kate blog baru...so qaseh join coz memang baru lagi dalam dunia blog...masih 4 bulan...n contest ni pun salah satu blog qaseh diberi peluang untuk same2 mengenali blogger2 lain yg turut juin n kenali blogger2 yg masih belum dikenali lagi...salah satu untuk tempatkan blog kite dimate2 blogger lain...cuba untuk menonjolkan diri dlm contest2 ~ hehehe...


kenapa anda rasa anda layak untuk di undi ..
eceh soalan cepu intan...huhu..
qaseh memamg layak untuk diundi (perasan haha) tapi xkisah lah ...undi jangan x undi...coz qaseh blog baru yang sedang berusaha naik...dan xmenyerah kalah eceh
so kalau nak undi jangan lupe no 7 ! 
hehehehe...

ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda...
blog ni juz a blog personal...n ape2 je yg bermain di minda n fikiran...ade tips2 yg boleh membantu,,ade tutorial2 berdasarkan blog ni n atas permintaan...macam2 ado...!ade tuan umah yg peramah hahaha...ade follower2 yg tersayang...(jawapan mengarut je) 


hehe so kalau korang rase layak..korang undi..
kalau rasa xlayak terpulang pada korang..janji korang xkan lupe kan blog ni wpun xtersenarai ye...
korang semua agy penting tau   !!
blog pilihan pertama 
no 7 ye

hati berbicara :
sekarang ni hati sedang bersedih hurmmmm...
manakah si dia...yg sentiasa ada di sisi...

Assalamualaikum sume...
hehe xde keje ni ..
pas entry ni nak g blogwalking...
n petang ni qaseh nak uji minda korang korang korang ~ sume...
ok...
ape jawapan korang kalau ade budak kecil..
kira budak tadika lah yang masih xtahu apa ttg dunia dan akhirat...
dialog nye lebih kurang macam ni lah ye..

budak : tatak ! ite nak tanyew camthing ..
(kakak kite nak tanye something) budak2 biase lah kan masih pelat..

akak : ye dek...nak tanye ape?

budak : tite nak tanyew..metol kew Allah s.w.t tu adew 
(kite nak tanye betulkah Allah s.w.t tu ada ?

akak : ek...ade lah dek...betul2 ade...

budak : lau adew nape adek xnmpak pown...n metol kew Allah s.w.t tu satu n boleh lihat sumew2 kat dunia ni wpun adek nyorok bawah meja...

akak : ek betullah dek...Allah s.w.t tu satu je..n semua yg kite buat dia nmpak...kita xnmpak...

budak :xpaham..akak terangkan lah smpai adek paham....ye an satu cane lak ye leh nmpak sume2...huwaaaa guling2 kat lntai nangis nak tahu..

akak : ek cane nak terangkan ni...


ngeh2...camtu lah dialog nye..
so pe ek jawapan yg terbaik untuk bgtahu budak tu suh die betul2 paham?


hati berbicara :
teringat ustaz yg cerita ttg hal ni mase sekolah2 dulu ..saje nak menguji minda korang petang2 ni..kalau tahu jawablew...
(pssstt : nak g tanye ustaz nor amin jap )
hik2....
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates