• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...........

27/12 excited sangat untuk ke keyell bersama si dia .. sebab dia dah janji nak pergi beli camera .. so apa lagi marilah kita menuntut janji2 manis mu itu haha .. so then pergi la , sesampainya di sana shopping2 kat time square cari apa2 yang patut .. kalau nak beli apa2 baju jgn beli kat alamanda yang mahal gilosss itu ahaaa , sabar .. lupakan ke 'excited' itu beli2 baju n skirt sepasang dua .. tapi so sad la skirt tu besar huu kembang sgt dah rupe mcm orang pregnant terlebih bulan tapi dengan ke 'kreatif' an aku ni tengoklah apa akan jd pd skirt tu ahaks......

hurmm dah beli kesemuanya ... xde mud dah sebab lenguh kaki , letih nya la haiiii tapi tu baru sikit jalan sudah letih ini minaci .. kan best kalau jalan org dukung , tapi kalau dah dukung bukan namanya jalan haha merapu apa tah , so pergi la lowyat sebenarnya misi utama nak membeli camera digital g12 , tapi cari punya cari xde ! erghhhhhh yang ada canon g15 .. so mcm ntah tak survey pun camera tu ..pastu tengok la nikon d3100... emmm macam tak berkenan .. tokey tu pun suggest la camera dslt sony a37 , ringan sikit dari dslr ,then dia compare2 la .. so hati pun tetiba terpaut walaupun orang kata better nikon n canon .. ye lah kan nikon n canon tu kan glemer .. tapi ntah lahh ~ so i rembat ini sony r ........ function senang saje sesuai la untuk aku yg xtahu ape2 haha ...





testing pichaaa...

tak pandai lah nak mereview , apapun da puas hati ............ =) marila kita berpichaa bersama2 .. hehe 

hati berbicara :
apepun thanx to my lovely person , my diary heart , my imam to be .. insyaAllah , tq for everything ........ wan khairil anuar ...... 

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t

1.50 a.m update blog , ni lah masa yang ada untuk blog ,masa untuk merintih ,untuk berdoa ,untuk beristiqamah ..dan lelapkan mata yang kian layu ..tapi tak tahu lah nak cerita tentang apa , maybe personal life yang harus di kongsikan sekarang untuk menerima pendapat ataupun sekadar melepaskan segala yang terbuku di hati ....tapi i dont know how to start it ...

tak tahu lah , hati qaseh sekarang dah keras, dah beku untuk menerima kembali mereka2 yang melukakan hati ni , yang dulu pernah jadi kawan ..sekarang bermusuh , dalam diri ni kan tak pernah pun mintak untuk bermusuh dengan sesiapa lebih2 lagi someone yang pernah jadi kawan .. tapi kawan kah bila kata-kata kesat dan makian yang di lemparkan , kawan ke andainya kesilapan kecil jadi besar ,,kawan ke bila mana pendapat yang ingin di perdebatkan melalui emosi dan kata2 yang tak patut di ucapkan kpd kawan ...? thats we call friend dear ............?

yaaaa i know , tak baik bermusuh lama-lama .. tak baik andainya kita tidak memaafkan kesilapan orang lain , kita kan manusia yang sering melakukan kesilapan , qaseh tahu semua tu ,melekat kat dalam hati ni , tak pernah lupa .. tapi hati ni sakit sangat , sakit sangat2 hingga kadang-kadang tak mampu untuk diluahkan .. nangis je mampu , tapi lepas tu sorry to say ... aku maafkan segala genap luka yang kau bagi tapi aku takkan lupakan segala setiap inci kata-kata yang kau lemparkan ..sebab ia dah meresap masuk ke dlm hati ! 

kawan ? sekarang aku hanya hidup dalam dunia aku , aku akan hormat kawan yang menghormati aku sebagai seorang manusia , dan aku takkan hormat orang yang memberikan aku kata2 kesat , sebab aku paling benci perempuan yang kata2nya penuh makian .. aku jadi benci untuk melihat wajah dia , aku benci segala2nya ... aku tak berdendam cuma aku tak mampu menerima segala apa yang dia katakan ... aku maafkan tapi aku tak tahu apakah maaf aku benar2 ikhlas ........... yaAllah , sedihnya hati bila tak mampu membuang perasaan benci ... what should i do Allah .. redhakanlah hati ku .... tapi sekali aku melangkah untuk meninggalkan sesuatu perkara , aku takkan menoleh lagi lebih2 lagi dalam dunia persahabatan ! i dont need u anymore ...

hati berbicara :
kawan .. awak tahu tak , di sebalik rupa yang cantik ada benda yang hodoh , bilamana tak tahu menjaga pertuturan , kata2 kesat tak perlu di lontarkan .. kawan ..awak tahu tak saya paling benci orang maki saya , saya jijik dengan orang2 macam ni .. tidak menggambarkan langsung pekerti yang baik .. kawan .. saya dah tak tahu macammana untuk sejukkan hati saya .. saya hanya mampu menjauhkan diri saya dari kawan ..dan saya tak mampu untuk panggil awak dengan panggilan 'kawan' lagi .. maafkan aku !
apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita ,maka percayalah Allah Taala akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)- in shaa Allah i will try it .. but aku ada pendirian aku , aku takkan menoleh lagi , semoga Allah gantikan segalanya dengan yang lebih baik ... kawan yang baik yang sentiasa menasihati aku bukan mencela aku .. 

Assalamualaikum...


mengalir dalam diri ku serupa dengan dirimu ,ia membara ~ membakar jiwa ..... relaku korbankan cinta agar dikau bahagia  pada dirimu ada diriku .... -korban cinta , ziana zain-
ku singkap tabir lama , ku intai dalam gelap .. ku tangisi dengan sia - sia .. hati bila teringat kadang menyakitkan .. bila mula susah untuk berakhir .. berhenti hati ~ tolong berhenti .. hati merayu ~ akal tak mampu berfikir .....

bila kenangan menjengah .. bila jiwa kian terusik melayan khayalan , walaupun sudah bertahun lama , ia seakan semadi dalam jiwa  ..bila melibatkan soal hati ..ya Allah sakit ! biarlah .. biarlah kamu mengingati segala apa yang pernah terjadi pd diri kamu .. sedih ? marah ? benci ! sakit .. siksa ~ semua terasa .. hati yang rasa seakan ingin berhenti berkata-kata .. seakan ingin keluar dari dada ..ingin bebas dari kesakitan ! tapi .......... ~ hati tetap berada di situ melawan segala rasa ..mencuba untuk kuat , meminjam kudrat akal .. menumpang kudrat iman .. 

sometimes rasa alangkah indahnya bila mana hati ni tak pernah rasa sakit , tak pernah rasa terluka .. alangkah indahnya andainya semua tu tak pernah kita rasa .. tapi setiap manusia pasti juga akan merasa sedih , sakit .. wpun bukan sebab cinta tapi mungkin sesuatu yang kita tak tahu .. bahagia kadang luaran , dalaman sedang berperang .. sayang ...~ tak salah untuk mengingati semuanya tapi biarlah sesuatu itu menguatkan kembali semangat , jangan ingat sayang dan kasih , tapi ingat juga luka yang di tinggalkan , bukan untuk memupuk benci tapi untuk jadikan ia satu pengajaran , ya kamu mampu ! mampu bangkit .. ingatlah ! tapi jangan hanyut ..... bila hanyut ia mampu melemahkan kembali ...............

hati berbicara :
kadang-kadang aku turut sama melayani kehendak hati , melayani ada ketikanya kesedihan menjalar , setitis demi setitis air mata mengalir , ntah kenapa pun tak tahu , kerana kecewakah , kerana bahagia kah , kerana sakit kah ~ hati pun kadang keliru .. kerana bila ingin membenci pernah saling menyayang , bila ingin marah , menatap wajahnya pun seakan cair .. bila ingin sayang teringat kembali luka yang dalam .. dendam ? jangan sayang ~ doakan saja kebahagiaan semua insan yang pernah singgah dalam hidupmu .. dan tengoklah segala hikmah ... Allah sudah berikan yang terbaik buat kamu ... bersyukur sekarang !


Assalamualaikum....

hati tengah terluka , terluka dengan keadaan terluka dengan seseorang .. teringat kata-kata seseorang , bila mana kita di tempat orang , berhati-hati bila berkawan .. jangan letak sampai kat perut ,kawan saje-saje ,jangan terlalu baik ... skang ni hati bersetuju , rindu nye kawan-kawan yang dulu .. yang masih terikat di hati , yang sentiasa menasihati ..yang kata-kata nya penuh sopan , tak pernah maki .. tak pernah biarkan hati ni terasa .. susahkan .... haihh nape pulak teringat kata-kata dia , rindukah ? hanya teringat .... =) 

tapi sekarang aku just ambil sikap diamkan diri , biarlah apa yang dia nak fikir , terserah pada dia , siapa aku untuk menasihati dia kan , dia pun cakap diri pun tak betul , nak nasihat orang.. biarlah  api mana boleh di simbah dengan minyak .. berlembut jalan terbaik .. sebelum ni pun lagi berat ujian bila di fitnah kacau husband orang kan .. hati kena kuat ye syg , Allah sayang hamba2nya yang sabar ... sabar ye sayang ,sabar ye.. tapi air mata sedang menitis .. yaAllah nape sentiasa aku yang kena .. sdgkan aku cuba buat yang terbaik .. =(

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” - susah nak cr kawan mcm korang , 12 tahun dah kte kawan ..


hurmmm ..terasa nak peluk seseorang nak lepaskan segala2nya .. tapi xpe lah , hidup ni bukan untuk bergembira , walau tiada manusia pun di sekeliling janji Allah sentiasa ada .. kuatkan iman untuk bersabar ,biarlah ~ janji jangan tiada Allah bilamana ramai manusia di sekeliling .. jauhkanlah ~ .. pasni aku buat je hal aku .. korang nak mengumpat ke nak mengata ke .. terserah lah .. aku hidup smentara je kat dunia ni , someday tempat sama jugak kita cari ... its ok my dear .. find your own happiness .. =)


hati berbicara :
photo

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. - rujukan





Assalamualaikum ...

eee jangan la desak2 suruh orang hupdate blog , xsuka la .. hehehe xde maknanya orang nak desak2 aku tulis entry ..saje je bagi kena ngan tajuk..kunun2nye ..sihat ? alhamdulillah,,qaseh dah sihat sepenuhnya .. 3 hari mc ..4hari demam ..huhuhu .. ujian =)

" apakah kau ingin lihat air mata ini berguguran ''

dalam prhubungan mendesak kadang-kadang akan menghancurkan hubungan kamu .. apa kau suka di desak ? tanya diri kamu sblum kamu ingin mendesak someone yang kamu syg ! apa kamu rasa bila hati mu sedang gembira tiba-tiba kamu sering di asak dgn soalan2 yang sama hingga satu saat hati yg gembira bertukar bengis ! bertukar hambar ~ bertukar sedih .. cuba kamu fikir letak kan hati mu di hati dia ,, dia sedang bersedih kerana sikap kamu yang bodoh .. hingga ada satu pertanyaan dalam diri dia yang akan mmbuatkan dirimu takut ! apakah aku sanggup hidup bersama kamu kelak ~ adakah engkau yg terbaik untuk aku ..... ? bila soalan ini di tanya .. mungkin kamu baru sedar hati dia sudah semakin tawar .............. hambar ........... tiada rasa ~
kalau kau betul2 sygkan seseorang , kau letaklah diri kau di tempat dia , kau buat apa yang salah dan kau tuju pada diri kau sendiri .. apa kau rasa ~ itulah yg dia rasa , apa kau fikir ! itulah apa yang dia fikir bila mana sikap kamu yang tidak bijak ... jika sesuatu perkara sudah di muktamadkan .. ia meninggalkan satu titik noktah .. tidak mampu untuk bersambung lagi .. ibarat perjalanan yang mati sudah temui titik noktah .. apa kau ada ? air mata ... apa yang kau mampu tagih dgn air mata ? sudah lunyai untuk difikirkan lagi .. so fikir2kan dan selamat beramal .... =)

hati berbicara :
apa yang kamu dapat ...''leave me alone ''
sayang andainya ada lagi peluang , jadikan lah pengalaman sebagai satu pengajaran .. dan andainya sekarang sedang berlaku .kawallah dan hentikan .. cinta tidak akan selamanya cinta ..sayang tidak akan selamanya syang .. andai disetiap hentian , ade kekeruhan dan jernihnya sangat sedikit ... cuba untuk melihat kejernihan tapi dikaburi dengan kekeruhan .... apa yang tinggal ? nothing hanya sebuah penyesalan ..dan air mata terus keguguran =) .. gotcha !

Assalamualaikum...

yaAllah lama dah tak demam teruk , rasanya masa form 6 dulu je demam plg teruk ,smpai cikgu hantar balik dari asrama .. now rasa mcm prmulaan nak ke arah tu , tapi mintak2 tak macam dulu .. sakit =( , batuk dan selsema .. tak suka keadaan ni .. tapi tu semua dari Dia , menerima dengan redha .. sakit kan pencuci dosa , banyak sangat dosa hingga Allah beri jalan ni untuk menghilangkannya .. alhamdulillah , doa kan kesihatan qaseh ye kawan2 .. ade tips2 gatal tekak n hilangkan selsema boleh lah bg ye ...

hari ni cuti , rest kan badan .. maybe sebab econ trlampau sejuk so badan pun jadi tak sihat kan , haihhh time-time mcm ni sgt prlukan prhatian .. nak mak .. nak b..eh tak lah gurau je hihihihi .. tapi xnak lah tdo je , kalau tdo kepala makin sakit .. so try jugak bangun2 , buat mcm biasa , bertahan saja .. kadang - kadang rasa macam berdenyut kat kepala tempat jahitan dulu .. hope takde ape =) 

boring sebenarnya nak update entry yg berfaedah pun xde idea , baru lepas tidokan baby comei si wafa tadi .. mujur lah wafa ni senang sikit , tak menangis .. bagi susu lepastu ulit2 sikit dah tdo .. kalau menangis lagi makin sakit kepala den ni haaa... skang ni pulak musim hujan , maybe sebab asyik kena hujan je .. rindu kat kawan-kawan dulu .. rindu sangat .. huhuhuhu .. why must kita besar dan dewasa .. haihh ..  mesti pernah rasa macam ni kan ? mesti punya ............ biarlah soalan tu tergantung sbb jawapan ada pd diri sendiri .. assalamualaikum.........


hati berbicara :
best nya duduk kat pantai sorang-sorang masa ni , hanya aku sorang xde sape yang kacau .. aku nak mandi kat situ ,nak berkhayal kat situ .. nak buat istana pasir sorang2 kat situ .. tengok keindahan alam kala senja .. merenung segalanya yang indah , subhanallah seakan keindahan alam meresap dalam diri buat kan hati turut tersenyum ... kadang-kadang bila kita rasa letih ,lelah ... berseorang melihat keindahan alam terapi yang sangat bagus .. ia bagi kekuatan .seakan kekuatan yang ada pada alam meresap dalam diri .. bangkit dan terus bangkit .. no need to worry coz Allah always di sisi kita ... =) 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates