• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

NutriBrownRice®️ Instant Beverage Review | Sekarang ramai yang sedar betapa nikmat kesihatan itu sangat penting, makin ramai yang berlumba-lumba mengamalkan gaya hidup sihat kan, alhamdulillah.

Harini qaseh nak review tentang NutriBrownRice®️ Instant Beverage yang mana sangat sesuai buat orang yang mengamalkan pemakanan sihat 
 

Bagi yang selalu mengamalkan pemakanan sihat, lebih-lebih lagi yang sedang ber diet, mesti dah biasa dengan beras perang kan, sebab banyak khasiat beras perang ni berbanding beras putih yang biasa, cara masaknya sama sahaja dengan beras biasa tu, bagusnya beras perang ni ia adalah bijirin penuh yang banyak khasiat pada tubuh
       
Kelebihan beras perang
  • Makanan rendah “indeks glisemik” (merujuk kepada seberapa cepat dan seberapa banyak makanan menaikkan gula darah seseorang selepas makan
  • Serat beras perang membantu merendahkan paras kolesterol
  • Menggerakkan sisa melalui sistem penghadaman
  • Menggalakkan kekenyangan
  • Membantu mengelakkan pembentukan gumpalan darah 
 
Beras Perang Boleh Diminum ? 
 

Biasa bila qaseh dengar tentang beras perang, selalunya ia akan dimasak seperti biasa kan, tapi korang tahu tak beras perang pun ada dalam bentuk minuman segera. Yes tak perlu dah nak masak-masak dan menunggu lama, ni memang pilihan yang terbaik buat mak-mak yang sibuk dan selalu tak sempat sarapan. 

Hanya bancuh dan minum NutriBrownRice®️ dari keluaran Abrand Food Manufacturing ni je, sangat mudah ! 
 
Yang bagusnya NutriBrown Rice mengandungi Prebiotik tau korang. Apa itu Prebiotik ni? Korang tahu kan betapa pentingnya bakteria baik untuk penghadaman (probiotik), jadi Prebiotik ni adalah makanan untuk pertumbuhan bakteria baik (probiotik) tu
 

Bila qaseh minum NutriBrownRice®️ ni, ia akan jaga usus qaseh dengan baiklah dan banyak khasiat untuk usus lagi-lagi kepada korang yang selalu gastrik,sembelit dan sebagainya. Ia akan beri persekitaran yang baik la pada usus kita bagi mengelak masalah penghadaman. 
 
Tanda badan korang perlukan probiotik
  • Berat badan susah nak turun
  • Sembelit atau masalah usus
  • Selalu teringin makanan-makanan manis
  • Selalu rasa lapar
  • Makan supplement tak berkesan 
  • Lesu dan tak bertenaga
  • Perut buncit 
  • Selalu kentut 
Sebenarnya probiotik dan prebiotik dalam badan kita kena seimbang, probiotik biasa boleh dapatkan melalui supplement, yogurt, atau susu kultur, dan prebiotik biasa dari tumbuh-tumbuhan atau serat, so beras perang, serat yang tinggi dan ianya sangat membantu pertumbuhan probiotik pada manusia.
 
Eeee sedap ke minum beras perang ? Mesti korang risau sangat bab-bab rasa ni kan haha, samalah macam qaseh, ghisauuu apa lah rasanya tapi biasalah nak sihat, nak kurus nak cantik semua perlukan pengorbanan tau,ubat pun pahit tapi ia boleh jadi penawar haaa gituu ~ cuma rasa dia memang takde rasa manis-manis ya sebab memang tiada gula tambahan
 
Tapi jangan risau ye, NutriBrownRice®️ ada dalam 5 perisa, setiap perisa ni ada khasiatnya masing-masing tau.
1. NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik
2. NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotik
3. NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar + Prebiotik
4. NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin
5. NutriBrownRice®️Chocolate
 
Agak-agak perisa mana korang suka? Haaa qaseh nak suka semua lah, tapi sejujurnya qaseh paling suka chocolate hihi sedap gila perisa choc ni sehingga qaseh terlupa yang sebenarnya ia adalah beras perang. Eh siapa je tak suka rasa chocolate kan, budak-budak lagilah suka. Jom qaseh nak kongsi satu persatu kelebihan setiap perisa ni, so senang korang nak pilih mengikut keadaan korang
 
NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik
 

Rasa yang original ni ibarat rasa nestum yang cair tu haa original biasalah, akan ada rasa asli sikit, lebih kurang lah rasa dia, inshaAllah boleh je minum. Yang original ni ada 5.1g prebiotik inulin ye per serving, perisa ni sangat sesuai dengan korang yang ada masalah gastrik sebab ia membantu melegakan masalah gastrik. 
 

Ia mempunyai khasiat Vitamin E, yang mana tinggi dengan antioksidan, so ia boleh mengeluarkan kotoran dan bersihkan usus.Korang boleh merasa perubahan dalam masa 2 minggu pengambilan, sangat bagus untuk korang yang punya masalah penghadaman
 
NutriBrownRice®️ Purple Sweet Potato + Prebiotik
 

Wah bila tengok perisa sweet potato ni, teruja dengan rasa dia, rasa yang berlemakdan memang terasa sweet potato tu, tapi ia tidak menghilangkan rasa beras tu ye. Ia mempunyai 10.5g prebiotik dari Belgium setiap hidangan.
 

Yang ni sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah gula yang tinggi / penghidap diabetes, tapi qaseh nak ingatkan ye, ini bukan ubat, ia hanyalah minuman untuk mengawal atau pun mengelakkan gula yang tinggi dalam badan, haaa sebab tu penghidap diabetes kena jaga makan betul-betul tau, semestinya tiada gula tambahan.
 
Kajian menunjukkan untuk mengawal gula yang tinggi dalam badan, pengguna boleh minum setiap hari dalam masa 2 bulan untuk rasa perubahan itu, ianya tinggi dengan antioksidan dan vitamin E semulajadi.
 
NutriBrownRice®️ Original Brown Sugar + Prebiotik
 

Rasanya ada manis-manis sikit tapi tiada gula tambahan tau dan rasanya seperti makan nestum. Yang ni sangat sesuai bagi dewasa yang sangat sibuk bekerja, kadang sibuk bekerja hingga lupa sarapan, makan pun tak teratur. Ia tinggi dengan Vitamin B6 yang membantu menguatkan tenaga dan punya 3.5g prebiotik setiap hidangan, 
 

Sesuai juga pada orang yang selalu craving minuman manis, atau sukakan coffee/teh boleh gantikan dengan minuman beras perang ni ye.Bila minum, perut korang akan rasa selesa dan okay dengan cepat, jadi bolehlah fokus dengan kerja tanpa masalah.
 
NutriBrownRice®️ Oat With Soy Lecithin
 

1 cup bersamaan 1000mg Soy Lecithin, wow. Ianya sangat sesuai untuk otak dan juga jantung, sesuai sangat kepada wanita mengandung dan juga menyusu. Biasanya ibu-ibu menyusu selalu ada masalah bengkak susu, aaa sakit sangat bila kena kan
 

Jadi, untuk perisa ni ia mempunyai soy lecithin yang dapat melegakan masalah susu tersumbat dan dalam masa yang sama akan perbanyakkan susu badan. Bukan hanya untuk ibu-ibu tapi ia juga sesuai untuk mereka yang punya masalah kolesterol yang tinggi
 
Bahan kandungan oat pula dirumus khas menggunakan Australian baby oat yang lembut dan chewy, zero kolesterol, rendah kalori (160 kcal/ setiap hidangan), 1 sudu teh gula perang yang membantu menurunkan gula, kolesterol dan tekanan darah tinggi. 
 
NutriBrownRice®️ Chocolate
 

Haa mesti ramai yang suka bila nampak perisa coklat ni, yang pasti memang kegemaran anak-anak, coklat yang ada dalam beras perang ni adalah dari 3 buah negara(South Afrika, Papua New Guinea dan Malaysia) yang dikisar dengan fiber semulajadi. Walaupun kebiasaannya coklat itu manis tapi minuman ini tidak mengandungi gula so sangat sesuai untuk anak-anak juga 
 

Orang kata, minuman coklat secara sihat gitu. Ia akan beri tenaga berpanjangan untuk fokus dalam pembelajaran dan kerja, ,mempunyai vitamin B6 yang tinggi yang baik untuk sistem imunisasi badan
 
Jadi semua perisa memang tiada gula tambahan, free laktosa, 100% tumbuh-tumbuhan dan sangat sesuai diambil untuk sarapan pagi, minum petang atau makan malam, tiada tepung jagung atau gandum, gluten free kecuali soy with lecithin, mempunyai vitamin dan mineral semulajadi dan tube feeding friendly ya.
 
Cara Bancuh dan Minum NutriBrownRice®️ Beverage 
 

Korang boleh minum 1-2 sachet setiap hari
1 sachet di bancuh bersama 220ml air suam, bagi ia larut dan boleh minum sebagai pengganti sarapan, boleh add on telur untuk pelengkap sarapan, inshaAllah korang akan rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.

P/s : Bagi qaseh kan, qaseh lebih suka kurangkan air bagi ianya sedikit pekat, bila terlalu banyak air rasanya agak tawar, bila ia pekat segala perisa tu kita boleh rasa. Tapi, jangan terlalu pekat pulak ye, ingat ini adalah minuman hehe
 

So far, qaseh dah cuba semua perisa, alhamdulillah boleh je minum, sejujurnya sangat sedap, walaupun ianya beras perang tapi bila ada pelbagai perisa, ia takkan mengecewakan korang.Pada yang tak biasa atau baru-baru nak cuba, akan terasa jugalah beras perang tu kan, tapi lama-lama ia akan sebati dengan diri, minuman sihat ni awal-awal je susah nak minum tapi bila dah terbiasa, haa jadi minuman wajib, memang ia mengenyangkan dan perut qaseh rasa selesa. 

Siapa Yang Boleh Amalkan NutriBrownRice®️ ?
1. Yang mempunyai masalah gastrik
2. Pengidap diabetes
3. Yang ingin turunkan berat badan 
4. Ibu mengandung
5. Ibu menyusu
6. Kanak-kanak
7. Warga emas 

 
More Info :
Website : https://nutribrownrice.com
Facebook : Nutri Brown Rice Malaysia
Instagram : NutriBrownRice
 
Untuk pembelian boleh order di website atau hubungi 0109492107 
 
 
Assalamualaikum
 
Kempen Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor | Haaa dah bayar zakat ke belum tu ? Jika belum, segerakan ya, tapi jangan lupa taksir zakat dulu sebelum bayar. Kenapa kena taksir ? Haa bagi yang belum tahu, ada berita baik qaseh nak kongsikan pada semua, bukan berita baik dari qaseh tau, tapi dari Lembaga Zakat Selangor, wah wah apakah itu ? 
Bagi yang selalu mengikuti media social Lembaga Zakat Selangor, pasti sentiasa maklum, LZS selalu mengadakan kempen-kempen best buat pembayar zakat, dan semestinya ada hadiah-hadiah yang menarik, sambil-sambil korang bayar zakat tu boleh join kempen-kempen yang ada tau, mana lah tahu rezeki orang-orang yang baik dan bertangungjawab macam korang semua
 

Kali ni, LZS mengadakan Kempen Jom Taksir Zakat, wow korang boleh taksir zakat dan menang hadiah ! Ada yang kurang faham ? Takpe-takpe qaseh akan terangkan pada korang ye. Benda senang sahaja
 
Apakah itu Taksir Zakat ? 

Dalam bahasa mudahnya taksir zakat ni bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Tak semua tahu nak kira zakat macamana kan? Zakat pula terbahagi kepada beberapa jenis, yang paling mudah nak kira adalah Zakat Fitrah, bila tiba Ramadhan je, semua berlumba-lumba untuk bayar zakat fitrah yang mana kiraannya mengikut harga beras yang dimakan. 
 
Kempen Jom Taksir Zakat ni bermula dari 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, bagus ye kempen macam ni, sekurangnya kita boleh ambil tahu jumlah zakat sebenar yang perlu dibayar dengan mudah dan tepat, pada masa yang sama memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
 
Oh ye, selain hadiah lumayan, korang boleh tebus baucer KFC sebanyak RM5 selagi masih ada stok. Jom kita tengok hadiah-hadiah buat bakal pemenang. 

Korang berpeluang memenangi hadiah lumayan :

1. Hadiah utama : Yamaha Lagenda  115Z FI 
2. Hadiah kedua : Nintendo Switch OLED
3. Hadiah ketiga : Smartwatch Garmin
4. Hadiah saguhati : Galaxy Tab A8 
 
Cara-Cara Taksir Zakat 

Qaseh pun tak ingat sangat sebenarnya nak kira zakat ni secara manual,  tapi tak perlu risau, ia jadi sangat mudah dengan teknologi sekarang, tak perlu nak kira-kira di kertas, ada cara paling mudah dan cepat, 


Download Aplikasi Zakat Selangor 
 
Korang hanya perlu download applikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store. 

 
Bila dah download gunakan fungsi “Taksir” dalam aplikasi Zakat Selangor, pilih dan buat lah taksiran jenis-jenis zakat harta, kemudian “ Simpan Taksir Zakat”
 
1. Tekan fungsi “taksir” dalam aplikasi

 

2. Pilih zakat harta yang korang ingin taksir , ada 6 zakat yang korang boleh taksir, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat pelaburan, zakat emas dan zakat KWSP 

 

3. Sebagai contoh, qaseh pilih Zakat Emas, hanya masukkan nilai dan pilih “taksir zakat” , akan keluar nilai yang korang perlu bayar, haaa mudah kan ! 


Akhir sekali, jangan lupa tekan pada fungsi “Simpan Taksir Zakat” pastikan korang LOGIN dahulu barulah keluar fungsi tersebut. Okay !
 
Syarat kelayakan dan lain-lain lagi tentang peraduan ni, korang boleh baca di https://jom.zakatselangor.com.my
 
EZO | Elektronik Zakat Online 
 
Berapa ramai antara kalian yang masih membayar zakat secara offline ? Kenapa nak susahkan diri sedangkan ada cara yang lagi mudah. Dengan EZO ni, korang boleh bayar secara online sahaja, jadi tiada lagi alasan tiada masa untuk membayar zakat 


Selain itu juga, korang boleh semak rekod bayaran zakat sebelum-sebelum ni dan juga boleh semak status permohonan zakat, boleh daftar di https://ezo.zakatselangor.com.my, bila dah daftar, selepas ini hanya login sahaja dan segala data dan semakan korang boleh semak dengan mudah.
 
Kelebihan Akaun EZO

1. Memudahkan pengeluar mendapatkan resit Bayaran Zakat
2. Memudahkan pembayaran zakat
3. Info terkini mengenai kempen dan aktiviti LZS
4. Menyemak status permohonan bantuan agihan 
 
Pengagihan Zakat 
 
Bila dah buat pembayaran zakat, mesti lah kita nak juga tahu kemana wang zakat itu diagihkan, kepada siapa dan adakah ia diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Siapa yang benar-benar layak menerima wang zakat ni ? Mereka yang layak adalah terdiri dari : 
 
  1. Asnaf Fakir
  2. Asnaf Miskin
  3. Asnaf Amil
  4. Asnaf Muallaf
  5. Asnaf Riqab
  6. Asnaf Gharimin 
  7. Asnaf Fisabilillah
  8. Asnaf Ibnu Sabil
 
Kalau korang nak tengok aktiviti-aktiviti agihan zakat, jangan lupa follow facebook page LZS, sebelum nak kata bukan-bukan atau menilai yang tidak baik, tengok lah aktiviti-aktiviti agihan yang LZS lakukan, semuanya diupdate dalam media social atau korang boleh tengok di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/




 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
 
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  
More Info :
 
Website : https://www.zakatselangor.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/
Instagram : https://instagram.com/zakatselangor
 
TALIAN ZAKAT SELANGOR
1-300-88-4343 
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
 
 
Assalamualaikum
 
Superbytes Snowy Dates & Raisin dari Supercube | Korang tahu tak apa itu Superbytes ? Ni Superbytes bukan sekadar Superbytes tau tapi ianya adalah SuperEnergy, by the way ia merupakan keluaran terbaru juga lah dari Supercube. Siapa je tak kenal produk-produk dari Supercube kan, semuanya penuh dengan khasiat. Siapa pernah try anda memang bijak 
 
Apa itu Supercube Superbytes ni ?

Biasa kalau perasan produk-produk Supercube lain, caranya kena letak dalam air kan, tapi berbeza dengan Superbytes, haaaa qaseh suka gila sebab pertama ianya adalah snek sihat, jadi bagi qaseh yang selalu ermmm bukan malas tau, cuma sibuk sikit, aaaa tak tau lah sibuk dengan apa hihi, so sebab ke duanya adalah dapat NGAP je terus, uols boleh bite-bite gitu je tapi bite into healthy life. 
 
Superbytes ni adalah snek sihat berupa kiub coklat campuran oat dan kurma dan sememangnya sesuai untuk seisi keluarga, yang mana untuk menambah tenaga. Ianya sangat sesuai jika korang selalu berpuasa, boleh dijadikan makanan menambah tenaga di waktu sahur, untuk anak-anak, dan paling wajib kena makan Superbytes ni adalah ibu-ibu lebih-lebih lagi ibu mengandung dan juga yang masih menyusukan anak. 
 
Superbytes Sebagai Mikbooster Ibu-Ibu
Yesss ! Superbytes adalah milkbooster yang super easy untuk mak-mak, qaseh faham sangat, menyusukan anak ni kena ada mental yang kuat, tak boleh stress dan semestinya sangat penat dan satu lagi selalu lapar ! 
 
Bila tengok bahan kandungan memang bahannya adalah terbaik untuk menambah susu badan, ada kurma, raisin dan banyak lagi, dah tak perlu nak rebus-rebus, waktu menyusu tu boleh je ngap-ngap Superbytes ni, sesungguhnya ia akan mengenyangkan dan tenaga yang hilang dapat kembali, susu badan pun makin meriah dan pekat.

Kenapa ye, waktu qaseh mengandung Superbytes ni takde lagi, ermm patutkah qaseh mengandung lagi hihi, sangat best ya ada snek sihat macam ni ketika mengandung dan menyusukan anak, korang pun tahu bila mengandung ni selera makan pun hilang tapi lapar kan, nak hadap alahan asyik muntah-muntah lagi, biasanya ibu-ibu akan ganti dengan jeruk atau benda-benda masam, tapi benda tu adakah bermanfaat untuk bayi dalam kandungan ? 
 
Haaa hati-hati tau, apa yang kita makan pun beri kesan pada bayi, jadi ibu-ibu boleh gantikan dengan Superbytes ni, asyik nak mengunyah ? Tak risau dah sebab snek sihat Superbytes ada disisi haaa gitu

Baca juga : Roti Gardenia {alertInfo}
 
Kelebihan Superbytes 

  •  Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
  •  Berfungsi sebagai milkbooster dan melancarkan pengaliran susu badan
  • Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja 
  • 100% natural, rendah kalori dan rendah Indeks Glisemik (GI)
  • Perut kenyang lebih lama
  • Sesuai diambil oleh anak-anak dan pelajar sekolah
  • Grab and go snack dan memudahkan rutin workout
  • Rasa yang sangat menarik dan lazat, makan seperti coklat
  •  Senang dibawa dan disimpan
 
Bahan Kandungan Superbytes.

Apa yang kita nak makan untuk tubuh badan kita, pastikan selidik dan belek-belek lah juga ye bahan kandungan dalam sesuatu produk tu, qaseh tengok bahan kandungan Superbytes ni semuanya bahan-bahan yang sememangnya penuh dengan khasiat dan juga terdapat makanan sunnah, yang mana bagus untuk ibu-ibu untuk perbanyakkan susu badan. 
 
Bahan kandungan 
  1. White Malt
  2. Oat Bran
  3. Dates 
  4. Golden Raisin
  5. Puree Dates 
  6. Golden Syrup
  7. White chocolate compaund  
Mula-mula bila qaseh baca tentang adanya campuran OAT, risau sikit nak makan sebab qaseh tak berapa minat sangat dengan Oat walaupun qaseh tahu oat sangat bagus. Bila qaseh cuba makan, wah memang tak rasa sangat oat tu sebab rasanya lebih kepada rasa manis kurma dan raisin, so memang idea yang sangat bernas bagi orang yang tidak sukakan oat pun akan suka Superbytes ni. 


Dalam 1 kotak ni ada 4 pek, dan dalam 1 pek ni ada 4 pek kecil yang mana ada 3 kiub dalam setiap satu pek, qaseh suka packaging dia, senang nak bawak ke mana-mana, senang nak simpan dan sangat sesuai untuk bagi hadiah untuk ibu-ibu, mesti yang dapat akan rasa happy ! 


Korang boleh je makan beberapa kiub dalam sehari hehe takde limit pun sebab ia tak memudaratkan kesihatan, qaseh makan 3 kiub pun rasa dah kenyang tau, selalu makan untuk sarapan pagi sebab qaseh selalu sarapan lambat, boleh ganti sarapan bila tak sempat heheh. 


Jadi untuk ibu-ibu memang wajib tau ada Superbytes ni, selain sedap, ia memang snek yang sihat dan milkbooster yang bagus yang menggunakan bahan-bahan natural, tiada kesan sampingan dan membantu mak-mak dan seisi keluarga menambah tenaga. 
 
More Info :

IG: https://instagram.com/supercube.hq

FB: https://m.facebook.com/supercube.hq

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdoxctrg/

Agent Website: https://agent.supercube.my

 
 
 
 
 
 Assalamualaikum
 
Apakah itu Vaginal Rejuvenation? | Pernah tak korang mendengar tentang rawatan laser untuk meremajakan vagina? Bunyi macam scary,segan, eeee apakah ini dan sebagainya kan ~ tapi dalam masa yang sama qaseh pun tertanya-tanya juga, apakah itu rawatan meremajakan vagina ataupun vaginal rejuvenation ni, kenapa perlu rawatan sebegini ? 

Vaginal rejuvenation adalah rawatan untuk mengetatkan kembali faraj untuk memberi kekuatan cengkaman, dan mengembalikan atau memulihkan otot faraj. Haaa sebenarnya rawatan ini bukanlah rawatan untuk mengubah ciptaanNYA atau membuka aib atas sebab kekurangan diri tapi lebih kepada untuk memperbaiki masalah-masalah dalaman wanita 

Mungkin rawatan sebegini masih baru dan tidak diperkatakan secara meluas tapi yang punya masalah dalaman, ini rawatan yang sangat membantu tau, jika dibiarkan masalah yang ada nanti lama-lama mungkin jadi lebih teruk dan beri kesan dalam rumahtangga tapi bukan untuk seksual sahaja. 
 
Siapa Yang Memerlukan Rawatan Ini ?

  • Wanita yang kurang ransangan semasa persetubuhan, masalah dalam hubungan seksual
  • Wanita dengan masalah lubang faraj ternganga
  • Wanita yang mengalami masalah pembuangan air kecil yang tidak terkawal yang biasanya terjadi sewaktu bersin, batuk atau tergelak
  • Wanita yang punya masalah faraj kekeringan yang menyebabkan kesakitan ketika hubungan seksual 
  • Wanita yang selalu ada masalah kegatalan pada vulva
  • Wanita yang mempunyai masalah ‘kentut vagina’ , selalu mengeluarkan gas atau bunyi sewaktu hubungan seksual 
  • Wanita yang mempunyai masalah kulit labia yang kendur
Kebiasaannya ramai wanita yang sudah beberapa kali bersalin atau faktor penuaan mengalami masalah-masalah begini, so korang yang mana ada masalah tu boleh lah buat rawatan ni ye, yang bestnya rawatan Vaginal Rejuvenation ni tidak melibatkan pembedahan dan ia tidak menyakitkan, aaaa jangan risau okay ! 
 
Kaedah Rawatan Mengetatkan Faraj 
 
Rawatan Mengetatkan Faraj /Vaginal Tightening Laser
Rawatan ini tidak melibatkan pembedahan ye dan ia tidak menyakitkan, mungkin rasa takut untuk yang pertama kali mencuba, itu benda biasa kan. Dengan teknologi yang makin canggih sekarang, rawatan ini melibatkan kemasukan probe kecil ke dalam saluran faraj 
Tenaga haba yang dikeluarkan oleh laser merancakkan pengeluaran kolagen dan elastin bagi menguatkan kembali ruang dalaman faraj dan serviks. Ini kaedah untuk merawat dan mengetatkan kembali faraj yang longgar.


Siapa yang tidak boleh lakukan rawatan ini
  • Ketumbuhan di Vagina / Serviks
  • Ada IUCD
  • Tengah datang HAID
  • Keputihan yang banyak
  • Mengandung 
  • Baru lepas bersalin
  • Jangkitan Herpes di kemaluan 
Berapa Lama Boleh Nampak Kesan ?  
 
Prosedur ni tak lama tau, sekejap je. So berapa lama boleh nampak kesan rawatan ni ? Korang mesti nak tahu kan, ia bergantung juga pada individu dan tahap kelonggaran kulit, untuk berapa sesi korang perlu buat pun bergantung pada kesan pada individu tersebut tapi tak banyak sesi untuk mendapatkan kesan tu. 
 
Selamat ke ? 
 
Haaaa setiap rawatan ada Pro dan Contra juga kan, tapi rawatan ini selamat oleh FDA dan diuji secara klinikal di seluruh dunia, kesan awal-awal buat mungkin akan rasa hangat-hangat sedikit dan akan keluar cecair dalam waktu terdekat, korang masih boleh meneruskan aktiviti harian dan seksual seperti biasa 
 
Jom Buat Rawatan Vaginal Rejuvenation ni di Klinik Dr. Bazilah
 
Okay tak semua tempat ye ada rawatan mengetatkan vagina ni, yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan rawatan-rawatan sebegini oleh pihak-pihak yang tidak diiktiraf, pastikan yang berkelayakan sahaja.
Jadi, korang boleh buat appointment dan membuat rawatan vagina rejuvenation ataupun rawatan meremajakan / mengetatkan vagina di Klinik Dr. Bazilah, sememangnya dipercayai dan banyak lagi rawatan-rawatan lain yang Klinik Dr. Bazilah tawarkan
Korang boleh book appointment atau ada sebarang persoalan mengenai promotion atau treatment, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr. Bazilah
 
whatsapp : +60196571563 atau klik http://temujanjidrbazilah.wasap.my
 
Call :
03-89229681 (Bandar Baru Bangi)
03-50357359 (Shah Alam)
013-817 7005 (Kuala Lumpur)
 
More Info :


Website :www.klinikdrbazilah.com
Facebook : www.facebook.com/klinikdrbazilah
Instagram : www.instagram.com/klinikdrbazilah
 
 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates