• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum. Kronologi bersalin, 9 Julai 2021, 38 Week 5 day ( due :18 Julai), zaman pandemik.

Pengalaman bersalin anak kedua di Hospital Selayang waktu pandemik | Pagi tu qaseh rasa sakit perut dalam pukul 8 a.m lebih, sakit perut tu datang sekali dengan perut mengeras, setiap kali perut mengeras macam ada tekanan kuat dalam perut ke area punggung yang menyucuk tapi masa tu qaseh still boleh handle sakit tu, cuba untuk mengiring ke kiri dan ke kanan, tukar posisi sebab risau ia hanyalah false contraction, tapi sakit tu tak berkurang. 
Kenangan mengandung yang akan tetap dirindui, paling tak mau ingat bab alahan, paling rindu nanti bila kena kick dengan baby :)

Rasa tu sama macam sakit perut nak bersalinkan Rayyan dulu, tapi layankan je dulu dan mula catit masa, berapa kekerapan tu datang, kira-kira dalam 15 minit sekali sakit perut tu mula rasa. That time, kyle baru je masuk kerja setelah cuti sebab pkpd, alahai time laki cuti tamo lak sakit perut haha sabo je la.

Baca juga : Pengalaman Bersalinkan Rayyan

Lepastu bangun dulu masak nasi, lauk dah ada laki masak awal-awal, qaseh makan dulu sebab risau nanti takde tenaga, gosok baju untuk ke hospital dan siapkan rayyan,beg semua memang dah letak awal-awal dalam kereta. Qaseh whatsapp laki suruh standby lah , whatsapp akak tanya dah boleh pi hospital ke kalau kerap mcm ni so dalam 11 pagi lebih camtu suruh laki balik, pergi je la hospital check contraction betul ke tipu kan.

Sebelum tu hantar Rayyan dulu rumah adik ipar, sebab musim covid ni memang leceh la , on the way  sangkut jem pulak terus laki lalu je jalan emergency, cakap wife nak bersalin, terus lepas ahaks, tiap kali sakit tu datang memang meringkuk jugak lah badan menahan, settle hantar Rayyan, terus ke Hospital Selayang,  ni je hospital paling dekat memandangkan hosp. Sungai Buluh dah jadi tempat rawatan Covid. Sakit makin kerap tapi still boleh tahan.

Dalam pukul 2.30 petang qaseh sampai hospital, laki terus amik wheelchair dan terus ke pac untuk daftar. Sekejap je ye laki boleh naik lepastu dia kena turun semula. Hanya untuk hantar daku, bye suami sobssss

Procedur waktu pandemic

Waktu daftar hanya boleh bawak ic dan handfon sahaja,untuk labour room pun tak perlu bawa sebab baby pakai baju dan bedung hospital. Barang2 lain bila warded baru laki boleh hantar ke wad.

Lepas bersalin suami boleh naik dan masuk wad untuk hantar barang, ambil uri dan azankan anak. Settle semua terus keluar

Qaseh bersalin normal, tak kena swab test, mungkin sebab takde gejala apa-apa dan takde contact rapat. 

Masuk je PAC, terpampang notis katil full, haa sudah terpaksa la duduk di kerusi menunggu, tapi rupanya ada bilik kat situ cuma ada 3 buah katil sahaja, bilik tu so far kosong, masa qaseh pergi ada 2 orang ibu tengah menahan contraction jugak.

Lepas siap daftar, masuk di bahagian untuk check ctg, untuk check jantung baby dan contraction sama ada betul atau pun baby main-main, waktu tu kadang kerap, kadang lambat contraction menyerang, tapi lama-lama makin naik bacaan. Fuhhh tak lekang doa dari mulut, moga cepatlah bukaan kali ni.

Then doc bagitahu contraction mild, tak kuat sangat dan tunggu jap untuk doc check jalan, kalau masih kecik bukaan kena balik dulu, weiii aku dah rasa sakit, tak sanggup nak balik dah, so tunggu la doc check jalan pulak. 

Baca juga : Resepi untuk ibu dalam pantang {alertInfo}

3pm - Check Jalan yang pasti bukan Jalan Raya

Dulu qaseh pelik bila orang cakap check jalan ni sakit, sebab masa Rayyan dulu takdela sakit sangat macam ni, tapi rupanya pengalaman kali ni betul-betul sakit gila babeng, kena seluk sampai ke dalam betul lepas tu macam kena korek sana sini, sumpah sakit :’( 

Result bukaan dah 3 ke 4 cm macam tu, alhamdulillah tak perlu balik, so waktu tu still boleh handle lagi rasa sakit tu, then nurse suruh tukar baju pink, cucuk jarum di tangan dan menunggu aje la, menunggu itu satu penyiksaan heheh. Lepas check bukaan memang akan keluar lah lendir dan darah, tanjat sistur, nurse bagitahu itu semua normal. (Korang boleh sediakan pad sebab darah nanti keluar banyak)

5pm - Contraction Mula Menganggu Gugat


Bermula la contraction yang kadang qaseh boleh handle kadang rasa sakit sangat, memang tak dapat warded lagi sebab katil penuh, so sekejap qaseh layan contraction di kerusi, sekejap bangun konon nak jalan-jalan tapi kenottttt aaaaa bila sakit tu datang, terus rasa macam kejung tak dapat bergerak haha lepas tu pergi baring pulak dekat katil eh macam lagi sakit je bila baring haha serba tak kena dah haku, baik haku duduk je kat kerusi tengok ragam orang lain (menyempat) 

Whatsapp dengan laki, hanya ayat ni je qaseh hantar sakit b , sakit b, sakit b. Tu je mampu qaseh gtau :( then tengok ibu2 keluar masuk, ada yg baru lepas bersalin, aaaa bestnyaaa 

6pm - Contraction Makin Mengganas ! 

Subhanallah yaAllah sakit tak terucap contraction tu, why lagi sakit dari bersalinkan Rayyan :(, darah makin banyak keluar, habis kain pink tu haa, tapi air ketuban tak pecah pun or daku kena ketuban darah, erm tak sure lah ~ lepas tu memang tak tahan dah, gtau nurse then nurse tolak dengan wheelchair untuk check bukaan lagiiiiiii !  Dia cakap 5cm, eh rasa dah nak pecah perut ni , so berehat la jap kat atas katil situ sambil layan contraction yang maha hebat ni

Qaseh tak tahu nak describe macammana sakit tu, Rayyan dulu sakit jugak tapi tak sesakit ni, walaupun begitu, tak rasa nak keluar air mata sebab laki takde kat sisi :( kalau laki ada mesti dah lencun air mata huhu, qaseh cuba untuk kuat dan struggle sorang-sorang, ! Tak lama tu dah rasa tekanan lagi kuat gila, dah macam nak berak dah, sampai aku tumbuk dinding nak panggil nurse, nurseeeeeeeeee ! Nurseeeee ! Tak tahan dah ni nurse, sakittttt ! Jerit je la haha tapi yang datang ibu mengandung yg lain, dia tlg bgtau nurse

Tak lama datang la nurse / doc kot, check jalan lagi then dia cakap okay dah fully ni, dah boleh bersalin ni, from 5cm to fully agak cepat la, haaa terus ditolak ke labour room, nurse cuba tenangkan aku, dia suruh tarik hembus nafas, banyak zikir, daku dah tak ketahuan hala dah nak berzikir haha tapi always baca doa nabi Yunus, masa menunggu bukaan, aku baca ya salam, ya latif, ya wasi banyak kali , petua ibu2 utk cepatkan bukaan. Repeat je zikir dan doa nabi Yunus tu.

Tak sempat pun nak gtau laki dah masuk labour room, tapi dah mintak maaf awal-awal, risau dia sebab aku memang tak balas pape dah mesej, tengah bertarung dalam LR

Eh macam dah cukup panjang je entry ni ! 

Dalam labour room - Jom Meneran !

Tak sure la pukul berapa masa ni, dekat pukul 7pm la kot, qaseh ingatkan katil sama macam  bersalinkan Rayyan dulu, yang letak kaki atas besi tapi rupanya katil biasa je, so kena la pegang kaki sendiri, aku macam tak sampai tau nak pegang kaki haha sebab sakit, lemah betul ! Masa tu ada beberapa orang nurse, ada yang bagi semangat, ada yang tolong tekan perut tapi slowly je, then yang godek-godek dekat bawah.

Nurse bebel berapa kali dia cakap pegang kaki, angkat kepala sikit tengok perut ! Teran betul-betul dan lama. Dah la pakai mask, semput sistur! Tapi serious sakit sangat contraction tu, bila sakit je kena teran tau, so 2 3 kali teran baby tak keluar lagi, sebab nya bila dah tak sakit tak rasa la nak meneran kan, baby tersedut balik huhuk nurse bebel lagi, awak kena teran lama, curi nafas. YaAllah aku rasa dah teran lama kot. 

Waktu tak sakit relax jap, then fikir dengan waras , fokus aku nak cepat-cepat hilangkan rasa sakit ni yaAllah , bantulah aku yaAllah nak cepat-cepat baby keluar dah tak larat dah yaAllah :(  oh ye sambil meneran tu nurse duk godek2 kat bawah jugak tau, lagi la sakit,  then teran ke empat, lastly dapat jugak teran lamaaaaaaaaa, memang kena fokus macam kita nak berak, tak kisah la keluar taik ke apa teran je bagi rasa kat punggung tu, lantakkan aje sakit tu, akhirnya baby keluar sekaligus aaaaaa lega sangatttt,
 syukur yaAllah. Masa ni kan korang, baru rasa nak nangis, baru rasa nak keluar air mata :( Allahu rasasebak, terharu dan tak percaya dah jadi mak anak dua.

7.20 pm - Lahirlah Seorang Puteri Dalam Hidup Kami
Fresh from oven, sejurus dilahirkan. Wan Rania Alisha. Semoga jadi anak yang solehah dunia akhirat 

Bunyilah tangisan baby uwekkkk uwekkk bergema dalam labour room. Lahirlah puteri kami, Wan Rania Alisha (yang baik dilindungi tuhan) berat 3.35kg. Nurse terus letak atas dada, lama jugak dapat skin to skin dengan baby,ya Allah ya tuhanku perasaan gembira dan lega tu sangat nikmat lah orang kata. Syukur alhamdulillah dapat peluk baby. Kesakitan itu tak berakhir disitu ya, uri tak keluar lagi, lambat sikit, so kena tahan sakit lagi keluarkan uri, beberapa minit kemudian baru keluar pastu  nurse amik baby untuk mandikan

Walaupun dah bersalin, kesakitan belum berakhir ya, masa untuk dijahit hidup-hidup pulak, doa moga takde la koyak tapi cuma mimpi haha, kena jahit jugak tapi sikit je, time jarum masuk dalam daging tu yaRabbi sakit macam nak beranak lagi haha redha je la. 
First menu lepas bersalin, kebulur gila haha sumpah lapar, tenaga banyak hilang, sampaikan nurse tolong suapkan air

Walaupun nurse ni kuat bebel tapi aku sukaaa sebab dia macam mak2 sikit dah jahitan dia memang kemas gila, macam tak nampak ada jahitan pun, thats why kurang sakit kot berbanding Rayyan dulu, nak bergerak sikit pun sakit sangat 

Untuk pengalaman kali ni, aku tak jerit pun, masa teran pun bunyi emmmphhnnnnnnnnn emphhhh je, maybe sebab dulu ada laki teman, dia lain sikit perasaan bila laki ada berbanding struggle sorang2, walaupun kali ni lagi sakit tapi tak rasa pun nak keluar air mata, sakit tapi air mata tu tak keluar, kalau laki ada tiber rasa nak nangis dengar suara laki tenangkan kita kan sobssss ;( Bila sorang ni, kita sendiri la kena tenangkan diri sendiri dan kena kuat.

Tapi ingat satu benda, Allah selalu ada dengan kita yang akhirnya hanya Dia tempat kita meminnta pertolongan, tq Allah for everything. Tiber rasa nak nangis, eh kau dan kenapa haha still tak percaya dah jadi mak anak dua, cukuplah sepasang ye, sape tanya aku bila nak bersalin lagi, aku sepak montot dia haha

Settle semua, pukul 8 lebih baru aku meseg laki, gtau dah bersalin, haha know2 dah beranak, terkejut laki aku, patutlah senyap je, alhamdulillah akhirnya baru boleh warded

So laki boleh naik atas jap untuk azan, hantar barang2 dan ambil uri, then kena turun lepas dah settle semua. Gitula kekdahnya yaa bila bersalin zaman pandemik ni. 

But so far okay sebab tempat luka tak sesakit dulu, so aku still boleh bergerak slowly tanpa guna wheelchair, alhamdulillah. Dapat bilik katil 6 orang, dan toilet besar dan selesa,tak perlu menapak jauh-jauh, dalam bilik juga, so far sangat okay cuma takde aircond huhuk

Syukur ada air panas 
Buat kenangan ~ 

Malam esoknya dah boleh balik rumah, yeyyy yahooooo tak payah stay lama2 dalam wad, bermulalah fasa pemulihan dan fasa berpantang sendiri. Kita tengok laki jaga lak macamana heheh

Home sweet home dik

Review : Dasar blogger kan, yang bestnya hospital Selayang ni, nurse dan doctor semua baik-baik, soft spoken, dan ramah lah, so far okay dan membantu ibu2 cuma bab katil lah penuh, tapi rezeki daku tak sempat warded pun terus ke labour room. Yang mana bukaan lambat kesian sikit sebab kena menunggu. Makanan pun sedap2 jugak, ke sebab daku always kebulur haha.


Beza bersalinkan Rayyan dengan Rania ni adalah, Rayyan sakit juga wei tapi contraction kali ni lagi sakit dan dulu tak pandai sangat nak teran, lemah dan lalok sebab nurse bagi sedut gas hihi first time kan, so memang lama jugak la nak bersalinkan Rayyan sampai kena pindah hospital lain and luka sakit sangat, tak mampu nak berjalan. Rania ni segalanya agak cepat dan mudah cuma contraction tu sangat-sangat sakit. Papepun alhamdulillah semua berjalan lancar :’) 
Suka kacau adik abg long ni haaa 

Tq yang doakan qaseh :) Kepada ibu-ibu yang tengah menunggu untuk bersalin tu, kuatkan mental dan fizikal ye, kita perempuan ni nampak lemah tapi sebenarnya kuat! Yang masih menunggu zuriat qaseh doakan semoga doa-doa korang termakbul pada waktu yang tepat. InshaAllah.
Bedung be like ~ dah tak rupa bedung dah haaa
 
Rania Alisha ~ semoga menjadi seorang yang kuat dan tabah hadapi ujian hidup, jaga umi jaga abah abg long dan berkasih sayang lah dengan ikhlas, semoga anak perempuan Umi always dilindungi Tuhan seperti maksud namamu. Semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat.


Assalamualaikum 

Lama betul qaseh tak makan nasi dagang Terengganu yang sedap, bila pekena nasi dagang dari Grannies ni memang terubat rindu dan sememangnya nasi dagang Terengganu yang premium dan katanya terlaris di KLCC, kalau ada di Bukit Beruntung ni maybe akan jadi terlaris di Bukit Beruntung pulak hihi hint ni kot la terbuka cawangan kat sini ahaks :p 
Bila sebut tentang nasi dagang ni qaseh memang favourite makan dengan gulai ikan aye / ikan tongkol lah, kite orang ganu memang tak boleh lari dengan nasi dagang Terengganu lauk ikan tongkol.

Kat sini ada tapi memang susah gila nak jumpa yang betul-betul ngam sebab kebanyakannya guna rempah kari semata, nak marah pun ada haha jadinya macam kari ikan biasa je ~ biasa orang Terengganu ada rempah rahsia untuk buat nasi dagang ni haaa

Bab lauk ikan tongkol ni memang perghhh sedap betul korang, tapi tak semua boleh makan ikan tongkol sebab ada yang alergik tapi jangan risau tau, Grannies ni bukan jual nasi dagang dengan lauk ikan tongkol je tapi ada beberapa lauk lagi, ada udang, ayam dan juga telur,  pilih je nak apa ~ yang pasti semua sedap-sedap belaka ! 

 

Tapi qaseh of course lah mula-mula sampai memang cari ikan tongkol dulu, Rayyan pulak sejenis kureng kalau nasi bukan nasi putih tapi semalam suap kat dia eh makan berselera pulak !

Qaseh tahu sebab apa haha sebab nasi dagang ni bukan guna beras biasa tapi 100% guna beras Basmathi, then nasi tu memang lembut dan lemak sangat, lepas tu bau wangi daun pisang pulak tu. Eyy memilih betul anak den ni. 

Makan nasi dagang dengan kerang masak kam heong pun sedap


Bila tengok nasi dagang dalam daun pisang ni tiber rasa sedih sebab rindu sangat kat kampung, biasa pagi-pagi kan qaseh pergi cari nasi untuk breakfast so dah dapat agak dah kalau berbungkus dengan daun pisang ni mesti nasi dagang, haha tetiber perasaan sedih datang apooooo, tapi okayla terubat sikit rindu ! 

Korang yang tak pernah rasa nasi dagang dalam daun pisang ni, jangan ingat sekadar hiasan klasik je tau tapi dia akan merubah rasa jadi lagi sedap dan wangi. 

Bab rasa pulak yaAllah memang sedap dan berbaloi untuk dicuba, kuah dia pekat, tak manis sangat, tak masin sangat, memang ngam dan serasi, tak pedas tau, kalau korang nak pedas, makan cili tu sebab cili tu rangup betul. 

Harga pulak ? Haaa dah nama premium dan sedap gini harga dia memang kena lah dengan kualiti, yang qaseh order ni adalah SET KENYIR, dapat FREE lauk gulai udang saiz vp, FREE Premium Crunchy Cornflakes Cookies 


Boleh lah belanja family korang dengan order set ni, portion dia memang mengenyangkan tau, tapi bila dah rasa sekali tu asyik nak menambah ajer, qaseh suka makan dengan kuah banyak banjir haha nikmat betul kalau makan macam tu. Nak order single pun boleh, yang pasti makan sekali, nak lagi ! Haih lapar lagi ~ 

Macamana nak order ? Contact je nombor di bawah, kena cepat tau sebab laku keras ! 


Whatsapp / Call : 013 907 5199
Instagram : https://instagram.com/grannies.my
Facebook : https://www.facebook.com/grannies.my


 Assalamualaikum


Hye korang, happy weekend ! Duduk rumah je kan ? So meh la baca blog qaseh :p sebenarnya entry ni dah lama bertangguh hingga kan dah terbeli yang lain dah haha so okayla kita tambah lagi cerita. This is simple entry just wann share with uols my shopee haul for ipad. Btw yang follow instagram qaseh maybe dah tengok la reels unboxing qaseh 
Tapi nak jugak tulis dalam blog sebab maybe ada yang membuat carian di google, lalu terselit blog qaseh ni haaa. Hari tu qaseh ada beli keyboard dan casing ipad, oh ye qaseh guna ipad 8th generation je, kemudian keyboard tu dah rosak sebab jatuh dari meja tinggi, terus dia jadi gelong, sayangnya keyboard tu best guna, cuma terjumpa pulak keyboard yang lagi comel, so beli baru ahahahah. 

Lets check it out !!!!

Before ni qaseh beli casing dan keyboard dekat seller ni, so dia dah satu set dah, tak perlu nak beli asing-asing, casing ipad dan keyboard ni sangat lah okay. Ngam cantik dan tak longgar, menaip pun smooth gila, boleh taip laju-laju tanpa tersekat di skala mana-mana.

Sangat-sangat rekeman kat korang yang tengah cari aksesori untuk ipad dengan harga yang murah, tak sampai ratus-ratus pun, bateri pun tahan sangat dalam 2 3 hari lah cuma kena jaga elok-elok jangan bagi dia jatuh la kot, sebab qaseh punya keyboard ni rosak sebab jatuh sobsss maybe sebab tempat tinggi sangat, berdentum perasaan ku 


Link : https://shopee.com.my/For-iPad-9.7-10.2-5th-6th-7th-8th-Generation-Bluetooth-Keyboard-Case-for-iPad-Air-1-2-3-iPad-air-4-2020-Pro-9.7-10.5-11-mini-1-2-3-4-5-Cover-i.275984522.5239213935

Portable Wireless Bluetooth Keyboard For Ipad 

Lepas tu, qaseh pun survey lah lagi, sebab nak menaip blog susah jugak takde keyboard ni, jadi lambat nak taip guna jari, kadang tertypo walaupun jari dah cukup runcing. Ingat nak beli yang sama je, tapi dek kerana nafsu lebih ke arah yang comel-comel, qaseh beli keyboard yang jenis bulat-bulat pulak ! Warna tetap lah pastel okay, nak kata pink tu bukan tapi macam peach kot 



Link : https://shope.ee/3KomoYbcB6



Sejujurnya qaseh lebih suka keyboard lama sebab lagi smooth nak menaip, maaybe belum biasa dengan bentuk bulat-bulat ni, dan yang lama tu rasa lebih smooth dan lembut, yang ni design la cantik, menaip pun okay lagi la cuma better yang sebelum ni, untuk charge sama je guna usb kabel, dapat free kabel jugak, casing yang sama macam sebelum ni, tak tukar pun 


Portable Wireless Mouse For Ipad
Tetikus pun penting jugak, so di seller sama qaseh beli lah jugak wireless mouse ni ha, susah nak edit html kalau takde mouse, terkial-kial nak cari coding hari tu, huh cemas iols ! Mouse ni pun not bad, dia guna bateri yang biasa tu sebiji, then connect bluetooth je la macam biasa, so far smooth jugak dan laju takde tersekat-sekat di mana-mana, semestinya colour sama dengan keyboard ahahaha

Link : https://shope.ee/A9f6xCMuxd




Stylus Pen  With Palm Rejection Ipad Pencil 
Lastly qaseh beli ipad pencil, tapi bukan brand apple lah, idok mampu dah nak beli brand apple haha, ipad je mampu sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan aaa gitew, pencil ni takde lah keperluan sangat cuma sekarang addicted dengan digital planner pulak, nanti qaseh share pasal tu (tak tahu lah bila yee) 



Link : https://shope.ee/4fKAOZdFgW

Nak guna pun senang sangat, hanya sentuh jari kat atas kepala tu haaa then terus menyala warna biru, dah terus connect dengan ipad, qaseh guna so far setakat ni smooth jugak untuk menaip or tulis, im using not for profesional pun, bukan ada gaya pelukis dan kreatif, untuk charge kena guna usb type C, tak perlu beli sebab dia bagi sekali kabel tu dan beberapa free gift lain


Boleh guna selama 20 jam, then bila lampu dah kelip-kelip tu bateri dia dah low lah, charge sampai lampu warna hijau okay. So far sangat okay dan harga pun murah ! 


Untuk 3 aksesori ni semua dari seller sama, dari oversea ye, qaseh order 1/6/2021 dan agak cepat tau sampai pada 7/6, so dalam masa seminggu dah sampai, memang terbaik ! Tq sudi baca dan selamat membeli !

Tempered Glass Berkualiti : https://shope.ee/fo1dLpFRb
Tempered Glass Like Paper : https://shope.ee/8zT9ZEVVc8 https://shope.ee/8zT9ZEVVc8


Assalamualaikum


Sudah sedia maklum negara kita masih lagi berperang dengan wabak Covid19 dan sememangnya ada di kalangan kita sangat terkesan dan banyak perkara yang di luar jangkaan kita terjadi, ada yang kehilangan kerja, terpaksa bercatu makanan dan kehidupan normal kita yang bebas di suatu ketika dahulu telah diragut sedikit demi sedikit dan yang paling kesian adalah para frontliner yang bertungkus lumus dalam merawat pesakit Covid19 yang semakin hari semakin ramai
Jadi, tolonglah jaga diri kita sendiri dengan mematuhi segala S.O.P, jangan keluar rumah jika tiada apa yang penting untuk dilakukan dan yang paling penting sekali berhenti menyebarkan berita-berita palsu terutamanya anti vaksin yang terlalu taksub dengan teori konspirasi dan mempengaruhi orang lain dengan cerita-cerita tidak benar, sepatutnya kita rakyat Malaysia kena  bersatu hati dalam menentang wabak ini


Disebabkan itu, McDonald’s Malaysia menunjukkan penghargaan mereka bagi menghargai bakti dan pengorbanan kepada petugas barisan hadapan / frontliner dengan mengadakan #KitaBoleh inisiatif yang mana satu usaha yang sangat bagus bagi qaseh, iaitu penajaan makanan kepada lebih dari 70 buah hospital 

Inisiatif ini bermula lebih dari sebulan, bermula pada 24 Mei dan dijadualkan berakhir pada 30 Jun. Kekerapan penghantaran akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan dari McDonald’s Malaysia adalah kepada hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19 yang mana menjangkau sekitar 300,000 pekerja penjagaan kesihatan. 


Usaha sumbangan dan penajaan makanan dari McDonald’s Malaysia ini sebenarnya bukan benda baharu kerana sebelum ini McDonald’s Malaysia memang giat dalam melakukan kerja-kerja amal, dan inisiatif ini adalah kesinambungan dari inisiatif #KitaBoleh yang telah dilakukan oleh McDonald semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama pada tahun lalu.
Pada korang yang belum tahu, konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s Malaysia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang dalam masa yang sukar. Jadi sebagai rakyat Malaysia, berhenti lah tuding jari sesama kita, jaga diri dan patuhi S.O.P dan bersama-sama melawan wabak COVID-19 ini.


Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional kepada petugas barisan hadapan / frontliner yang dalam diam mempunyai keberanian yang tinggi, walaupun penat lelah, terpaksa korbankan masa dan tenaga dalam memerangi wabak COVID-19.


#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).


Petikan dari Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
“Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan sewaktu wabak ini. Apa yang masih konsisten sejak wabak ini adalah para barisan hadapan / frontliner yang sepanjang masa dan berterusan merawat pesakit COVID-19 dan memastikan kita semua aman dalam menentang wabak COVID-19”

Azmir juga mengenali pasukan restoran McDonald’s Malaysia yang bertugas untuk menghantar makanan ke hospital sentiasa memberikan senyuman kepada barisan hadapan / frontliner. Satu teriakan hebat kepada pasukan restoran McDonald’s Malaysia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung yang mana akan memastikan barisan perubatan kami mendapat makanan kegemaran mereka.
Lastly bagi qaseh juga untuk McDonald’s Malaysia, syabas dan tahniah untuk inisiatif #KitaBoleh ini, sebagai rakyat Malaysia qaseh hanya mampu mematuhi segala S.O.P dan create awareness untuk kita sama-sama melawan wabak COVID-19 ini. Semoga negara kita dan seluruh negara akan bebas dari wabak ini dan boleh teruskan kehidupan normal seperti sebelum ini.



More Info :
https://www.mcdonalds.com.my/

http://www.facebook.com/My.McDonalds/


Assalamualaikum.


Sedap ke kokojarshake ni ? Sebab qaseh tengok ramai suka makan kokojarshake ni haa,  Qaseh dulu-dulu pernah makan yang salut dengan coklat ntah la apa nama dia, dah berkurun lama, tapi jenuh nak tunggu dia cair, kena rendam dengan air panas, sedap tapi terlampau manis, qaseh seorang  makhluk yang memang tak suka benda-benda yang manis sebab rasa macam melekat-lekat je dekat tekak, thats why agak memilih dan pastikan memang manis dia ditahap okay. 

Biasanya kalau kokojarshake ni paling popular dengan perisa coklat la kan, sebab kombinasi tu memang padan dan kena sangat bila kita makan, dengan crunchynya fuhhh meleleh air liur haha tapi kalau dah semua nak buat perisa coklat ajer, boring jugak lah kan, so qaseh dah terjebak dengan kokojarshake ni korang, ni qaseh nak share dengan korang dua perisa baru dari kokojarshake.hq iaitu perisa baru 
Kokojarshake Strawberry Yogurt 

Kokojarshake Mango Yogurt

Packaging serious la besar, memang berbaloi sangat dengan harga 

Bila cuba perisa baru ni baru best, kita lari dari kebiasaan dengan revolusi baru sebab tak semua sukakan coklat, bila banyak pilihan senang la nak pilih. Agak-agak apa rasa dia ye? Hurm before qaseh share apa rasa dia, qaseh nak share apa bahan kandungan Kokojarshake ni, jangan tahu makan aje ye, so kokojarshake ni campuran bubble rice dan mini white crunch bersalutkan coklat cair yang premium. Betul ke premium ? Kalau nak tahu betul ke tak, eh kena lah beli dulu heheh

Sememangnya premium sebab qaseh letak kokojarshake ni dekat luar je tapi coklat dia tak mengeras dan tidak melekit langsung, bila kita nak makan tu takdela menyusahkan hanya kena shake-shake bagi coklat cair tu serasi dan sebati dengan campuran bubble rice dan mini white crunch tu je, baru sedap nak makan tau, kalau korang nak rasa macam suam-suam boleh rendam kan dalam air suam sekejap then shake-shake, tapi qaseh pemalas, so shake-shake dah boleh ngap.


Kokojarshake Strawberry Yogurt 

Antara strawberry dengan mango ni tak boleh nak pilih yang mana satu lagi sedap sebab ia punya perasa yang berlainan, dua-dua sedap dan ada keunikan dan rasa tersendiri. Apa yang paling qaseh suka adalah rasa manis dia tak berlebihan, strawberry ni serious sedap sebab ada juga rasa masam tapi dia jadi seimbang. Manis ada masam pun tu sebati, cuma rasa macam nak coklat cair tu lagi banyak haha (tamak tak). Masam tu dari yogurt tau tapi takdela masam sangat, ngam dengan manis strawberry tu haa 



Kokojarshake Mango Yogurt
Yang ni pula perisa mango, buka je penutup botol semerbak bau dia, bila tanya Rayyan, dia lebih suka perisa mango ni sebab dia memang suka makan makanan yang masam-masam dari manis, adohaaaa. Korang pulak takut nak cuba mango yogurt ni sebab qaseh kata masam, dia takdela masam yang macam buah mangga tu, tetap ada masam manis dan yogurt, rasa dia sedap tau, tak reti pulak nak explain macam mana haha yang pastinya bila dah ngap sekali, berkali-kali masuk mulut gais

Walaupun botol dah cukup besar dan tinggi, bila sekali makan tu yaAllah tak boleh nak berhenti -_- kalau beli 10 tak sampai seminggu agaknya, ni pun dah tinggal suku botol dah haha, siap berebut lagi 3 beranak ni haaa. So korang jangan lupa cuba okay, bagi qaseh sangat-sangat berbaloi dengan harganya RM18 sahaja. Oh selain tu ada juga original flavour semestinya coklat dan juga Mocha. Korang boleh usha-usha di link yang qaseh bagi kat bawah okay. 

Jana Pendapatan Bersama Kokojarshake 

Okay ni peluang baik untuk korang semua, di tambah dengan lockdown dan musim PKP yang berterusan, qaseh tahu ramai yang kurang bernasib baik, kena potong gaji, di buang kerja dan sebagainya. Jadi, kokojarshake buka peluang untuk korang mendaftar sebagai stokis atau pun ejen kokojarshake dan menjana pendapatan.

Hubungi no : 011-62921562

More Info : 
Website : https://kokojar.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kokojarshake.hqpage
Instagram : https://instagram.com/kokojarshake.hq


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates