• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

 Assalamualaikum

Beraya mana korang tahun ni ? Sedih sebenarnya sebab dah 2 tahun beraya tanpa mak ayah, tak boleh balik kampung sebab pandemik, tapi raya tetap raya, kena sambut juga, takpela kita bahagiakan anak-anak, belikan baju raya Rayyan sebab dia macam eksited tau nak beraya, so tahun ni baju raya qaseh beli di Pusat Pakaian Hari-Hari, yeyyy alhamdulillah dah selesai ! 

Sebenarnya ni pertama kali qaseh beli baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari tu pun sebab member bagitahu banyak pilihan baju raya kat sini dan harga berpatutan, eyyy kenapa la daku baru tahu ! Selalunya sanggup bersesak dekat KL dengan orang ramai semata nak cari kelengkapan raya huh.


So qaseh shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari yang bertempat di Rawang, kat sini ada dua buah Pusat Pakaian Hari-Hari, tapi sama je, if takde saiz dekat kedai 1 diorang akan roger kedai 1 lagi haaa senang la, inshaAllah saiz yang kita nak ada stok, tapi jangan pergi hampir-hampir raya yeee, tinggal stand je karang hihi




Alhamdulillah masa qaseh pergi tu hari, tak ramai orang so tak perlu nak bersesak, S.O.P of course terjaga dan qaseh suka sangat layanan staff kat sini, mak buyung kan tak larat nak cari sendiri so mereka lah yang banyak menolong, dah macam member-member pulak, tak lokek dengan senyuman dan tak penat layan karenah customer. Tq staff ! 


Koleksi Baju Raya Hari-Hari 2021 


Tahun ni tak plan pun nak tema apa, so asal ada yang sedondon untuk kami 3 beranak pun dah cukup, yang penting sedondon yeeee, misi mencari pun bermula ! Masuk je kedai qaseh mula pening sebab rambang mata dah, bersusun baju raya yang pelbagai warna dan design cantik-cantik, untuk 2021 ni banyak design-design yang up to date tau, takde la yang kosong dan klasik sangat hehe





Geram je tengok baju anak-anak, semua comel-comel eyyy sumpah la geram tengok baju gigirl, tapi Rayyan boy so baju melayu je la :p. Suami pulak dah risau size dia ada ke tak haha, sabo je la. Jangan la risau kat sini baju melayu dari saiz anak-anak-anak hingga saiz XXL


ada. 





Pilih punya pilih akhirnya berkenan dengan warna tettttttttt (rahsia) haha nanti hari raya qaseh tunjuk warna apa okay, yang pasti alhamdulillah dapat cari yang sedondon dan saiz ngam, tq staff tolong cari hingga jumpa sampai kena roger kedai satu lagi untuk saiz Rayyan, akhirnya dapat jugak ! 



Dah alang-alang tu, terus cari samping dan songkok untuk Rayyan, Umi mung pun dah penat nak berdiri lama-lama bila dah sarat ni, semua staff tolong carikan, senang kerja Umi hikhik. Kat sini songkok dan samping murah sangat gais, tapi banyak pilihan yang cantik-cantik untuk sedondonkan dengan baju yang kita pilih. YaAllah faham tak perasaan lega tu hihi

Biasanya kan tahun-tahun sebelum ni, kitorang spend untuk baju raya banyak jugak lah, ops ! Tapi dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni sangat jimat dan berbaloi, untuk kami 3 beranak kitorang spend dalam RM260 lebih macam tu, memang berbaloi cukup lengkap samping dan songkok, lagipun raya kali ni mana boleh ziarah sangat, huh. Eh panjang pulak membebel ! 


Free Gift Sampul Raya Dan Beg Purple Hari-Hari


Dah penat shopping, dapat free gift sampul raya pulak, jimat duit disitu ye tak perlu nak beli sampul raya dah, so kalau korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari dengan pembelian RM100 dan keatas bermula 23/4 korang dapat sampul raya free yang comel dan cute ni! 


Untuk beg purple pulak, bila korang shopping dengan pembelian Rm200 dan keatas bermula 23/4, dapatlah beg purple comel macam qaseh dapat ni haaa. Qaseh dapat dua-dua sebab shopping lebih dari harga tu, yeyyy


Untuk info korang, sekarang Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 85 cawangan tau, wow banyak jugak ek, terbaik lah dan akan dibuka lagi 5 di Kajang, Klang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ni jugak. 


Beli Online Pun Boleh ! 


Disebabkan sekarang masih pandemik dan kita pun sangat diwajibkan jaga kesihatan diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ada anak kecil, so qaseh sarankan juga korang untuk shopping online je, lagi senang gais 



Yang bestnya harga berbeza ye sebab bila buat pembelian secara atas talian di www.ehari.com atau di Shopee Hari-Hari korang akan dapat menikmati diskaun sebanyak 15% ! Lagi jimat wang anda ehehe. 


Lastly haaaa aceteka tema qaseh tahun ni warna apa, kalau betul memey bijokkk la haha. Yang pasti dari jauh dah nampak :p eyyyy tak sabar nak photoshoot, macam nak photoshoot dekat studio ajer untuk kenangan bertiga ni, next inshaAllah berempat pulak, ameen. 


More Info :


Website : www.ehari.com

Instagram : www.instagram.com/harihariofficial


Assalamualaikum, amacam Ramadhan korang tahun ni, walaupun kita dilanda pandemik tapi Ramadhan tetap onz dan semangat tau. Teringat dulu waktu kecik-kecik bila berbuka puasa teringin minum air gas walaupun kena marah sebab ye lah kecik lagi kan alah bukan selalu pun :p


Bila dah besar pun masih ada habit sama, dan kesukaan sepanjang masa adalah brand F&N. Siapa je tak kenal brand ni, dari dulu lagi memang pilihan ramai orang dan makin banyak bahan / minuman keluaran F&N yang mudah untuk dibuat. 


Bagi korang yang belum tahu (qaseh pun baru tahu hihi) sekarang boleh beli atas talian/online sahaja, semua hanya di hujung jari. Tambah-tambah nak masuk bulan Syawal ni banyak la stok barang habis dekat kedai, so jalan selamat baik lah beli online je dan boleh kurangkan kesesakan 


Download Aplikasi F&N Life (android & ios)

First thing korang kena download aplikasi F&N Life di playstore / google play dan register atau sign up macam biasa lah, mudah je guna smartfon canggih korang tu je haaa, qaseh apa-apa pun memang suka bila ada aplikasi, sebab mudah berbanding website,ia macam mesra pengguna dan laju,  nak beli apa-apa pun tak banyak step. 


Bila dah sign up semua macam biasa korang boleh pilih apa yang korang nak, hari ni qaseh nak share tentang set bundle yang ada dalam aplikasi F&N LIFE, untuk Ramadhan dan Syawal tau, so korang boleh klik banner macam dibawah ni, klik dalam apps la yee



Sekarang ada bundle Ramadhan dan juga Syawal, murah weh harga dia, beza banyak jugak lah bila dah ditolak diskaun, so memang jimat. Qaseh dah beli dah 12 botol air F&N haha banyak-banyak nak menjual ke sis :p alaa beli banyak terus simpan stok, benda tak basi kan boleh untuk raya sekali heheh, qaseh kadang beli banyak suka bagi dekat orang lain jugak, berkongsi gitu


Ikut pengalaman qaseh sendiri, penghantaran memang laju, then pihak courier akan call dulu lah, senang kita nak bujet masa kan.So meh qaseh tunjuk promosi yang korang boleh pilih untuk Ramadhan dan juga Syawal nanti, yang pasti berbaloi dari korang beli di kedai. 


F&N Life Ramadhan Bundle 



Kat kedai takde la bundle-bundle ni kan, ada 6 pilihan dengan pelbagai jenis minuman yang korang boleh pilih, dan Qaseh baru perasan ada minuman F&N berperisa bandung,black currant dan buah-buahan, alaaa nyesal tak beli yang tu sebab qaseh tak pernah cuba lagi, tapi takpe boleh beli lagi, just add to cart dan tinggal bayor ajeee 


F&N Life Raya Bundle 

Bundle untuk raya best gila dan memang menyenangkan korang untuk masak juadah raya sebab dia dah macam setkan la untuk korang masak, contoh untuk “ Masak- Masak Raya Bundle “ siap dah ada lemang, ketupat, susu, serbuk kari, rendang dan sebagainya, sebelum add to cart tu ada senarai apa yang ada dalam set tu okay


Baca betui-betui tau, so far ada 5 pilihan tapi ada yang coming soon lagi, bersedia tau ! Simpan untuk stok raya awal-awal pun takde masalah. 


Bila dah ada app F&N Life tu banyak lagi la promo-promo lain yang korang boleh beli. 

Nak unboxing lah sikit apa yang qaseh dah beli untuk Ramadhan ni, rasanya memang sampai raya, senang nak hidang pada tetamu dan boleh bagi untuk hadiah juga, sharing is caring kan. 


Unboxing F&N Raya Ria Bundle 


Mula-mula fikir eh dapat 4 je ke, tapi rupanya setiap perisa dapat 3, so 4x3 dapatla 12 botol, hah siap buat kira-kira hehe. Dalam set ni ada perisa F&N Ice Cream Soda, F&N Sarsi, F&N Orange, dan F&N Strawberry. Semua 1.5L botol besar tau. Untuk bukak puasa nanti boleh lah buat bandung soda, my husband favourite ! 

So korang jangan lupa download aplikasi F&N Life di smartfon masing-masing, dekat-dekat raya nanti mana tau lagi banyak promosi best yang ada so jangan lepaskan peluang ni yeeee. Eh pergi download sekarang, jangan lupa bagitau mak : p 

  • Download F&N Life App di playstore & google play
  • Sign Up 
  • Verified di email 
  • Add to cart
  • Checkout & pay
  • Siap ! 


For more info : 


Facebook : https://www.facebook.com/FNlife.my

Instagram : htpps://www.instagram.com/fn.life

 Assalamualaikum


Hye korang, semalam qaseh ada pergi satu kedai cermin  mata ni di Bangi di Optom Eyecare Bangi. Seperti yang korang tahu, qaseh memang tak pakai cermin mata sepenuh masa tapi ada waktunya qaseh pakai juga bila mengadap gajet lagi-lagi untuk berblog, biasanya bila pergi kedai cermin mata  ni akan ada pemeriksaan mata yang selalunya staff akan check power mata kita je kan

Tapi bila di Optom Eyecare Bangi ni qaseh impress sangat sebab ia lain dari kedai cermin mata yang biasa qaseh pergi sebab Optom Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata 


Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain, haaaa 



Jadi, ada 4 step pemeriksaan mata yang qaseh lalui, jangan risau ye, tak sakit langsung hehe so perlu ke qaseh pakai cermin mata sebenarnya ? Dari pemeriksaan ni, diorang boleh tahu samaada korang ada kencing manis, resdung , darah tinggi, katara, selaput mata, mata merah dan masalah-masalah mata yang lain, memang details sangat gais


Biasa nak pergi check di hospital agak makan masa dan kena setup appointment dulu tapi kat sini mudah, pantas dan memang dari pakar.


4 Step Pemeriksaan Mata Yang Perlu Dilalui


  • Mesin Autorefcractor - qaseh tak tahu sangat lah ayat-ayat klinikal ni tapi untuk first step ni untuk check power dan silau mata kita, so far mata qaseh bahagian kanan mata 125 tinggi sikit dari belah kiri 75, silau pulak 50, so far qaseh takde masalah pun sebab mata kiri menyeimbangkan penglihatan mata qaseh so tak ditahap yang teruk dan memerlukan cermin mata sebenarnya 

  • Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada qaseh ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, second step ni pun qaseh lulus dengan jayanya, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauh
  • Mesin Diagnostic - Haa third step ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta. Sebelum ni tak pernah check mata macam ni so wow berdebar jugak tengok result
  • Mesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak 

Lastly jom tengok result ! Alhamdulillah so far saluran darah mata qaseh sangat cantik, takde masalah lain yang berkaitan, tapi andainya korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check ! 




Nah tu step secara ringkas yang qaseh kongsi ikut pengalaman qaseh sendiri, untuk penjelasan lanjut korang kena datang sendiri lah ye, bab cas harga memang akan di cas tapi berpatutan, selepas tu baru korang akan di beri cadangan cermin mata yang sesuai mengikut kondisi mata korang. 


Saya Nak Cermin Mata Yang Sempurna Di Wajah Saya !!! (Cermin Mata Khas - BeSpoke)


Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya 





Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat, so qaseh pun try la juga, saje ambil pengalaman, hanya ada di Optom Bangi je tau 


Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri. 



Antara cermin mata custom , korang nak warna warni pun boleh :p


Cermin Mata Terbaik Untuk Anak - Anak 


Selain tu ada pilihan yang sangat bagus untuk anak-anak, biasa anak-anak ni sangat lasak ye, so kat sini cermin mata boleh lentur (fleksible) dan ia tiada  skru, boleh dibuka dengan senang, (macam klip) for kids ada tali di belakang , sesuai untuk bersukan





Oh ya, lagi satu jika anak-anak ada masalah juling, Optom Bangi pun ada terapi khas untuk masukkan balik mata yang juling, more info kena datang kedai okay 


Jenis Kanta dari standard hingga ke premium


Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan

Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi  ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri 



Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni


Pelbagai Cermin Mata Berjenama Juga 


Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti 



For more info :


i. Optom Eyecare. 
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM

ii. GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

iii. IG & page Optom Eyecare Bangi:
http://www.optom.com.my
 www.instagram.com/optombangi
www.facebook.com/optombangi

*👁️‍🗨️PM DIRECT*
wasap.my/601111479093
📞01111479093

Oh ye! Jangan lupa jawab soalan ni kalau nak dapatkan UV420 LENS ni. Terhad untuk 1000 penyertaan pertama je tau. So cepat-cepat jawab survey ni ok.





Assalamualaikum 


Pejam celik pejam celik kita pun dah nak masuk bulan Ramadhan dah, sekejap nya rasa masa berlalu, rasa macam baru je masuk tahun baru. Hari ni qaseh nak kongsikan 1 inisiatif yang sangat-sangat bagus kepada korang di luar sana yang suka beramal kebajikan, suka menderma dan bersedekah. Inisiatif ini adalah dari projek Lapowey 



Projek Infaq Makanan Bersama Lapowey


Lapowey sekarang tengah adakah projek Infaq Makanan, melalui projek infaq makanan qaseh nak menyeru mana-mana badan korporat atau kepada kalian di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama kita menyumbang sedikit harta yang kita ada kepada golongan yang kurang berkemampuan dan dalam masa yang sama dapat menyumbang pahala untuk diri sendiri.


Hasil dari derma kalian, ia akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan, seperti rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, pusat tahfiz, frontliners (bomba, polis, dan sebagainya). Best sebenarnya buat kerja-kerja amal macam ni, akan ada satu ketenangan dalam jiwa dan semoga Allah redha dan memberi rahmat atas niat kita yang mulia ini.


Qaseh suka la projek yang dijalankan oleh pihak Lapowey ni,  sangat-sangat bagus, lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ni memang ramai yang suka membuat amal kebajikan, inshaAllah pahala besar dan berterusan buat kalian yang sentiasa bermurah hati 


Cara Untuk Infaq Makanan Melalui Lapowey 


Bagaimana nak menderma ? Okay caranya sangat-sangat mudah sebab semua akan di uruskan oleh pihak Lapowey, korang/pihak penderma hanya perlu membuat tempahan makanan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang disediakan.  

  • Ada 6 pilihan menu yang pihak penderma boleh pilih. 
  • Minimum untuk setiap tempahan adalah 100 pax
  • Harga set bermula RM8 sahaja
  • Setiap set menu bersama dengan air mineral dan juga kurma 

Seterusnya pihak Lapowey akan memasak untuk pihak penderma yang menempah, dan juga akan membuat penghantaran secara PERCUMA ke rumah-rumah kebajikan yang terpilih atau yang dipilih oleh pihak penderma. Sangat-sangat mudah.


Untuk penghantaran PERCUMA pula hanya lah di dalam kawasan Lembah Klang tapi pihak penderma boleh jer berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey jika kawasan tersebut di luar Lembah Klang. 


Seterusnya pihak Lapowey akan memuat naik segala bukti kepada pihak penderma dan media sosial tanpa mendedahkan maklumat penderma yang mana segala bukti itu berkaitan dengan infaq makanan yang telah selesai disampaikan bagi pihak penderma 


Menu Pilihan Untuk Infaq 



Note : Okay maybe ada soalan berkaitan untuk minimum order, contohla dalam satu masa tu 100 order tu banyak untuk sehari, para penderma boleh order 50 sehari then 50 order lagi untuk hari lain. Yang penting kena minimum 100 pax, untuk masa dan hari korang nak bagi tu boleh bincang dengan pihak Lapowey


Menu yang berkualiti dan pembungkusan yang kemas


Hehehe mesti lah nak tahu jugak kan menu-menu yang disediakan oleh pihak Lapowey ni sedap ke tak, portion banyak ke sikit kan? Alhamdulillah qaseh dah rasa 2 menu dari 6 menu pilihan. Nasi Briani dan juga Nasi gulai lemak, portion dia sangat mengenyangkan dan sesuai lah untuk seorang makan. 



Rasa pun kena dengan tekak qaseh, rasa segar dan tak lemau, nasi okay, kuah pun okay dan tak terlalu pedas. Menu macam ni memang sesuai untuk warga emas dan juga kanak-kanak. Yang pasti cukup lengkap, ada hidangan utama dan sayur-sayuran dan juga kurma sebagai pemanis mulut. 


Qaseh suka dengan pembungkusan menu dari pihak Lapowey kerana ia sangat kemas dan tak mudah tumpah, maknanya packaging sangat okay dan memudahkan penerima untuk makan dan juga boleh dipanaskan dalam microwave 




So yaaa akhir kata projek Lapowey ni sangat-sangat bagus dan pada korang diluar sana, badan-badan korporat, businessman dan terbuka kepada semua yang ingin membuat amal kebajikan, yang tidak terkesan dengan pandemik sekarang dan ingin membantu dan menceriakan golongan yang tidak berkemampuan boleh contact pihak Lapowey untuk infaq makanan. More info boleh contact info dibawah okay. 



More Info : 

Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge : 
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)
http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)
http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)
http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)








 Assalamualaikum 

Sebenarnya ni pertama kali qaseh cuba dessert di My Kori Cafe, baru jugak lah bukak cawangan di Bukit Beruntung ni. Dulu bila tengok ada cawangan di Putrajaya rasa jugak nak makan sebab tengok dessert yang ada memang tempting betul, tapi jauh nawww so hajat nak cuba tu hilang begitu sahaja

By the way lama gila kot qaseh berkurung dalam rumah, naik tepu gak lah kepala otak ni, bila ada kelonggaran sikit dah boleh lebih 2 orang dalam 1 kereta yaAllah lega sangat, akhirnya boleh keluar tapi still kena jaga S.O.P.

Waktu qaseh datang pun tak ramai sangat orang, sebab hari bekerja kan so sangat lengang. Ada la beberapa orang tapi tak padat. So apa menu best di My Kory ni ? Qaseh pun blank jugak sebenarnya sebab banyak jugak menu-menu yang ada disini, yang pasti semua dessert ye, takde nasi ke pasta ke semua takde, banyaknya aiskrim, ada juga waffle dan kek. 

Disebabkan blank untuk percubaan pertama kali ni, qaseh tanya je staff apa yang best haaa mudah kan, so qaseh order Kaki Gori Red Melon dan Kenko Kaki Gori, yang ni boleh custom sendiri buah, kacang, ice flavour (milk or yogurt). Sebelum tu meh kita tengok dekorasi di My Kori Dessert Cafe di Bukit Beruntung

Sebab dah lama gila tak bergambar dan ootd mari lah kita haha :p


Dekorasi dari luar, pintu masuk , awhhh so cute sebab pastel colour, oh maybe bcause pink ! 

And dekorasi dalaman just simple deko but nice. Kerusi sakit montot jugakla duduk lama2 haha 

THE MENU 

Disebabkan qaseh bertiga je, dengan husband and Rayyan so i think cukuplah dulu order 2 menu, sebab laki aku selalu cakap aku ni ‘’lapar mata’’ je haha semua nak tapi bila makan tak habis. But yeah, menu-menu yang ada kat sini banyak jugak lah thats why terus blank. Disebabkan teringin nak makan aiskirm kita order aikrim je dulu, maybe next time boleh order kek, waffle, or air pulak. 

Signature #ABCJEPUN Kaki Gori Red Melon 

Untuk Red Melon ni, qaseh suka sebab rasa dia tak terlalu manis, dia sebenarnya milk ais, disediakan dengan susu pekat juga untuk add on, then dalam aiskrim ni ada nata de coco dan juga lychee. Memang sangat ngam lah di makan bersama watermelon tu, kitorang order yang large, so this one large la, untuk makan 2 orang cukup , nice  ! RM26 

Yang ni pulak Kenko Kakigori, 3 step untuk order 
- Choose Ice Flavour (Milk or Yogurt)
- Choose 2 fruit toppings 
* ada honeydew, rock melon, strawberry, mango, dragon fruit, lychee, banana
Kitorang pilih Lychee and Honeydew 
- Choose 3 grain toppings 
* ada Gronola Oats, Corn Flakes, Pumpkin Seed, Sunflower Seed, Toasted Almond Dice, Toasted Whole Almond, Coconut Flakes with Chia Seed, Toasted Almond Flakes.
Kitorang pilih Pumpkin Seed, Sunflower Seed and Toasted Whole Almond. 

My Review untuk Kenko Kakigori ni, qaseh tak suka sangat rasa dia agak masam, maybe sebab qaseh pilih yogurt dan macam tak berapa kena dengan tekak. Rasa macam ais kisar je haha so maybe tak order dah kot yang ni - RM13 



Antara menu-menu yang ada di sini 

Kesimpulannya banyak lagi menu-menu yang qaseh kena cuba, if ugais ask will repeat or not, yes! Qaseh nak try yang lain pulak nanti, tak perasan ada kek huhu tempting gakla tengok kek dia dan dessert2 yang lain. Lagipun tak perlu dah nak rentas daerah, memang dekat je dengan rumah qaseh hihi. Ada la port ngedate ye dak ~ 


Hati Berbicara :
Dessert ni atas orang jugak sebenarnya, kalau kita makan rasa sedap tak semestinya orang lain pun rasa sedap, so cuba sendiri dan nilai sendiri hehe :p 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates