• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , ada tak pembaca dari kalangan  planner addicted ? So hai dari aku yang baru nak bermula masuk dalam dunia planner ni hihi , boleh lah dalam kategori budak-budak baru nak up lah uols :p


Kenapa aku tiba-tiba berminat dengan planner ni ? Haa sebab utama memang aku tengah tercari-cari buku yang comel-comel untuk aku tampal kenangan dengan menggunakan gambar dari Paperang Printer ni , dan ternampak lah planner yang boleh diy sendiri , boleh masukkan kertas cantik-cantik , boleh letak sticker , washi tape dan banyak lagi idea kreatif yang aku tengok dalam pinterest 

Sebenarnya planner ni pun banyak jenis juga ye , planner jenis buku , jenis kosong , simple , ada kalendar dan macam-macam lagi tapi aku lebih tertarik pada planner jenis ring binder ni , yang kita boleh masukkan kertas yang suka hati kita , boleh masukkan plastik ye ? Haaa i dont know the specific name of 'plastik tebal' tu haha , boleh masukkan kertas 'quote' , kertas warna warni dan macam-macam lagi 


Mula-mula aku search di instagram mana nak dapatkan planner yang cantik-cantik kan , then ada jumpa satu ig ni (dah lupa nama dia) , dia share dari mana dia beli planner dia , sumpah lawa . So aku just stalk je , then terbaca dia dapatkan planner ni semua dari shopee LootersBox , nice ! Sebab aku memang suka shopping di shopee .. Jadi kat atas ni planner yang aku beli , cover aku pilih yang biasa je dulu , transparent cover and then kertas untuk daily plan , kertas jenis dot dan petak 


Harga dia korang boleh tengok di shopee LootersBox , barang-barang dia tak lah mahal sangat , mampu milik lagi sebab takdelah cecah puluh-puluh ringgit , tapi kalau beli banyak haruslah cecah weh hukaloh 

Saiz planner aku ni adalah saiz A5 , ingat nak ambil size A6 tapi tetiba berubah fikiran dalam sesaat je ! iskkkk . A5 lagi besar lah dari A6 punya size 

Planner yang ada ring ni mudah , senang nak susun dan tukar cover :p

Stickers & Pen
Bila dah masuk situ , rambang mata sebab banyak gila barang-barang comel dan cute terutamanya stickers , pen washi tape , dan banyak lagi . Jadi aku pun terbeli jugak pen sebab dah lama tak sekolah haha pen biru je ada di rumah ni haaa . Bila pen ni landing kat rumah aku , Rayyan ambil ! Lepastu dia lari satu rumah , arghhhhhh ! Jenuh pulak nak kejar tapi terpaksa jugak kejar balik haha . GRRRRRR  !



 Sebab tah bila nak pergi kedai DIY , alang-alang beli je stickers kat sini . Banyak lagi weh stickers yang lawa-lawa untuk kita deco planner , harga dalam ringgit - ringgit je 

Masking Tape & Washi Tape 
Benda ni penting jugak untuk deco planner sebab dia ada corak macam-macam , i dont know apa beza masking dan washi tape ni , macam sama je kan huh . Pape je la asalkan boleh tampal sudah kuikuikui






Contoh planner dari Pinterest 


Ni antara contoh yang aku tengok di pinterest , eeee nape cantik sangat diorang buat ni , yaampun ntah berapa jam la buat ni ( eh tu aku ) haha apa - apa pun kalau nak cari contoh template , design , dekorasi planner ni , boleh cari di pinterest je haa , berlambak-lambak . Style bullet journal pun cun , dulu-dulu selalu buat masa sekolah tu pun matapelajaran sejarah , ye dak ? Haha .

Hati Berbicara :
Aku pun tak tahu apa akan jadi pada planner aku haha apapun nak cari barang-barang stationary dulu .. Harap rajin lah , kalau tak hurmm hurmm bako je la haha okay bye !


Holla kesayangan hati semua , Yeah , i'm Althea Angels too ! Congrats to myself :p



Entry kali ni sebagai satu entry terima kasih sangat buat Althea & team yang telah mewujudkan satu komuniti yang berkisar tentang kecantikan , hey perempuan mana tidak sukakan kecantikan ? Mungkin dulu aku kurang minat tentang semua ni tapi bila dah dewasa and then jadi isteri orang aku makin suka explore , baca , cuba produk yang tak pernah aku guna sebelum ni . Ini semua bukan menconteng muka sahaja tapi lebih kepada penjagaan wajah dan diri juga . Right ? 

Jadi , bila Althea membuka ruang dan peluang untuk masuk dalam komuniti Althea Angels ni why not aku cuba (btw teruja gila nak masuk ) but of course lah ada pemilihan kan , its okay kalau kita tak cuba macamana kita nak tahu kita terpilih or tak ? 

Until one day , aku dapat email yang aku dapat jadi sebahagian dari Althea Angels ! OMG , so excited dan teruja juga sebab aku fikir my picisan blog ni tak layak , cantik pun tak ha ha ha , tapi Alhamdulillah tq so much kerana dapat juga jadi sebahagian Althea Angels , dan ramai beauty blogger lain juga dapat yang lagi hebat .


Tahniah semua yang mana bukan hanya dari Malaysia sahaja  , boleh la tunjuk ajarku sifu hehehe, and thanx again buat Althea lebih-lebih lagi buat Mamasan ! Dari dia aku kenal Althea ni dan banyak peluang dia berikan untuk aku sendiri cuba beauty produk dari Althea ! 

WELCOME GIFT ALTHEA ANGELS


Yang ni betul-betul dapat surprise , sebab tak tahu pun Althea akan bagi Welcome Gift secepat ini , lagi pula takde hint apa-apa kan , bila dah dapat tu baru tengok email tentang ni , im so happy dan dapat point juga , dah habis dah guna haha tak sabar nak tunggu dari Korea lagi ! Apa ada dalam Welcome Gift Althea Angels ni ? Next entry aku share okay .. Just stay tune !

Award From Althea Angels 

  • Welcome Gift ✓
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
  • And Many More ~ 

Tunggu tau next entry ~ Tq kerana sudi membaca 
Assalamualaikum

Mula-mula aku dengar tentang Bangi Wonderland Theme Park ni memang wow jugak lah sebab lokasi dia dekat jugak dan banyak permainan best-best yang ada , tapi baru hari ni dapat jejakkan kaki kat sini . Best ke tak best Bangi Wonderland ni ? Dia macam ni tau , ia akan jadi best bila kau bukan seorang penakut , dan tak best bila kau rendam-randam kaki je hak elaaaaa haha 

Bila kau dah masuk taman tema ni , kau kena jugak main sesuatu yang kau tak pernah buat , apa kess masuk tapi tak berani nak cuba (kata kat diri sendiri sebenarnya haha) tapi aku pun tak mampu nak cuba semua , cuma aku cuba jugak cabar diri sendiri padahal kena paksa dengan member-member ni , bersedia untuk memeritkan anak tekak dan telinga okay !Gila weh macam tak percaya aku boleh buat semua ni haha .  Jom , banyak benda nak cerita ni.


Mana Nak Parking di Bangi Wonderland ?
Bergambar kenang-kenangan di pintu masuk , mesti korang tertanya-tanya bab parking di Bangi Wonderland ni , jangan risau memang ada parking khas kat sini , di basement . Harga parking RM6 per entry , nice one tak perlu parking ikut jam . Datang sini lagi syiok dan best pergi ramai-ramai , datang dengan family ke kawan-kawan ke haa , sebab game kat sini ada yang kena naik 2 orang , ada yang kena naik 4 orang . Aku pergi ramai-ramai jugak dengan geng-geng blogger #kelabbloggerbenashaari . Diorang ni la paksa aku buat benda-benda gila ni haha rileksss , sekali cuak , dua kali ketagih , 3 kali sakit badan kahkah 

Dah setel parking kan ? Moh kita masuk tengok apa kemudahan yang ada dalam ni . Apa yang korang tak boleh buat ? Korang sama sekali tidak boleh bawak makanan , sebab masa nak masuk staff Bangi Wonderland akan check semua bag , scan ticket dan pakaikan tag , tapi kalau ada makanan baby tak pe , di benarkan . Bila dah pakai tag korang boleh keluar masuk dalam taman tema air ni . 

Kemudahan di Bangi Wonderland

Kemudahan kat sini memang lengkap , nak simpan barang-barang boleh sewa loker kat sini , harga dalam RM10-RM30 mengikut saiz loker . Yang bestnya kat sini ada di sediakan medic room dan ambulans juga , in case mana la kita tahu kan kot-kot terjadi kes yang tidak di ingini haa mudah dan korang juga boleh check tekanan darah dulu sebelum main game yang extreme kat sini . Cabana pun ada untuk di sewa , kalau tak nak sewa boleh lepak bawah public area tu 


Pelampung hanya di sediakan untuk orang dewasa sahaja tau , harga sewa untuk pelampung RM14 tapi korang kena bagi deposit RM10 , jangan risau korang akan dapat balik duit deposit lepas hantar pelampung nanti . Tolong jaga pelampung korang baik-baik supaya orang lain tidak mengambil dengan sesuka hati nya . Jadi untuk budak-budak korang boleh bawak sendiri dan juga ada kedai kat sini yang jual pelampung , baju mandi , jaket dan macam-macam lagi lah , sediakan duit je :p Aku beli pelampung yang macam jaket untuk Rayyan kat sini , harga RM34 .

Rides Yang Wajib Korang Cuba 


Sebenarnya ada 16 kesemuanya , dua lagi adalah The Surf Rider dan Typhoon River . Semua game best-best cuma takut dengan tak je . Tapi ada part-part memang pihak Bangi Wonderland kena bagi  more safety lebih sikit terutama part-part yang selalu ada problem , perbaiki apa yang patut untuk masa hadapan gitu.. Jadi apa je yang aku dah cuba ? Jeng jeng jeng .. Oh ye jangan lupa pakai SUNBLOCK sebab theme park ni open so cuaca agak panas , dari mengelakkan kulit korang terbakor sila apply sunblock naaaaa

Kids Adventure



Mula-mula kita sejukka badan di Kids Adventure ni , kat sini best untuk anak-anak , ada juga slide , gelongsor , tunggu air jatuh dari baldi besar kat atas , boleh tahan deras jugak air dia tapi kena tunggu air penuh dulu , dan bersedia lah duduk bawah tu .. hehehe kalah budak-budak si baju merah tu

Boomeriang

Video menjerit haha

Game pertama yang aku cuba ialah Boomeriang ni , weh nampak je macam biasa-biasa tapi bila sampai part curam tu mashaaAllah macam hilang jantung sekejap , siap ada orang tu berdoa kalau dia meninggal dia redha haha ngokngekkk Widaaa , tapi sumpah weh nasib tak terkencing hahaha korang wajib cuba ni , inshaaAllah selamat je cuma boleh lah rasa jantung takde jap kihkihkih , yang ni laki aku dengan laki kaksue sampai 3 kali diorang naik , cish ! Haa yang ni untuk 2 orang naik .

Spiralax 
 

Game ni aku naik dengan adik Kak sue , yang ni tak seram sangat cuma kat Spiralax ni kena pegang kuat-kuat sebab dia macam agak tersekat-sekat pelampung tu , better pegang kuat-kuat dan kawal pelampung korang  tambah-tambah bila dekat selekoh .. Haa kau dah macam naik kereta . Safety guard pun dah pesan awal-awal kat sini kena hati-hati jugak .. Alhamdulillah selamat dengan jayanya , cuak dia tak macam Boomeriang tadi

Pirates Bay 



Pirates Bay memang best untuk lepak - lepak santai dengan anak-anak , gunakan lah pelampung yang korang sewa tadi kat sini . Ada waktu-waktu tertentu , safeguard akan bunyikan siren , siren ni menandakan akan ada ombak besar yang akan melanda wuhuuuu so acah-acah kat dalam laut gitu 

Dah penat main mesti lapar gila kan , memandangkan tak boleh bawak makanan kat Bangi Wonderland ni , ada cafe di sediakan . Harga dia biasalah kan tak murah tak mahal , eh mahal sikit je la dari biasa haha tu standard lah mana-mana theme park memang cenggini . So aku pun pergi melantak dulu kemudian sambung main wuhuuuu .. 

Anaconda Trail 

Anaconda Trail ni tak cuak sangat , lebih kepada relax dan santai lah sebab slide dia pun takde curam sangat dan landai gitu haaa ..

Magic Funnel 

Syarat wajib naik Magic Funnel ni kena ada 4 orang , sebab pelampung pun memang khas untuk 4 orang jer , pelampung gini tak perlu sewa sebab di sediakan kat bawah , korang kena angkut pelampung ke atas tau , so agak penat lah di situ haha .. Sebelum sampai excited tau , tapi bila tengok dari atas fuhh berdebar dan cuak siot . Ingat nak turun balik tapi kena paksa jugak main haha

Apahal benda alah gini wujud kat dunia ni haha gila weh , silap duduk dalam pelampung tu dalam sangat tergesel montot duh hahaha. Nampak biasa kan , dari jauh jerit sebab turun dari terowong curam haha bapak laju. . . Antara berani dengan tak je ni , sebelum naik konfiden , tapi bila dah sampai atas tengok orang lain jerit & berpusing dalam ni haha terus aku fikir bukan2 .. Nak tarik diri kena marah dengan @tiramizue n kak @sueizza haha tapi aku rasa jeritan kaksue tu plg kuat dohh kakakaka tapi yeahhh best sebenarnya hahaha . . Plg tak tahan suara ngejek kak @fizafantagiro tp dia lg awal surrender siap doa kami semua selamat hahahaha ngeks! #bangiwonderland #magicfunnel #themepark  #bangiwonderlandthemepark #qasehdaliadotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #vsco #vscocam #art #travel #quote #igersmy #cepatlahlike #igersganu #instafemes #blogger
A post shared by qasehdaliadotcom ❤️ (@qasehdalia) on Jul 22, 2018 at 8:10am PD


Nah layan video kitorang heheh jerit kuat banget haha , apa rasa dia ? Kali kedua rasa takde jantung  , melayang-layang weh haha tapi nak ingatkan korang jika nak naik Magic Funnel ni , korang kena pegang kuat - kuat pelampung tu dan jangan duduk terlalu dalam , sebab masa turun masuk dalam funnel ni , hentakan agak kuat la , bila duduk terlalu dalam nanti punggung korang akan sakit macam aku , dahla sekeping haha sabo je la . Wajib cuba jugak tau Magic Funnel ni

Insane Racer 

Yang macam pelangi ni namanya Insane Racer tapi aku tak cuba , tak sempat lah uols (alasan sangat) , yang ni tak perlu pelampung , hanya guna something macam tikar tu then kena meniarap atas tu . Kepala dulu tau ! Then meluncur lah kome macam superhero haaa , nak jadi superman boleh cuba Insane Racer ni . Aku tengok budak-budak pun banyak kali repeat , weh syok sangat diorang ni .

The Fall 


The Fall ni memang aku surrender awal-awal haha , korang berani cuba lah . Okay je cuma macam terjun bangunan lah pulak haha tapi Widaaa ni memang berani weh , tengoklah video dia naik .. phewww merecikkkkk ! 

Aku share pengalaman yang aku dah cuba , macam rugi pulak tak cuba semua hahaha sebenarnya takde apa pun cuma kita yang tak pernah buat benda-benda yang extreme macam ni so agak cuak dan tak biasa  , bila naik tu cuak memang cuak lah tapi lepas dah turun dan setel semua okay je , hidup je engko haha cuma pastikan takde penyakit lemah jantung ke apa lah kan .. Dah tau sakit jangan cari penyakit tu je lah :p , ada hari tu ada mamat ni  asalnya patah tangan (bukan sebab Bangi Wonderland) tau tapi nak main game yang extreme memang lifeguard tak bagi naik, maka berhuhu la kamu 

Banyak lagi rides yang best-best korang wajib cuba seperti Water Cannon , oh ye ada Pirates Spa juga , aku tak nampak pulak pirates spa ni weh alaa rugi tak masuk sebab aku menghala tempat game yang extreme je acewah , Wonder Loop ( yang ni korang kena berat sekurang-kurangnya 70 kg sebab kalau keding sangat takut tersekat dalam tu ) dan lain-lain . Datang cuba sendiri okay ! 

Harga Tiket Terkini Bangi Wonderland Theme Park & Resort 
My Kad : Dewasa - RM55 ,
                Kanak-kanak bawah 130cm RM45
                Kanak-kanak bawah 90cm FREE
                OKU dewasa & kanak-kanak - RM28/RM22
                Warga Emas RM28 
Dress Code : Boleh je korang pakai baju selain swim suit tapi untuk naik rides semua tu seeloknya pakai baju dan seluar yang jenis licin untuk mengelakkan dari tersekat-sekat .
Hati Berbicara : 
Buat masa sekarang banyak promosi best-best dan juga event berlangsung , harga lagi murah korang boleh dapat tau tak . So for more info jangan lupa intai-intai di web , fb dan ig Bangi Wonderlang Theme Park okay ! 

WEB : http://www.bangiwonderland.com.my/
FB : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
IG : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/
YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UChUiKFMdrO1GOPFymKtg4Mw


 Assalamualaikum,

Kfry Urban Korean ? Aku rasa semua dah tahu tentang makanan ni yang asyik viral viral dan viral , kenapa kena beratur panjang namati sampai berjam-jam ? Sebab korang lah suka viral haha tapi sebab viral la aku tahu pasal Kfry ni . Berapa banyak viral daaaaaa , so lets begin why i want to eat this food ! 

Sebenarnya aku takdela sangat nak makan , tapi setiap kali besday aku , husband or Rayyan mesti di raikan dengan makanan yang kami tak pernah cuba atau tak selalu makan . So for my birthday im decide to eat this food , KFRY URBAN KOREAN ! Jauh woo dari Rawang ke Ioi Putrajaya semata nak makan tapi that time kebetulan nak ergi rumah kaksue , buat makan-makan raya sikit , please happy belated birhday to me yang ke 30 ! :p 

Aku sampai awal jugak lah , time ni kedai baru nak bukak tau tapi dah ramai yang beratur ! Padahal pergi ni bukan weekends pun , weekdays pun ramai jugak weh .. Tapi kalau korang takmau beratur panjang , better booking awal-awal lah so nanti just tunggu jap terus dah boleh duduk 

muka bosan menunggu
Kedai belum bukak pun dah panjang barisan haa
             

Nampak panjang naw beratur , nasib baik lah kedai ni sederhana besar jugakla so tiba giliran aku masih lagi muat , kalau tak kena pulak tunggu orang lain habis makan baru boleh masuk , haaa ko sanggup nak tunggu , memang idokla . Tapi tak sempat nak snap menu dia sebab pilih menu pun waktu berdiri cenggini 


Dapat jugak masuk dan duduk so lega amat , menunggu lagi makanan sampai so apa lagi moh la kita bergambar dulu hihi . Mujur lah Rayyan tak mengamuk lapar ke apa kalau tak memang huru hara nanti . Disebabkan kali pertama datang , qaseh order yang biasa-biasa je dulu .

  • Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk
  • Strawberry Rita 
  • Mini Bingsoo Matcha Green

Strawberry Rita

Strawberry Rita ni Apple Barbican Soda with a Blended Strawberry Flavour , portion dia pun besar so beli satu je share-share dengan husband , romantik gitu .. Harga dia RM18.90 

Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk 

Menu ni la yang orang duk viral tu , phewwww banyak weh portion dia ! Sesuai di makan untuk 2 - 3 orang .. Hari tu kitorang tak habis dalam 3 ketul tapi bungkus lah sambung makan dalam kereta haha kira habis lah tu , yang original ni rasa dia biasa je sebab tak pedas kan , sesuai lah untuk budak-budak , next time nak rasa yang pedas pulak ! Harga dia RM48.90


Nanti pekerja Kfry akan tolong cairkan cheese dan balut fried chicken ni untuk korang . 



 Peminat cheese memang wajib cuba okay 

Ada 3 pilihan yang korang boleh cuba , Ori , Spicy & Mustard 

Mini Bingsoo , Matcha Green Tea Bingsoo

Katanya mini tapi besar bapokkk jugak haha , nasib order satu . Portion dia untuk dua orang makan . Bila order bingsoo ni boleh request nak terus atau pun last sekali , so aku sarankan korang request last , bila dah nak habis makan tu baru suruh dia hantar sebab cepat cair . Kalau order terus nanti banjir weh . Sedap jugak Matcha Green ni cuma yang serbuk tu kena bagi cair dulu sebab pahit ! hihihi nanti . Harga dia RM23.90






Muka dah kenyang , balik lah hehe apa pun memang wajib korang cuba kfry ni tau , yang spicy tu orang cakap lagi sedap fuhh ! Harga dia agak mahal sebenarnya tapi di sebabkan portion besar kira okay lah , boleh pergi ramai-ramai .. Yang penting pergi awal 
Holla ibu-ibu , bapak-bapak ! Korang dah tahu belum Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair lagi , diskaun sehingga 80% pulak tu. Rugi tau tak shopping di waktu-waktu sale macam ni sebab dapat jimat banyak gila , duit lebih-lebih boleh belanja anak-anak kan . Yang baru tahu its okay ada sehari lagi untuk korang shopping sebab Lazada Big Baby Fair ni bermula dari 25 Julai - 29 Julai 2018 . One day left guys , cepat jangan lambat-lambat . Meh kita tengok apa promosi hebat kali ni 


Ekslusif Offer Dan Diskaun Dari Jenama Terkemuka 
Fuh kali ni memang banyak eklusif deal dan promosi dari brand-brand terkenal yang sememangnya kegemaran ramai seperti Dutch Lady , Drypers , Philip Avents , Anmum , Friso , Pet Pet , Mamypoko , Poney dan banyak lagi . Korang boleh tengok sendiri okay , lagi mudah download je applikasi Lazada dalam fon masing-masing . 


Di sebabkan Rayyan minum susu Dutch Lady terus aku tengok betul ke ada promo best , nak jugak banding harga Lazada dengan beli kat supermarket kan .. Biasa jarang dapat la harga bawah RM20 macam tu kan , nah ! di Lazada memang betul murah dari harga biasa , dah la tak perlu keluar rumah tak perlu nak bazir minyak kereta bagai kan , beli online je ! See banyak yang boleh jimat . Terus masuk cart sebelum promo habis . 




Tetiba rambang mata tak tahu nak shopping apa , rasa nak je add to cart semua yang murah-murah ni haaa .. Nasib baik Rayyan dah besar sikit kalau tak Umi shopping je barang-barang newborn yang sumpah murah dari kebiasaan , masa dulu time pregnant pun selalu bukak Lazada waktu sale-sale macam ni sebab memang berbaloi , tak perlu bersesak bawak perut besar pergi mall kan .. Terbaik Lazada ni sebab setiap tahun akan ada Big Baby Fair macam ni 

Flash Sales , Hot Deals Below RM49 , Vouchers , Free Shipping  & Bundles
Selain dari promosi dan diskaun best , ada kategori flash sale yang korang wajib tengok , vouchers , below RM49 dan bundle pun ada jugak . If dah ada bajet dalam Rm50 boleh klik-klik di kategori sale under RM49 tu haaa mudah dan murah


Biasanya bila aku bukak Lazada , firstly aku akan tengok FLASH SALE haha sebab apa ? Sebab flash sale ni lagi murah dan ada limited time yang Lazada akan bagi , tapi kena cepat lah takut stok habis weh !  Mak - mak ni memang laju gila bab , tak tinggal kat orang belakang pun tau hahah geram daku . Jadi kena cepat rebut peluang , sempena Big Baby Fair ni lagi lah banyak flash sale yang best-best ! 


Siap bagi untuk esok hari punya , aim je la awal2 lepas tu tunggu cash out je hiks

Lazada's Big Baby Fair Event !
Help Super Spy Agent Baby to achieve this Mission Adorable and stand a chance to be one of the lucky winners! 

How to join?

  • Visit https://www.facebook.com/events/1807434032675299/ before 29July 
  • click "GOING" to join the Big Baby Fair Sale!
  • T&c - Terma & Syarat

Prizes will be unlocked as below:
  • 1,000 "GOING" - 10% OFF Voucher (T&C apply)
  • 3,000 "GOING" - 4X LACTOKID 3 Comfortis (6 pack)
  • 5,000 "GOING" - 3X Sweet Heart Paris ST PALMA
  • 12,000 "GOING" - 5X My Dear Baby Playpen
Haaa apa tunggu lagi ? Sehari je lagi korang .. Waktu sale macam ni memang best shopping untuk anak , yang biasa nya kita beli 1 barang boleh dapat 2 barang dalam 1 harga , gitulah kekdahnya bila shopping waktu sale macam ni :p


https://www.lazada.com.my/pages/big-baby-fair

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates