• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum .. 


31 December 2017 , tarikh ni husband ajak pergi Berjaya Times Square sebab dia nak belanja baju hiks tq so much fo today melayani kehendak isteri yang memang melenguhkan kaki sampai Rayyan mengamuk-mengamuk haaa .. aduh kelakar budak kecik tu , dia stress ramai orang sampai semua dia nak marah .. hohoho garang macam Umi .. 

Alang-alang pergi Times Square ada rezeki untuk makan Churros , sebenarnya ni pertama kali aku makan Churros .. rupa dia macam cakoi kecik kan haha rupa-rupanya sedap jugak ingatkan biasa-biasa je , ada menu baru , jadi korang jangan lupa try menu baru Swiss Cheese Icecream dan Korean Strawberry Filling Chuross. 




Impian 2017 Terlaksana 

Penutup paling gembira buat aku bila dapat juga beli Sony a6000 ni yeahhh .. nanti aku buat entry khas tentang cite ni ye .. mengidam sejak bulan 8 hari tu lagi , kenapa aku beli mirrorless camera ni pulak ? hurmm kena tunggu next entry k .. 


BYE 2017 

Untuk 2017 , terima kasih atas segalanya ... aku tak berapa ingat dah benda-benda yang terjadi tahun ni untuk di karangkan .. yang pasti ada gembira ada juga sedih , ada jugak penat dan macam-macam lagi .. tapi semua tu mungkin akan lagi mematangkan aku , selamat tinggal untuk semua kenangan 2017 , maaf andai banyak mengguris hati kalian ~ 

WELCOME 2018 !

Nah entry pertama buat tahun 2018 , ya Allah aku tak mintak banyak semoga tahun ni lebih banyak kemanisan-kemanisan yang hadir , semoga apa yang buruk dalam hati hilang agar aku bisa menjadi orang yang baik-baik yang hanya di senangi ramai , mungkin aku boleh kurangkan bercakap benda yang sia-sia supaya setiap patah perkataan yang keluar tidak akan membuat orang terasa .. semoga lebih kuat hadapi karenah Rayyan dan jadi ibu yang paling terbaik buat Rayyan dan isteri yang sedaya upaya ke arah yang lebih baik untuk suami .. ameen .. 

Dan of course untuk ibu bapa dan keluarga mahupun rakan-rakan , lindungi dan panjangkanlah usia mereka yaAllah supaya di bibir mereka tiada lagi kuntuman kesedihan melainkan yang indah-indah sahaja .. sesungguhnya aku tak mahu kehilangan mereka yang sentiasa di sisi .. semoga kalian sentiasa bahagia .. marilah kita sama-sama kuat untuk hadapi segalanya di tahun 2018 .. :) inshaaAllah ameen ..

oh ya semoga lebih konsisten berblog ! ahahaha chaiyok !!!! 

Hati Berbicara :
Ya Allah tidak ada kehidupan yang sejati selain kehidupan akhirat. Ya Allah Jadikanlah akhirat tujuan hidupku





Assalamualaikum ..

Susu kambing ke susu lembu ? haruslah susu kambing sebab korang pun tahu kan susu kambing lebih banyak khasiat dan ia adalah makanan sunnah.. Tapi yang paling payah nak buat pilihan ialah nak minum susu kambing yang mana kan ? , ori ? aigooo memang takboleh telan la , dari jauh bau kambing haha 

Jadi kali ni aku cuba susu kambing LAZZ dan aku ada jugak tanya di FB kebanyakan memang dah amalkan susu kambing LAZZ ni dan semua suka , lebih-lebih lagi sewaktu preggy .. yang paling banyak sambutan adalah susu kambing LAZZ KURMA .. hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku pulak .. aku tahu ramai yang takut nak cuba susu kambing sebab rasa dia kan ?? iskk
Orgamilk ni bermaksud organik + milk kerana sumber bahan mentah dari Holland susu kambing di hasilkan secara organik , ia memang mudah di hadam dan di perkaya dengan sumber kalsium , mineral , protein , serta Vit C .. korang jangan risau sebab penghasilan Lazz menggunakan bahan yang tidak di ubah secara genetik atau di campur kimia (non-GMO)

Perlu ke aku minum susu ? lately ni memang kesihatan aku tak berapa ok sebab cepat pening macam nak pitam gituu bila bangun berdiri (tapi tak boleh pitam hero takde nak sambutkan :p ) , lepas tu penat dan mengah padahal buat kerja sikit je pun ! sental bilik air dah macam berlari dari kl ke teganu ahaks perumpaan over sangat tau tapi jawapannya yes sangat perlu lebih-lebih lagi aku masih menyusu badan ..

Yang best nya Lazz susu kambing ni tersedia dengan 'set' yang mana mengikut keadaan pengguna , seperti Set Mak Buyung , Set Sejoli , Set Ibu Gembira , dan banyak lagi lah .. nanti kalau korang nak cuba dan beli secara set korang boleh je mintak nasihat dan pandangan yang mana terbaik buat diri korang k .. dan aku cuba Set Ibu Gembira  (Lazz Kurma + Lazz Choco + Lazz Cafe)

Lazz Ori 

Aku cuba juga Lazz Ori ,yang ni aku boleh kongsi dengan Rayyan sebab sesuai untuk peringkat umur bermula dari 1 tahun ,dah suruh dah dia cuba minum tapi dia tolak sebab Rayyan ni susah sikit nak terima susu baru bila dah biasa dengan sesuatu tu .. ambil masa sikit , nanti Umi try lagi takpun paksa dia hahaha (gelak jahat) , kena start sekarang sebab nak mulakan misi ''putuskan susu badan'' dah nak masuk 2 tahun kan ..

Antara khasiat susu kambing untuk anak , memang banyak kelebihan berbanding susu lembu :
  • Protein susu kambing lebih rendah risiko untuk alahan 
  • Elakkan alah pada laktosa yang mana bila minum susu lembu , anak akan mengalami cirit birit so susu kambing boleh mengelakkan ia dari berlaku
  • Kandungan Vit C yang menyihatkan kulit lebih-lebih lagi yang mengalami ekzema
  • Membantu kanak-kanak yang kerap mengalami asma / lelah 
  • Sesuai untuk anak yang memilih makan atau cerewet sebab ia dapat menambahkan selera makan 
  • Bagi anak yang selalu mengalami sembelit boleh cuba Lazz kurma sebab ia membantu untuk melawaskan.


Jika korang dah pernah minum susu kambing yang ori fresh dari ladang yang bau super hamis tu memang terbaik lah aku ucapkan haha sebab aku tak boleh telan yang pure tu weh , konfem muntah ! syukur bila rasa susu kambing Lazz ori ni takde langsung bau hamis dan rasa dia  tawar dan creamy tapi sedap sangat sebab dah hilang bau hamis , lagipun  tiada gula tambahan mahupun bahan pewarna dan perisa.. ! ni sesuai untuk korang yang tak suka sajat eh ! yang sukakan ori je ahaha
*aku minum Lazz Ori pada waktu pagi 

Lazz Susu Kambing + Pracampuran Kurma 

Antara Lazz Ori , Kurma dan Choco aku lebih suka rasa Lazz Kurma ni sebab ia ada rasa manis-manis (bukan gula ye ! ) dah biasa minum manis susah jugak ye nak tinggalkan kemanisan itu sobsss nasib baik manis kurma dan susu kambing ni beri khasiat so harap lepas ni memang aku tinggalkan lah gula tu semua .. ameen !

Lazz kurma ni aku amalkan sebelum tidur atau pun petang , sebab malam gilir-gilir jugak minum Lazz Choco 

Lazz kurma ni sesuai dengan peringkat umur juga bermula seusia 2 tahun , jadi tahun depan baru boleh kongsi dengan Rayyan eheh ! nanti semua benda nak kongsi-kongsi kan .. Kurma ni bagus sangat tau sebab antara ikhtiar untuk hamil adalah blend buah kurma dengan susu kambing , tapi tak ramai yang rajin nak buat dan amalkan setiap hari .. kan ?

Bila ada Lazz Kurma ni lagi senang , tunggu bancuh je dan minum .. tak payah nak cari kurma nak blend dengan susu kambing bagai dan semoleknya suami juga amalkanlah sama-sama sebab dua-dua buat barulah relationship goals :p always sweet semanis kurma :')




Lazz Choco 

Yang ni gabungan Goat + Malt , susu kambing pertama di Malaysia yang di gabungkan dengan Malt dan di tambah dengan ektrak kurma .. rasa dia macam milo sikit , manis lemak berkrim camtu .. yang ni sesuai untuk semua bermula dari 2 tahun ke atas .. suami aku suka perisa yang ni , baru je sampai kat rumah tak menyabo nak rasa .. iskkk sabar je lah tapi bagus jugak mungkin boleh gantikan dengan air manis yang dia pun susah nak tinggalkan ! -_- tamo beli gula kat rumah boleh tak huh..


Sebelum tidur aku minum Lazz Choco sebab ia memberi tenaga dan di perkaya dengan serat dan ianya bersifat alkali untuk kesihatan dan kecerdasan seisi keluarga .. bagi anak korang yang kurang berat badan boleh beri mereka minum Lazz Choco ni sebab ia lebih tinggi kalori , lebih bagus lagi jika di campurkan dengan Lazz Kurma untuk kesan yang lebih baik.. 


Kelebihan Set Ibu Gembira Untuk Ibu Menyusu 
  • Membekal kalsium untuk ibu , menambah susu badan dan kandungan iron semulajadi untuk kurangkan keguguran rambut 
  • Melawaskan sistem pencernaan untuk ibu dan juga bayi 
  • Susu Ibu banyak , anak pun kenyang 



Lazz Cafe 

Lazz Cafe ni sumpah buat aku ketagih wei , aku penggemar kopi pekat yang memang pahit + susu pekat kaw punya .. tak helok kan untuk kesihatan ? gilehh boleh kencing manis kalau hari-hari amalkan tapi bila rasa Lazz Cafe ni siyes sedap amat cuma jangan la bancuh banyak sangat air nanti hilang rasa dia , jadi aku bancuh dengan air sikit je heheh , ada tu pernah guna dua paket sekali sebab macam tak cukoppp je sepaket huwaa huwaaa huwaaaa 

Bagi korang yang addicted  sangat dengan kafein , marilah bertukar ke Lazz Cafe (kopi latte) nak lagi best korang boleh blend dengan Lazz Choco so jadi lah mocha tapi dalam masa yang sama berkhasiat !

Bagi korang yang dah mula rasa kesihatan tak stabil dan merudum tu tapi tak minum susu atau ambil vitamin apa-apa , boleh start amalkan susu kambing .. kadang-kadang kita tahu badan kita ada masalah , tapi buat tak tahu sebab yakin sihat sentiasa sedangkan macam-macam makan , penat bekerja dan tak senam semua .. lebih-lebih lagi buat ibu-ibu 

Sekarang baru aku rasa sakit-sakit badan bila anak dah makin besar ni , sakit ? tak boleh ! kalau ibu sakit semua kerja tak jalan oiii , suami sakit ada isteri jagakan huhuhu ~ sebab tu kena kuat sokmo - sokmo untuk keluarga :') yang tak best bila badan penat dan kurang kalsium ni dia ganggu emosi juga hurmm bila tak boleh control kadang anak buat salah sikit pun nak di marah .. hihi mari lah jadi sihat okey ! 

Baru perasan kat atas kotak ni ada kod , kumpul 18 keratan ni akan dapat hadiah istimewa , jangan buang terus tau kotak tu k 

So jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama badan yang merana ~ ehehe mana nak dapatkan LAZZ ni ? 


Web : www.lazzsusukambing.com
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LAZZ Susu Kambing HQ
Tel : 013-3083354 | 018-2777290


Assalamualaikum 

Sejak dua menjak ni wall fb dan insta aku di penuhi dengan viral satu produk ni , jap-jap orang ni share , jap-jap orang tu share .. aku takkan nak tengok aje ? mana boleh tengok aje nak jugak cuba sebab bila baca kegunaannya sangat sesuai untuk Rayyan dan jugak diri aku sendiri ..

Balm Tasneem Naturel | Balm ni dapat mengatasi masalah-masalah yang ada pada bayi dan jugak anak kecil .. korang tahu lah kan bila jadi mak-mak ni anak meragam sikit pun dah susah hati , kembung perut ke dia , selsema atau demam ke ~ hurmm bila anak susah tido pun buat kan aku menggelabah weh .. ye lah sebab kita tak tahu apa yang anak kita rasa , cuma dapat kesan melalui rengekan atau gerak geri diorang



Ok buat pengetahuan korang , Balm Tasneem Naturel ni adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) , bagus tau aku suka mengamalkan produk yang memang tiada bahan kimia , lebih-lebih lagi untuk bayi .. masa Rayyan bayi dulu balm ni tak viral lagi kot sebab tu aku baru jumpa sekarang .. oh nooo ruginya ! tapi takpe sebab balm ni bukan untuk bayi je , seluruh keluarga boleh guna okey ! 

The best thing yang aku suka adalah dalam satu set Balm Tasneem Naturel ni dia ada 4 fungsi tertentu (4 jenis balm) , jadi setiap balm ni mewakili setiap fungsi untuk bayi .. contoh bayi korang susah tido , kembung perut , tantrum mahupun selsema atau batuk dah khas dah setiap balm tu untuk masalah yang di hadapi oleh bayi .. 

  • Coughflu Time 


↬ Membantu mengurangkan selsema dan cairkan kahak 
↬ Membantu melegakan asma 
↬ Mengurangkan suhu ketika demam 
↬ Susah bernafas ketika selsema 

Cara guna - Sapukan pada hidung , tekak , tulang belakang , tapak kaki dan dada 


  • Sleep Time 


↬ Membantu anak supaya tidur lebih lena 
↬ Membantu anak bangun dalam keadaan ceria
↬ Membaiki kualiti tidur 
↬ Orang dewasa yang tidur tidak teratur 

Cara guna : Sapukan pada tulang belakang , tapak kaki , nadi belakang telinga , serta pergelangan tangan 


  • Calm Time 


↬ Memberikan keselesaan kepada bayi 
↬ Mengurangkan keletihan dan tekanan 
↬ Membantu anak lebih tenang 
↬ Untuk anak yang suka menangis dan kurang fokus , kuat meragam dan tantrum 

Cara guna : Sapukan pada tulang belakang , tapak kaki , nadi belakang telinga , serta pergelangan tangan 


  • Tummy Time 


↬ Membuang angin dalam perut 
↬ Membantu melegakan perut sebu dan kembung 
↬ Sesuai untuk anak yang sukar buang air besar / sembelit 
↬ Untuk orang dewasa yang mengalami cirit birit 

Cara guna : Sapu pada perut dan tapak kaki 




Rayyan Serasi dengan Balm Tasneem Naturel 

Rayyan jenis dia memang suka makan ubat , tapi part letak minyak angin di perut atau pun hidung dia , memang mendatangkan ketidakselesaan pada dia .. sebab bila selsema aku selalu jugak sapu minyak angin sebab siksa tengok dia tak boleh nak bernafas wei , belum part nak sedut hingus lagi ~ memang perang dunia huh ! 

Tapi bila apply balm ni pada Rayyan , dia tak lari menyorok dah sebab bau dia wangi sangat tak berangin yang membuatkan dia selesa .. bau balm ni wangi bukan macam minyak wangi tau tapi lebih kearah bauan yang menenangkan , orang kita akan buat kita rasa cool dan terbuai-buai dalam bauan tu haaa , 



Sejak dapat balm ni , aku selalu apply Calm Time Balm sebab dia ni suka sangat merengek dan kadang tantrum jugak lah .. ishh geram jeee hoiii .. nasib baik anak sendiri haha so sapu sikit di tulang belakang dan tapak kaki dia .. masa apply memang duk diam je sebab seronok kena urut dan bau pun best .. mungkin dia dah mula rasa selesa dan suka dengan balm ni 


Tekstur pun tak melekit dan cepat je meresap dalam kulit .. series best weh .. waktu malam pula  aku apply Sleep Time Balm sebab dia ada masalah kuat mengigau , kejap-kejap nangis , boleh di katakan setiap malam dia akan merengek bangun cari aku , so tidur dia macam terganggu .. hope lepas ni tido dia lebih lena..


Mana nak dapatkan Balm Tasneem Naturel ?

Web : www.tasneemnaturel.com
Instagram : https://www.instagram.com/tasneemnaturel/
Facebook page : https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


Assalamualaikum 

Pagi semalam husband balik kerja macam biasa , toktoktok aku pun pergi bukak pintu then dia suruh ambik barang-barang dapur yang ada di tangan sebab nak pergi bawah katanya .. tak sempat tanya buat apa turun bawah balik .. huh 

Lepastu dia naik balik , pastu ajak Rayyan keluar .. eh belum mandi apa semua nak pergi mana ? " adalaaaaaa " katanya .. lepastu terus keluar , eh dua beranak ni something betul .. malas nak fikir haha 

Lepastu beberapa minit kemudian , dua beranak tu setel dah dating senyap-senyap .. aku tanya lagi pergi mana , tak jawab ! Eh eh eh geramnya .. tak perasan pulak Rayyan masa tu sebab tak tengok dia lagi .. baru nak tanya Rayyan pergi mana dengan abah , terus menjerit tengok rambut baru dia ! Haha cishkek betol .. pergi gunting rambut rupanya .. 

Sebenarnya lama dah nak gunting rambut dia tapi asyik tangguh-tangguh je dan risau jugak kot laaa dia mengamok rimas .. hahah , gunting bawah rumah je kedai aney .. kena testing dulu kalau dia mengamok tak rugi lebur 5 hinggit je kahkah nanti kita g saloon ye sayang.


Behave ke tidok ? Haha nasib baik husband cakap Rayyan behave je .. anak Umi kan mestilah behave macam Umi ahaks .. cuma mulut potpetpotpet , setiap kali aney berhenti dia cakap habisssss habissss habisss dahhh ?? 


Rambut dia ni jenis nipis halus je .. adohaaa bila nak lebat xtau , haaa ni rambut sebelum .. hahah nerd sangat , kalau berpeluh sikit huh nampak nau rambut tu macam takde mak nak jaga kan .. kikiki so lepas gunting amacam hensem tak Rayyan ? Baru nampak hensem sikit :p
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Fresh dari ladang ~ sebelum mandi amik gambar luuuu .. susah betul nak ambil gambar dia , sekarang dah tak berapa gemor orang ambil gambar dia , huh .

Lepas siap mandi , fuyoo kalau rambut Rayyan tebal lagi smart kot :p



Upah behave petang semalam keluar bawak dia pergi taman dan pekena cendol .. balik terbungkang tidur penat sangat main bola kat padang haha .. bila potong rambut nampak besar dah anak Umi .
Ermmm love u sayang , jadi lah anak yang berguna dunia dan akhirat .

Assalamualaikum , baru - baru ni ambo kelik Jerteh kampung ambo , pahtu doh aley-aley kelik tu sero nok makey roti titab di Koto Bharu .. hukaloh takdok tepak lain doh kalu g koto bharu gak , sebab sedap telajok sungguh eh roti titab sini , dop nawok sikek abuk pun hahaha pehey ke dok ? mugo duk koto bharu keno kecek kelate kikiki


Mukadimmah yang semua orang tak berapa nak faham kan , haha meh aku translate balik .. hari tu balik kampung so alang-alang balik memang berhajat nak jalan-jalan Kota Bharu , sebenarnya banyak gila tempat nak pergi tapi tak sempat cuma tempat wajib aku pergi di Kopitiam Kita .. aku suka gila makan roti titab kat sini weh , sumpah sedap ! Roti dia pun tebal dan lembut lepas tu makan pulak dengan telur goyang dan kaya ~ fuhhh .. 

Kalau orang tanya mana tempat best nak sarapan di Kelantan / Kota Bharu memang Kopitiam Kita ni aku akan suggest dulu kat korang semua .. kiranya ni ke dua kali aku singgah makan kat sini , dan aku akan makan roti titab je padahal banyak lagi makanan-makanan terkenal dan tradisional kelantan yang ada di sini .. cuma tu lah kalau aku dah suka pada makanan tu , memang tu je lah yang aku pilih hehehe 

Ramai jugak lah orang-orang kenamaan mahupun artis yang datang sini , nampak tak poster belakang tu .. Datok Siti pun pernah singgah sini haaa

Minum kopi dalam cawan besar , cawan antik lagi tu .. lawa kan ? Bila tengok cawan-cawan lama dan antik terus teringat Pakcik Mat Gebu hehehe minat sangat dia kat barangan antik oiiii .. tapi memang lawa pun kan cawan tu seperti orang yang tengah memegangnya kakakaka mohon muntah 


Yeah my roti titab kegemaran aku dah sampai , mula-mula aku datang makan kat sini (tak pernah pun sebenarnya makan roti macam ni ) so aku tak pandai nak makan then laki aku ajar cara dia pecahkan telur tu then campur sekali dengan kaya tu dan makan dengan roti .. fuhhh sedap oiiii makan satu pun dah kenyang , kombinasi rasa kaya dan telur tu memang masukkk lahh , harga dia tak ingat la pulak dalam RM5.00 je tak silap heee 



Kalau korang tak minat makan roti untuk sarapan atau nak makan menu-menu lain , jangan risau ada belaka kat sini macam Nasi Dingin , Nasi Tumpang , Nasi Kak Wok , Nasi Lemak , Telur Separuh masak dan banyak lagi lah , kuih muih semua ada .. Kelantan ni memang banyak makanan-makanan sedap dan murah , nanti nak buat sesi jalan-jalan cari makan lah .. cuma hari tu tak sempat oihh ~ 

Rayyan pun suka jugak makan kat sini ~ 

Alamat : Jalan Sri Cemerlang , Taman Desa Jaya , 15400 ,
Kota Bharu , Kelantan 
Waktu Operasa : 7.00 A.M - 1.30 P.M


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates