• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

29 Oktober 2017 , tempoh hari  telah berlangsungnya Nivea Care Run 2017 , walaupun aku tak dapat join sebab hal-hal tertentu tapi seriously jeles dengan kawan-kawan lain yang telah menyertainya , so di kesempatan ini aku pun nak share jugak kat korang semua ~ hope akan ada lagi program-program macam ni sebab aku pun nak join jugak ! 


Nivea Care Run kali ni bertemakan ''Protects What You Care'' yang bertempat di Kompleks Sukan Air Putrajaya , penyertaan pun sangat-sangat meriah yang bersama-sama memeriahkan adalah artis terkenal Siti Saleha 

Acara larian ini juga telah mendapat sambutan hampir 2,500 rakyat Malaysia. Memandangkan konsep temanya itu juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti secara tidak langsung. Kutipan sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian ini telah disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) iaitu merupakan sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

NIVEA Protect & Care deodoran menawarkan perlindungan tahan lama sehingga 48 jam sambil perlahan-lahan memelihara kulit anda. October ini, deodoran Perlindungan & Penjagaan NIVEA menyokong untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan bawah lengan melalui 5km NIVEA Care Run.



TERBARU dari NIVEA ; Deodoran NIVEA Protect & Care Roll-On 50ml dan NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing - masing sudahpun berada dijual di pasaran pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk - produk NIVEA , dapatkan di Facebook Page :www.facebook.com/mynivea .
Assalamualaikum 

Kanser ... hurmm takut sangat bila cerita tentang kanser ni kan , tapi adakah kita ambil cakna tentang isu ini yang mana kita boleh mencegah dari merawat .. mungkin dulu ramai yang tidak peka dengan kesedaran diri terhadap kanser ni yang mana paling tinggi di hidapai sekitar tahun 2007-2011 tapi sekarang ramai dah timbul kesedaran dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan buat kesihatan diri supaya tidak terlewat , orang kata biar mencegah dari merawat 


Jadi tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan  kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara. 


Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup kita je tau , namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi kita berada pada tahap yang sebaik mungkin.  

Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 


Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat  dalam persekitaran mikro kawasan intim,  dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.

Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.


Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. 

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti:


Immortelle – bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit



Deoplex – ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 



Syricalm – bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.


Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.

Jom ! sertai Betadine untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara 


Macamana nak sertai ? mudah je .. korang boleh menyertai Betadian Feminine Care dalam usaha untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA dengan pembelian 2 botol Betadina Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons , RM1 akan di sumbangkan kepada MAKNA ! 

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/. 

#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs 
Assalamualaikum , 27 Okt 2017 .. hari last checkup Rayyan sebelum umur dia 2 tahun , macam biasa check di klinik gov cuma bila chekup biasa ni tak perlu pergi ke klinik kesihatan dah sebab setiap jumaat nurse dari KK akan datang di Klinik Malaysia so tertumpu kat situ .. nasib baik lah dekat gila dengan rumah , jalan kaki pun sampai hohoho 

Sebelum tu nurse ada bagitau chekup kali ni kena makan ubat cacing , aku pun iye kan je lah .. macam biasa setiap kali checkup Rayyan , takde masalah atau pun bebelan dari nurse , semua ok alhamdulillah dari zaman bayi lagi cuma kali ni berat badan Rayyan statik je , tak naik dan tak turun .. eh ! tak pernah - pernah tau berat badan dia tak naik ! benda gitu pun dah buat aku risau . adoha ! 


Tapi memang patut la tak naik sebab sebulan ni dia selsema so agak kurang makan .. mungkin tak selesa tekak sebab kadang-kadang ada macam nak muntah , selagi tak buang kahak selagi tu lah dia tak berapa selesa tapi alhamdulillah sekarang dah makin ok , hope selera makan kembali normal dan yaaa ! aktif bermain pun salah satu punca dia lupakan makanan .. kalau perempuan tidak mungkin lupakan makanan hahah nanti moody , eh  ! tu Umi dia .. huh

Bila fikir tentang ubat cacing ni kan , aku mula lah terbayang nanti keluar cacing besar hoiii dalam pampers dia , aduh aku ni dah lah penggeli nak mampoih .. haha tapi nasib baik update status kat fb , so ada kawan-kawan komen cacing tu akan mampus dan hancur dalam najis bila makan ubat, waaaaaa happy me ! terus hilang bayangan cacing bergerak-gerak dalam pampers ! uwerkk nak muntah pulak haha 

Penting Ke Ubat Cacing Untuk Anak-Anak ?

Yes sangat penting supaya tidak terkena jangkitan cacing , sebenarnya kita-kita yang dewasa ni patut ambil jugak tau sekurangnya sekali setahun ! tapi tu lah macam masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan .. bila sakit baru menggelabah kan .. tapi untuk anak-anak ni better lah bagi kerana jangkitan cacing pun sangat bahaya juga kalau tidak di rawat .

Tanda-Tanda Anak Terkena Penyakit Kecacingan 
  • Kurang selera makan 
  • Perut buncit 
  • Pucat lesi 
  • Cepat keletihan , lemah dan tidak aktif 
  • Demam berpanjangan 
  • Mengalami ruam dan gatal 
  • Keluar cacing pada najis 
  • Gatal lubang dubur terutama pada waktu malam 
  • Masalah pernafasan 
  • Kurang tidur 
  • Sakit perut dan cirit birit 
Macamana nak elakkan anak terkena penyakit ni , sebagai ibu bapa kita wajib amalkan aspek kebersihan , always basuh tangan anak sebelum makan , selalu memakai selipar bila bermain , bila memasak kena betul-betul bersihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan kerana ada telur cacing yang kita tak nampak .. so elakkan pemakanan dan persekitaran yang tidak bersih . Tandas juga perlu sentiasa bersih lebih-lebih lagi tandas duduk ..

Hati Berbicara :


Semoga kesihatan yang baik selalu ada bersamamu sayang , kerana melihat mu sakit membuat ku juga lebih sakit .. membesar lah dalam kegembiraan dan kebahagiaan , semoga kasih sayang tak pernah terkurang wlau sebesar zarah .. jadi anak yang berguna di dunia dan juga akhirat .. ❤❤❤




Assalamualaikum 

Masih teringat waktu sekolah dulu , bila ada peperiksaan berdebar tunggu buku rekod dari guru kelas .. yang paling tak best bila dapat keputusan peperiksaan yang tak berapa gemilang dan mula lah takut nak bagitahu ibu bapa kan ~ yang lucu nya ada kawan-kawan tiru tandatangan ibu bapa sebab takut .. haha nakal kan .. tapi tu zaman aku dulu , sekarang sistem pendidikan makin maju dan canggih !


Kalau korang nak tahu apa-apa tentang sistem pendidikan masa kini boleh rujuk web http://sistemkpm.com , berbalik pada cerita di atas sekarang murid-murid dah tak boleh sorok apa pun keputusan dari ibu bapa sebab adanya SAPS Ibu Bapa .. 

Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?

Walaupun anak aku masih lagi tak bersekolah tapi kena jugak tahu untuk persediaan nanti , SAPS atau nama kata lain Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem online yang di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan , menganalisis, dan mengumpul data keputusan murid di sekolah . 

Dengan bahasa mudahnya , ibu bapa sekarang walaupun dah takde buku rekod atau pun anak-anak sorok keputusan peperiksaan mereka , ibu bapa boleh check semua keputusan tu secara online je di SAPS , so everything tentang akademik anak-anak boleh di pantau dari jarak jauh gitu .. sistem SAPS ni boleh di akses oleh semua pihak termasuk KPM , JPN , PPD dan sekolah.

Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah. 

Bagaimana Cara Menggunakan SAPS ?

Alright , semua ibu bapa wajib tahu bagaimana cara nak guna SAPS ni , caranya sangat mudah hanya ikut step-step yang aku berikan di bawah ni okay ..

  1. Bukak laman web SAPS -------> DI SINI 

2. Bila klik laman web SAPS tu akan keluar paparan seperti di atas , dan klik di semakan ibu bapa atau ---> DI SINI .. tak perlu login sebab itu  untuk guru .. kemudian akan keluar paparan seperti di bawah 


3. Seterusnya ibu bapa boleh masukkan detail yang di minta ---> Ic Pelajar ---> Negeri ---> Nama Sekolah 
4. Tekan di pautan ''semak''
5. Seterusnya akan keluar paparan Slip Keputusan Pelajar 

Kelebihan sistem SAPS 

Dengan adanya sistem SAPS ni memang sangat membantu ibu bapa dan juga dalam memantau prestasi akademik pelajar tanpa mengira kawasan sekolah  , secara tak langsung dapat menganalisa kelemahan pelajar kerana SAPS dapat mengeluarkan data yang telah di analisis , dan guru kelas juga tidak perlu menganalisis semua data secara manual 

Sistem SAPS ni boleh menyemak keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Semua keputusan boleh di semak melalui SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM ..

Jika ibu bapa tidak dapat menyemak keputusan anak - anak sila refer cikgu kelas kemungkinan tersalah mengisi NO i/c dan sebagainya :) nah ! bagus kan sistem SAPS ni . Untuk guru - guru pula boleh ikuti step-step DI SINI

For more info tentang SAPS / Sistem pendidikan masa kini boleh layari web di bawah 

↬ http://sistemkpm.com
↬ http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27

Boleh download applikasi SAPS 



Holla Neutrogena Lover ❤ , siapa je tak kenal Neutrogena ni ? nah hari ni aku nak kongsikan produk baru  Neutrogena tapi belum pasaran lagi tau , produk ni akan ada di pasaran pada minggu pertama dalam bulan NOVEMBER ! so jangan lupa grab it alright .. aku pun dah cuba sendiri dan sangat suka dengan tekstur dan kesan lepas pakai fuhhhh freshhh oih muka ! 


Neutrogena Capsule Sleeping Mask & Neutrogena Hydrogel Mask  | Tadaaa ini lah produk baru Neutrogena yang akan berada di pasaran tak lama je lagi , 2 hari lagi dan masuk November so sabar okay sabar .. aku memang suka pakai mask tau sambil menyusu anak haha , last-last tertido oik 



Neutrogena Capsule Sleeping Mask 

Packaging produk ni adalah dalam bentuk capsule , so far aku takde masalah dalam packaging jenis macam ni sebab senang bukak dan bentuk yang saiz kecil (10 ml ) sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana , travel ke balik kg ke haaa masuk poket pun boleh .. Capsule Sleeping Mask ni ada 2 jenis yang satunya untuk Fine Fairness dan satu lagi Hydro Boost .. 



Hydro Boost 

Tips untuk lebih kesegaran , korang boleh letak dalam peti ais semalaman dan apply di wajah , fuh segar sangat .. Hydro Boost Capsule ni mengandungi 100% Asid Hyaluronik yang semulajadi yang berfungsi sebagai penghidaratan , bila pakai Hydro Boost ni aku dapat rasa kulit lebih lembab , lembut dan berseri .. memang sesuai sangat dengan aku yang punya kulit kering .. suggest sangat pada korang yang selalu terkena penghawa dingin .. 

Tekstur nya sangat wangi macam bau buah-buahan yang segar , dan sangat mudah di apply , walaupun warna agak kebiruan dalam gambar ni tapi bila apply di wajah muka takde warna-warna biru tau , warna transparent gitu dan sangat mudah meresap dalam kulit .. 

Tekstur yang tak melekit , bila apply di muka cepat je meresap dan kering , warna agak kebiruan 

Fine Fairness 

Yang ni pulak mengandungi Niacinamade yang mana dapat membuatkan kulit wajah kita lebih bercahaya , kalau nak kesan lebih , boleh pakai dua kali so nampak muka korang ada perubahan .. yang bestnya ia tidak merengsakan kulit wajah kita dan sangat menyerap dengan cepat , bila pakai ni sangat tenang dan sejuk je .. yang best nya untuk kulit korang yang sensitif ia tidak membawa kesan negatif pada kulit uols tau .. 

Tekstur sama macam Hydro Boost cuma warna agak kekuningan .. 

Cara Penggunaan : Sehari untuk 1 mask , hanya apply di muka dan tunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan semua manfaat yang ada , boleh campur dengan oil booster dan di letakkan dalam peti sejuk untuk lebih kesegaran :)

Neutrogena Hydrogel Mask 


For me , aku lebih suka Hydrogel Mask berbanding capsule sebab lagi mudah haha (nampak sangat pemalas) tapi yeah aku suka gila dengan produk ni sebab tekstur / material adalah GEL dan bukan seperti yang aku guna sebelum ni yang mana selalunya macam kapas or kertas dan sememangnya Hydrogel 100% tanpa kertas.

Lagi satu aku suka Hydrogel Mask ni sebab ia nya asing antara bahagian mulut dan jugak mata , so lagi senang nak ejas kedudukan mask di muka .. bila mask ni dari gel faham-faham la kan bila pakai di muka ia lebih rasa sejuk dan menyegarkan dan dalam Hydrogel Mask ni sama dengan satu botols serum penghidratan untuk 15 minit .


Kenapa gel lagi elok dari kertas sebab ia lebih banyak nutrien penting dan akan di serap oleh kulit wajah kita , selalunya bila menggunakan mask kapas ia akan merumitkan keadaan bila mana cecair yang ada akan berciciran di bantal weh , so serabut amat tapi dengan hydrogel mask ni tak perlu risau sebab cecair telah di serap sepenuhnya .. Teknologi penyejukan Hydrogel ni 100% di buat dari serum aktif.

Sama juga seperti Capsule , ia mempunyai dua fungsi yang sama iaitu FAIR FAIRNESS dan HYDRO BOOST dan memberi kesan yang sama .. Bagi aku , aku lebih sukakan Hydrogel Mask ! yeah vote for 10 star .. heheheh opss terlebih excited sudahh ..

Cara penggunaan : Apply Hydrogel Mask selama 15 minit , boleh di letakkan di dalam peti ais untuk lebih kesegaran .

More Info :
Hanya di dapati di WATSON ! 
Capsule Sleeping Mask : RM12.90
Hydrogel Mask : RM13.90
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates