• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Holla guys ! come back with another beauty review ~ 

So ! Hari ni aku nak share my favourite lip crayon by Althea , suka gila dengan tekstur yang di dapati dalam lip crayon ni , seingat aku beli this lip crayon bulan June , so dah 3 bulan sebati di bibir mungil gue yaaa , hahah tahan lama jugak rupanya , sebab aku pakai setiap hari kot tapi macam tak berganjak je .. (bukan kedekut k)

Kalau dulu aku minat warna terang dan garang , ni hadik daku yang ajar pakai gincu merah makngah oiii , bila imbau kembali woih berani jugak aku pakai warna  ni tapi saje je cabar diri sendiri jugak , yang penting yakin . Acewah ! Bila dah bergelar ibu yang penyayang at the same time garang jugak lah , tapi nak selindungkan sifat garang tu dan tersuka dengan warna-warna yang agak lembut , just nice .. nampak macam ciri - ciri wanita lemah lembut gitewww .. 


Untuk mengekalkan sifat inesen dalam diri , aku memilih warna Nudie Rose dan Soul Pink .. sebenarnya aku jarang suka gincu yang berwarna pink sebab bila aku apply kat bibir sendiri dan tengok cermin , macam pondan pun ada .. gosh ! tapi pink pun banyak jenis jugak . so tawakal je aku pilih warna soul pink ni ! hurm sesuai ke idok agak - agak kome ?


Packaging dia sangat cute dan simple ,senang nak bawak ke mana-mana , eh ! lipstik ada ke yang besar gedabak? takde kan heheh , dan pertama kali jugak sebenarnya aku guna lipstick yang jenis crayon ni , ia jenis matte dan sangat mudah di gunakan , tak comot ! tak glossy ! tak terlalu menyerlah so nampak macam natural .. 


Nah ! warna ni bila apply di bibir gue ! sebenarnya gambar ni terlalu cerah .. 
Bajet2 plak minah ni ! haa warna dia natural gini kan .. aku suka kaler macam ni .. 

Secondly , warna yang aku takut nak try , pinky !! fuh adakah aku menyesal memilih warna ni ? oh yeahh harus lah tidak sebab warna soul pink tak terlalu terang , bila apply nampak natural seakan memang bibir kita di lahirkan berwarna pink gitu haa , tak nampak macam pakai liptick sangat .. dan pepandai lah apply bagi nampak semulajadi . Baru cun weh ! kalau  over sangat nanti nampak berkerak .. Nak cun lagi ! just tambah lip tint di bahagian dalam bibir .. muah ciked ! 


Nah ! bila apply warna ni kat bibir not bad lah .. tapi aku apply senipis mungkin heheh supaya nampak macam bibir aku semula jadi pink ! hohoho .. sesuai ke tak ? 

Bahan Kandungan 


Tips : Untuk lebih cantik bila apply kat bibir , apply dulu lip balm sebab lip crayon jenis matte ni agak dry , nak bagi smooth dan cun lagi gojes , boleh apply any lip balm or vaseline bagi bibir lembab :') then u will see that colour is so nice  ~ 

More Info :

By the way banyak lagi warna yang menarik , harga pun memang mampu milik sangat , budak sekolah pun boleh beli , ahaks 15 hinggit je uols .. so kalau berkenan boleh dapat kan di http://my.althea.kr/it-s-my-lip-crayon 


Dashing Anytime EDT | Teringat hadiah hantaran kahwin untuk suami , aku bagi set dashing untuk dia sebab aku suka bauan perfume dari Dashing ni , bau dia keras tapi tak peningkan kepala .. memang boleh bergetar tulang rusuk bila bau perfume Dashing ni hahah , so bagi mengelakkan bergetar tulang rusuk dari lelaki lain eh eh ! baik bagi je suami guna Dashing ni.

Wangian antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain kemas bergaya , tau tak itu pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian  wanita haaa walaupun tak de rupa takpa aih asalkan jangan busuk :p , sebab dengan satu bau je memang akan rosakkan personaliti korang sebagai lelaki maskulin , 


Setiap lelaki  mampu bergaya dengan pelbagai fesyen terkini tapi tahukah korang tarikan utama seorang lelaki adalah dari bau , so agak-agak kalau lelaki bau kepam ada ke yang nak dekatkan diri ? heh heh tepuk dada tanya selera tapi bagi aku as a girl memang itu faktor daya penarik yang sangat kuat , lebih-lebih lagi bila lalu depan kita dengan bau semerbak , fuh boleh jatuh cinta beb! haha tu dulu lah waktu bujang-bujang :p 

So wahai lelaki di luar sana dah tahu kan tarikan utama pada diri korang ? dengan itu Dashing , produk penjagaan diri lelaki dan juga peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt , yang best nya packaging dia sangat lah comel dan bersaiz poket sebesar kredit kad , hah ! ada alasan lagi ke wahai lelaki untuk tidak memakai wangian Dashing ni ? khas untuk lelaki-lelaki maskulin semua ~

Dashing Anytime EDT dengan 4 Variasi Unik - COOL , HATTRICK , ACTIVE & ULTIMATE KICK

COOL 
Anda seorang yang cool ? wow terus terbayang seorang jejaka berkaca mata hitam (nakai ! ) korang boleh guna wangian ni sebagai daya penarik .. biasa suami aku guna yang ni , haruman "cool'' ni gabungan menawan Bergamot dan Gallbanum di lapisi dengan wangian Amber dan Kasturi sebagai formula asas , rekaan ni memang di ciptakan untuk sisi maskulin yang cool gitu ~ anda cool ? yeahhh memang pilihan yang betul.


HATTRICK
Walaupun aku bukan lelaki , tapi first time bau wangian dari Hattrick ni , aku terjatuh cinta sebab haruman Hattrick ni lembut dan menyegarkan , so aku pun terguna jugak lah haha .. yess bau dia tak sekeras yang lain tapi masih ada sisi maskulin ..so this one memang kemenangan buat jejaka Dashing , haruman Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong seseorang ke arah kemenangan , huh patutlah haruman Hattrick ni betul-betul memenangi hati aku dengan gabungan unik kesegaran epal citrus di adunkan bersama adunan bunga dan calitan amber 


ACTIVE
Yang ni sangat sesuai bagi lelaki yang sukakan aktiviti lasak , yang memang hidup dalam aktiviti yang sangat aktif .. bila selalu aktif faham-faham je lah  bauan badan sangat penting sebab of course la selalu berpeluh , dan haruman ni memang pilihan yang tepat buat korang .. dengan semarak haruman Fougere yang di gabungkan dengan formula Citrus , Lavender dan Amber aromanya akan membangkitkan sisi aktif anda.


ULTIMATE KICK
Haruman dari Ultimate Kick ni sesuai untuk personaliti jaguh yang ada dalam diri jejaka maskulin , ia akan menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ia berkonsep musim panas yang aktif , menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon , di tingkatkan lagi dengan kesegaran buah pelaga , vanilla , dan suntikan kayuan dan rempah . haa yang ni bau dia paling keras dan kuat .. 



Di Mana Nak Dapatkan Dashing Anytime Edt ?

Bagi yang berminat korang boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya utama dan hyper  , dan juga farmasi di seluruh Malaysia dengan harga RM7 setiap satu .. dah lah murah senang nak bawak pergi travel , yang paling best takdelah membebankan handbag gue haha ..

More Info :
Web : www.dashing.com.my
Fb Page : www.facebook.com/Dashing.My
Instagram : www.instagram.com/Dashing_My


Assalamualaikum , rasa macam dah lama Umi tak cerita pasal awak , Rayyan dalam blog Umi , hehe maafkan Umi sebab agak pemalas untuk bercerita .. now anak Umi dah 1 Tahun 7 Bulan , fuh lagi 5 bulan dah nak masuk 2 tahun .. kenapa cepat sangat mendewasakan diri ! sobs sobs sobs , Umi tak puas lagi nak peluk cium gomol awak sampai menangis dan merajuk menyorok belakang langsir ! haha ganas sangat ke Umi awak ni .. :p


Rayyan makin kurus ? eh Umi tak bagi makan ke .. aah memang Umi tak bagi makan pun , sampai kejar-kejar ke bawah meja , sampai Umi sendiri paksa awak makan , Umi sendiri tak cukup makan .. huh biasa dia ni ! by the way Rayyan ni takdelah gemok sangat , cuma badan dia agak ganteng ikut bapak dia yang sado , orang tua kata tulang kasar ~ sebab tu Rayyan nampak macam dewasa dari umur tambah-tambah dia tinggi ..

Nak kata dia makin kurus , setiap kali checkup mesti berat badan naik , paling latest timbang tak silap 12kg lebih macam tu , kalau checkup kali ni turun berat maknanya betullah makin kurus .. kadang-kadang Umi tengok kurus , kadang-kadang Umi tengok gemuk .. haha padahal memang surrender lah nak dukung dia .. abah dia macam dah malas nak layan Umi tau Rayyan bila Umi asyik tanya Rayyan makin kurus ke :p mungkin udah serabut mungkin tentang hal yang sama aja dongg !


Rayyan Tak Makan Vitamin Tambahan ke ?

Hari tu ada la jugak Umi bagi Scott Emosion kat Rayyan , tapi kan setiap kali bagi mesti lepas tu demam , dont know sebab Vitamin tu atau pun sekadar kebetulan , haha u know lah i ni selalu fikir bukan-bukan bab anak ni haaa , paranoid mungkin ? dush ! so lepas tu Umi pun tak bagi apa-apa vitamin .. nak bagi tapi risau demam lagi .. patut ke tidak Umi bagi ek ?????????

Rayyan Kurang Makan ?

Hurmm kadang-kadang dia suka makan , tapi kadang-kadang tamo makan wei , makin besar ni mungkin makin aktif dan kuat nooo bermain .. dia akan makan bila fokus kat sesuatu so bila Umi suap haaa laju lah dia makan , tak sedar agaknya dia tengah makan grrrr ! kadang tu nak kena kejar sana - sini , arghhh sabo je lah , so bila abah dia makan , abah dia suap , lepas tu Umi plak makan , Umi akan suap sekali lagi .. so even makan sikit-sikit banyak kali la dia akan makan haa gituh lah ceritanya .. 

Asalkan Sihat Sudah ~

Sebenarnya benda ni normal asalkan dia makan dan sihat , biasalah budak-budak ni makin besar makin lincah , Umi dia pun makin kurus kejar anak apatah anak duk berkejar-kejar sana sini hahah , bab anak ni kadang ada ibu ibu sensitif , kadang kita nak komen anak orang kurus ke badan kecik ke haluihhh ke kena jaga jugak .. haha bukan apa takut ibuk-ibuk terasa weii .. nak tanya boleh tapi beradab gituh , 

mak pak dah struggle gila nak bagi anak depa makan bagi gemok2 dan sihat tapi ada sesetengah budak even makan banyak dah , badan dia jenis haluih tu haluih lah jugak , macam aku ! haa dari kecik sampai besar lagu ni lah , haluih keding nak mampuih hahah .. tapi alhamdulillah lah bukan tahap anoreksia lagi , betul taktau eja lagu tu .. kihkih hentam je lah ..

Hati Berbicara :
Ni perut macam kek lapis ni tang mana kuruih nya haha , dan macam kek lapis betoi .. ni mangsa gigit Umi kikikiki , tak kisah lah janji anak Umi sihat-sihat sudah ..






Holla ! 
Hai everyone , hari ni aku nak share kat korang semua tentang produk baru Nivea , iaitu Nivea Protect & Care Deodorant .. deodoran ni memang wajib ada bagi setiap orang , ada ke yang tak pakai deodoran ? erghhh please lah walaupun badan korang tak berbau tapi deodoran ni salah satu produk untuk menjaga bahagian-bahagian sensitif , terutamanya kulit bawah lengan dengan bahasa mudah uols punya ketiak 

Sebelum ni aku menggunakan deodoran dari Nivea jugak , iaitu Nivea Pearl , memang antara brand kesukaan aku sebab wangi gila dan wangian dia lembut dan segar sangat , thats why lah aku sukakan Nivea ni , so nah kali ni beralih arah mencuba pulak Nivea Protect & Care ni .. 

Apa Yang Best Tentang Nivea Protect & Care

Seperti yang aku bagitahu tadi , bawah lengan memang kulit sensitif .. kadang-kadang kan kita cukur bulu-bulu halus yang ada di bawah lengan akan menyebabkan luka dan pedih , dan tahu kah korang semasa mencukur , 36% serpihan itu mengandungi kulit ! OMG , sebab tu kadang-kadang lepas bercukup memang kulit rasa terengsa .


Nivea Protect & Care deodoran ni di perkaya dengan esen Nivea Krim , wangian krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang sangat lembut dan 0% alkohol . Jadi kerosakan kulit akibat mencukur boleh di atasi dengan Nivea Protect & Care ni , yang lagi best ia kekal berpanjangan selama 48 jam dan terasa sangat segar , formula inovatifnya akan membuatkan kulit bawah lengan kita lebih lembut dan licin .

Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 


Pengalaman menggunakan Protect & Care Nivea


Aku sebenarnya tak berapa suka guna roll-on kerana lebih sukakan yang spray , sebab pernah dulu guna brand lain ia membuat aku lagi berpeluh dan melekit , tapi aku cuba gunakan ke dua-dua jenis deodoran Nivea Protect & Care ni , so far aku cuba guna yang roll-on ni dan yeyyyy ia tak melekit sebab cepat meresap ke dalam kulit , walaupun berada di luar , bauan dia memang tahan lama !serious tak tipu ,  rasa macam nak cium ketiak sendiri je haha .. 




Nah bagi aku , best guna kedua-dua jenis Nivea Protect & Care Deodoran , baik yang spray mahupun roll-on , kalau korang rasa kulit bawah lengan korang selalu pedih dan kasar , why not try yang ni pulak , selain dari hilangkan bau yang kurang enak , boleh baiki kulit bawah lengan tuu .. kulit bawah lengan rasa macam lebih lembut dan halus je .. 

Dulu masa remaja macam tu lah , aku guna deodoran hanya untuk hilangkan bau ketiak je , maksudnya kalau dah wangi tu ok la kan .. sekarang timbul kesedaran sambil-sambil hilangkan bau , beri kesegaran yang berpanjangan , kulit bawah lengan juga perlu di jaga .. haaa jangan muka je nak jaga cantik-cantik tau ~ lebih-lebih lagi kulit bawah lengan sangat sensitif .. so mai lah sama-sama kita menjaga dengan baik ! jaga macam mana ? protect your underams with Nivea Protect & Care Deodorant la ! heheh .. 

Nivea Care Run

Berita baik buat korang yang suka masuk aktiviti larian , Nivea akan menganjurkan Nivea Care Run di Putrajaya 29 Oktober nanti , so cepat-cepat masuk web dan boleh daftar secara online , memang berbaloi - baloi , korang akan dapat Nivea Kit Run worth 100 ..so jom ramai-ramai sertai Nivea Care Run nanti ... ~ 



More Info :
www.facebook.com/mynivea 
www.niveacarerun.com.my 

*boleh dapati produk Nivea Protect & Care deodorant di pasaraya berdekatan , deodoran Protect & Care Roll-On 50ml ,Spray 150ml - Rm17.50 / Rm11.30 setiap satu*


Hai semua , hari tu aku ada upload Zing+ Detergent Film ni di Facebook dan suruh kawan-kawan di Facebook teka apakah ini , lepas tu ada lah yang teka wet tissue , face mask , name card , sampul duit pun ada hihi kalau aku yang tak tahu pun mungkin akan teka benda sama sebab macam tak terjangkau dek akal ia sebenarnya adalah sabun ! tapi mula-mula aku tengok benda ni  nak tau aku teka apa ? aku teka keju ok ! haha sebab sebijik macam keju ..


Tapi tulah jauh panggang dari api , salah sangkaan aku .. macam tak percaya berdasarkan rupa ia sebenarnya adalah sabun pencuci pakaian weh ! satu benda aku suka sangat dengan bau sabun ni , wangi dan pantang tersentuh dengan air cepat gila larut (tak perlu risau kot berketul-ketul dalam mesin basuh ! ) Untuk pengetahuan korang Zing+ ni adalah sabun organik , tak perlu guna banyak-banyak pun ia mampu mencuci pakaian kotor dengan jimat dan bersih

Stylish , Simple , Lighter, Cleaner 

Zing + ni sebenarnya teknologi baru dari Jerman , sebelum ni pernah tengok sabun bentuk macam ni ? haaa takde kan , cuma ia di buat di China , yang bestnya ia terkandung semua bahan dalam 1 produk ni , so tak perlu dah guna pelembut pakaian sebab dah ada dalam Zing+ ni .. sebab tu guna sabun ni sangat lah jimat dan tak perlu risau , ia tidak menghapakkan pakaian korang walaupun tak guna softlan 
 Bentuk  Fizikal Yang Nipis Dan Mudah Dibawa 




Tengok rupa sabun ni memang tak terfikir kan ia sebenarnya sabun , haha masih lagi tak puas hati kenapa ada sabun yang cute macam ni , so nak guna pun rasa macam sayang je kikiki sebab tu guna sikit-sikit risau habis .. dan sememangnya tak perlu guna banyak , kalau setakat sehelai baju tu potong kecik je weh , sebab 3 keping film untuk 3kg pakaian .. jimat namati !

Kelebihan Zing+ Detergent Film

  • Mudah Larut dan Tidak Bertompok Pada Pakaian 
  • Tidak Melunturkan Pakaian
  • Penggunaan Yang Menjimatkan
  • Organik , Selamat dan Mesra Alam (Bebas dari Fosforus , Peluntur , Biodegradasi)
  • Lembut Pada Tangan dan Kulit

  • Pakaian Lebih Bersih Dari Pencuci Biasa

 


Cara Penggunaan 

Cara penggunaan senang je , dah tertulis di belakang pek untuk rujukan , kat dalam pek ni ada 30 film , so kalau korang guna tangan dan pakaian tak sampai 3 kg , guna mengikut sukatan yang di beri .. nampak macam sikit je kan ? tapi mampu membersihkan pakaian kotor korang tu haaaa 

Nyah Kau Daki-Daki Degil

Aku takde lagi anak sekolah , so kurang lah sikit bebelan pada kekotoran baju sekolah kan , tapi banyak sangat baju putih Rayyan , contoh romper dan selalu sangat lah kotor dek makanan~ aishh mencabar betul dan banyak dah baju putih semua rosak sebab kotoran tu susah gila nak hilang , lagi satu baju kerja suami memang melekat daki - daki degil di bahagian leher tu haaa .. ape benda peluh ni haa haha ..

Jadi aku rendam je baju-baju yang kotor tu dengan Zing+ selama beberapa jam , bagi segala kotoran tu di serap oleh Zing+ kemudian berus macam biasa , akhirnya nyah jugak kotoran-kotorang tu wehuuuuu  ! boleh tengok hasil sebelum dan selepas aku menggunakan sabun organik ni ..

Sebelum dan selepas , bukan senang wei nak gonyoh daki degil ni , biasa kena sental kuat-kuat sampai nak tercabut lengan haha rendam dengan Zing+ xyah sental bagai nak rak sangat ... 


Amacam power tak power sabun ni ? Faham sangat perasaan bila tengok baju-baju kesayangan kotor dan tak boleh pakai dah , guna peluntur pun takkan sama macam sebelumnya sebab peluntur akan hilangkan warna asal dan na,pak buruk ! so mai try guna Zing+ pulak , mana tahu lepas ni dah tak stress dengan pakaian kotor lagi ! 

Berminat korang boleh contact terus Cik Ros Farina di 012-2350657 
More info : http://zingaplus.com/
Facebook : https://www.facebook.com/zingplusmalaysia

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates