• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~ Goosana ! Goosini ! GooseySelfie hooray hooray haha .. apa aku merepek ni ? ok sekarang tengah trending #GooseySelfie , sebelum tu kepada yang masih belum tahu amende la gooseyselfie nih , meh aku nak cerita sikit , ada berkaitan dengan satu Mall yang bakal di buka di Cheras ~ 

Apa itu GooseySelfie ? Sebenarnya GooseySelfie ni adalah satu contest yang mana di anjurkan oleh Mytown Shopping Centre yang bakal di buka awal 2017 .. di mana lokasi Mytown ni ? haaa korang suka tak pergi Ikea Cheras ? Kalau suka korang akan tambah satu lagi mall favourite dalam list korang sebab MyTown Shopping Centre ni akan di buka di sebelah Ikea Cheras sebab bangunan nya bersambung .. wohooo tapi jangan pergi lagi sebab masih belum di buka ok ! 

tengok haa betul-betul sebelah Ikea Cheras .. ingat Cheras tau !



Sementara menunggu opening MyTown Mall tu , korang yang suka benow selfie tu , siang malam , nak makan , nak tido asyik duk selfie je kerja rugi bebenor lah kalau tak join contest #GooseySelfie ni yopp !! sebab cara dia sangat-sangat mudah ! orang KATA tuah ayam ni nampak di kaki , tapi tuah manusia ni haa mana tahu korang pulak sebab hadiah dia lumayan beb ! lebih dari Rm10k untuk di menangi ~~~ wahhh harap aku menang yeyyy boleh la shopping kat MyTown Mall nanti .. nak menang jugak ? haa ikut je step mudah kat bawah ni 


  1. Layari laman  https://www.gooseyselfie.com.my/
  2. Klik “Join Now”.
  3. Klik “Start”
  4. Sila login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri.
  5. Muat turun gambar anda yang sudah sedia ada dalam koleksi galeri (handphone)  atau rakam gambar anda yang terbaru dengan mengunakan kamera phone atau webcam anda.
  6. Sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar anda yang dipilih.
  7. Klik ‘Submit’.
  8. Kemudian share ke Facebook anda beserta #GOOSEYSELFIE.
Haa nampak tak antara muka yang bakal menang ,, haha comel tak , macam angsa yang cute sedang minum air kerana angsa cute ini dahagakan coconut shake klebang :p.. kalau tak menang RM10k pun korang masih berpeluang menang untuk mingguan kerana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu ! dan yang lagi BEST korang boleh selfie dan submit berjuta kali ! so ayuh la kita #GooseySelfie beramai-ramai !

Untuk tambah lagi keterujaan sila follow

MyTown Facebook : https://www.facebook.com/mytownshoppingcentre/


Assalamualaikum ~ holla muslimah yang ingin tampil bergaya , sekarang dah 2017 apakata kita cuba fashion yang lebih bergaya dari tahun-tahun sebelum ni ! eh tak rugi tau kalau kita ubah penampilan kita lebih-lebih lagi kita sebagai muslimah .. orang kata cantik di dalam paling penting kan , tapi cantik di dalam dan luar lagi terserlah ayunya , setiap kali mata memandang pasti akan terpikat ! haaa gitu haha jadi qaseh nak perkenalkan Zalia ~ 


Siapa tak kenal jenama Zalia ni? Selalu pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, memang selalu kita tengok jenama ini dibeli dan dipakai oleh wanita ramai. Selain daripada koleksi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Zalia juga menjual pelbagai koleksi rangkaian pakaian yang cantik belaka untuk mereka yang meminati Muslimah fashion trends terkini. Bukan mudah nak jumpa pakaian Muslimah yang moden dan bergaya tapi dengan Zalia, anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai koleksi yang selalu kekal bergaya mengikut setiap musim.


Bagi mereka yang meminati blaus pelbagai fesyen, Zalia merupakan pilihan terbaik untuk anda. Design blaus Zalia mengikuti peredaran masa dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Pilih daripada blaus bell sleeve yang sangat bergaya pada masa kini. Contoh yang lain seperti swing top iaitu blaus yang tidak ketat dan sangat feminin sesuai untuk pelbagai masa. Zalia menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan tidak jarang jadi anda tidak perlu risau tentang pembelian produk Zalia anda.


Palazzo pants yang sentiasa digayakan oleh para Hijabista pun ada di Zalia. Design palazzo pants atau wide legged pants Zalia direka menggunakan corak elegan dan halus seperti bunga bungaan dan warna yang lembut. Boleh sahaja dipakai ke perjumpaan penting atau tempat kerja mahupun pada bila masa anda keluar bersama teman rapat untuk hari yang penuh bergaya. Tampil penuh yakin dengan rekaan koleksi Zalia terkini dan tingkatkan cara anda berfesyen. Kini mudah sahaja kerana Zalia mempunyai koleksi produk yang luas termasuk shawl, maxi dress dan koleksi pakaian pengantin.

Apakah pilihan utama anda jika mahu membeli koleksi Zalia? Jom kita bersama mencari pakaian baru untuk tampil lebih bergaya sekarang!
Assalamualaikum ~ holla dan happy new year everyone , harap belum terlambat lagi untuk aku wish new year kat korang semua .. azam ? aku tak pernah letakkan azam yang tinggi bila tiba tahun baru cumanya aku harap aku jadi hamba yang lebih baik kepada yang maha Pencipta , isteri yang lebih baik kepada suami , anak yang lebih baik kepada ibu bapa dan seorang ibu yang super power kepada Rayyan ~ selebihnya just follow the flow .. yang pasti harap segala aturan Allah dapat aku tempuhi dengan penuh hikmah dan sabar dalam segala ujian .. semoga azam korang tercapai orait ! 

So new year memang dah tak sambut la , tengok bunga api depan tv dengan anak dan memadai haha .. cuma awal tahun baru saje lepak di Taman Metropolitan Kepong ambil angin dan tengok orang main layang-layang .. bawak Rayyan jenjalan gitu kat padang , dia dah start boleh berjalan tu haaa sikit lagi tunggu berlari je .. jenuh nak kena kejar nanti oik .. so yang berfamily ada masa santai-santai walaupun just lepak santai tu dah cukup memadai nak menggembirakan hati anak .. sekurangnya dapat la dia lihat dunia luar ye dak .. dont forget to spend time with your family okay ?


Disebabkan datang weekdays so tak berapa nak meriah sangat , orang tak ramai main layang-layang .. aku ? teringin jugak nak main tapi nanti la bila Rayyan dah besar sikit boleh lah dia tlg main sekali hikhik .. main kejar-kejar gitu .. tapi tempat ni memang luas gila jugak la , aktiviti yang aku tengok kat sini semestinya main layang-layang , jogging , ada basikal couple dan biasa untuk di sewa , roller blade , lepak tengok tasik (boleh bagi makanan kat burung dan ikan) haa tapi kena beli lah makanan tuh .. tak mahal pon , then haruslah ada peniaga-peniaga makanan .. 

Mek ni macam biasalah dia , harus ada sesi bergambar dua tiga round , kikiki suami sila la melayan tuan puteri anda ni yee .. :p
 Budak kenit ni muka nak serious je sokmo , btw dia kalau nampak je orang nak snap gambar dia terus pusing ke lain.. maybe dah rimas sebab umi dia asyik selfie je haha sabarlah anak ku 






 Muka tak puas hati , btw dah lamam tak duduk dalam stroller ni , tapi kena paksa jugak sebab lenguh eh nak dukung .. padahal best kot orang tolak je , duk je dalam ni macam bos .. ishhh ishhh

Then ni la suasana di Taman Metropolitan , ok la untuk lepak santai-santai petang ... datang weekdays takdela meriah sangat so tak serabut sangat kan .. weekends mesti penuh kot .. layang-layang pun comel-comel je uols , ada saiz besar n kecik .. so yang area dekat-dekat dah kebosanan tak tahu apa , datang je main layang-layang kat sini dari dok hadap henfon 24 jam .. haha kalau kat kg masa kecik-kecik dulu ni la antara permainan budak kg walaupun di tengah padang terik .. itu semua kenangan yang sangat enjoy ! 












 TQ kerana sudi membaca ! harap terhibur haha tak tahu nak tulis apa .. layan gambar je lah ye .. sebab time menaip ni tengah lenguh tangan .. hurmm tak tahu kenapa .. ok adios ! 

Mana nak cari handbag yang berkualiti tapi harga murah dan sangat berbaloi ? Awak ingat saya ada masa untuk fikir sampai pening kepala ? Mizzue kan ada ~ kenapa nak fikir panjang lagi ? eh hye korang ! aku ni dalam kategori agak memilih jugak lah , mak oii pening kepala suami bila isteri dia shopping dan nak cari sesuatu benda .. pheww ~ tapi bila masuk web mizzue ni , rasa macam nak pilih semua sebab handbag-handbag yang ada kat sini cun melecun , gojes , design pun mantop ~

Bila masuk topik handbag ni , aku seorang yang tak sukakan beg yang terlalu besar , tak terlalu gemuk dan juga panjang .. sebab aku kurus jadi rasanya tak sesuai guna beg yang terlalu besar dari diri sendiri , nanti handbag tu overshadow paras rupa ku hahah 

Tapi tapi tapi ! haaa ada tapi nya tau , walaupun aku tak nak handbag yang besar tapi aku nak handbag yang boleh sumbat semua benda termasuk pampers dan botol susu anak haha sebab aku tak suka pakai beg galas usung ke sana ke sini melainkan travel jauh-jauh ~ ada ke ? weh mesti lah ada !

Masuk je web www.mizzue.com.my ni terus rambang mata tak tahu mana satu nak pilih , sebab semua cantik-cantik .. dan akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Rosaria Riggens colour Brandy Wine . Kenapa aku pilih beg ni ? sebanya beg ni simple je but nice dan tak terlalu sarat , warna pun cantik dan yang penting bila pakai nampak macam remaja gitu hahah ! 

Seriously Rosaria Riggens menepati citarasa aku , beg ni tak terlalu besar , tak terlalu panjang , tak terlalu gemok , perfect dengan apa yang aku inginkan .. walaupun Rosaria Riggens ni tiada zip kat atas sebab this one is bucket bag tapi grip yang ada tu sangat ok dah , tangan Rayyan je lah still boleh seluk cari gincu Umi ! ooo gosh budak kecik itu , ada je akalnya .. huh !

Reka Bentuk & Spesifikasi 
The 'Rosaria Riggens' bucket bag is cut from polished smooth PU leather with gold-tone metalwork. Embossed with a mizzue lettering logo at the front, while the external zip pocket offer a neat and easy-access storage for your small possessions. A handy zip-around coin case is attached to the bag for your coins and keys. Sizeable interior features a zip and slip pocket to boost organisation. An adjustable crossbody strap is given for comfortable wear 

Bila tengok dalam gambar hari tu Rosaria Riggens ni nampak lagi kecil sebenarnya tapi bila sampai wahhh saiz nya takde lah kecil sangat , just nice dan banyak barang boleh sumbat termasuk lah pampers dan botol susu anak , dua biji fon ,beg mekap dan kamera memang muat je lah duduk dalam beg ni dengan tenang .. so far memang tiada masalah .. awhhh happy sangat ! tq so much Mizzue .. 

Beg kecil yang di sertakan tu aku suka , boleh lah bawak pergi kedai bila malas nak bawak beg tangan kan , beg kecil tu boleh letak kad , sebab ada tempat untuk letak kad dan juga boleh letak duit , dan muat-muat je dengan iphone 5s daku ...


Pilihan Warna Rosaria Regens



Tentang pilihan warna , banyak je yang korang boleh pilih .. selain dari warna yang aku pilih ni terdapat warna Black , Blue , Meuve , Green , dan juga Brown ... lawa pulak warna hijau tuh .. aigoooo ! 



Oh ye lupa nak bagitahu , berbaloi sangat walaupun kena tunggu lama sikit hari tu sebab permintaan beg ni tinggi dan out of stock , tapi nah penantian tu dah berakhir dengan happy ending ! hoyeahhh tq again Mizzue Malaysia for the best quality :)

More Info :

Facebook: https://www.facebook.com/mizzuemy/
Instagram: https://www.instagram.com/mizzuemy/
Website: https://www.mizzue.com.my/

So amacam , cantik tak ? Sesuai tak dengan si kurus ni ! haha apa pun semua handbag yang ada di www.mizzue.com.my ni semua lawa-lawa weh , setiap orang punya citarasa tersendiri tapi setiap citarasa korang tu pasti akan korang jumpa di www.mizzue.com.my ! apa tunggu lagi ? Bukak lah web Mizzue Malaysia sekarang , pilih dan bila sampai OOTD sehabis mungkin :p 



Assalamualaikum ~ 

Hello.  annyoung hashimnikka .. Haa penangan makan Dubuyo terus berbahasa korea uols ~ haha okey meh nak cerita alkisah sang dubuyo dan sang qaseh .. btw hari tu adik ipar aku ada post dia tengah makan korean food which mean Dubuyo ni la kan .. so aku yang jenis mudah terpengaruh ni terus terliur ! pantang betul bab-bab korea ni tau tak , kalau tengok drama korea masa scene diorang makan tu memang terliur gila .. macam sedap je kan ..

Jadi tak boleh jadi ni ! kena jugak makan sebelum masuk tahun baru .. kiranya masuk lah dalam wish list 2016 , yeyyy tercapai haha .. semalam kebetulan husband pun cuti , ajak dia tengok baby Humaira jap lepas tu dapat lah singgah di IOI Mall Putrajaya .. nasib ada kat situ , terus terjah dan cari tempat duduk secepat mungkin sampai lupa nak ambil gambar kedai Dubuyo ni , blogger apa cenggini ni tak ambil gambar -_- eh kisah pulak , perut dah lapar gila :p

first time try , so aku pilih set je untuk dua orang . kalau nak tengok lain menu boleh la ke website dubuyo orait.. harga untuk set 2 hanya RM56++ something macam tu la .. 

tadaaa ini yang aku dan husband order ~ 

Dalam set ni ada 

•Soondubu Jigae (kitorang pilih beef)
•Korean Spicy Wings 
•2 DubuYo Rice
•2 Korean Green Tea 
•2 Desserts (small)
•Free Flow Banchan (side dishes) of the day -kimchi dan sayur jeruk
Dalam set ni yang paling sedap bagi aku , Korean Spicy Wings dan Sup (side dished) dia .. wahh sedap gila kot , rasa rangup-rangup ayam dia , perghh memang tak rugi dan berbaloi sangat makan ni haa .. Soondubu Jigae tu sedap jugak cuma takde rasa sangat , tawar sikit dan masakan ni ada telur , tauhu dan beef sebab kami pilih beef .. Nasi dia pulak walaupun nampak sikit tapi sangat mengenyangkan sebab bukan nasi biasa , biasalah korea kan nasi macam pulut-pulut gitu haaa 


So sape tak pernah try boleh lah cuba makan sini pulak , tekak melayu try korean food sekali sekala eh .. cum aku tak pandai pakai chopstik haha , terpaksa lah mintak garfu ~ yummi ! nanti nak try yang ala-carte pulak lah .. tengok orang makan sedap je .. tak pandang kiri kanan langsung ! 

Ok kamsa hamnida kerana sudi membaca ~ 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates