• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Orang kata mencegah itu lebih baik dari merawat , tapi dalam kes aku ni dah kena buat rawatan dah .. sebabnya aku ada masalah yang membuatkan kemahkotaan seorang wanita itu terjejas .. bunyi macam serious talk je kan , tapi memang serious talk ni ! one more thing aku rasa bukan aku seorang je ada masalah ni , rata-rata wanita memang akan bermasalah dalam penjagaan rambut .. lebih-lebih lagi yang bertudung ,  betul dak ? lagi teruk kepada wanita yang lepas bersalin ! huh masalah keguguran rambut la apa lagi kalau melibatkan mahkota wanita ni haa , stress tau .. kurang yakin sat nak buat flip hair !

kadang-kadang bila tangan dok menggatai belai-belai rambut , ada la dalam 10 - 20 helai lekat kat tangan , bajet2 macam tu la rajin pulak aku nak kira rambut hihi .. tu belum lepas mandi , mau secekak , sebab tu aku jarang basahkan rambut ..lepastu mula la buat drama kat suami ''syg sakit apa sebenarnya , tgk rambut ni makin lama makin gugur, kalau syg takde nanti jaga Rayyan baik2 ermm'' tapi huwaaa suami balas ''gila apa taktau bini aku ni'' ..tu diaa untung dapat suami solehah .. haha pernah la tu buat drama jugak kan ?

Jadi satu hari ni aku ikut la suggestion membe aku .. dia suh try Syampoo Tyzara , syampu apa la aku pun xtau xpernah dengar pun sebelum ni ..  

Shampu Tyzara ni ada botol kecik dan besar , yang aku pegang ni botol besar , cukup untuk penggunaan  dua bulan 

Lepastu aku fikir sebelum aku botak kena jugak cari rawatan untuk rambut gugur, kena jugak cari syampu terbaik antara terbaik untuk rawat rambut gugur terlalu banyak ni,so aku ikut je member suruh aku survey tentang syampu Tyzara .. tak pernah pulak aku dengar tentang syampu Tzara ni tapi cuba je la dulu kan .. bila dah dapat kat tangan ,botol dia cute je  haa ~ satu perangai aku tentang syampoo , aku akan bau dulu sebab kalau bau tengit memang aku takkan pakai , buat sakit kepala lagi ada la , tapi alhamdulillah wangi gila syampu Tyzara ni. 

Syampu ni sesuai untuk masalah rambut bagaimana ? kalau tengok label di botol syampu tu , antara kelebihan dan kegunaan syampu Tyzara untuk
  • Hair Fall Control - Rambut gugur terlalu banyak
  • Anti Dandruff - Masalah kelemumur 
  • Oilness / Dryness Control - Rambut terlalu kering / berminyak
  • Cooling & Refreshing - syampu ni mampu sejukkan dan segarkan kepala
  • Kulit kepala berkerak
  • Rambut berbau 

Lepas tu aku tengok pulak kandungan syampu Tyzara ni , kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh google je maksud bahan-bahan kandungan ni , Menthol ,Glycerin ,Fragrance dan Trifolium Pretence (clover).. tapi aku nak tekankan kat sini kenapa Tyzara mampu mengatasi masalah gugur , sebab nya ada kandungan Trifolium Pretence (clover) , clover ni apa ?btw ia sejenis bunga berwarna merah yang berfungsi untuk menguatkan lagi akar rambut 

Tekstur syampu Tyzara , sebab apa warna biru .. sebab ia menyejukkan kulit kepala kita , so lepas pakai ni konfirm rasa segar.. aku suka pakai waktu malam sebab lena teruih , sejuk sampai ke kaki , kepala pun jadi rileks dan tenang je .. mau tak lena ?

Cara Penggunaan

Pertama kali aku cuba syampu Tyzara ni , aku pelik jugak kenapa la syampu ni tak berbuih banyak macam syampu biasa aku pakai , siap tiup keluar belon lagi .. ke aku pakai sikit sangat ? ermm rupa-rupanya syampu Tyzara ni memang kurang buih , so selama ni aku silap faham la yee , baru aku teringat sorang kakak ni pernah cakap , kalau nak cari pencuci muka jangan cari yang buih banyak sebab buatkan kulit muka kering , jadi sama jugak dengan syampu ~ lagi sedikit buih lagi bagus , hangpa jangan pulak nak bubuh banyak-banyak syampu Tyzara ni sebab kurang buih naa ! 

So ! cara nak pakai syampu Tyzara ni sama je macam pakai syampu lain , tuang sedikit kat tapak tangan , basahkan rambut lepas tu sapu dan ratakan ke seluruh kepala , lagi bagus kalau korang urut-urut kulit kepala sambil nyanyi lagu di bilik air tu haa .. lepas tu bilas dengan air macam biasa , korang akan rasa sejuk dan segar sangat ! inshaAllah lepas ni dan tak tersumbat saluran bilik air dek rambut gugur tu.

Kalau korang jenis rambut gugur yang sangat kronik , korang boleh guna syampu Tyzara ni dengan cara macam aku buat (hair tonic), sebab aku pun rambut  gugur terlalu banyak lebih-lebih lagi lepas bersalin , hormon pun dan berubah , segala urat-urat dah putus kan .. caranya rambut korang mestilah kering , ambil sedikit syampu lepastu urut kat kepala korang ,buat waktu malam sahaja ,biar je semalaman dan esok pagi bangun tido korang hanya bilas dengan air .. kalau tak kronik pakai macam biasa 1-2 kali penggunaan sehari tapi kalau kronik pakai setiap hari dan selang 4 malam pakai waktu malam dan bilas keesokan hari 

Testimoni aku 
So far aku dah pakai syampu Tyzara ni seminggu , perubahan bab kelemumur dan gatal kepala tu memang hilang , try la weh korang yang tak selesa bertudung bila gatal kepala tu haa , memang menjadi , bab rambut gugur tu pulak masih gugur lagi , tipu la kalau kata terus tak gugur dah kan lagi pun  baru pakai seminggu.. tapi ada nampak perubahan dan kesan cepat selama seminggu , lebih2 lagi  bila basuh rambut takde la kronik sangat bila tarik rambut .. wohaaaaa ! best gila oikk .. tunggu sebulan mesti rambut dah tak gugur dan lebat kembali .. rasanya sangat serasi dengan aku .. tq Tyzara ! 

kalau korang nak beli dan memang ada niat nak rawat rambut gugur korang sebelum makin menipis dan nak DISKAUN ! sila whatsapp no kat bawah beserta kod

TZ "qaseh"  ke 0124430338 untuk dapatkan diskaun 

Apa kata pengguna shampoo Tyzara yang lain boleh baca SINI dan SINI


INFO LANJUT

Pages FB: Rahsia Sihat Dan Cantik : http://www.facebook.com/rahsiajamu
Instagram : https://www.instagram.com/tyzara_ibusuri_juzq30/





Assalamualaikum 

Bila ada anak yang makin membesar , semestinya makin lasak dan aktif , semua benda dia nak explore .. jadi benda tu semua normal la kan .. cuma aku yang kena banyak waspada dan hati-hati .. tambah-tambah sekarang dah pandai ambil apa je ada kat depan mata dia .. setakat ni takde apa yang merisaukan umi sebab semuanya terkawal .. cuma pagi semalam aku agak cuak jugak la .. cuak sungguh-sungguh , memang berdebar sangat !

Alkisahnya , ok part tidur kalau dedi Rayyan kerja siang memang akan tidur dalam bilik .. tapi kalau dedi dia kerja malam kena tidur kat luar atas toto , sebab apa ! sebab aku spesies tido mati , karang ada yang jatuh katil dah la tinggi nak mampoih katil tu .. so pagi tu dedi Rayyan siap2 nak g keje awal pagi subuh , then akui ngan Rayyan pindah la tidur kat luar , biasanya Rayyan akan tidur balik walaupun dia dah bangun pagi 

Aku pun bf kan dia untuk tidokan balik , hajat nya xnak tido pun so pakai la earphone jap sebab selalu tengok video dekat instagram , video masak la mekap la sambil nyusukan dia , tengok tanpa sound suram je hidop , sebab tu kena guna earphone kalau tak bising plak .. lepastu akhirnya terlelap jugak .. Rayyan pun dah tido bawah tiak haa..


Dalam masa terlelap tu , dalam mamai-mamai aku dengar macam Rayyan batuk-batuk nak muntah gitu .. tengok kat sebelah memang takde dah dia , pastu aku bangun la , nampak Rayyan kat tepi dinding , muka pelik macam nak muntah , pastu umi tertengok earphone tadi dah putus ! nampak la kesan gigit kat tali , tapi kepala earphone takde dowh ! terus g kat Rayyan korek mulut dia .. nangis teruk sebab kena paksa korek haa , tapi takde kepala tu, tapi ada kertas je .. aku dah berdebar gila babi takkan dia dah telan .. 


Dah macam orang gila aku cari kepala earphone , kalau takde memang sah dia telan .. nak nangis dah , memang bersepah selimut semua toto aku kebas-kebas sebab cari kepala earphone .. tapi nasib baik la jumpa weh ! bawah bantal benda alah tu , tgk Rayyan pun xde nak muntah dah siap sengih2 lagi sebab aku dah buang kertas dalam mulut dia , kertas tu pun dari mana tah jumpa .. aiyooooooo  nampak simple je tapi cuak gila babi , kalau Rayyan telan tu tak tau apa aku nak buat dah la sengsorg ..


hurmm sebab tu orang kata , silap sikit , cuai sedikit apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku .. sorry Rayyan Umi terlelap tadi .. tapi syukur Alhamdulillah takde apa dan benda buruk tak terjadi .. inshaaAllah lepas ni lebih hati-hati ! Semoga Rayyan sentiasa dilindungi Allah dan di berikan kesihatan yang baik .. ameen  :)


Assalamualaikum .. 


Hai semua , ni nak tanya satu benda rahsia tapi penting sangat dalam mencantikkan dalaman diri , tak kira lah perempuan ke lelaki ke semua sama je , pstt ketiak korang putih gebu tak ?opss hihi kalau korang ada masalah ketiak hitam / tak berapa nak putih atau pun daki-daki degil yang susah sangat nak hilang  , orang kata degil nk mampoih aku nak kongsikan satu produk yang buatkan korang menarik nafas lega sebab semua masalah tu akan hilang .. tapi kena la cuba , inshaaAllah masalah korang akan selesai .. orang kata tak kenal maka tak cinta , tak cuba mana nak tahu kan .. 

so ini lah dia produk CekLawa , pemutih ketiak semulajadi , cute dan comel je produk ni kan , aku memang suka kalau sesuatu produk tu di datangkan dengan packaging yang kecik molek sebab senang nak bawa ke mana je , lebih-lebih lagi travel 

By the way , produk ni bukan hanya mengkhususkan untuk memutihkan ketiak sahaja , ia juga sebenarnya boleh menghilangkan daki-daki degil di kawasan yang tersembunyi mahupun di luar .. contoh kat celah peha , buku lali , lutut , siku dan sebagainya.. aku pun ada masalah yang sama macam di pelipat lengan semua .. nasib baik tertutup tapi segan jugak la dengan suami kan .. nak la cantik depan suami bukan dari segi muka je lawa , tapi dalaman pun sepatutnya lagi lawa ..dan lebih-lebih lagi lepas bersalin banyak lagi kesan hitam kat perut yang belum hilang , jadi memang berita gembira buat aku yang sememangnya memang nak sangat kesan-kesan hitam tu semua hilang ! kalau boleh bukak mata je tengok kesan hitam tu dah takde  stresss tau dak .. 

 tadaaa aku pun dah cuba CekLawa ni, kalau korang nak pakai siang hari tapi dah pakai deodorant takut bercampur pula kan ? jangan risau sebab bila korang pakai CekLawa ni , dah macam pakai deodorant , bau krim  pun wangi takde masalah bab bau ok .. dan selama aku pakai , memang krim ni tak melekit , sapu-sapu je dah meresap dalam kulit .. so far sangat okay .. bagi yang nak kahwin yang rasa ketiak tak berapa putih gebu lagi la sesuai , bukan apa kot nanti angkat ketiak suami tetiba pengsan sebab tak nampak mana satu ketiak  haha ok seloroh je , jangan marah naaa hikhik

ni haa tekstur krim CekLawa , macam krim pelembab muka ja kan , tapi ni ala-ala pelembab ketiak na , jangan hangpa silap sapu plak

Kelebihan Krim Cek Lawa 
  • Kulit di bahagian ketiak akan rasa semakin cerah
  • Akstrak lemon dapat membuang segala daki-daki degil pada bahagian lipatan
  • Dapat mengatasi masalah kulit kering
  • Krim yang penuh dengan Vitamin C dan mineral
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
  • Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut 
  • Dapat melembabkan kulit
  • Bau yang wangi walaupun tanpa memakai deodorant
Testimoni / Feedback Pengguna Krim Cek Lawa





Cara Penggunaan Krim Cek Lawa
Cara guna krim ni senang dan mudah sahaja , tak sampai seminit tau ..hanya gunakan 2 kali sehari selepas mandi , calit sedikit krim dan sapu di ketiak dan bahagian-bahagian yang korang inginkan , tak perlu memakai deodorant sebab krim ni dah mengandungi deodorant pemutih

Jadi kat atas ni antara kelebihan krim Cek Lawa dan juga testimoni pengguna yang dah lama menggunakan krim ni , kenapa lah aku baru tahu ishhh rugi rasanya ... berbaloi kan ~ rasa teruja tak nak menggunakan krim Cek Lawa ni ? haaa kalau korang nak cuba sendiri dan alami sendiri perubahan .. jangan kata akak tak payung ok ! korang boleh hubungi info yang aku sediakan kat bawah ni 

INFO 
 Cik Ika
No Tel : 0135898615
Facebook : https://www.facebook.com/devoxstore/
Instagram : https://www.instagram.com/devoxstore/

( kalau korang nak jadi agent boleh hubungi no kat atas)

Assalamualaikum and hye :)

Kolaborasi dengan TheCovets. Apa itu TheCovets ? Korang suka cantik-cantik tak ? Haaa aku memang sukakan kecantikan , kadang-kadang ambil masa berjam-jam stalk orang-orang yang cantik , tutorial mekap , tips kecantikan di majalah atau instagram .. by the way kita semua cantik ok jangan pernah cakap yang kita tak cantik .. cuma kita tak mampu haha so wohoooo excited sangat dapat berkolaborasi dengan web kecantikan ni iaitu TheCovets

Apa yang menarik di TheCovets ni , tadi aku dah godek-godek web ni , memang banyak post yang aku suka baca , ada bermacam perkongsian ~ yang pastinya semua tentang kecantikan , penjagaan diri dari kuku hinggala ke hujung rambut korang , selain tu ada sharing tentang makeup/skincare yang popular dan best untuk korang cuba .. newbies macam aku dalam dunia kecantikan ni memang kena bookmark awal-awal TheCovets ni , free-free sambil makan popcorn boleh cedok ilmu kat sini .. hihihi adohaaa korang pun kena bookmark jugak ok !
Antara perkongsian di TheCovets , banyak lagi korang tengok sendrri la kat web ok ~ dan banyak lagi yang akan di kongsikan ... STAY TUNE ~~~~~ btw tq sebab memilih www.qasehdalia.com sebagai salah satu dari 100 beauty/lifestyle influencer yang lain yang terlist dalam contibutor TheCovets .. so here we go , ini info untuk korang yang cantik-cantik kat luar sana yang dahagakan kecantikan boleh klik-klik link kat bawah ni haaa 

Web : www.thecovets.com
Instagram : www.instagram.com/the.covets
Facebook page : www.facebook.com/thecovets



For attractive lips, speak words of kindness.
For lovely eyes, seek out the good in people.
For a slim figure, share your food with the hungry.
For beautiful hair, let a child run his fingers through it once a day.
For poise, walk with the knowledge you’ll never walk alone.
and then 
''you are so beautiful''

Assalamualaikum



Hai korang , antara negeri yang aku suka pergi untuk bercuti ialah PENANG !! Selain Terengganu, Penang dengan laut memang tak dapat dipisahkan. Jadi kalau ke sana, memang tak sahlaa kalau tak ke pantai. Pulau kecil yang terletak di utara tanah air ni memang sentiasa penuh dengan pelancong, tak kira la dari dalam ataupun luar negara. Setiap hari adalah hari bercuti ok haha..Kat sini memang korang akan lihat pemandangan laut yang mengagumkan , makanan yang superb sedap , jalanan dan orang-orang kat sini memang peramah dan awesome ! So semuanya mmg perfect untuk idea percutian yang hebat bg korang yang tengah pening nak bercuti ke mana tu haa ..

Btw , Penang ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu pulau dan tanah besar. Tapi aktiviti pelancongan kat sini lebih tertumpu pada bahagian pulau, lebih-lebih lagi di kawasan persisiran pantai Batu Ferringhi. Oleh sebab bentuk muka bumi di sini yang berbukit-bukau, kebanyakan pantai disini diserikan lagi dengan pemandangan bukit yang sangat memukau.Tapi korang tak perlu risau tentang penginapan sebab memang banyak Penang hotel near beach yang mempunyai pemandangan indah ni. Oh ye bagi yang kaki durian tu, orang cakap , korang boleh dapat the best black thorn and musang king kat sini !! Fuhh nikmat gila kan .. haa jangan lupa tau cari durian kat sini


Weekend Promo Hotel di Traveloka


Disebab jadual harian yg sangat pack so last minute survey penginapan ~ survey punya survey akhirnya aku terjumpa promosi weekend Batu Ferringghi hotel di satu laman web iaitu di Traveloka. First time jugak aku tahu pasal web ni , cool gila web ni ! siap ada diskaun hingga 73% masa weekend ! Biasa susah jugak la dapat diskaun time weekend kan , tapi kat Traveloka memang terbaik promo weekend , nak book pun senang sangat , then pilihan hotel lagila banyak .. website pun macam comel je .. hihi
Mudah je nak survey hotel or flight kat Traveloka ni 


Klik je dekat 73% diskaun untuk tengok promosi2 yang ada ~


Kalau nak tengok banyak lagi promosi klik je "promotion'' bahagian atas tu haa

So mana pilihan hotel aku kali ni ? dah survey bagai i get the best deal at Hard Rock Hotel Penang ! woohooo macam mimpi je dapat stay sini untuk percutian kali ni , di sebabkan nak ruang yang lebih besar dan dapat access terus ke kolam renang famous kat sini .. aku pilih Lagoon Deluxe ~memang terkesima dan terpegun la tengok bilik ni weh .. dengan di lengkapi king-sized bed , LED tv dengan in-room HD blockbuster movies , free internet access , streaming music channels , nespresso pod machine dengan selections of coffee, hansgermany rain shower dan yang paling penting ada kiblat directional signanage .. perfect !!



 Lagoon Deluxe 
 Swimming Pool 

Selain dari bilik yang menarik , makanan kat sini katanya memang sedap sangat , dan memang banyak makanan2 yang best dari street food hingga la ke fine dine , citarasa tempatan atau pun antarabangsa semua korang boleh jumpa kat sini , dan antara tempat yang famous dan aku suka ialah Starz Dinner dan Pizzeria ! tentang chef memang tak di nafikan mereka semua hebat2 ..dan korang kena try Asam Laksa dan Char Kuew Teaw yang superb best ! Korang bayangkan la , chef akan sediakan makanan korang live dengan api yang menyala2 depan mata ok , lepas tu hantar ke meja dengan panas2 berasap lagi .. menarik gila kan ! 

Starz Diner yang cantik amat 

 Pizzeria 

Selain tu , tak sah la kalau tak ber SPA uolss ~ Spa kat sini terletak di vila mewah yang menghadap laut , spa kat sini memang sangat berbeza dari tempat-tempat lain kerana ia berkonsepkan muzik .. Yela kan , nama pun hard rock haha .. Bezanya kesemua treatment kat sini menggunakan principle amplied vibration , pressure dan patterns .. bayangkan la setiap teknik urutan korang di susuli dengan rentak muzik (bass vibration , treble beats , dll ) yang membuatkan badan kita segar dan bertenaga .Confirm rasa macam nak tidur je kan .. dan yang paling penting korang tak perlu risau , sebab staff kat sini semuanya berpengalaman ..

 Mau tak tertido berspa menghadap laut 
Teknik urutan mengikut rentak muzik

So ni la sedikit sebanyak cerita yang dapat aku kongsikan kat korang semua , personally memang sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang ada di Hard Rock Hotel Penang .. InshaaAllah ada rezeki harusla datang lagi tapi bila tengok di https://www.traveloka.com/en-my/ banyak Batu Ferringghi hotels yang aku rasa nak stay ... Mana tahu ada rezeki lebih lagi boleh cuba hotel lima bintang yang lain pulak .. haaa kalau korang ada pengalaman best mahupun tak , boleh la tinggalkan url dan share ye , aku pun nak tahu jugak cerita korang !!


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates