• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ,

Cabaran 30 hari Kelabbloggerbenashaari dah masuk hari ke 8 , task hari ni 5 lagu cinta kegemaran anda





Tadi aku siap nyanyi dah , sebab betapa aku nk tunjuk feeling bila dengdangkan lagu cinta kahkah poyo nye , tapi tak dapat masukkan video itu and i dont know why you know ! Pape je la ..

1. Someone Like You - Adele
Lagu ni mengingatkan aku tentang adik aku yang bernama fiera shafie , kalau pergi karaoke masa jamang-jamang muda dulu , suka benauuu karok lagu ni , lepas tu aku pun terikut2 sekali lah .. tapi duk 'someone like youu ooo someone like you oooo'' setakat tu je haha ~ sometimes it last in love but sometimes it hurt instead ..

2. Fall For You - Secondhand Serenade
Lagu ni hencik tunang bagi untuk aku .. macam2 tahu2 je aku ni tak pandai sangat mat salleh , bagi lagu matsalleh jugak , eleh ingat kita tak tahu maksud la tu , tahu laaaa !! Because the night will be the night that i will fall for you ~ over again , don't make me change my mind .. because a girl like you ..it's imposibble tu find .. maksudnya setiap malam teringat aku kan kan kan hahaha

3. Sandiwara Cinta - Republik
Lagu ni mengingatkan aku tentang kumpulan Republik :p xde apa pun tapi lirik lagu dia best .. kalau nak luahkan perasaan , tapi xtau nak luah , tips nya bagi lagu tu haaaa .. kalau dia tak paham jugak . Ketuk dengan senduk

4. Biasan - To'ki

5. Menghitung Hari - Anda
Lagu ni lebih kurang lagu yang Krisdayanti nyanyi tapi lirik dia lain dan di nyanyikan oleh Kumpulan ANDA , kiranya versi laki-laki .. best gak try la dengo ye ..

Bagi aku setiap lagu yang aku suka dengar ada kenangan dia , kadang2 dengar lagu tu serta merta ingat kat sesiapa yg suka lagu tu .. kawan2 dan sewaktu dengannya
Assalamualaikum ,

Alahai minta maaf entry backdate , semalam lupa buat .. Cabaran 30 Hari KelabbloggerBenAshaari , sejauh mana pendidikan penting buat anda .. task siriyes ni

Ermmm bagi qaseh sejauh matahari terbenam , zaman sekarang pendidikan sangat penting , ye lah kalau nak dapat kan pekerjaan , yang utama mesti nak tengok tahap pendidikan kita , memang tu yang paling utama .. kalau tak pandai , syarikat mana yang nak percaya kan ? Untuk pekerjaan memang sangat penting .. cerita pasal pendidikan ni teringat pulak bila dapat tawaran u tapi tak dapat pergi , sampai sekarang sebenarnya masih terselit perasaan sedih dan kecewa .. ntahlah hehe sedih pulak

Lagi satu kenapa pendidikan penting , tapi tak semua lah ye haha kadang-kadang bila nak berkawan pun tengok pendidikan jugak , eh choiiilaaaa , kalau tak pandai macam qaseh ni tak ramai pun yang nak kawan sebenarnya .. ye lah ade ke orang nak kawan dengan seorang yang tak berpendidikan mcm iols ni .. ops lari tajuk .. haha tapi dari sini boleh nampak mana kawan2 yang betul2 ikhlas ..

So kesimpulannya , pendidikan sangat pwnting ! Pendidikan dunia dan juga akhirat .. jangan asyik pentingkan duniawi sahaja ye .. take note
Pertama kali tengok AF secara live , teringin jugak nak tengok secara live ni kan , jadi nak thanx so much kepada Ben Ashaari yang tawarkan tiket free ke konsert AF10 minggu pertama , yang penaja utama nya D'HERBS terlajak laris gitu . Pengetua Af10 kali ni ialah Dato Hattan , intro tadi pun lagu rock kapak tu dari beliau ... memang terbaik , otai tuuuuuu dan tenaga pengajar yang lain untuk musim ini Fatimah Abu Bakar (guru komunikasi dan bahasa Inggeris) , Linda  Jasmine (guru tarian dan koreografi) , Marlia Marlia Musa (guru seni persembahan) dan Siti Hajar (guru vokal) 



Rakan blogger KelabBloggerBenAshaari yang lain , havoc betul depa ni , sebab tu qaseh sayang lebih
Persembahan oleh Nuha , dengan lagu pilihan nya tunggu sekejap ~ di iringi orkestra .. terbaik persembahan Nuha malam ni . Oh ye minggu pertama pelajar2 AF memilih lagu2 pilihan masing2 .

Seramai 12 pelajar Akademi Fantasia , juri pada malam tadi Tam Spider , Raja Azura , dan Ramli MS , dan pengara yang sememangnya gila-gila , Zizan Razak dan Jihan Muse , adoihhh dah macam tengok maharaja lawak pulak , memang tak salah pilih pengacara , konsert kali ni sangat meriah ..

Pelajar - pelajar kali ni ialah AZWAN SATAR , NUHA , MUNA , FIRMAN , EWAL , WAWA , FAREZ , ZAIF , ZIHA , AMAN , NINA dan ADEL , ehem yang sangat menarik perhatian qaseh jeng jeng jeng , aduh hensem sungguh beliau iaitu Azwan Satar , sebelum Azwan masuk Af2014 ni memang dah follow instagram dia , tu pun sebab tengok si faiz #villagepeople duk up pasal dia , so stalk la .. galeri dia kebanyakannya video dia menyanyi , dan lagu2 yang dia nyanyi tu atas permintaan peminat dia kat instagram , wah qaseh pun pernah req lagu ok :p pastu terkejut jugak la Azwan masuk Af2014 .. tadi dengar suara dia nyanyi live memang merdu je dan hensem sungguh .. ops tak kurang hebat si Nuha dan Ewal !

Konsert minggu pertama tiada penyingkiran , gimik terbaik lah tadi haaa siap ada beg hello kitty haha comel , syabas lah mampu menggimikkan dan mendebarkan penonton , drama sangat , part Faizal tetiba hadir tu sangat kelakar .. haishh nanti nak kena tengok live lagi ni , baru best .. last thanx again buat Ben Ashaari dan penerbit Af2014 kali ini .

AFUNDI AZWAN SATAR :p










Assalamualaikum ..

BROGA HILL | AKTIVITI RIADAH | SEMENYIH .. kali ni nak cerita tentang aktiviti 1 September 2014 aku tempoh hari , kat mana Broga Hill ni ? Mula-mula aku tak tahu jugak kat mana la Broga Hill ni , rupanya dekat Semenyih , berdekatan dengan Nottingham University , alahai rupanya dekat je dengan Putrajaya ni , aku ni ada penyakit tak boleh tengok orang buat aktiviti best2 , mula lah rasa dengki , tapi dengki secara sihat ye , tamo dengki2 tak sihat ni .. jadi akhirnya dapat jugak aku menawan puncak Broga Hill .. bila nak mendaki ni ada benda-benda penting yang korang kena bawak .. haaa


Suasana pagi yang best ! Pemandangan atas ni , kitorang berhenti rehat jap solat subuh .. cantik gilaaa , terjojol biji mata .. dan sangat damai .. subhanallah ..



Kitorang gerak pukul 4 pagi , aku dengan 4 kawan yang lain , so bila nak mendaki
1. Kena ada lampu suluh , tu pun kalau korang gerak awal pagi macam ni sebab suasana gelap gelita.Karang tak pasal - pasal jadi aktiviti cari orang hilang pulak

2. Harus lah berpakaian sukan , tracksuit dan kasut . Haram pakai selipar , kalau korang dah memang otai , kaki ayam pun xpe . No hal , ayam pun bagi free je kaki dia

3. Ambil sarapan dulu dan bawak air masak atau pun makanan kot2 lapar , aku silap hari tu tak bawak makanan dan tak sarapan dulu , so rasa nak muntah dan berpeluh2 dan ada la pengunjung lain muntah , yeckss nasib baik tak terpijak

4. Bawak la beg galas , senang untuk isi apa2 pun .. sebab nanti turun Broga Hill agak cerun so tangan harus kosong dari memegang apa2 ye anak2ku.


 


 Broga Hill berketinggian lebih kurang 400 m , nampak macam biasa-biasa je kan ? Tapi bagi aku yang pertama kali pergi ni agak semput jugaklah , tapi aku jenis lasak . Mana boleh mengalah , alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke puncak .

Broga Hill ada 4 puncak , jarak antara satu puncak ke puncak lain tu mengambil masa lebih kurang 25 minit macam tu la , alhamdulillah masa pergi haritu tak hujan tapi jalan untuk naik ke puncak agak berdebu so jaga-jaga , agak licin .. jalan pun dah macam ular , kena relax and cool je , jangan paksa diri sangat , kalau penat sila berehat dulu ye .. yang lead aku hari tu kemain laju , geram pulak kitee

Bagi aku yang ketinggalan zaman ni , memang seronok buat aktiviti macam ni , orang lain dah berkurun pergi Broga Hill kan haha tapi takpe Alhamdulillah sampai jugak kat sini ! Rasa nak jerit kuat2 je bila sampai kat puncak sana , tapi takut jugak karang tak sempat jerit , kena tolak jatuh gaung .. memekak je haha .. akhirnyaaaaaaa qaseh dalia tinggal kenangan indah kat sini wehuuuu kalau ada peluang lagi , nak datang lagi ! Jom korang !

Baca juga : Mendaki Gunung Banang {alertInfo}




Alhamdulillah sempat tengok SUNRISE dari PUNCAK BROGA HILL , subhanallah memang cantik , indahnya alamMu .. indah ciptaanMU .. sempat berkhayal sekejap sambil menikmati SUNRISE



Aktiviti penting haruslah berselfie , tq Edd , nasib baik hilang merajuk dia , jenuh nak pujuk dia ni .. mentang2 dia selalu pergi Broga Hill kan , so wajib ada nanti takde sape nak lead kitorang , tq Hazilah , sudi juga mengikut n teman kaksue .. u are rock girl ! Tq jugak syakir dan pali .. berlima cukup .. ramai2 karang pening pulak hehehe .. mereka2 ni la merealisasikan impian dakuuu ..

So qaseh syorkan , pada yang tak pegi lagi , sila lah pegi , aish eksyen pulak haha .. bye Broga Hill nanti kita ketemu lagi .. maaf gambar tak cantik .. update guna handphone je , maklumlah handphone cikai ..






Assalamualaikum ,
Cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari untuk task ke 6 , apa yang anda makan hari ni .. haaa kita makan hati haha  ok taddaaaaaaaaa , tengok ke tauuu !!! 




Qaseh Dalia makan ini , tapi qaseh dalia lupa nama apa , yang ingat hanya 'Fish' haha kat Secret Resipi .. yummmiiiiiiii
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates