• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum...

Masih ada kah bahagia , yg akan dtg dlm hidupku , puas sudah hatiku merintih sedih ..... Di saat kau hulurkan tgnmu mengubati luka di hatiku kau berikan aku kekuatan utk mnjalani hidup ini ....

andai kata dalam hidup kamu sudah punya seseorang yang selalu berada di sisi di saat kamu berduka , di saat kamu gembira tapi hati kamu masih belum bahagia seumpama kamu sedang menipu diri sendiri .. sedarlah kamu tak pernah menerima dirinya seadanya .. kamu tak pernah ikhlas menyintainya .. kamu tidak menerima takdir yang tuhan telah berikan untukmu .. kerana kebodohan kamu bahagia sering menjauh .. dan di hati kamu ade sedikit rasa , ada sedikit kenangan yang sentiasa mengekori .. kenangan yang telah lama mati ... 

sedetik bahagia itu ingin menghampiri hati sentiasa bermonolog sendiri , hati seakan ingin berubah .. hati tidak pernah ingin setia .. mana mungkin bahagia itu milik kamu ..~ mana mungkin bahagia itu ada dalam genggaman mu andainya kekurangan si dia juga kamu tak pernah terima ,, kenapa terima seseorang dalam hidup hanya untuk jadi mainan hati ? hanya untuk menambahkan luka .. bukan di hatimu tapi di hati dia yang ingin memelukmu .. kasihan dia bukan ? kasihan kerana hati yang sekeping itu tak mampu mendakap hati mu lagi ..

hati berbicara :
yang sudah itu biarkan lah ia mati bersama kenangan .. gantikan ia dengan bahagia yang sedang menjengah , kosongkan hatimu dengan nama yang telah mati , gantikan dengan nama yang mencintaimu sepenuh hati ... berdoa lah agar sayang itu bertukar cinta , jangan ada rasa asing bila ingin bersama selamanya , bila sudah mengikat janji .. berdoalah kepada tuhan yang satu agar apa yang terbaik saja ada bersama bahagia =)

satu hal yang membuatkan kamu tak bahagia menerima tapi tak pernah meredhai =)
tahukah sayang sesuatu yang telah di takdirkan buat kita bakal terjadi buat kita , sometimes mmg kita tak mampu untuk mengelak dari takdir itu .. tapi yakinlah Allah  tak bagi apa yang kita nak kerana Allah bagi apa yang kita perlu ...


''random question in my heart''

pernah tak korang rasa dalam hati korang rasa sakit sangat hingga kadang - kadang sabar tidak mampu jadi pelindung ? kadang - kadang zikir bertukar jadi makian bila sifat amarah mengelilingi hati yang merah .. pernah bukan ...~  lebih-lebih lagi berdepan dengan manusia2 yang punya hati yang kelam oleh sifat dengki .. ! jika hatinya kelam biarlah mereka dgn labu2nya .. cuma yang perlu kamu buat jangan biarkan hati kita kelam seperti mereka .. hiraukan agar emosi kita tidak di pancing .. ibarat pepatah lama ''selama orang yang kalah masih boleh tersenyum , maka pihak yang menang tidak akan rasa nikmat kemenangan ''

sometimes semua tu hanya ujian , belajarlah untuk sentiasa tersenyum agar hati itu bertambah putih ,, belajar untuk tidak membebankan diri sendiri dengan benda-benda yang tidak masuk akal .. senyumlah sayang walaupun di hadapan musuh , insyaAllah ia akan tewas sendiri tanpa kita berperang ... 

kasihan bukan ? kadang - kadang manusia yang kelam hatinya ialah manusia yang cacat jiwanya , dan tiada siapa yang akan menerimanya ... doakan yang terbaik untuk diri mereka agar hati yang kelam itu akan berubah warnanya di suatu hari nanti ... bila ia sedar pasti ia akan menangis kerana kelam nya hati mereka sangat meranakan diri sendiri .........

hati berbicara :
''tersenyumlah dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan yang penuh dengan warna warni '' - adik saya ni pun turut tersenyum 

biarkan saja mulut2 busuk berbicara kerana di setiap bicaranya pahala datang berlimpah ruah terhadap kita , dan kita harus sabar agar pahala itu akan di timbang di suatu saat nanti .. sedangkan timbangan mereka dosa yang bertambah .. mulai hidup kita dengan mencintai diri sendiri dgn seadanya , dan pasti kita akan mendapat orang - orang yang terbaik....
''sekiranya salah seorang dari kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu , kemudian dia memikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya , nescaya yg demikian itu adalah lebih baik dari meminta - minta kepada orang lain , baik di beri mahupun di tolak -HR bukhari ''


aku manusia biasa yang kadang lelah dengan hidup sendiri .. bila melihat orang di sekeliling terasa sangat kerdil tapi cuba untuk menahan segala rasa kerana di setiap sisi masih ada yang sudi memberi semangat , terima kasih terima diri ini seadanya .. ada saat aku sering mengeluh , ada saat2 aku cuba untuk bangun memandang sekeliling dengan penuh harapan ..

tapi aku pasti bukan aku seorang yang sedang merasainya peritnya , sedangkan ramai di luar sana lebih perit untuk mendapat kan sesuap nasi .. yaAllah adakah aku tidak bersyukur dengan rezekiMu ? yaAllah maafkan hambaMu ini .. aku bersyukur dengan segala rezeki yang Engkau berikan cuma terkadang diri ini seakan lelah di sebuah persimpangan yang perjalanan nya seakan2 tiada penghujung ... 

saat ini sedang bermuhasabah diri untuk terima segala-galanya dengan redha , alhamdulillah ketenangan dapt ku raih kembali .. hanya fikirkan keberkatan itu mengiringi walaupun sedikit , itu sudah cukup dari peroleh gaji hasil yang tidak halal ... tanya lah diri sendiri sejauh mana kita bersyukur dengan anugerah ILAHI dalam mencari rezeki ................adakah rezeki kita itu masih ada keberkatan dari NYA ???

Apabila Allah S.W.T cepat memakbulkan doamu , maka Dia menyayangimu ..
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu  , maka Dia ingin mengujimu ...
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu , maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buat mu .. buat hamba2Nya ...

Assalamualaikum ...

malas nak cakap banyak .. nak suruh buat pengecaman sikit ni ! tengok molek sape buleh teka qaseh bagi sekupang hahahaha ....

kenal tak sape ni hahahahahahaha ... mesti korang pengsan kan tengok muka camni , sbb sebelum2 ni kalau depan awek mmg cover macho punya , badan ketak2 hahaha ..gelak guling2 , gelepor atas lantai wakakaka 

next
yang ni pulok peseng ape pun xtau laaa .. orang suruh wat keje dia duk wat kuar lidah seco'et , ke duk tengah  kemam mende dalam mulut , nampak bengkak pelik jah pipi tu hahahaha .. siapakah ini jeng3x .. buruk benowwwww ! hahahaks 

next

yang ni sorang lagi kakak kito , peseng mugo namo rima pun xtau hahaha ... psst asenye tengah tahan kentut kot .. kak sue , qaseh nak pesan skit ni ,,kalau nak kentut takyah la nak tahan2 ..lepaskan ~ lepaskan lah ~ wakakakaka .. tak tahan nya tahan kentut pun nak amek gambow lalalala

yang ni pulak .. dari atas ke bawah comel dah .. awek kelate mmg comei sume tapi tak tahu nak cakap tang mulut tu nape ya senget sangat.. mesti mimpi mulut itik semalam kan kak fiza hahahaha .. xdop aroh laa , nak wat ngane mimpi hingga ke alam nyata ..


tang rayban atas kepala tu smart doh .. awek tengok pun dop peeweet2x .. tapi tang mulut tu macam spesies kak sue je kot , tahan kentut jugak peseng muka macam ni hahahaha .. takut tersembur air eh ? ke ade awek depan tu horrr ...lalalala

n last sekali
ok yang ni bukan anita sarawak ye ... nmpak mulut macam anita sarawak sikit2 kan ... peseng anita sarawak jugak ..sbb dia ni memang minat kat penyanyi tu nasib baik lah rambut tak buat warna putih lalalala .. hahahaha .. cian tgk dorg kan .. erk 

p/s : segala ayat2 di atas hanya lah gurauan semata2 hahaha offline whatsapp seminggu lalalaalala .. eh muka buruk saya ? nak tgk ke ? jap eh kat bawah ni ha.. buruk kan 
hahahaha chow kit road salam ! 
semua ni geng whatsapp tgk link sini geng whatsapp


Assalamualaikum sayang2 semua .. ngehhh ngeh2 , malam ni nak cerita pasal perjumpaan geng2 whatsapp putrajaya love BB .. hiks sebenarnya semuanya blogger tapi kitorang jadi rapat pun dalam whatsapp yang di ketuai oleh seseorang yang tidak asing lagi .. iaitu

pemilik HTC cap ayam .. tengah2 dok makan sempat lagi peeeweeet awek lalu lalang wpun dia mcm tu .. hormat dia sangat , blogger yang tak sombong n dia lah yang mulakan persahabatan kitorang semua .. thanx abg beng ... semoga sentiasa di rahmati Allah selalu .... =) paling terharu bila dia sentiasa bagi nasihat2 yang berguna sejak dulu lagi ...

nilah geng2 whatsapp yang comei2 semua .. yang pakai baju kurung ungu tepi qaseh tu kak fiza pemilik blog http://dismybelog.blogspot.com/ , depan kak fiza is mieyza yang pakai baju merah pemilik blog http://armizarxz.blogspot.com/ , baju kurung biru tu kak sue pemilik blog http://myputeri21.blogspot.com/ , n the last one my b hahaha yantyy pemilik blog http://themptyanty.blogspot.com/ ..

tq so much coz bagi peluang untuk mengenali korang semua .. insyaAllah hope relationship ni sentiasa berpanjangan ... n nanti kita jumpa lagi sebab tadi pun masih ada yang tak datang .. abe que ahmad tertinggal coz dia duk kejar something yang berwarna pink ahaks ....

next chapter --------------------------------------------------------

hari tu 11 may  qaseh ada jumpa dengan blogger dari kedah nun jauh di sana .. kenal kak shida pun melalui abg beng ashaari jugak melalui segmen2 dia .. kitorang jadi rapat sebab berebut nak jadi orang pertama menang segmen abg beng hiks... tapi ai lah yang selalu menang sebab errrr biasa bro haha .. jeng2 kak adish shida pemilik blog .. http://cahayanurqasih.blogspot.com

kak shida n hani .. 
tq kak shida coz sudi jumpa qaseh yang gom sgt ni hiks tapi tak best sebab sekejap sangat jumpa .. insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi ye kak shida syg muahhh 

hari tu datang dengan kak shida .. blogger suhaili (http://suhailisarif.com/), hani , n iffah (http://www.iffahafeefah.com=)
semoga korang semua bahagia dunia dan akhirat ... semoga ukhwah ni sentiasa berpanjangan =)


p/s : nnt update entry jumpa dengan sis lydia miza , nadh , aima , atyq pulak ye korang ... 
thanx for everything abg beng ashaari ... permulaan sebuah pertemuan .... tapi HTC tetap cap ayam !
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates